Anda di halaman 1dari 16

REJAM LEMBING

Sejarah Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah. Prinsip asas merejam lembing Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis. Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih. Keselamatan para pelatih Semasa membawa lembing

Mata lembing biarlah menghadap ke bawah Jangan berlari latihan

Semasa

Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh jurulatih Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan setiap pelajar secara maksimum

BAHAGIAN

BAHAGIAN

LEMBING

Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor. Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam amatur mahupun professional. Gaya rejaman tersebut ialah Gaya Rejaman Dari Atas Bahu dan Gaya Rejaman Dari Bawah Bahu.

Gaya memegang lembing Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu; Gaya Amerika Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

Gaya Finnish Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

Gaya Pegangan U Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

Kawasan rejaman lembing Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan

lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta. Teknik rejaman lembing Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut: Fasa persediaan Fasa lari landas Fasa rejaman Fasa ikut lajak 1.Fasa persediaan Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman Pandang kearah kawasan rejaman

2.Fasa lari landas Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman

3. Fasa rejaman Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing

Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman

4. Fasa ikut lajak Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

LEMPAR CAKERA

LONTAR PELURU

LARI PECUT

LARI BERGANTIGANTI

LOMPAT JAUH

LOMPAT TINGGI

PENGENALAN
Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan. Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

PERALATAN
Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang ramai.

PELURU
Berat Peluru

1. 2. 3.

DEWASA WANITA REMAJA

7. 265 kg 4. 005 kg 4. 000 kg

110 - 130 mm Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan.

FASA FASA LATIHAN

Terdapat Empat Fasa Lontaran dalam acara Lontar Peluru iaitu : 1. Fasa Persediaan

2. Fasa Gelungsuran 3. Fasa Lontaran 4. Fasa Pemulihan Fasa Persediaan ( Preparation )

1. Peserta bersedia dalam bulatan lontaran 2. Peluru dipegang dengan cara yang betul 3. Tenang keadaan mental dan emosi serta berada dalam keadaan selesa

KAEDAH LATIHAN YANG DICADANGKAN 1. Latihan Bebanan Latihan bebanan adalah sejenis kaedah latihan untuk membina, kekuatan, kuasa dan daya tahan otot. Latihan ini memerlukan pengkhususan, penambahan beban, ansur maju rintangan

dan urutan aktiviti. Diantara jenis latihan bebenan ialah isometrik, konsentrik, isentrik dan isokinetik. Faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah seperti intensiti latihan, jangka masa latihan dan pemulihan, bilangan ulangan dan jumlah set yang ditetapkan dalam setiap aktiviti dan kekerapan latihan dalam seminggu. Selain itu prinsip-prinsip yang perlu ada seperti beratan yang sesuai dengan atlit, cara atau prosedur yang betul, penambahan beban secara progresif dan juga aktiviti yang dipilih hendaklah bersesuaian. Panduan membina dan meningkatkan : I. Daya tahan otot lebih kurang 50% berat maksima (ulangan 10 hingga 15 kali) II. Kekuatan otot lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali). III. Kuasa otot lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali, tetapi pantas). IV. Kelenturan otot lebih kurang 20% hingga 30% berat maksima (ulangan sederhana iaitu 6 hingga 8 kali). Objektif I. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus di bahagian bahu, tangan, pinggang dan kaki. II. Membina kuasa eksplosif otot bahu, pinggang dan akki. III. Membina daya tahan otot umum dan spesifik. IV. Membina kelajuan. V. Meningkatkan fleksibiliti. VI. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori. Sistem Tenaga I. Melibatkan sistem tenaga ATP PC dan ATP LA secara dominan. II. Sistem tenaga aerobik secara sekunder. Kekerapan I. 2kali seminggu setiap latihan diselang sekurang-kurangnya dua hari.

Anda mungkin juga menyukai