Anda di halaman 1dari 5

OLAHRAGA A) Olahraga Olahjraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan.

Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakanpergerakan semulajadi seperti berlari,melompat dan membaling. Dalam istilah kamus dewan, olahraga bermaksud latihan gerak badan dan sukan yang memerlukan kekuatan dan kelajuan seperti melompat, berlari, melontar dan sebagainya. Sejak dahulu lagi manusia sudah pandai melompat lebih tinggi, berlari lebih pantas dan melontar benda lebih jauh. Acara dalam sukan olahraga ini meliputi pelbagi acara seperti acara pecut, jarak sederhana, jarak jauh, lari berganti-ganti lari berpagar dan lari berhalangan. Selain itu, terdapat juga acara padang seperti acara lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi dan lompat bergalah. Acara balingan adalah seperti merejam lembing, melempar cakera, melontar peluru dan membaling tukul besi. Peraturan semasa olahraga juga mewajibkan atlet memakai dua nombor, satu di dada dan satu di belakang. Dalam acara lompat bergalah atau lompat tinggi, satu nombor sama ada di dada atau di belakang adalah dibenarkan. B) Jenis Acara Trek Dan Padang Olahraga meliputi acara trek dan padang,larian di jalan raya ,jalan kaki dan larian merentas desa (IAAF 1998-1999: 41).Acara olahraga secara amnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut: ACARA TREK Kategori Jarak dekat(pecut) Jarak sederhana Jarak jauh Lari berganti-ganti Lari berpagar Lari berhalangan Acara 100 meter 200 meter 400 meter 800 meter 1500 meter 3000 meter 5000 meter 10000 meter 4 x 100 meter 4 x 200 meter 4 x 400 meter 100 meter (wanita) 110 meter (lelaki) 400 meter (lelaki & wanita) 3000 meter ACARA PADANG Kategori Lompatan Acara Lompat jauh Lompat kijang Lompat tinggi Lompat bergalah Merejam lembing Melempar cakera Melontar peluru Membaling tukul besi

Balingan

ACARA KHUSUS Kategori Heptathlon ( wanita sahaja ) Acara 7 Acara Hari Pertama: 4 acara dengan turutan berikut; 100m lompat berpagar, lompat tinggi, melontar peluru dan 200 m. Hari Kedua 3 acara dengan turutan berikut; Lompat jauh, merejam lembing, 800 m. 5 Acara 1hari sahaja dengan turutan berikut; Lompat jauh, merejam lembing, 200m, melempar cakera dan 1500m 10 Acara Hari Pertama: 5 acara dengan turutan berikut; 100m, lompat jauh, melontar peluru, lompat tinggi dan 400m. Hari Kedua: 5 acara dengan turutan berikut; 110m lompat berpagar, melempar cakra, lompat bergalah, merejam lembing dan 1500m ( Peraturan IAAF 280:2002-2003) Hari Pertama: 5 acara dengan turutan berikut; 100m, melempar cakera, lompat bergalah, merejam lembing dan 400m. Hari Kedua: 5 acara dengan turutan berikut; 100m berpagar, lompat jauh, melontar peluru, lompat tinggi dan 1500m Jarak 42.195 km 5km, 10km, 20km dan 50km Bebas

Pentathlon ( lelaki sahaja )

Decathlon ( lelaki )

Decathlon ( wanita )

Marathon Lumba jalan kaki Merentas Desa C)

Undang-Undang Dan Peraturan Pakaian Para atlet mmesti berpakaian semasa bertanding dalam kejohanan olahraga.Pakaian itui mestialh bersih dan dicorak serta dipakai tnpa menimbulkan sebarang bantahan.Bahan pakaian tersebut seharusnya tidak nipis dan tidak menampakkan badan apanila basah.Pakaian juga tidak boleh mengganggu keputusan hakim. Kasut Seorang atlet tidak wajib untuk memakai kasut; beliau boleh bertanding dengankaik ayam/ tanpa kasut.Atlet juga dibenarkan memakai sebelah kasut pada mana-mana kaki. Jika kasut berpaku digunakan,11 paku sahajadibenarkan pada taopak kasut.dalam pertandingan di trek dengan permukaan sintetik,panjang paku dari tapak seharusnya tidak melebihi 9 mm.Walau bagaimanapun dalam acara lompat tinggi dan acara merejam lembing,panjang paku tidak melebihi 12 mm.Pada trek bukan sintetik,panjang apku boleh sehingga 25 mm.Garis pusat paku mestilah tidak melebihi 4 mm. Nombor Setiap atlet mesti memwakai dua nombor; satu di dada dan satu di belakang.Dlam acara lompat bergalah atau lompat tinggi,satu nombor sa ada didada atau di belakang adalah dibenarkan.

Peralatan (a) Blok mula - acara 100m,200 m,400 m. (b) Baton - acara lari berganti-ganti. (c) Pagar - acara berpagar (d) Penyukat kelajuan angin (e) Kayu palang,tiang dan tilam mendarat- lompat tinggi dan bergalah (f) Lembing,peluru dan cakera Stadium Olahraga ( Peraturan 137) Sebarang permukaan yang kukuh dan rata yang boleh tahan dengan paku- paku kasut lumba, bnoleh juga digunakan untukm kejohanan olahraga.Pertandingan trek dan padang di bawah peraturan 12.1(a) danpertandingan di bawah pengawasan KOAM/ IAAF hanya boleh diadakan di permukaan trek yang dibuat mengikut piawaian yang disetujui oleh KOAM/IAAF. Trek Pada amnya trek 400 meter dan trek 200 meter digunakan di malaysia,keluasan tanah yang terhad menyebabkan sekolah rendah menggunakan trek 200 meter. ACARA TREK A) Teknik Permulaan Dan Penamat Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Untuk pertandingan masa kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan. Gaya Berdiri Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di sekolah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan. Walau bagaimanapun ia tidak digunakan dalam acara pecut dalam pertandingan rasmi. Persediaan Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ke garisan diberi. Ke garisan Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 3040 cm dan mengimbangkan badan. Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih kaki hadapan. Condongkan badan ke hadapan Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan. Sedia Condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan. Bengkokkan lebih lutut kaki hadapan Kaki belakang tolak ke tanah. Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel. Bang atau mula Pelari mula bergerak apabila mendengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan Gaya Dekam Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemrnag acara 100 meter, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa kini.

Gaya ini sangat rumit tetapi boleh diajar kepada pelari baru. Gaya ini boleh di bahagikan kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana atau gaya panjang. Gaya Peluru ( Bullet / Bunch / Kangaroo Start ) Tanpa Menggunakan Blok Permulaan Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 tapak. Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Menggunakan Blok Permulaan Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garisan peremulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Gaya Sederhana ( Medium Start ) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 tapak. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapakkaki hadapan. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Gaya Panjang ( Elongated Start ) Tanpa Menggunakan Blok Permulaan Berdiri rapat kepada dan kira 2 atau 1 tapak Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk Menggunakan Blok Permulaan Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. B ) Fasa-Fasa Larian Fasa larian terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa pecutan, fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan dan fasa larian di sekolah Fasa Pecutan Selepas arahan pelepas ke garisan diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan. Kedudukan tangan Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penumbuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula. Kedudukan kepala dan leher Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari torso. Mata pandang ke hadaan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan sedia diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan. Pergerakan tangan dan kaki Selepas bang atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan ( bukan ke atas ) dimulakan.Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruiskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan.Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini. Fasa Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian.. Apabila seseorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14-18 meter, maka apa yang

diperlukan oleh atlet ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.

Anda mungkin juga menyukai