Anda di halaman 1dari 22

PENGENALAN Merejam lembing merupakan salah satu acara dalam mana-mana kejohanan olahraga.

Merejam lembing adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Acara ini dipertandingkan dalam Sukan Olimpik dan dewasa ini di kategorikan sebagai acara padang. Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. SEJARAH MEREJAM LEMBING Mengikut laman web trackfieldevents.com, Hercules anak kepada Zeus dipercayai merupakan orang pertama yang merejam lembing. Dalam pertandingan sukan ianya mula diperkenalkan dalam tahun 708 SM. Pada permulaanya acara ini dibahagikan kepada dua kategori merejam kepada sasaran dan merejam berdasarkan jauh. Pada zaman dahulu konsep dan prinsip merejam lembing paling jauh adalah lebih kurang sama dengan apa yang dipertanmdingkan sekarang, sementara merejam lembing beradasrkan sasaran biasanya peserta akan menunggang kuda dan sambil kuda berlari merejam lembing ke arah sasaran. Menunggang kuda yang sedang berlari dan merejam lembing memerlukan koordinasi yang luar biasa untuk menepati sasaran. Lembing pada zaman tersebut dibuat daripada kayu olive yang beratnya adalah 400 gm dan panjangnya antara 2.3 hingga 2.4 meter. Dalam tahun 1780acara merejam lembing telah mengalami perubahan, saiznya telah ditukar kepada 800 gm berat dan panjangnya 2.6 meter dan diperbuat daripada kayu hickory. Sejak dari zaman Hercules hingga ke zaman moden ini perubahan teknologi mengikut peredaran masa, lembing juga turut sama akan perubahan tersebut, di era in i lembing diperbuat dari logam. Menurut laman web web trackfieldevents.com, pada tahun 1953 Franklin Head telah mencipta lembing yang hollow yang memberi lembing tersebut untuk terapung lebih lama dan ke sasaran yang lebih jauh. Laman web Olympic.org pula menerangkan acara merejam lembing pada zaman Olimpik purba tahun 778 SM acara ini sudah mula dipertandingkan sebagai salah satu acara dalam sukan tersebut. Merejam lembing mempunyai banyak kaitan antara peperangan dan acara Olimpik. Di antara era Mycenaean dan zaman Kerajaan Roman, lembing digunakan dalam peperangan, bezanya tentera zaman tersebut menggunakan lembing yang lebih berat berbanding dengan atlit. Dalam suka Olimpik zaman moden pemenang acara ini di peringkat dunia secara tradisinya dikuasai oleh negara-negara Nordic di Eropah, daripada

69 pingat Olimpik dalam acara merejam lembing lelaki sebanyak 32 pingat telah dimenangi oleh Negara Norway, Sweden atau Finland. Menurut laman web pjpkipkb.forumphpbb3.com acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Dalam Sukan Olimpik moden ia mula dipertandingkan dalam tahun 1912. Sejak itu acara merejam lembing merupakan acara balingan/padang yang penting yang dipertandingkan dalam semua acara sukan dunia. Acara merejam lembing sekarang ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan wanita.

PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis. Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya melenturkan badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih.

KESELAMATAN PARA PELATIH Semasa membawa lembing Jangan berlari Mata lembing biarlah menghadap ke bawah Semasa latihan Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh jurulatih Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam.

BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagianbahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor. Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran 25cm-33cm. Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara kategori lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun. Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.

GAYA MEMEGAM LEMBING Terdapat tiga teknik asas memegang lembing: Gaya Amerika Gaya Finnish Gaya pegangan- U

Gaya Amerika Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

Gaya Finnish Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

Gaya Pegangan-U Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

GAYA REJAMAN Gaya rejaman dari atas bahu Gaya rejaman dari bawah bahu

KAWASAN MEREJAM LEMBING Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta. Kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Oleh sebab acara ini memerlukan larian dan rejaman yang jauh maka kawasan yang lebih luas atau besar daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai yang menyaksikan acara itu dijalankan. Biasanya kawasan khas ini disediakan di atas padang bola atau stadium terbuka. Kawasan ini hendaklah ditandakan mengikut garisan dan ukuran yang ditetapkan mengikut penetapan yang diiktiraf IAAF.

KAWASAN REJAMAN

LEMBING Lembing diperbuat daripada kayu, besi, atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing: 1.kepala - diperbuat daripada besi berukuran 25cm-33cm. 2.bahagian pegangan (grip) - Grip terletak pada pusat graviti lembing. - panjang 15cm-16cm (kategori lelaki) - 14cm-15cm (kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun.) 3.bahagian hujung atau ekor Berat minimum lembing: - kategori lelaki ialah 800g - kategori wanita bawah 16 tahun ialah 600g. Panjang lembing : - Lelaki : antara 260 cm-270 cm - perempuan : antara 220cm 230cm.

TEKNIK REJAMAN LEMBING Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut: 1-Fasa persediaan 2-Fasa lari landas 3-Fasa rejaman 4-Fasa ikut lajak FASA PERSEDIAAN Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman Pandang ke arah kawasan rejaman FASA LARI LANDAS Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala. Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman FASA REJAMAN Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang

Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman FASA IKUT LAJAK Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lag Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

Inilah foto yang menunjukkan teknik rejaman yang digunakan oleh peserta semasa MSSD Bera 2009.

CARA ATAU TEKNIK MELAKUKAN REJAMAN Merejam lembing merupakan satu-satunya acara lontaran yang di lakukan dalam kawasan bukan berbentuk bulatan seperti dalam acara lontaran lain. Sebaliknya, rejaman dilakukan daripada lorong larian yang lurus yang memerlukan peserta membuat larian pada jarak lebih kurang antara 30 meter hingga 35 meter. Teknik rejaman antara seorang peserta dengan peserta lain dibezakan menerusi cara membawa lembing, jumlah langkah atau larian yang dibuat dan cara membuat pelepasan lembing. Selain daripada itu, peringkat atau aturan dalam melakukan rejaman umumnya adalah sama, sama ada lembing itu di rejam oleh peserta lelaki ataupun wanita. Ada beberapa peringkat yang terdapat pada perlakuan rejaman lembing ini. Setiap peserta sama ada yang baru menceburi diri dalam acara ini ataupun mereka yang sudah berpengalaman, harus dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat dengan penekanan perhatian diberikan kepada kelicinan perlakuan serta keberkesanan rejaman supaya mendapat jarak sejauh mungkin. Peringkatperingkat itu adalah seperti berikut: Cara memegang lembing I. II. III. Gaya amerika Gaya Finnish Gaya pegangan-U

Larian awal Setelah peserta mendapatkan pegangan yang sesuai, bermakna dia sudah bersedia untuk memulakan pergerakan membuat rejaman pada lembing yang dipegangnya itu. Untuk itu peserta berkenaan hendaklah dalam keadaan bersedia termasuk dari segi mental juga. Peserta tidak seharusnya cuba melakukan pergerakan

secara tergesa-gesa kerana akan mengakibatkan pergerakan menjadi kurang sempurna. Berikut adalah di antara perkara yang boleh dijadikan panduan pada peringkat melakukan larian awal ini. Peserta hendaklah berdiri pada kedudukan sedia dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan larian yang disediakan sambil tangan memegang lembing mengikut cara pegangan yang telah dipelajari. Jika boleh pastikan jumlah langkah atau jarak larian yang bakal dilakukan daripada lorong larian yang disediakan dengan cara umpamanya membuat check-mark seperti dalam larian untuk lompat jauh atau lompat kijang. Peserta meletakkan lembing pada bahu dengan siku tangan yang memegang lembing dibengkokkan ke hadapan. Jika peserta memegang lembing pada bawah bahunya, dia hendaklah meluruskan tangannya seakan-akan selari dengan lembing. Jika bersedia, peserta boleh melakukan langkah menggunakan mana-mana kaki mengikut jumlah langkah yang akan dibuat dan pada kelajuan sederhana. Peserta hendaklah menumpukan perhatian penuh terhadap lembing yang bakal direjamkan, tanpa mempedulikan keadaan sekitarnya. Peserta melakukan larian hingga langkah terakhir mendarat dibelakang penanda arc dengan menggunakan tumit atau seluruh kaki hadapan. Ketika membawa lembing sambil berlari, badan condong sedikit ke belakang.

Peringkat rejaman lembing Kini peserta akan menghadapi pergerakan penting dalam keseluruhan acara merejam lembing ini. Jarak yang akan dicapai daripada rejaman lembing akan ditentukan pada peringkat ini. Ini bermakna peserta harus memberikan sepenuh perhatian pada peringkat ini. Harus diingat bahawa peserta akan melakukan rejaman sambil dirinya cuba memberhentikan keseluruhan badan supaya tidak melepasi penanda arc. Sering terjadi, peserta gagal mengimbangkan diri diperingkat ini sehingga menyebabkan kakinya terpijak atau melepasi penanda itu. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dalam pergerakan peringkat ini. Untuk melakukan langkah terakhir sebelum berhenti, peserta hendaklah cuba membuka atau membuat langkah seluas mungkin supaya keseimbangan badan diperoleh. Peserta hendaklah mendarat pada kaki kanan berhampiran dengan penanda arc tanpa menyentuh, melangkah atau melepasi garisan tersebut. Peserta boleh juga membuat lompatan pada langkah akhir ini sambil tangan membantu mendapatkan keseimbangan badan. Peserta hendaklah melepaskan lembing pada sudut antara 35 hingga 40 daripada permukan padang, dengan menggunakan kekuatan yang maksimum. Tangan yang tidak memegang lembing hendaklah mengawal rejaman dan kedudukan badan semasa larian sehingga membuat rejaman.

Peringkat pendaratan lembing dan ikut lajak Walaupun peserta telah selesai melakukan rejaman, tetapi pergerakan sebenar dalam acara ini masih belum selesai. Langkah pertama yang harus dilakukan ialah dengan memberhentikan keseluruhan badan di hadapan penanda arc, tanpa kaki menyentuh atau melepasi penanda. Jika peserta melepasi penanda ini atau terkeluar dari kawasan rejaman, bermakna rejaman akan dibatalkan. Begitu juga jika peserta terjatuh atau tangannya menyentuh kawasan selepas arc untuk menggelakkan dirinya daripada terjatuh, juga akan dibatalkan. Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan pada peringkat ini. Peserta hendaklah memberhentikan diri di hadapan penanda arc tanpa menyentuh atau melepasi penanda arc. Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan rejaman sehingga lembing mendarat atau terjatuh ke kawasan pendaratan yang disediakan. Pegawai pertandingan akan menentukan sama ad rejaman itu sah atau tidak berdasarkan cara lembing itu mendarat. Peserta hendaklah menumpukan perhatian dan pandangan kepada lembing yang baru dilontarnya sehingga lembing mendarat, sekurang-kurangnya peserta dapat melihat tempat pendaratan.

Peringkat mengundurkan diri. Kini semua pergerakan dalam acara merejam lembing telah selesai dan jarak rejaman juga dapat dilihat secara kasar oleh peserta.

terus meninggalkan kawasan rejaman sesuka hati. Dia hendaklah beredar dari kawasan itu ke belakang dari penanda arc, kerana undang-undang acara ini akan membatalkan rejaman seseorang peserta yang beredar dari kawasan rejaman melalui dan melepasi penanda arc. Akhirnya, peserta hendaklah kembali ke tempat peserta menunggu untuk rejaman seterusnya mengikut giliran yang ditetapkan. Dengan demikian, tamat pusingan pertama peserta merejam lembing. Pelakuan yang sama akan diulangi untuk rejaman kedua, ketiga atau sehingga kali keenam. Jika semua rejaman dilakukan dengan sempurna, maka jarak terbaik daripada rejaman ini akan menentukan kedudukan peserta itu dibandingkan dengan peserta yang lain.

PERATURAN MEREJAM LEMBING Setiap permainan mempunyai peraturannya yang tersendiri, begitu juga bagi acara rejam lembing. Antara peraturan-peraturannya ialah: 1) PERATURAN-PERATURAN AM REJAM LEMBING a. Lembing hendaklah dipegang pada bahagan gripnya. b. Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan lembing yang direjam mestilah mendarat kawasan yang dibenarkan. c. Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar kepaia lembing menyentuh tanah dahulu. d. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum mendarat. e. Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau berada di udara, rejaman adalah sah.

f. Sarung tangan tidak dibenarkan. g. Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mara ke pusingan akhir. Mereka akan diberi tiga rejaman.

2) PENGGUNAAN KASUT a. Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike. b. Jika menggunakan kasut getah, hendaklah dipastikan kasut itu dalam keadaan baik terutama pada bahagian tapaknya.

3) PITA PENGUKUR a. Pita pengukur yang digunakan hendaklah yang lebih panjang ukurannya. b. Pengukuran dibuat dari tempat titik di mana kepala lembing mendarat dengan garisan penanda.

4) KESILAPAN UMUM Secara am, berikut adalah di antara kesilapan yang sering dilakukan oleh peserta acara merejam lembing. a. Peserta tidak memegang lembing pada bahagian atau yempat yang dikhaskan. b. Peserta melakukan larian awal di luar lorong atau kawasan yang disediakan. c. Peserta teragak-agak semasa melakukan larian dan semasa bersedia untuk membuat rejaman.

d. Peserta tidak dapat menentukan jumlah langkah dan jarak yang sesuai untuk melakukan larian, sehingga menyebabkan kakinya menyentuh atau melepasi penanda arc. e. Lembing yang direjam tidak memecah kawasan mendarat pada bahagian kepalanya sehingga tiada kesan cecahannya. f. Lembing mendarat di luar kawasan mendarat yang disediakan. g. Peserta terus meninggalkan kawasan rejaman sebaik selesai melakukan rejaman sebelum lembing mendarat. h. Peserta meninggalkan kawasan rejaman melalui bahagian hadapan melepasi penanda arc. i. Peserta gagal melakukan rejaman bersih daripada keseluruhan jumlah rejaman yang diberi kepadanya. j. Peserta tidak mematuhi aturan dan undang-undang acara.

JAGUH ACARA REJAM LEMBING Dato Nashatar Singh (Malaysia) Ballang Lassung (Malaysia) Norsham Yon (Malaysia- wanita) Jan Zelezny (Czech) Barbora Spotkov (Pemegang Rekod Dunia- wanita; Republik Czech) Maria Abakumova (Rusia)

DATO NASHATAR SINGH

Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu. Dato Nashatar Singh bukan sahaja meninggalkan lapangan Olahraga yang diceburinya dengan rekod pencapaian hebat dan mengagumkan, malah merupakan antara sebilangan kecil atlet olahraga yang pernah beraksi di setiap kejohanan bermula dari Sukan SEAP hinggalah temasya paling berprestij Sukan Olimpik , yang menghimpunkan barisan bintang sukan ternama dunia. Nashatar tampil beraksi dua kali pada Sukan Olimpik, Tokyo 1964 dan Mexico 1968 pencapaian yang boleh disifatkan mustahil untuk dilakukan oleh perejam lembing pada hari ini, malah hakikat bahawa beliau satu-satunya atlet acara itu yang pernah beraksi di Olimpik, kekal tidak terusik meskipun Ballang Lasung dan Yazid Imran pernah cuba melakukannya pada era kegemilangan masing-masing. Pencapaian terbaik Nashatar adalah ketika beliau memenangi dua pingat emas di Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965 dengan lontaran lembing sejauh 71.56m (rekod Asia), dan kemudiannya memecahkan rekod Sukan SEAP dalam acara lontar peluru dengan lontaran sejauh 14.09m.

Tahun berikutnya, di Sukan Asia Bangkok, Nashatar terus mempamer kejaguhan apabila meraih pingat emas Rejam Lembing, dengan catatan 72.92m, sekaligus memperbaharui rekod Asia miliknya sendiri. Pencapaian hebat Nashatar tidak terhenti di situ, beliau unggul dengan memenangi enam pingat emas berturut-turut acara Rejam Lembing dari 19671975, dan juga emas Lontar Peluru pada tahun 1967. Beliau bersara pada 1975, dan beralih ke bidang kejurulatihan pada 1977 - 1994.

Spotakava & Abakumova

Abakumova memenangi pingat emas dengan rekod kejohanan 71.99 meter, catatan kedua terbaik sepanjang zaman. Atlet dari Republik Czech, Spotakova pula merekodkan catatan terbaik musim ini 71.58m untuk pingat perak, manakala atlet Afrika Selatan, Sunette Viljoen memenangi gangsa dengan 68.38m. Ini kali pertama dua atlet wanita berjaya melakukan rejaman melebihi 71m dalam satu kejohanan yang sama.

Anda mungkin juga menyukai