Anda di halaman 1dari 2

PERKEMAHAN UNIT BERUNIFORM 1 MALAYSIA

SMK LIBARAN, SANDAKAN TAHUN 2016


JAWATANKUASA DISIPLIN DAN KESELAMATAN

Peraturan Am Keselamatan Yang Perlu Dipatuhi Semua Peserta

1. Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal-


mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
2. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang
ditetapkan oleh kem komandan.
3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
program
4. Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.
5. Sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan, laporkan segera kepada kem
komanden atau penyelaras perkhemahan.
6. Peserta lelaki dilarang memasuki kawasan perkhemahan peserta perempuan dan
sebaliknya.
7. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa kebenaran
bertulis.
8. Peserta ditegah melakukan aktiviti yang tidak terdapat dalam jadual atau
melakukan aktiviti yang tidak mengikut jadual.
9. Semua peserta tidak dibenarkan berdua-duaan bagi yang berlainan jantina.
10. Peserta dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti atau bergerak secara
bersendirian. Perlu bergerak secara berkumpulan atau sekurang-kurangnya 2
orang yang sama jantina terutama pada waktu malam.
11. Semua pihak dalam perkhemahan DILARANG MEROKOK dalam kawasan
perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
12. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan
perkhemahan.
13. Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
14. Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran
semasa perkhemahan.
15. Segala bentuk PERJUDIAN, BAHAN LUCAH dan MINUMAN KERAS diharamkan
sama sekali.
16. Semua peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing
selepas jam 12:00 tengah malam.
17. Penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian perlu diberi keutamaan. Pihak
penganjur / urus setia TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB atas sebarang
kehilangan atau kerosakan pada peralatan atau harta persendirian sepanjang
perkhemahan berlangsung.
18. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah dibawah penyeliaan dan pengawasan
pihak bertanggungjawab. Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah
penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
19. Peserta perlu mematuhi etika berpakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang
dijalankan. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar
atau kain pelikat sama ada ke ruangan makan atau keluar daripada kawasan
perkhemahan.
20. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran daripada kem
komanden atau penyelaras.
21. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan akan dikenakan tindakan oleh
Jawatankuasa.
22. Sekiranya berlaku kebakaran, semua peserta diminta berkumpul dikawasan lapang
(padang sekolah).

*mana-mana peraturan yang tidak disenaraikan boleh ditambah dari masa ke semasa mengikut
keperluan

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

___________________ ________________ ________________


(HABIBIH SYAMSUDDIN) (ANUAR YASIS ) (JABIDAH LENGGANG)
Ketua Unit Keselamatan Penolong Kanan KoKurikulum Pengetua SMK Libaran,
Perkemahan Unit Beruniform SMK Libaran, Sandakan. Sandakan
SMK Libaran 2016

Anda mungkin juga menyukai