Anda di halaman 1dari 1

Ceritakan tentang kebaikan sahabat-sahabat kamu.

Setiap orang pasti mempunyai sahabat. Saya juga mempunyai ramai sahabat sama ada
di sekolah ataupun di kawasan tempat tinggal saya. Saya suka akan sahabat-sahabat saya ini
kerana mereka amat baik dengan saya.
Antara kebaikan sahabat-sahabat saya ini ialah mereka suka membantu saya dalam
pelajaran. Misalnya, jikalau saya menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan
Matematik, mereka akan membantu saya mencari penyelesaiannya. Ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan penguasaan saya dalam mata pelajaran Matematik.
Selain itu, sahabat saya juga suka mengajak saya bermain bersama-sama mereka.
Contohnya saya suka bermain bola sepak bersama-sama mereka di padang permainan
berhampiran dengan rumah saya. Ini dapat mengeratkan hubungan persahabatan di samping
dapat menyihatkan tubuh badan kami.
Seterusnya sahabat saya ini juga memberikan bantuan jika saya berada dalam
kesusahan. Misalnya, saya pernah kehilangan wang di kantin sekolah. Sahabat saya telah
bermurah hati memberikan sedikit wang kepada saya untuk dibuat belanja membeli makanan.
Akhir sekali, sahabat saya sering meminjamkan buku cerita kepada saya. Contohnya,
kami sering bertukar-tukar buku cerita atau komik yang kami beli di kedai buku. Ini secara
tidak langsung dapat menanbahkan pengetahuan kami bersama.
Kesimpulannya, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang baik
hati.Bagai isi dengan kuku begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan
hubungan persahabatan saya ini. Harapan saya semoga persahabatan saya ini akan
berkekalan.

Anda mungkin juga menyukai