Anda di halaman 1dari 2

UNIT HAL EHWAL MURID SMK LIMBANAK 201

3
KERTAS KERJA
PROGRAM ‘EARLY BIRD’
1.0 PENGENALAN
Laporan salahlaku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan
ponteng kelas merupakan salahlaku yang tinggi peratus penglibatan di kalangan
pelajar. Hasrat Kementerian Pendidikan ke arah ‘Zero Defect’ dalam masalah
ponteng sekolah dan ponteng kelas akan terjejas jika kedua-dua masalah ini tidak
diatasi dengan segera.
2.0 TUJUAN
Bagi memastikan tiada salahlaku ponteng di kalangan pelajar, pihak sekolah
hendaklah memastikan tindakan mengatasi masalah ponteng dilakukan dengan
bersungguh-sungguh dan berterusan. Salah satu cara masalah ponteng ini dapat
diatasi adalah dengan mengalu-alukan kehadiran pelajar ke sekolah dengan
memberikan hadiah kepada pelajar yang paling awal sampai ke sekolah setiap hari.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memastikan pelajar tidak ponteng sekolah
3.2 Menghargai pelajar yang sampai awal ke sekolah
3.3 Menggalakkan pelajar petang datang pada masa yang telah ditetapkan
4.0 SASARAN
4.1 Semua pelajar SMK Limbanak
5.0 TEMPAT
SMK Limbanak, Penampang
6.0 TEMPOH
September – November 2013
7.0 GURU TERLIBAT
Guru Kelas, Guru Disiplin, PK Petang, PK HEM, Kaunselor, Pengawal Keselamatan

1
UNIT HAL EHWAL MURID SMK LIMBANAK 201
3

8.0 PROSES KERJA


8.1 Pengawal keselamatan mencatat nama pelajar yang paling awal sampai ke
sekolah. Bagi pelajar petang: Isnin, Selasa dan Khamis (9.00 am), Rabu (8.00
am) dan Jumaat (11.00 am)
8.2 PK HEM (pagi) dan PK Petang (petang) mengambil nama daripada pengawal
keselamatan
8.3 Pelajar yang datang awal ke sekolah yang terbanyak pada minggu tersebut
akan diberikan hadiah semasa perhimpunan minggu berikutnya.
9.0 SUMBER KEWANGAN
PIBG
10.0 PENUTUP
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan dapat meningkatan kehadiran
pelajar ke sekolah.

Disediakan oleh,

__________________________
(CIK BRENDA ANN JAMES LAJINGAH)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Limbanak Penampang

Diluluskan oleh,

_______________________
(PUAN RAFIDAH HAJI KARAMAN
Pengetua Cemerlang
SMK Limbanak Penampang

Anda mungkin juga menyukai