Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN

KEJOHANAN MERENTAS
DESA MSSD KUALA
SELANGOR
22 & 23 JUN 2022.

PENDAHULUAN :

Pada tahun ini, SMK Puncak Alam 3 telah menyertai Kejohanan Merentas Desa bagi peringkat
MSSD Kuala Selangor. Kejohanan pada tahun ini merupakan kejohanan yang melibatkan
kategori L1,L2,P1 dan P2 bagi peserta lelaki dan perempuan. Kejohanan ini adalah persediaan
MSSD Kuala Selangor untuk mencari atlet-atlet ke peringkat MSS Negeri Selangor. SMK
Puncak Alam 3 pada tahun ini telah menghantar 10 orang peserta lelaki dan 8 orang peserta
perempuan bagi mewakili sekolah.

OBJEKTIF:

1. Mencungkil bakat dan memberi peluang kepada murid-murid untuk


menyertai pertandingan sukan di peringkat rendah lagi.

2. Menyahut seruan Menteri Pelajaran Malaysia untuk memajukan sukan Negara dari peringkat
sekolah menengah.

3. Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta yang mengambil bahagian di


dalam pertandingan yang disertai.

4. Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.

5. Memupukkan semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan
cabaran.

6. Memupukkan semangat perpaduan di kalangan murid.


RASIONAL

1. Dapat mengembangkan bakat baru yang ada pada setiap murid.

2. Dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari di dalam Pendidikan Jasmani


untuk diserapkan dalam aktiviti luar.

3. Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri murid-murid.

4. Menambahkan kemahiran guru dalam menguruskan murid-murid yang menyertai


sesebuah kejohanan dari awal hingga akhir.

MASA DAN TEMPAT


Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 22 – 23 Jun 2022
Masa: 7.30 pagi – 1.30 petang
Tempat: SK Jaya Setia

TENTATIF PROGRAM

7.30 :
pagi Pendaftar
7.45 :anTaklimat
pagi Pegawai
8.15 : Pegawai bergerak ke lokasi
pagi bertugas
8.30 : Acara larian merentas desa
pagi bermula
12.00 : Penyampaian sijil dan
tgh hadiah
1.00 : Jamuan
tgh pegawai
1.30 petang :
Bersurai
PENGLIBATAN

Nama Guru Pengiring :

1. En. Azwan bin Sangari (Jurulatih)


2. Pn. Siti Suhaida binti Che Ismail (Pengurus)

Murid Terlibat:

B Na Kelas Kateg
il ma ori
.
1 Muhammad Zulhilmi Daris bin Roslan 4R L1
2 Luqman Hafiq bin Zahid 4T L1
3 Muhammad Danial Ikhwan bin Shahrizal 4R L1
4 Muhammad Aizat Farish bin Maarof 4S L1
5 Muhammad Zafran bin Abdul Rashid 3O L2
6 Danish Amsyar bin Muhammad Al-Fatih 3P L2
7 Fariz Hazmi bin Muhammad Yusainizam 1O L2
8 Ariff Muzaffar bin Mohd Sham 2S L2
9 Muhammad Hadieb Shah bin Muhammad Mazlan 1T L2
.
1 Muhammad Danish Hakimi bin Mohd Azuan 3O L2
0
.
1 Siti Nor Azira binti Azmi 4T P1
1.
1 Nur Suhada binti Hairul Insan 4S P1
2.
1 Noraliah binti Mohd Farid 4R P1
3.
1 Nur Aini binti Md Zalam 5D P1
4.
1 Erisya Mia Kaisara binti Norhisham 1D P2
5.
1 Airis Adani binti Ishak 1R P2
6.
1 Nur Alisha Nadia 2R P2
7.
1 Nur Aliya Insyirah binti Mohd Faizul 2O P2
8.
ANALISIS PROGRAM

● Kekuatan dan Peluang

⮚ Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan atlet sekolah
dalam kejohanan merentas desa bagi MSSD Kuala Selangor pada tahun ini. Pihak
pentadbiran sekolah telah menyediakan dana yang diperlukan bagi pengurusan
atlet-atlet yang mewakili sekolah.

⮚ Kerjasama guru-guru juga dalam membantu latihan para atlet juga amat dihargai,
Semangat juang yang tinggi yang telah ditunjukkan oleh atlet-atlet juga banyak
membantu mereka untuk terus menghadiri latihan yang disediakan oleh jurulatih.

● Kelemahan dan Cabaran

⮚ Pelajar perlu mempunyai semangat berdaya saing dan perlu lebih komited dalam setiap
latihan untuk memastikan kejayaan pasukan sekolah.

● Cadangan Penambahbaikan

⮚ Pihak sekolah boleh menyediakan kemudahan sukan yang lebih mencukupi


terutamanya dalam sesi latihan yang boleh membantu atlet-atlet yang bertanding.
Bagi peralatan peribadi, ibubapa boleh membantu menyediakan keperluan atlet-
atlet dengan nasihat jurulatih.

PENUTUP

Secara keseluruhannya pencapaian murid masih ditahap sederhana. Tindakan persiapan latihan
yang lebih kerap dan tersusun sebelum kejohanan perlu dilakukan. Moga di tahun hadapan
kedudukan dapat diperbaiki lagi.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………… …….………………….…
( NUR E’ZZATI BINTI RUSLI) (HAMAZI BIN ABU KASSIM )
PENGURUS PASUKAN GPK KOKURIKULUM,
MERENTAS DESA SEKOLAH, SMK PUNCAK ALAM 3
SMK PUNCAK ALAM 3

Anda mungkin juga menyukai