Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PENGELOLAAN KEJOHANAN

BOLA TAMPAR LELAKI & PEREMPUAN BAWAH 12


PERINGKAT MSSD SEREMBAN 2
TAHUN 2022

PENGELOLA:
SK MAMBAU
1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dalam takwim Unit Sukan Pejabat
Pendidikan Daerah Seremban. Bagi tahun 2022 yang akan dikelolakan oleh SK Mambau. Pertandingan ini
disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah daerah Seremban 2 mengikut kategori lelaki & perempuan bawah
12 tahun. Setiap pasukan menyenaraikan dua belas pemain.
Pertandingan ini akan diadakan di Centre Court, Paroi. Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1
Murid 1 Sukan disamping memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokurikulum.

2.0 MATLAMAT
Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental
setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan
dan dapat diaplikasikan dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap
individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan dan sijil kecemerlangan.
Selain daripada itu, diharapkan juga melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar yang berbakat dalam
bidang sukan khasnya sukan bola tampar dapat menunjukkan bakatnya dalam kejohanan tersebut .

3.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan pada akhir kejohanan ini, para peserta dapat:
3.1 Merasai pengalaman, kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah
kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan
dengan semangat kesukanan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa
mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 PENGELOLA
Sekolah Kebangsaan Mambau dengan kerjasama PPD Seremban.

5.0 KETETAPAN MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

5.1 Tarikh : 6 Julai 2022


5.2 Hari : Rabu
5.3 Masa : 230 petang
5.4 Tempat : Bilik Gerakan, SK Mambau, Seremban
5.5 Sasaran : 1. Encik Mohd Fitri bin Zaini
SMK Seremban Jaya 2
Pengerusi Teknik Bola Tampar Seremban 2
2. Pengurus Pasukan Bola Tampar Sekolah Rendah Daerah Seremban 2

6.0 CADANGAN KETETAPAN PERTANDINGAN

6.1 Tarikh : 2 Ogos 2022


6.2 Hari : Selasa
6.3 Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
6.4 Tempat : Centre Court, Paroi
6.5 Sasaran : 15 buah sekolah
Pasukan Lelaki = 14 pasukan
Pasukan Perempuan =13 pasukan

7.0 SASARAN PENYERTAAN

7.1 Pertandingan ini disasarkan kepada murid-murid tahap 2 sekolah rendah Daerah Seremban 2.
7.2 Setiap sekolah menghantar maksimum 12 orang pemain lelaki dan 12 orang pemain
perempuan.
7.3 Anggaran seramai 324 orang peserta.

8.0 CADANGAN BAYARAN PENYERTAAN

Setiap sekolah dikenakan bayaran sebanyak RM185.00 (satu pasukan) adalah untuk yuran
pertandingan dan lain-lain keperluan. ( Sila Rujuk Perincian).

9.0 SUMBER KEWANGAN

9.1 Yuran penyertaan

10.0 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN

Penasihat : Tuan Haji Norazam bin Haji Nayan (A.N.S.)


Pegawai Pendidikan Daerah Seremban
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban

Pengerusi : Puan Zuridah binti Hamzah


Guru Besar SK Mambau

Timbalan Pengerusi : Puan Noor Azrien binti Johari


PK Kokurikulum SK Mambau

Pegawai Pembimbing : Tuan Haji Hasnidi bin Haji Hassan


Penolong PPD
Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Seremban

Setiausaha : Encik Fairus bin Baharuddin


Setiausaha Kokurikulum SK Mambau

Pegawai Teknikal : Encik Mohd Fitri bin Zaini


Pengerusi Teknik Bola Tampar Seremban 2
Penyelaras : Encik Norazman bin Roslan
Setiausaha Sukan SK Mambau

Bendahari : Cik Siti Aisyah binti Sulaiman


Pembantu Tadbir SK Mambau

AJK Kerja : Dilantik dalam kalangan guru-guru SK Mambau

Bil Tugasan Nama guru


1. Urusetia Pertandingan Encik Norazman bin Roslan
2. Pendaftaran Puan Hanis Suriaty bt Hasan
Puan Sheela a/p Singaram
3. Juruhebah Puan Rabi’atul ‘Adawiyah binti Abd.
Latif
4. Sijil/Hadiah/Cenderahati Puan Nurfaima bin Jaafar
Puan Wan Nor Fauzana binti Wan Mat
5 Buku Program Puan Nurul Izzwaida binti Norizan
6 Makanan & Minuman Puan Noreen Qistina binti Mohd Shahid
Puan Norashidah binti Baharudin
7 Jurugambar Puan Razlina binti Karman
8 Pencatat/Statistik/Laporan Pertandingan Puan Nordinawati binti Rejab
Puan Nina Haryani Binti Mokthardin
Puan Siti Aisah binti Ab Ghani
9 Quarter Master Encik Abdul Samad bin Yassin
8 orang murid
10 Persiapan Gelanggang Encik Mohd Faizul bin Zainol Abidin
Encik Eizwan bin Md Danuri

11.0 ANGGARAN BELANJA MENGELOLA ( Rujuk Lampiran )

12.0 CARA BAYARAN YURAN PENYERTAAN

Bayaran penyertaan hendaklah dalam bentuk cek atas nama “Guru Besar SK Mambau”. Bayaran ini
hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada 28 Julai 2022 ke akaun

13.0 FORMAT PERTANDINGAN


Sila rujuk Lampiran (Undang-undang Pertandingan.)
14.0 TENTATIF PROGRAM

TENTATIF
KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA DAERAH
SEREMBAN 2 (2022)

SELASA / 2 OGOS 2022


7.30 - 8.00 pagi : Pendaftaran Pasukan, Pengurus Pasukan & Pegawai Teknikal
8.00 - 12.00 tengah hari : Perlawanan
12.00 - 1.00 petang : Rehat
1.00 - 3.00 petang : Perlawanan
3.00 - 3.30 petang : Rehat
3.30 - 5.00 petang : Perlawanan Pusingan suku Akhir/separuh Akhir/Akhir
5.00 - 5.30 petang : Majlis Penutup

15.0 PENUTUP
Program yang terancang seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua penggerak bola
tampar. Semangat sayangkan sekolah, zon, negeri dan negara serta rasa tanggungjawab dapat disemai di
kalangan mereka yang terlibat. Selain daripada itu, semangat setiakawan dan toleransi akan dapat
dipupuk. Dengan adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi di kalangan penggerak bola tampar, program
seumpamanya juga dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan. Adalah diharapkan cadangan ini dapat
berjalan dengan lancar demi merealisasikan matlamat kita iaitu untuk melahirkan pemain-pemain yang
berkualiti tinggi untuk mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara amnya.
“1Murid 1Sukan”

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

NOOR AZRIEN BINTI JOHARI ZURIDAH BINTI HAMZAH


PK Kokurikulum Guru Besar
SK Mambau SK Mambau

Anda mungkin juga menyukai