Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

UNIT KO-KURIKULUM
SMK PERANTAU DAMAI
26700 MUADZAM SHAH

TAJUK PROJEK : GELANGGANG SERBA GUNA

LOKASI
TAPAK : PADANG SEKOLAH

DISEDIAKAN
OLEH : MOHD.RIZAL BIN ATAN
GPK KO KURIKULUM

TARIKH : 08HB FEBRUARI 2006


LATAR BELAKANG

Setiap tahun SMK Perantau Damai dipilih sebagai tuan rumah untuk Kejohanan
Sepak Takraw Peringkat MSSM (Rompin) yang melibatkan penyertaan di
peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Walau bagaimana pun setiap kali
perlawanan diadakan pihak sekolah terpaksa memohon kebenaran
menggunakan gelanggang di sekolah-sekolah sekitar memandangkan SMK
Perantau Damai tidak mempunyai gelanggang sepak takraw yang mencukupi
dan sempurna. Ketiadaan kemudahan prasarana yang sempurna juga
menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat memperkembangkan potensi diri
dalam permainan ini. Oleh sebab itu Unit Kokurikulum SMK Perantau Damai
berazam untuk mewujudkan sebuah gelanggang serba guna di mana gelanggang
serba guna ini bukan sahaja boleh digunakan untuk permainan sepak takraw
tetapi juga permainan bola tampar dan bola jaring
Diharapkan dengan kewujudan gelanggang serbaguna ini akan memberi manfaat
kepada pelajar dan secara tidak langsung melahirkan bakat-bakat baru dalam
permainan tersebut.

MATLAMAT

Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan pelajar


beriadah

Menyediakan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum lain

Program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru

Memperkembangkan potensi diri pelajar dalam pelbagai bidang


permainan.

Memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penekanan


terhadap aktiviti Kokurikulum

1
OBJEKTIF

Objektif khusus:

 Meningkatkan kecemerlangan kurikulum melalui kemudahan prasarana-


Aktiviti PJK
 Meningkatkan kecemerlangan ko-kurikulum SMKPD
 Menjadi pemangkin kepada penglibatan pelajar dalam sukan & permainan
 Mewujudkan hubungan muhibbah antara pelajar
 Melahirkan bakat baru yang berkualiti
 Melahirkan pelajar yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.

PERLAKSANAAN PROJEK

1. Lokasi

Di kawasan padang.

Lokasi yang strategik – Hujung tepi padang (berhampiran tapak


perkhemahan)
Dengan siapnya gelanggang ini nanti akan mewujudkan prasarana
kemudahan sukan secara berpusat di mana kemudahan Kokurikulum
yang telah ada di sekitar kawasan tersebut adalah seperti tapak
perkhemahan, Gelanggang Petanque, Gelanggang Bola Tampar, Padang
Bola Sepak, Gelanggang Bola Baling dan Gelanggang Bola Jaring.

2. Proses Pembinaan

 Pembinaan bergantung kepada bajet yang diterima untuk pembelian


bahan-bahan binaan. ( Sila lihat lampiran bajet)
 Pembinaan melibatkan bahan asas seperti simen, batu kerikil,pasir ,vrc,
penyewaan JCB dan upah kerja.
 Kadar keluasan 50’ X 82’

2
3. Jangkamasa siap – 01 bulan

4. Sumber Kewangan

Jangkaan Sumber kewangan


- Unit Kokurikulum JPNP
- Sumbangan orang perseorangan

PENUTUP

Pihak sekolah khususnya Unit Kokurikulum berharap semoga projek ini akan
menjadi kenyataan kerana dengan pembinaan gelanggang serba guna akan dapat
menyelesaikan masalah kekurangan gelanggang dan memberikan manfaat
kepada pembangunan diri pelajar.
Hal ini merupakan satu kemudahan kepada pelajar dan diharapkan menjadi
perangsang kepada pelajar untuk lebih bersaing dalam apa jua kejohanan baik di
peringkat sekolah dan daerah seterusnya ke peringkat negeri selaras penekanan
yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran terhadap aktiviti dan penglibatan
Pelajar dalam Kokurikulum.

3
LAMPIRAN

1. Lampiran Bajet

DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH :

(Mohd.Rizal Bin Atan) (En. Idrus Bin Othman)


GPK Ko-kurikulum Pengetua
SMK Perantau Damai SMK Perantau Damai
26700 Muadzam Shah 26700 Muadzam Shah

4
LAMPIRAN BAJET

BIL ITEM KUANTITI RM CATATAN

1 Simen 50 beg x RM 15.00 750.00

2 Pasir 07 Lori x RM 170.00 1190.00

3 Batu Kerikil 01 Lori x RM 436.00 436.00

4 VRC 4’x8’ 26 Keping x RM 35.00 910.00

5 Sewa JCB 5 Jam x RM 40.00 200.00

6 Upah Kerja 1600.00

JUMLAH 5876.00

Anda mungkin juga menyukai