Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN


SEKOLAH KEBANGSAAN DALLAS, KOTA BELUD
TAHUN 2018

TARIKH: 08 OKTOBER 2018


TEMPAT: PADANG SK. DALLAS, KOTA BELUD

1.0 LATAR BELAKANG

Dasar kerajaan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnyasatu aktiviti sukan di sekolah melalui 1M1S. Justeru dengan dasar ini,
setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar
Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu
Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. karnival sukan dan permainan merupakan antara program di bawah dasar 1 Murid 1
Sukan. Bagi menyokong dasar ini, pihak sekolah telah merancang aktiviti Karnival Sukan dan Permainan yang melibatkan murid tahap 2 di SK.
Dallas, Kota Belud.

2.0 MATLAMAT

Karnival sukan dan permainan ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan
murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan. Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan
dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan.

3.0 OBJEKTIF

1. Meningkatkan kebolehan, kemahiran, dan bakat murid dalam sukan permainan.


2. Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan dalam diri murid-murid.
3. Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid.
4. Guru dapat mengenal pasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang sukan.
5. Memastikan murid-murid berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, dan intelektual.
6. Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, dan interaksi dalam kalangan murid.

4.0 TEMPAT

 Padang Sekolah Kebangsaan Dalas, Kota Belud.

5.0 SUKAN DAN PERMAINAN

 Futsal ( lelaki )
 Bola jaring ( perempuan )

6.0 KUMPULAN SASARAN

 Semua murid Tahap 2 (Tahun 4, 5, 6)

7.0 TARIKH

 8 Oktober 2018

8.0 MASA
 7.00 pagi – 4.00 petang

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Cik Rosemary @ Fauziah Kisin (Guru Besar)


Pengerusi : En. Clifford Teddy Libin
Setiausaha : Pn. Eflajura Ami
Bendahari : Pn. Justina Malusin

Ahlijawatankuasa kecil:
Dokumentasi : Ustaz Asyraf Hasbi
Pn. Eflajura Ami
Pengadil : En. Jaenry Sinteh ( Futsal lelaki )
: Pn. Emmily Rosalind Roipin ( Bola Jaring perempuan )
Peralatan : En. Ahmad Sayuti Bin Muhamad
En. Kok Ah Seng
Kecemasan : Pn. Roziah Dangku
En. Raimie Mensun
Siaraya/juruacara : Pn. Ellisiah Niting
Hadiah dan sijil : Pn. Anderlyna Bangkuai
Pn. Ferraleny Doline
Makanan : Pn. Sussana Tsui San
Kebersihan : Pn. Sulinin Kopit
En. Joepinin Miki
Keselamatan : En. Jackwill Jhonny
En. Semuin Gasak

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah (RM)


1 Sijil ( 57 keping x RM 2.00 ) 114.00
2 Hamper
1. 2 buah x RM 30.00
2. 2 buah x RM 25.00
3. 2 buah x RM 20.00 150.00
3 Pemain terbaik Futsal dan Bola Baling ( 2 buah hamper x RM 20.00 )
Penjaring terbanyak Futsal dan Bola Baling ( 2 buah hamper x RM 20.00 )
Penjaga Gol Futsal dan Bola Baling Terbaik ( 2 buah hamper x RM 20.00 ) 120.00
4 Jamuan ringan guru (RM 2.80 x 20 orang) 56.00
5 Air mineral cup ( 3 kotak x RM 15 ) 45.00
6 Fotostat bahan 12.00
7 Dokumentasi dan siaraya 34.00
JUMLAH 531.00
11.0 SUMBER KEWANGAN
 Yuran khas sekolah

12.0 PENUTUP
Kerjasama dari semua pihak adalah amat diharapkan dan digalakkan agar segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Semoga
kerjasama pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung akan dapat membantu murid-murid
yang terlibat membentuk jati diri yang tinggi, lebih berdisiplin dan berkeperibadian yang lebih baik di masa akan datang. Diharap murid-murid ini
dapat mengaplikasikan segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh di sekolah ini.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………………... ……………………………………………..
EFLAJURA AMI ROSEMARY KISIN @ FAUZIAH
Setiausaha Guru Besar
Karnival Sukan dan Permainan SK. Dallas, Kota Belud
S.K. Dallas Kota Belud.

Disemak Oleh:

………………………………………...
CLIFFORD TEDDY LIBIN
Penolong kanan Kokurikulum
SK. Dallas, Kota Belud

Anda mungkin juga menyukai