Anda di halaman 1dari 3

Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat


bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha
mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.

Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu


pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang
tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah
luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau


perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara.
Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air
dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak
lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah
tempurung".

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca,


kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.
Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat
penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca


buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap
suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan
harian.

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh


dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan
seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju
seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.
KEBAIKAN BERKUNJUNG KE PERPUSTAKAAN
Perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Di perpustakaan
terdapat banyak buku-buku yang boleh dibaca seperti seperti buku
cerita, novel, majalah, buku rencana dan lain-lain lagi. Dengan
membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu
membantu murid-murid dalam pelajaran.

Murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan


perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan terhindar
daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-
lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan
masa depan mereka akan lebih cerah. Sebaliknya, gejala yang tidak
sihat akan mengelapkan masa depan mereka.

Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri.


Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi
seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut
tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi.
Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di
perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan
mereka.

Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-


murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana
sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Ini tentu dapat
menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak


faedahnya. Oleh itu, menfaatkanlah perpustakaan yang disediakan
demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid
juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan
membaca buku-buku tertentu di perpustakaan.
Kebaikan/ kepentingan Perpustakaan di Sekolah
Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku
ilmiah, buku cerita, majalah dan sebagainya. Perpustakaan juga
dikenali sebagai pusat sumber atau kutubkhanah. Semua sekolah
mempunyai perpustakaan sendiri.Terdapat banyak bahan rujukan dan
bacaan di perpustakaan sekolah. Banyak kebaikan jika kita
menggunakan perpustakaan sekolah.

Perpustakaan berguna sebagai tempat membaca. Perpustakaan


akan memupuk semangat membaca
kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku
ilmiah, buku cerita, majalah dan surat khabar. Kita juga dapat
menambahkan ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan
sebagainya.

Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang


dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh membaca pelbagai bahan
bacaan di perpustakaan. Masa kita tidak dibazirkan dengan sia-sia. Ini
juga boleh mencegah kita daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak
sihat sperti merokok, merempit, melepak dan sebagainya.

Kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di


perpustakaan. Bahan bacaan di perpustakaan tidak perlu dibayar untuk
membacanya. Kita tidak perlu membeli buku rujukan atau buku cerita.
Kita juga tidak perlu membeli buku yang mahal-mahal, contohnya
buku 'Harry Potter' kerana ia terdapat di perpustakaan.

Kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita membuat


kerja sekolah yang belum siap di perpustakaan. Kita booleh membuat
perbincangan berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran di
perpustakaan. Ini akan meningkatkan kemahiran belajar kita.

Anda mungkin juga menyukai