Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

PEMBINAAN GELANGGANG PETANQUE

18
Pengenalan

Petanque adalah sejenis permainan yang mudah dipelajari dan dimainkan. Selain
daripada kos yang murah untuk mula memainkan permainan ini, ia juga boleh
dimainkan pada semua jenis permukaan kecuali simen dan tar serta tidak terikat
dengan gangguan angin. Permainan petanque ini mempunyai banyak persamaan
dengan permainan bowling padang, namun permainan bowling padang hanya dapat
dimainkan di atas permukaan gelanggang khas sahaja. Manakala petanque boleh
dimainkan di permukaan gelanggang tanah, pasir, rumput dan sebagainya.
Peralatan permainan petanque juga sangat mudah iaitu hanya memerlukan
beberapa biji bola besi (Boules) dan sebiji bola kayu (Jack). Walaupun harga bola
petanque agak mahal (bergantung kepada jenis dan jenama), namun ia adalah
berbaloi untuk dibeli kerana bola petanque boleh tahan bertahun-tahun lamanya.
Dari segi bilangan pemain pula sukan petanque boleh dimainkan secara
perseorangan, bergu dan bertiga. Tujuan untuk membina gelanggang petanque ini
tentunya dengan harapan supaya permainan petanque menjadi sukan utama bagi
murid-murid berkeperluan khas.

Objektif

1. Menjadikan sukan petanque sebagai Kebitaraan PPKI Daerah Bagan Datuk.


2. Mewujudkan sekurang-kurangnya 1 pasukan setiap sekolah.
3. Memberi pendedahan kepada murid berkeperluan khas pada sukan
petanque.
4. Mencungkil bakat-bakat baru dikalangan murid berkeperluan khas.
5. Meningkatkan fokus pengamatan murid.
6. Mengoptimumkan penggunaan motor halus bagi murid berkeperluan khas.
Menentukan Arah Dan Lokasi

Pembinaan gelanggang petanque hendaklah di atas permukaan yang mendatar dan


lebih tinggi dari aras laut. Selain daripada dapat menjimatkan kos pembinaan,
kawasan yang tinggi dan keras memudahkan kita membina gelanggang. Untuk
menentukan arah jalur gelanggang hendaklah dalam anggaran 90 darjah dari arah
matahari naik dan turun. Lokasi yang dicadangkan adalah Sekolahah Kebangsaan
Hutan Melintang. Lokasi ini dipilih kerana permukaannya telah sedia dilapisi batu
kasar, hanya memerlukan sedikit perbelanjaan untuk menyiapkan gelanggang ini.

Rajah 1: Lapisan Permukaan Gelanggang 3 lapisan


Rajah 2: Permukaan Gelanggang 2 lapisan

Spesifikasi Lapisan Permukaan

Untuk mendapat sebuah gelanggang yang berkualiti tinggi lapisan gelanggang


adalah seperti rajah 1. Ketebalan quary dust tidak melebihi 2”. Ketebalan batu ¾”
bergantung kepada permukaan, untuk mendapatkan level permukaan (ketebalan
cadangan 2 – 3 inci). Ketebalan kasaran bergantung kepada permukaan untuk
mendapatkan level permukaan. Untuk menjadikan gelanggang yang kita bina lebih
mencabar pemain, dicadangkan agar kita menaburkan batu kasar di permukaan
gelanggang (chipping). walau bagaimanapun chipping ini jangan diletakkan terlalu
banyak kerana ini akan merosakkan bola petanque.
Rajah 3: Gelanggang Tunggal

Keluasan Kawasan Permainan Gelanggang Tunggal (1 gelanggang)

Keluasan minima satu gelanggang adalah 4m x 15m, walaubagaimanapun tembok


sekitar gelanggang biasanya diperlukan untuk mengelak bola tersasar jauh, rajah 2
menunjukkan 1 gelanggang permainan berserta tembok.

Rajah 4: Gelanggang Berkembar 4.


Cadangan Bilangan Gelanggang Paling Optimum (Berkembar)

Bilangan gelanggang berkembar paling sesuai adalah dengan gandaan 2 seperti 4,


8, 16, 32, 64 gelanggang dan seterusnya. (rujuk rajah 4) kesesuaian adalah
berdasarkan pekara-pekara berikut:

1. Sesuai dengan sistem pertandingan


2. Bilangan yang mencukupi dengan lampu limpah dengan ketinggian 30’ dapat
menerangi keseluruh kawasan mengikut pandangan biasa.
3. Menepati peraturan keluasan minima gelanggang.
4. Gelanggang berkembar paling menjimatkan.

Spesifikasi Tambahan

1. Outlet air keluar (Sistem paiping bawah tanah - kos lebih mahal)
2. Tambahan ketinggian 2” di bahagian tengah setiap gelanggang

Anggaran Kos Pembinaan Gelanggang Berkembar 2

PPKI SK Hutan Melintang memilih untuk membina gelanggang berkembar dua


Anggaran Kos pembinaan bagi dua gelanggang seperti berikut :

1. Quary dust (10tan x RM65) RM 650.00


2. Batu¾ (7 tan x RM50) RM 350.00
3. Kasaran (10 tan x RM180) RM 1800.00
4. Tembok (Bata @ Kayu) RM 600.00
JUMLAH RM3400.00

** Harga di atas adalah harga pembelian secara terus dari Quary dengan kadar
sekurang-kurangnya 5 tan.
Penyesuaian Pembinaan Berdasarkan Permukaan Asas

1. Rumput
Sekiranya permukaan asas berumput, pembinaan hendaklah mengikut spesifikasi
lapisan permukaan di atas, (belanja agak besar). Untuk penjimatan, buang rumput
sehingga tinggal lapisan tanah, kemudian letak batu ¾ dan diikuti quary dust, atau
boleh terus letak quary dust.

2. Tanah
Sekiranya permukaan tanah keras, letak batu ¾ dan diikuti quary dust atau boleh
terus letak quary dust mana yang lebih sesuai.

3. Batu
Sekiranya permukaan asas berbatu, boleh terus letak quary dust.
Semua lapisan yang dimaksudkan hendaklah mengikut ketebalan yang telah
ditetapkan.

** Kos boleh dijimatkan berdasarkan permukaan asas lokasi pembinaan


gelanggang. Contohnya, jika permukaan gelanggang telah sediakala keras, anda
tidak perlu meletakkan batu kasar, sebaliknya boleh terus meletakkan batu halus
dan quary dust.
Contoh Gelanggang Petanque Kampung Santubung.

Contoh Gelanggang Petanque Petronas Telaga 3.


Contoh Gelanggang Petanque SMK Santubung.

Contoh Gelanggang Petanque Balok, Kuantan.


Penutup

Diharapkan dengan ada gelanggang petanque dapat menambahkan lagi para


penggiat petanque di kawasan daerah Bagan Datuk dan dapat menganjurkan
kejohanan terbuka sepertimana di daerah lain . Diharap juga proposal ini dapat
membantu para kontraktor yang dilantik untuk membina gelanggang petanque,
tetapi kurang pengetahuan tentang sukan ini.

"Majulah Sukan Untuk Negara"

Disediakan oleh :

………………………………

( Adib Fadli Bin Muhammad Nurul Azmi )


Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang dan
Merangkap Pengerusi Teknik Petanque Daerah Bagan Datuk

Disahkan oleh :

..................................................

Anda mungkin juga menyukai