Anda di halaman 1dari 10

SUKAN DALAM KOMUNITI

FUNGSI SUKAN DALAM KOMUNITI

DISEDIAKAN OLEH: NURUL NABIHAH BINTI AZMI NUR AJLALI ASMAA ISMAIL PENSYARAH PEMBIMBING: ENCIK JALALUDDIN BIN HAJI ABD LATIF

OBJEKTIF SUKAN DALAM KOMUNITI

Untuk menggalakkan dan membangunkan pelbagai sukan di peringkat komuniti. Untuk mengekalkan hubungan baik antara komuniti setempat. Untuk meningkatkan minat masyarakat terhadap sukan. Untuk mewakili kelab dalam mana-mana pertandingan pelbagai sukan.

Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan kelab, asalkan tidak bercanggah dengan undangundang negara. Satu cara mengembangkan kesedaran masyarakat untuk mengikuti sesuatu program yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan. Membentuk peribadi masyarakat menjadi seorang yang berdisiplin, melalui penglibatan sukan. Mewujudkan komuniti sihat di dalam masyarakat Malaysia.

FUNGSI SUKAN DALAM KOMUNITI


Memberi galakan di kalangan pemuda-pemudi di kelompok masyarakat agar menggemari aktiviti sukan. Untuk memenuhi konsep Sukan Untuk Semua, sebagai prestasi atau petunjuk kejayaan sukan. Menggalakan penglibatan masyarakat setempat untuk mengambil bahagian dalam acara sukan.

Masyarakat terutamanya di peringkat akar umbi berpeluang melibatkan diri sama ada sebagai pemain, pengelola, ataupun penyokong dalam program yang dianjurkan. Dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Dapat menyemarakkan semangat masyarakat ke arah budaya kesukanan. Dapat menghidupkan suasana bersukan di peringkat komuniti. Dapat menyediakan satu tapak yang lebih luas untuk mengenalpasti serta mengcungkil bakat-bakat baru di kalangan belia dan remaja.

Dapat mengisi ruang dan masa lapang masyarakat belia dan remaja dengan aktiviti yang berfaedah. Dapat mengurangkan serta menghindarkan mereka untuk terlibat dalam kegiatan yang tidak berfaedah. Menjadikan sukan sebagai budaya hidup sihat kian menjadi realiti. Meningkatkan kesedaran perpaduan dan budaya bersukan di kalangan remaja Malaysia. Memudahkan masyarakat yang tidak berkemampuan dari segi kewangan bagi menceburi bidang kesukanan.

TUJUAN SUKAN DALAM KOMUNITI


Memupuk minat dan menarik penyertaan masyarakat di peringkat akar umbi ke arah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu. Sukan sebagai alat pembangunan modal insan. Melahirkan jaguh-jaguh sukan tanpa perlu mengharapkan bakat-bakat yang dibentuk oleh persatuan-persatuan utama atau Majlis Sukan Negara (MSN).

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN


Kompleks Sukan Komuniti diwujudkan di 50 kawasan Dewan Undangan Negeri diseluruh negara. Wujudnya gelanggang sukan terbuka pelbagai guna di setiap DUN. Gelanggang terbuka dilengkapi kemudahan pelbagai jenis sukan seperti futsal, badminton dan sebagainya. Menyediakan peruntukan sebanyak RM 43,800 kepada setiap Kelab Sukan Komuniti(KSK) bagi 40 buah KSK yang terdapat di Pulau Pinang. Menganjurkan program Liga Sukan Komuniti seperti Bola Tampar, Bola Jaring, Sepak Takraw, Futsal, Badminton dan Bola Keranjang.

LAMPIRAN

RUJUKAN
http://sinchan.wordpress.com/2007/01/31/50kompleks-sukan-komuniti-idea-bagus-tapimana-dia/ http://www.google.com.my/search?hl=en&client= firefox-a&channel=s&rls=org.mozilla:enUS:official&q=sukan+dalam+komuniti&start=110 &sa=N http://www.google.com.my/search?hl=en&client= firefox-a&channel=s&rls=org.mozilla:enUS:official&channel=s&hl=en&q=fungsi+sukan+ dalam+komuniti&meta=&btnG=Google+Search

Anda mungkin juga menyukai