Anda di halaman 1dari 1

Cita- cita saya

Cita-cita bermaksud keinginan untuk mencapai


sesuatu apabila sudh dewasa. Semua orang mempunyai
cita-cita yang tersendiri. Begitu juga saya. Cita-cita saya
ialah menjadi seorang guru.
Saya ingin menjadi seorang guru kerana saya ingin
mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa saya. Untuk
menjadi seorang guru, saya perlu mempunyai ciri-ciri
seperti sabar. Jika saya mempunyai ciri ini, saya dapat
mengajar murid-murid saya sehingga faham tanpa
berasa jemu.
Selain itu, saya juga ingin menjadi seorang guru
yang prihatin. Guru yang prihatin akan mendorong murid-
murid menyiapkan kerja sekolah, memastikan murid-
murid faham tentang subjek-subjek yang telah diajar dan
sebagainya.
Sebagai guru, saya juga mesti menjadi contoh
kepada murid-murid iaitu berdisiplin. Jika saya tidak
berdisiplin seperti sentiasa datang lewat ke sekolah maka
murid-murid juga akan mencontohi saya.
Jadi , mulai dari hari ini saya akan belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. Di
samping itu, saya juga akan berusaha untuk memupuk
ciri-ciri tersebut untuk menjadi seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai