Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

:
KEJOHANAN BOLA SEPAK
9 SEBELAH ANTARA RUMAH
SUKAN
SK BUKIT NANAS 2018.
KEJOHANAN BOLA SEPAK
9 SEBELAH ANTARA RUMAH
SUKAN
SK BUKIT NANAS 2018.

TARIKH :

6 – 7 MAC 2018

TEMPAT :

PADANG BOLA SEPAK SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NANAS,


KUALA NERUS TERENGGANU.

ANJURAN :

GURU PELATIH IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL.

Dengan kerjasama :

UNIT KOKURIKULUM SK BUKIT NANAS.


1.0 PENDAHULUAN

Sukan bola sepak merupakan satu sukan yang sangat terkenal di Malaysia khususnya di Terengganu.
Sehubungan dengan minat murid-murid dalam sukan ini, maka satu kejohanan Bola Sepak 9 sebelah
antara rumah sukan telah diadakan. Kejohanan ini akan melibatkan empat (4) rumah sukan iaitu rumah
merah, rumah biru, rumah kuning dan rumah hijau dalam kalangan murid-murid lelaki. Pertandingan ini
akan diadakan di padang bola sepak SK Bukit Nanas, Terengganu. Aktiviti ini juga diadakan selaras
dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokurikulum di samping
mengeratkan silahturahiam diantara guru pelatih dan warga sekolah.

2.0 MATLAMAT

 Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta.
 Membentuk sikap dan amalan positif dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang
tinggi.
 Meningkatkan keyakinan diri serta menguju ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.

3.0 OBJEKTIF

 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah kejohanan.

 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah
pasukan.

 Melatih para peserta (pelajar) untuk memupuk sikap toleransi dan nilai bertanggungjawab
dalam pasukan.

 melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan emosi.

 Mengeratkan silahturahim antara warga sekolah.

4.0 SASARAN

 Murid lelaki Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas.


5.0 Maklumat Program

5.1 Tarikh / Hari

o 6 dan 7 Mac 2018. (Selasa dan Rabu)

5.2 Masa

o 5 Petang – 6.30 Petang.

5.3 Tempat

o Padang Bola Sepak Sk Bukit Nanas.

5.4 Anjuran

o Guru Pelatih IPGKDRI dengan kerjasama Unit Kokurikulum.

6.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah (Rm) Catatan

1. Air Mineral – Pegawai / pengadil Rm13.00 Mohon Sumbangan


sekolah
Rm13.00 x 1

2. Air sirap – Murid Rm12.50 Mohon Sumbangan


sekolah
Gula 2 kilo x rm3.00 = rm6.00

Sirap 1 botol x rm3.00 = rm3.00

Ais Batu 1bungkus x rm3.50 = rm3.50

3. Hadiah kepada pemenang = Hamper Rm80.00 Disediakan oleh


penganjur (Guru
Rm20 x 4 pasukan Pelatih)

4. Cenderahati kepada pengadil / pegawai Rm45.00 Disediakan oleh


penganjur (Guru
Rm 15 x 3 Pelatih)

Jumlah mohon sumbangan sekolah : RM 25.50

Jumlah disediakan oleh penganjur (Guru Pelatih) : Rm125

Jumlah keseluruhan : Rm150.50


7.0 Jadual Kejohanan (Tentatif)

6 Mac 2018 (Hari 1)

5.00 Petang : Pendaftaran pasukan (berkumpul di padang bola sepak).

5.15 Petang : Taklimat ringkas daripada ketua pengadil (Undang-undang & Peraturan)

5.30 Petang : Perlawanan dimulakan. (Jadual pertandingan rujuk lampiran)

6.30 Petang : Perlawanan dihentikan dan disambung keesokan (7 Mac 2018).

7 Mac 2018 (Hari 2)

5.00 Petang : Semua pasukan berkumpul di padang sekolah

5.15 Petang : Perlawanan dimulakan ( Jadual pertandingan rujuk lampiran)

6.30 Petang : Tamat – bersurai

*hadiah akan diberikan pada ahad (11 Mac 2018) bersamaan dengan perhimpunan rasmi sekolah*.

8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

JAWATANKUASA INDUK :

Pengerusi : Tn.Hj.Samsor b,Sidek


Naib Pengerusi 1 : En.Mahazi b Mohd Noor
Naib Pengerusi 2 : En Nazri bin Mustafa
Naib Pengerusi 3 : Pn Khairuzita bt Abd Rahman
Penyelaras Program : Cik Florinah Kilim @ Roslee
Timbalan Penyelaras : Kirista Jihus
Setiausaha : Pn.Norhayati bt Ali
Bendahari : Wheynna Mail
Ketua pengadil / pegawai :Tn Hj Mohd Zamli bin Musa
Pendaftaran : Chok Pei Wen
Hadiah : Pn. Hartini bt Johari
Buku Program : Pn Shuhaiseliza bt Yahya
Jurugambar & Dokumentasi : En Mazyudin bin Mokhtar
Makanan dan minuman : Guru Pelatih Uniza
Persiapan Padang : En Sidek bin Ahmad

9.0 Penutup

Semoga Kejohanan Bola Sepak 9s yang dilaksanakan ini dapat mencapai objektif
utama yang ingin dicapai. Di samping dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada
para peserta serta warga SK Bukit Nanas yang terlibat secara langsung mahupun tidak
Langsung.
Sehubungan itu, sokongan daripada Tuan Guru Besar dan semua pihak amat
diharapkan dalam menjayakan Kejohanan Bola Sepak 9s yang julung-julung kali
dilaksanakan ini.

Disediakan Oleh Disemak Oleh

__________________________ ________________________

FLORINAH KILIM @ ROSLEE MAHAZI BIN MOHD NOOR

Penyelaras Program Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Sk Bukit Nanas. Sk Bukit Nanas.

Disahkan Oleh
______________________
TN HJ SAMSOR BIN SIDEK
Guru Besar
Sk Bukit Nanas

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN

BOLA SEPAK 9 SEBELAH


1. PENGANJUR KEJOHANAN
Kejohanan ini dianjurkan oleh guru pelatih IPGKDRI dengan kerjasama Unit Kokurikulum SK Bukit Nanas.

2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang (FIFA), FAM, Peraturan Am Bola Sepak 9 Sebelah dan
mengikut Perubahan Daripada Penganjur.

3. PEMBENTUKAN PASUKAN
Tiap-tiap pasukan mestilah mengandungi tidak lebih daripada 12 orang pemain iaitu 9 orang pemain
utama dan 3 orang pemain simpanan.

4. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem Pertandingan dijalankan dengan menggunakan Sistem LIga. Pemenang akan ditentukan
berdasarkan jumlah mata yang dikumpul sepanjang tempoh kejohanan dilaksanakan.

5. MASA PERMAINAN
Tempoh masa ialah 7 minit bagi setiap separuh masa perlawanan (14 minit perlawanan).

6. PAKAIAN
Semua pemain dimestikan memakai Pakaian yang lengkap dan sesuai mengikut rumah sukan yang
diwakili.

7. KELEWATAN
Tiap-tiap pasukan mestilah berada di padang permainan 5 minit lebih awal sebelum masa yang ditetapkan
bagi perlawanan tersebut.

Hanya 5 minit masa diberikan kepada pasukan yang lewat . Selepas tamat masa yang diberikan, pasukan
itu dikira kalah dengan jaringan 2-0.

Tidak boleh kurang daripada 7 orang pemain di dalam padang. Jika kurang, pasukan itu dikara kalah.

8. KETENTERAMAN PEMAIN
Tiap-tiap pasukan yang ramai penyokong hendaklah menjaga ketenteraman penyokong mereka. Jika
didapati sama ada pengurus, pemain dan penyokong mereka menimbulkan pergaduhan, maka secara
automatik pasukan berkenaan disingkirkan dari pertandingan.

Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian sama
ada sebelum, semasa atau selepas pertandingan.

9. PERUBAHAN TARIKH PERLAWANAN

Jawatankuasa penganjur berhak untuk mengubah dan membatalkan tarikh perlawanan yang telah
ditetapkan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.

10. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


o Bagi perkara yang tidak dinyatakan pihak penganjur berhak untuk membuatkeputusan dan
keputusan adalah muktamad (Penganjur dan Pengadil).

o Sebarang bantahan hendaklah membayar RM100.00 dan jika bantahan tidak munasabah wang
tidak akan dikembalikan.

11. TEMPAT DAN TARIKH PERLAWANAN


o Sepanjang perlawanan diadakan di Padang Sk Bukit Nanas.

o Kejohanan diadakan pada 6 dan 7 Mac 2018 (Selasa dan Rabu)

12. TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN CABUTAN UNDI


o Tarikh tutup penyertaan ialah pada 4 Mac 2018

13. YURAN PENYERTAAN


o Tiada Yuran Penyertaan.

14. HADIAH
JOHAN : HAMPER

N. JOHAN : HAMPER

KETIGA : HAMPER

KEEMPAT : HAMPER

BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH

NAMA PASUKAN : _________________________________________________

PENGURUS : _________________________________________________

NO. TELEFON ; _________________________________________________


SENARAI PEMAIN NO JERSI

1. _____________________________________________ ____________________

2. _____________________________________________ ____________________

3. _____________________________________________ ____________________

4. _____________________________________________ ____________________

5. _____________________________________________ ____________________

6. _____________________________________________ ____________________

7. _____________________________________________ ____________________

8. _____________________________________________ ____________________

9. _____________________________________________ ____________________

10. _____________________________________________ ____________________

11. _____________________________________________ ____________________

12. _____________________________________________ ____________________

kami adalah bersetuju dengan syarat-syarat kejohanan yang telah ditetapkan. Kami juga
tidak akan membuat sebarang tuntutan ganti rugi kepada pihak penganjur di atas
kecederaan, kemalangan mahupun kematian sebelum, semasa mahupun selepas
pertandingan dijalankan.

Tandatangan Pengurus

.…………………………………………… Tarikh ; ……………………………………


( )

Jadual Perlawanan :
Sistem Liga.

Rumah Jumlah
Biru Merah Hijau Kuning Bolos Jaringan
Sukan Mata
Biru

Merah

Hijau

Kuning

Anda mungkin juga menyukai