Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN PEMBINAAN GELANGGANG

PETANQUE
Pengenalan

Petanque adalah sejenis permainan yang mudah dipelajari dan dimainkan.


Selain daripada kos yang murah untuk mula memainkan permainan ini, ia
juga boleh dimainkan pada semua jenis permukaan kecuali simen dan tar
serta tidak terikat dengan gangguan angin. Permainan petanque ini
mempunyai banyak persamaan dengan permainan bowling padang,
namun permainan bowling padang hanya dapat dimainkan di atas
permukaan gelanggang khas sahaja. Manakala petanque boleh dimainkan
di permukaan gelanggang tanah, pasir, rumput dan sebagainya. Peralatan
permainan petanque juga sangat mudah iaitu hanya memerlukan beberapa
biji bola besi (Boules) dan sebiji bola kayu (Jack). Walaupun harga bola
petanque agak mahal (bergantung kepada jenis dan jenama), namun ia
adalah berbaloi untuk dibeli kerana bola petanque boleh tahan bertahun-
tahun lamanya. Dari segi bilangan pemain pula sukan petanque boleh
dimainkan secara perseorangan, bergu dan bertiga. Tujuan saya berkongsi
ilmu untuk membina gelanggang petanque ini tentunya dengan harapan
supaya permainan petanque menjadi sukan yang paling digemari dalam
kalangan masyarakat seluruhnya.

Menentukan arah dan lokasi

Pembinaan gelanggang petanque hendaklah di atas permukaan yang


mendatar dan lebih tinggi dari aras laut. Selain daripada dapat
menjimatkan kos pembinaan, kawasan yang tinggi dan keras memudahkan
kita membina gelanggang. Untuk menentukan arah jalur gelanggang
hendaklah dalam anggaran 90 darjah dari arah matahari naik dan turun.

Spasifikasi lapisan permukaan

Untuk mendapat sebuah gelanggang yang berkualiti tinggi lapisan


gelanggang adalah seperti rajah 1. Ketebalan quary dust tidak melebihi
2”. Ketebalan batu ¾” bergantung kepada permukaan, untuk mendapatkan
level permukaan (ketebalan cadangan 2 – 3 inci). Ketebalan kasaran
bergantung kepada permukaan untuk mendapatkan level permukaan.
Untuk menjadikan gelanggang yang kita bina lebih mencabar pemain,
dicadangkan agar kita menaburkan batu kasar di permukaan gelanggang
(chipping). walau bagaimanapun chipping ini jangan diletakkan terlalu
banyak kerana ini akan merosakkan bola petanque.

Keluasan kawasan permainan gelanggang tunggal (1 gelanggang)

Keluasan minima satu gelanggang adalah 4m x 15m, walau bagaimana


pun tembok sekitar gelanggang biasanya diperlukan untuk mengelak bola
tersasar jauh, rajah 2 menunjukkan 1 gelanggang permainan berserta
tembok.

Cadangan Bilangan Gelanggang Paling Optimum (Berkembar)

Bilangan gelanggang berkembar paling sesuai adalah dengan gandaan 4


seperti 4, 8, 16, 32, 64 gelanggang dan seterusnya. (rujuk rajah 4),
kesesuaian adalah berdasarkan pekara-pekara berikut;
1. Sesuai dengan sistem pertandingan
2. Bilangan yang mencukupi dengan lampu limpah dengan ketinggian 30’
dapat menerangi keseluruh kawasan mengikut pandangan biasa.
3. Menepati peraturan keluasan minima gelanggang.
4. Gelanggang berkembar paling menjimatkan.

Spasifikasi tambahan

1. Outlet air keluar (Sistem paiping bawah tanah - kos lebih mahal)
2. Tambahan ketinggian 2” di bahagian tengah setiap gelanggang

Anggaran Kos Pembinaan Gelanggang Tunggal


Anggaran Kos pembinaan bagi satu gelanggang (Negeri Sarawak)
1. Quary dust (5 tan x RM65) RM 325.00
2. Batu¾ (7 tan x RM50) RM 350.00
3. Kasaran (10 tan x RM50) RM 500.00
4. Tembok (Bata @ Kayu) RM 600.00
JUMLAH RM1,775.00

** Harga di atas adalah harga pembelian secara terus dari Quary dengan
kadar sekurang-kurangnya 5 tan.

Penyesuaian Pembinaan Berdasarkan Permukaan asas

1. Rumput
Sekiranya permukaan asas berumput, pembinaan hendaklah mengikut
spesifikasi lapisan permukaan di atas, (belanja agak besar). Untuk
penjimatan, buang rumput sehingga tinggal lapisan tanah, kemudian letak
batu ¾ dan diikuti quary dust, atau boleh terus letak quary dust.
2. Tanah
Sekiranya permukaan tanah keras, letak batu ¾ dan diikuti quary dust atau
boleh terus letak quary dust mana yang lebih sesuai
3. Batu
Sekiranya permukaan asas berbatu, boleh terus letak quary dust.

Semua lapisan yang dimaksudkan hendaklah mengikut ketebalan yang


telah ditetapkan.

Rajah 6: Kos Membina Gelanggang Kembar 4


Anggaran Kos Perbelanjaan Gelanggang Berkembar 4.

1. Quary dust (20 tan x RM65) RM1 300.00


2. Batu ¾ (30 tan x RM50) RM1 500.00
3. Kasaran (40 tan x RM50) RM2 000.00
4. Tembok (batu curve 2’) RM 600.00
JUMLAH RM5 400.00

** Kos boleh dijimatkan berdasarkan permukaan asas lokasi pembinaan


gelanggang. Contohnya, jika permukaan gelanggang telah sediakala keras,
anda tidak perlu meletakkan batu kasar, sebaliknya boleh terus meletakkan
batu halus dan quary dust.

Rajah 7: Anggaran Kos Bola Petanque (Sila dail 019-8884070 untuk rundingan)

Rajah 8: Contoh Gelanggang Petanque Kampung Santubung.


Rajah 10: Contoh Gelanggang Petanque SMK Santubung.

Rajah 11: Contoh Gelanggang Petanque Balok, Kuantan.

Penutup

Semoga dengan penerbitan artikel ini dapat membantu teman-teman


penggiat sukan petanque untuk membina padang petanque sendiri sama
ada di halaman rumah, di kawasan pejabat, di sekolah, di kompleks sukan
atau di mana-mana sahaja tempat yang ada peminat sukan petanque ini.
Diharap juga artikel ini dapat membantu para kontraktor yang dilantik untuk
membina gelanggang petanque, tetapi kurang pengatahuan tentang sukan
ini. Wallahuallam....

"Majulah Sukan Untuk Negara"

George Aiman Milin


FB: Aiman Tokey Petanque
019-8884070

Anda mungkin juga menyukai