Anda di halaman 1dari 14

TAJUK MODUL

1. TA’ARUF

2. PERSEDIAAN PRA REMAJA MUSLIM

3. KONSEP HAID DAN KAIFIAT BERSUCI.

4. APA ERTI IKRAR DUA KALIMAH SYAHADAH BAGI DIRI


SAYA ?

5. UNTUK APA SAYA BERSOLAT ?

6. AMALI SOLAT.

CARA MENGGUNAKAN MODUL

A. FASILITATOR / NAQIB

 Tidak menjadikan halaqah terlalu formal.


 Ada komunikasi dua hala.
 Memberi perhatian kepada semua peserta ( aktif / pasif ).
 Memberi peluang sama rata kepada peserta dalam mengemukakan idea dan
sebagainya.
 Bermotivasi dan berhikmah.
 Mengimarahkan suasana dan mesej dapat disampaikan dengan jelas.
 Tidak menggunakan pendekatan mekanistik tetapi menggunakan pendekatan
humanistic semasa memimpin halaqah.

B. PESERTA

 Membuang perasaan rendah diri.


 Melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan.
 Menjadikan kumpulan halaqah sebagai media membina pengalaman penyelesaian
masalah dalam pembentukan sahsiah Mu
MODUL 1 : TA’ARUF
( Masa : 30 minit )

1.1 Objektif :
 Peserta dapat mengenali antara satu sama lain.
 Membina keyakinan diri dalam kemesraan dan ukhuwwah Islamiah.

1.2 Aktiviti 1 :
 fasilitator membawa ahli ke tempat pilihan.
 Ahli dan fasilitator duduk dalam satu bulatan ( suasana tidak formal ) dan
mudah berkomunikasi antara satu sama lain.
 Sebaiknya, fasilitator tidak dianggap sebagai seorang yang digeruni atau
ditakuti tetapi senang berkongsi idea dan pengalaman.
 Fasilitator memulakan halaqah dengan bacaan surah Al-Fatihah.
 Semua ahli memperkenalkan diri secara bergilir-gilir.

- Salam …..Saya saudaramu dalam Islam.Nama saya ………………..


- Cita-cita …..pertama………kedua………………
- Berasal dari …………….
- Anak ke …………… dalam keluarga.
- Perkara-perkara yang disukai ………….
- Perkara-perkara yang dibenci ………….

 Ahli yang lain digalakkan bertanya disamping fasilitator berusaha


menghidupkan halaqah – sanjungan dan motivasi.

1.3 Aktiviti 2 ( Permainan ) :

Objektif :

Supaya peserta dapat menyedari :

- Pentingnya kerjasama dalam masyarakat.


- Melihat dan bercakap dengan tidak bekerja adalah terlalu mudah.
- Orang yang tidak pernah buat kesalahan adalah orang yang tidak buat kerja.

Cara :

 Lima ahli diminta tampil ke tengah halaqah untuk mencantum kad manila yang
dipotong menjadi empat segi bujur.
 Ahli lain memerhatikannya dan memberi pendapat mengenai aktiviti tersebut
1.4 Aktiviti 3 :

Setelah selesai aktiviti di atas, fasilitator memberi penerangan mengenai tujuan aktiviti
tersebut dijalankan :
1. Manusia adalah makhluk yang hidup berkembang , bermasyarakat dan tidak
mungkin hidup sendiri.

2. Untuk berinteraksi dalam masyarakat memerlukan perkara-perkara berikut :

a. Ta’aruf (berkenalan )
- Merujuk kepada perkara-perkara fizikal sahaja.
- Konsep penyebaran salah.

b. Tafahum (saling memahami)


- Proses ini membawa kepada pertumbuhan silaturrahim dan kemesraan sesama
ahli.

c. Tawazum (keadaan seimbang antara satu sama lain)


- Keadaan ini wujud apabila ada saling mengenali , memahami dan hormat-
menghormati.

d. Takaful ( saling bantu-membantu )


- Takaful adalah kemanisan dalam pergaulan yang dilalui dari kerelaan dan
kesucian yang bertolak dari keikhlasan tiga perkara di atas.

1.5 Aktiviti 4 :

Hurai lirik lagu dan kaitkan hubungan peserta dengan orang yang tersayang.

Lagu : Permata Hatiku

Sayalah permata , anak kesayangan


Kebanggaan ayah dan ibu
Saya dibesarkan dengan kasih saying
Hanya yang terbaik untukku
menjadi harapan di masa hadapan
Sayalah anak yang cemerlang. ( 3 X )
MODUL 2 : PERSEDIAAN PRA REMAJA MUSLIM
( Masa : 2 Jam )

2.1 Objektif :

Supaya peserta :

2.1.1 Peka terhadap perkembangan emosi dan fizikal yang akan berkembang.

2.1.2 Bersedia menghadapi “baligh”.

2.1.3 Bangga dan bersyukur menjadi remaja muslim.

2.1.4 Memahami cara bersuci hadas besar.

2.1.5 Berkewajipan menjaga / memelihara amanah Allah yang ada pada diri
sendiri.

2.2 Fenomena

 Bincang fenomena alam.


 Faham dan teliti sifat kejadian Ilahi.
o Berubah.
o Berpasangan
o Membiak.

 Semua ada hikmah / faedah.


o Apa akan jadi kalau malam tanpa siang.
o Apa akan jadi kalau lelaki tanpa perempuan.
o Apa akan terjadi kalau positif tanpa negatif.

 Kita perlu hargai nikmat Allah.


 Fahami “Sunnatullah” dapat salami “hikmat” dan rasa nikmat anugerah Allah.
 Ikut peraturan Allah akan apat”selamat” dan “bahagia”.
 Lari daripada fitrah akan “rosak binasa”.
Keselamatan dan kebahagiaan itu adalah milik dan pemberian Allah.
Teliti : Mengapa doktor sakit dan mati ?
Mengapa kehidupan hartawan tidak tenteram ?
Mengapa orang cantik bunuh diri ?
2.3 Remaja dan Baligh.

Remaja adalah alam kehidupan yang dilalui insan antara peringkat kanak-kanak
dengan peringkat dewasa.Peringkat ini berakhir jika insan itu membuat keputusan
dan bertindak secara matang dan bertanggungjawab.

Peringkat Remaja.

a. Peringkat awal remaja ( 13 – 18 tahun )


b. Peringkat akhir remaja ( 19 – 24 tahun )

A. Peringkat Awal Remaja ( Tanda – tanda Baligh )

 Pertumbuhan jasmani cepat, ketinggian dan tubuh badan serta suara


berubah.
 Rasa tidak selesa dengan perubahan dan terjadinya kegoncangan emosi.
 Kelenjar mengalir dalam tubuh. Turut memberi kesan kepada kelenjar seks.
Naluri seks memuncak dan ingin mendampingi jantina berlainan.
 Perubahan pada diri, selalu dipersoalkan oleh remaja termasuk aspek
jerawat, suara, pertumbuhan bulu dan sebagainya.
 Keluar mani.
 Keluar darah haid.

B. Peringkat Akhir Remaja.

 Peringkat ini hamper mencapai tahap seimbang antara pertumbuhan fizikal,


emosi , intelek dan rohani (JERI).
 Keseimbangan dalam aspek JERI hanya wujud melalui proses pendidikan.

2.4 Apakah Mani / Sperma ?

- Benih insan / zuriat manusia.


- Bagaimana mani dihasilkan.
- Apa kandungannya.
- Mani dan organ jantina adalah amanah.
- Allah melihat, Raqib dab A’tid mencatat.
Penyelewengan amanah jantina :
- Mastrubasi
- Homoseks
- Zina
- Rogol dan sebagainya.
2.5 Baligh.

- Peringkat Akal : Mukallaf , peringkat umur yang Allah tetapkan kewajipan


Islam terhadapnya.
- Wajib perlengkapkan diri.
- Catatan Raqib dan A’tid.

2.6 Hadas Besar.

Perkara yang mewajibkan “Mandi Wajib”.

a. Jima’ atau memasukkan hasyafah ke dalam faraj sekalipun tidak terkeluar


mani.
b. Keluar mani sekalipun tidak jima’.
c. Haid.
d. Nifas.
e. Wiladah.
f. Mati selain dari mati syahid.

Fardhu Mandi Wajib.

a. Berniat.
b. Menghilangkan semua najis daripada tubuh badan.
c. Meratakan air ke seluruh anggota badan.

Perkara Yang Haram Semasa Janabah.

a. Solat.
b. Tawaf.
c. Menyentuh Al Quran dan membawanya.
d. Membaca Al Quran.
e. Menetap dan berdiam dalam masjid.
MODUL 4 : APAKAH ERTI BERIKRAR DUA KALIMAH
SYAHADAH BAGI DIRI SAYA ?

( Masa : 2 Jam )

4.1 Objektif :

 Peserta faham konsep “ Ikrar Syahadah”.


 Peserta sedar penghayatan syahadah dalam kehidupan seharian.
 Faham makna Ikrar.

4.2 Aktiviti 1 : Perbincangan

“ Kebanyakan anggota tentera dan polis adalah golongan masyarakat yang


berdisiplin, berpakaian kemas, patuh kepada arahan ketua dan sanggup
mempertahankan negara hingga ke titisan darah terakhir. Pada pendapat
anda, apakah yang menyebabkan sifat dan sikap ini berlaku ?”

Objektif :
 Peserta dapat membuat kesimpulan pengorbanan dan ketinggian disiplin
angkatan tentera dan polis bermula dari ikrar.

4.3 Aktiviti 2 : Perbincangan.

1.“ Konsep Ikrar / Pengakuan “.

a. Maksud ikrar.
b. Mengapa mesti berikrar.
c. Kepada siapa berikrar.
d. Apa yang diikrar.

ILMU FAHAM IKRAR BUKTIKAN(AMALAN)

2. Syarat kesempurnaan syahadah.

a. Faham lafaz dengan tepat.


b. Boleh melafaz dengan tepat.
c. Mengetahui pengertian syahadah .
d. Mengetahui makna yang harus dihayati setelah ikrar dibuat.
e. Melakukan amalan yang diperintah dan meninggalkan segala yang
bercanggah dengan makna syahadah yang diikrar.

3. Analisa kalimah Syahadah.


Musbat Isbat Manfi Nafi

4. Membincangkan sifat –sifat Allah (Sifat 20).

Antaranya : - Terkaya ( ttidak berhajat kepada sesuatu )


- Semua makhluk berhajat kepadaNya
- Tidak mengambil sebarang faedah daripada makhluk.

5. Antara makna ikrar “

- Tiada yang menjadikan sekelian makhluk melainkan Allah.


- Tiada yang menghidupkan melainkan Allah.
- Tiada yang memudaratkan melainkan Allah.
- Tiada yang mempunyai hak untuk disembah melainkan Allah.

6.Antara perkara yang membatalkan Syahadah :

- Bertawakkal selain daripada Allah.


- Menghalalkan yang haram.
- Benci terhadap Islam.
- Tidak bersyukur.
- Menjadikan dunia matlamat hdup.
- Mengejek dan mempersendakan Al-Quran.

4.4 Aktiviti 3 :

1. Nasyid bertajuk “Panji Islam”.

2. Bacaan Tasbih Kaffarah.


MODUL 5 : UNTUK APA SAYA BERSOLAT ?
( Masa : 2 Jam )

5.1 Objektif

 Sedar keupayaan diri dalam kemahiran teori dan amali solat.


 Menanam kesedaran bersolat atas dorongan rasa bersyukur.
 mengukuhkan kefahaman rukun-rukun Islam.
 Menyedari ancaman meringankan solat.

5.2 Aktiviti 1 :

 Peserta diminta menyenaraikan budi baik yang telah diberikan kepada


seseorang yang dikasihi sejak 1.1.1997 dalam masa 5 minit.
 Peserta membacanya di hadapan ahli lain kemudian di ajukan soalan :
“Bagaimana jika budi ini tidak dihargai?”
 Catatkan seberapa banyak nikmat Allah yang telah diterima sejak anda
dilahirkan.
 Fasilitator memandu minda peserta kea rah perlaksanaan amal atas kesedaran
“ Hamba yang Bersyukur “.

5.3 Aktiviti 2 : Penilaian Kendiri Bacaan Solat

Objektif : Pelajar dapat memahami tahap keupayaan sendiri dalam Qauli Solat.

 Peserta diberi boring penilaian bacaan-bacaan solat untuk dinilai setelah


dibacakan di hadapan pasangan masing-masing di bawah pengawasan
fasilitator.
 Fasilitator membuat penilaian / ulasan / pembetulan.

5.4 Aktiviti 3 : Perbincangan

 Allah memerintahkan kita mendirikan solat , bukan bersolat. Maksud


mendirikan solat :
a. Cara yang paling sempurna.
b. Dirikan atas rasa pengaruh kebesaran Allah dan tanda kesyukuran
kepadaNya.
c. Didirikan dengan penuh khusyu’ dan tawaddhu’.

 Keperluan bagi solat yang berkualiti :


a. Ikhlas kerana Allah.
b. Ilmu – mengetahui amal fardhu dan sunat.
c. Wudhuk – bersih dan suci diri dari sifat keji.
d. Berpakaian – Sumber halal,suci bersih , sederhana.

 Waktu : Menepati waktu solat.

 Qiblat : Jasad menghadap qiblat,konsisten dalam amalan,hati mengingati


Allah.

 Niat : Yakin solat yang hendak didirikan, sentiasa sedar bahawa Allah
sentiasa melihat kita, Allah mengetahui apa yang kita lakukan.

 Takbiratul Ihram : Lafaz dengan fasih, kedua tangan diangkat, ibu jari di
bawah cuping telinga, merasakan kebesaran Allah di hati.

 Qiam : Pandang ke tempat sujud, merasa kita sedang berhadapan dengan


Allah, melupakan selain daripada Allah.

 Bacaan : Bertajwid, cuba memahami makna, menghayati apa yang dibaca.

 Ruku’ : Lurus bahagian belakang tubuh, lutut dipegang kukuh, dua siku
direnggangkan, ucap tasbih dengan khusyu’.

 Sujud : Tangan diletakkan dekat telinga.

 Duduk tahiyyat : Duduk atas kaki kiri manakala kaki kanan diluruskan,
membaca dengan penuh penghormatan.

5.5 Aktiviti 4 : Amaran bagi Golongan Yang Meringankan Solat.

1. Terkeluar dari Islam.


Maksud Hadis : Sabda Rasulullah s.a.w :”Urusan yang memisahkan antara
kita ( para muslim ) dengan mereka ( orang kafir ) itu ialah solat, maka
barangsiapa meninggalkannya sesungguhnya telah menjadi kafir”.
( HR Ahmad Dar Daud )

2. Azab yang berpanjangan.


a. Orang yang memelihara solat, Allah akan memelihara 5 perkara :
i. Kehidupan tidak disempitkan.
ii. Tiada azab kubur.
iii. Allah memberi suratan amalan di sebelah kanan.
iv. Secepat kilat meniti di atas Siratul Mustaqim.
v. Masuk ke syurga dengan tidak dikira amalan kejahatan.

b. Orang yang mensia-siakan solat akan disiksa dengan siksaan :

i. 6 ketika di dunia.
 Dicabut berkat umurnya.
 dipadam cahaya orang salihin.
 Setiap amal baik yang dikerjakan tidak diberi pahala.
 Doanya tidak diangkat ke langit.
 Tiada baginya doa orang-orang salihin.
 Dicabut nyawa dalam keadaan tidak beriman.

ii. 3 ketika hampir meninggal.

 Mati dalam keadaan hina.


 Mati dalam keadaan kelaparan.
 Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat.

iii. 3 ketika di alam kubur.

 Disempitkan lubang kubur,serta dihimpitkan sehingga


berselisih tulang rusuk.
 Dinyalakan api untuk penyiksaan sepanjang masa.
 Disiksa oleh sejenis ular berbisa “ Sujaa’l Aqraa” hingga
kiamat.

5.4 Aktiviti 4 :

1. Nasyid bertajuk “ Amal Apa “.


MODUL 6 : AMALI SOLAT .
( Masa : 1 Jam )

6.1 Objektif

 Peserta dapat mengetahui kebolehan sendiri dalam amali solat.


 Mencontohi demonstrasi oleh guru.

6.2 Aktiviti 1.

Peserta di beri kad penilaian kendiri dan diminta mendapatkan pasangan untuk
membantu proses penilaian yang bertukar ganti di bawah pengawasan
fasilitator.

6.3 Aktiviti 2.

- Fasilitator mengumpul kad tadi dan membuat kad rumusan.


- Fasilitator melakukan demonstrasi perkara rukun dan bacaan merujuk
kepada penilaian di atas.

6.4 Aktiviti 3.

- Nasyid bertajuk “ Panji Islam “.


NASYID

“PANJI ISLAM”

Di timur suria mulai terbit


Cahaya fajar baru
Bersyukur kepada Allah yang Esa
Pencipta alam maya.

Ku pohon doa restu malam syahdu


Mengadap kiblat suci
Semoga Ad Din Islam yang tercinta
Gemilang dan abadi.

Tersebar sinar Islam ajaran suci


Ke seluruh negara
Berkumandang terang semangat abadi
Panji Islam berkibar.

Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Esa


Ku pohon doa restu
Semoga ad Din Islam yang tercinta
Gemilang dan abadi.
NASYID.

“AMAL APA”

Amal apa , amal apa


Yang disukai Allah
Sembahyanglah , sembahyanglah
Tepat pada waktunya.

Apa lagi , apa lagi


Yang disukai Allah
Berbaktilah , berbaktilah
Pada ibu dan ayah

Apa lagi , apa lagi


Yang disukai Allah
Selawatlah , selawatlah
Pada Nabi Muhammad

Apa lagi , apa lagi


Yang disukai Allah
Berjuanglah , berjuanglah
Berjuanglah di jalan Allah.

Anda mungkin juga menyukai