Anda di halaman 1dari 53

OLAHRAGA : ACARA PADANG

OLEH: MINGGU ANAK RICHARD PPISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2012 SEMESTER 2

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

SEJARAH ACARA REJAM LEMBING

Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan

dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu


lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan

dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara
merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat

negeri, daerah atau sekolah.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang


dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan

ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling


jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING

Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling

yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera.


Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi

ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam


lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan


keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing.

Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para


pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya melenturkan badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 6

KESELAMATAN PARA PELATIH Semasa membawa lembing

Jangan berlari Mata lembing biarlah menghadap ke bawah

Semasa latihan Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh jurulatih Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 7

BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING

Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor. Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran 25cm-33cm.

Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara kategori lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun.
Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

GAYA MEMEGANG LEMBING

Terdapat tiga teknik asas memegang lembing:


Gaya Amerika Gaya Finnish Gaya pegangan- U

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

10

Gaya Amerika
Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari

telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

11

Gaya Finnish
Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari

tengah.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

12

Gaya Pegangan-U
Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari

tengah.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

13

GAYA REJAMAN
Gaya rejaman dari atas bahu.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

14

GAYA REJAMAN
Gaya rejaman dari bawah bahu.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

15

KAWASAN MEREJAM LEMBING

Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

16

Kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Oleh sebab


acara ini memerlukan larian dan rejaman yang jauh maka kawasan yang lebih luas atau besar daripada sebarang gangguan atau

halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau


orang ramai yang menyaksikan acara itu dijalankan.

Biasanya kawasan khas ini disediakan di atas padang bola atau stadium terbuka. Kawasan ini hendaklah ditandakan mengikut garisan dan ukuran yang ditetapkan mengikut penetapan yang diiktiraf IAAF.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

17

TEKNIK REJAMAN LEMBING Terdiri daripada empat fasa utama iaitu:


Fasa Persediaan Fasa Lari Landas

Fasa Rejaman

Fasa Ikut Lajak

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

18

FASA PERSEDIAAN

Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman Pandang ke arah kawasan rejaman
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 19

FASA LARI LANDAS

Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
Mulakan larian sambil memegang lembing pada

aras kepala. Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 20

FASA REJAMAN

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 21

FASA IKUT LAJAK

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak

ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

22

Inilah foto yang menunjukkan teknik rejaman yang digunakan oleh peserta semasa MSSD Bera 2009.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 23

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

24

CARA ATAU TEKNIK MELAKUKAN REJAMAN

Merejam lembing merupakan satu-satunya acara lontaran yang di lakukan dalam kawasan bukan berbentuk bulatan seperti dalam acara lontaran lain.
Sebaliknya, rejaman dilakukan daripada lorong larian yang lurus yang memerlukan peserta membuat larian pada jarak lebih kurang antara 30 meter hingga 35 meter. Teknik rejaman antara seorang peserta dengan peserta lain dibezakan menerusi cara membawa lembing, jumlah langkah atau larian yang dibuat dan cara membuat pelepasan lembing.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

25

Selain daripada itu, peringkat atau aturan dalam melakukan rejaman umumnya adalah sama, sama ada lembing itu di rejam oleh peserta lelaki ataupun wanita. Ada beberapa peringkat yang terdapat pada perlakuan rejaman lembing ini. Setiap peserta sama ada yang baru menceburi diri dalam acara ini ataupun mereka yang sudah berpengalaman, harus dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat dengan penekanan perhatian diberikan kepada kelicinan perlakuan serta keberkesanan rejaman supaya mendapat jarak sejauh mungkin. Peringkatperingkat itu adalah seperti berikut:

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

26

Cara memegang lembing Larian awal Peringkat rejaman lembing Peringkat pendaratan lembing dan ikut lajak Peringkat mengundurkan diri.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

27

Gaya Amerika Gaya Finnish


CARA MEMEGANG LEMBING

Gaya PeganganU

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

28

LARIAN AWAL

Setelah peserta mendapatkan pegangan yang sesuai, bermakna

dia sudah bersedia untuk memulakan pergerakan membuat


rejaman pada lembing yang dipegangnya itu. Untuk itu peserta berkenaan hendaklah dalam keadaan bersedia termasuk dari

segi mental juga. Peserta tidak seharusnya cuba melakukan


pergerakan secara tergesa-gesa kerana akan mengakibatkan pergerakan menjadi kurang sempurna. Berikut adalah di antara

perkara yang boleh dijadikan panduan pada peringkat melakukan


larian awal ini.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

29

Peserta hendaklah berdiri pada kedudukan sedia dengan


merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan larian yang disediakan sambil tangan memegang lembing mengikut cara pegangan yang telah dipelajari.

Jika boleh pastikan jumlah langkah atau jarak larian yang bakal dilakukan daripada lorong larian yang disediakan dengan cara umpamanya membuat check-mark seperti dalam larian untuk lompat jauh atau lompat kijang.

Peserta meletakkan lembing pada bahu dengan siku tangan yang memegang lembing dibengkokkan ke hadapan. Jika peserta memegang lembing pada bawah bahunya, dia hendaklah meluruskan tangannya seakan-akan selari dengan lembing.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

30

Jika bersedia, peserta boleh melakukan langkah


menggunakan mana-mana kaki mengikut jumlah langkah yang akan dibuat dan pada kelajuan sederhana.

Peserta hendaklah menumpukan perhatian penuh terhadap lembing yang bakal direjamkan, tanpa mempedulikan

keadaan sekitarnya.

Peserta melakukan larian hingga langkah terakhir mendarat dibelakang penanda arc dengan menggunakan

tumit atau seluruh kaki hadapan. Ketika membawa lembing


sambil berlari, badan condong sedikit ke belakang.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 31

PERINGKAT MEMBUAT REJAMAN

Kini peserta akan menghadapi pergerakan penting dalam keseluruhan acara merejam lembing ini. Jarak yang akan dicapai daripada rejaman lembing akan ditentukan pada peringkat ini. Ini bermakna peserta harus memberikan sepenuh perhatian pada peringkat ini.

Harus diingat bahawa peserta akan melakukan rejaman sambil


dirinya cuba memberhentikan keseluruhan badan supaya tidak melepasi penanda arc.

Sering terjadi, peserta gagal mengimbangkan diri diperingkat ini sehingga menyebabkan kakinya terpijak atau melepasi penanda itu. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dalam pergerakan peringkat ini.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 32

Untuk melakukan langkah terakhir sebelum berhenti, peserta


hendaklah cuba membuka atau membuat langkah seluas mungkin supaya keseimbangan badan diperoleh.

Peserta hendaklah mendarat pada kaki kanan berhampiran dengan penanda arc tanpa menyentuh, melangkah atau melepasi garisan tersebut. Peserta boleh juga membuat lompatan pada langkah akhir ini sambil tangan membantu mendapatkan keseimbangan badan.

Peserta hendaklah melepaskan lembing pada sudut antara 35 hingga 40 daripada permukan padang, dengan menggunakan kekuatan yang maksimum.

Tangan yang tidak memegang lembing hendaklah mengawal


rejaman dan kedudukan badan semasa larian sehingga membuat rejaman.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 33

PERINGKAT PENDARATAN LEMBING DAN IKUT LAJAK

Walaupun peserta telah selesai melakukan rejaman, tetapi

pergerakan sebenar dalam acara ini masih belum selesai.


Langkah pertama yang harus dilakukan ialah dengan memberhentikan keseluruhan badan di hadapan penanda arc,

tanpa kaki menyentuh atau melepasi penanda. Jika peserta


melepasi penanda ini atau terkeluar dari kawasan rejaman, bermakna rejaman akan dibatalkan. Begitu juga jika peserta

terjatuh atau tangannya menyentuh kawasan selepas arc untuk


menggelakkan dirinya daripada terjatuh, juga akan dibatalkan.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

34

Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan pada peringkat ini.


Peserta hendaklah memberhentikan diri di hadapan penanda arc tanpa

menyentuh atau melepasi penanda arc.


Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan rejaman sehingga

lembing mendarat atau terjatuh ke kawasan pendaratan yang

disediakan. Pegawai pertandingan akan menentukan sama ad rejaman


itu sah atau tidak berdasarkan cara lembing itu mendarat.
Peserta hendaklah menumpukan perhatian dan pandangan kepada

lembing yang baru dilontarnya sehingga lembing mendarat, sekurangkurangnya peserta dapat melihat tempat pendaratan.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

35

PERINGKAT BERUNDUR DIRI

Kini semua pergerakan dalam acara merejam lembing telah

selesai dan jarak rejaman juga dapat dilihat secara kasar


oleh peserta.

Tetapi, peserta tidak boleh terus meninggalkan kawasan

rejaman sesuka hati. Dia hendaklah beredar dari kawasan


itu ke belakang dari penanda arc, kerana undang-undang acara ini akan membatalkan rejaman seseorang peserta

yang beredar dari kawasan rejaman melalui dan melepasi


penanda arc.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

36

Akhirnya, peserta hendaklah kembali ke tempat peserta menunggu untuk rejaman seterusnya mengikut giliran

yang ditetapkan.

Dengan demikian, tamat pusingan pertama peserta merejam lembing. Pelakuan yang sama akan diulangi untuk rejaman kedua, ketiga atau sehingga kali keenam. Jika semua rejaman dilakukan dengan sempurna, maka jarak terbaik daripada rejaman ini akan menentukan kedudukan peserta itu dibandingkan dengan peserta yang lain.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

37

PERATURAN MEREJAM LEMBING


Setiap permainan mempunyai peraturannya yang tersendiri, begitu juga bagi acara rejam lembing. Antara peraturan-peraturannya ialah:

Peraturan-peraturan Am Rejam Lembing


Penggunaan Kasut Pita Pengukur

Kesilapan Umum

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

38

PERATURAN-PERATURAN AM REJAM LEMBING


Lembing hendaklah dipegang pada bahagan gripnya. Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan lembing yang direjam mestilah mendarat kawasan yang dibenarkan.

Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar kepaia lembing menyentuh tanah

dahulu.

Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum mendarat.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 39

Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau berada di udara, rejaman adalah sah.

Sarung tangan tidak dibenarkan. Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan orang peserta. Jika bilangannya

melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan setiap


peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mara ke pusingan akhir. Mereka akan

diberi tiga rejaman.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

40

PENGGUNAAN KASUT

Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike.

Jika menggunakan kasut getah, hendaklah

dipastikan kasut itu dalam keadaan baik


terutama pada bahagian tapaknya.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

41

PITA PENGUKUR

Pita pengukur yang digunakan hendaklah yang lebih panjang ukurannya.

Pengukuran dibuat dari tempat titik di mana kepala lembing mendarat dengan garisan penanda.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

42

KESALAHAN UMUM

Secara am, berikut adalah di antara kesilapan yang sering dilakukan oleh peserta acara merejam lembing.
Peserta tidak memegang lembing pada bahagian atau yempat yang

dikhaskan.
Peserta melakukan larian awal di luar lorong atau kawasan yang

disediakan.
Peserta teragak-agak semasa melakukan larian dan semasa bersedia

untuk membuat rejaman.


Peserta tidak dapat menentukan jumlah langkah dan jarak yang sesuai

untuk melakukan larian, sehingga menyebabkan kakinya menyentuh atau melepasi penanda arc.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

43

Lembing yang direjam tidak memecah kawasan mendarat pada

bahagian kepalanya sehingga tiada kesan cecahannya.


Lembing mendarat di luar kawasan mendarat yang disediakan. Peserta terus meninggalkan kawasan rejaman sebaik selesai

melakukan rejaman sebelum lembing mendarat.


Peserta meninggalkan kawasan rejaman melalui bahagian

hadapan melepasi penanda arc.


Peserta gagal melakukan rejaman bersih daripada keseluruhan

jumlah rejaman yang diberi kepadanya.


Peserta tidak mematuhi aturan dan undang-undang acara.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

44

JAGUH ACARA REJAM LEMBING

Dato Nashatar Singh (Malaysia)

Ballang Lassung (Malaysia)


Norsham Yon (Malaysia- wanita) Jan Zelezny (Czech) Barbora Spotkov (Pemegang Rekod Duniawanita; Republik Czech)

Maria Abakumova (Rusia)

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

45

DATO NASHATAR SINGH

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

46

Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu. Dato Nashatar Singh bukan sahaja meninggalkan lapangan Olahraga yang diceburinya dengan rekod pencapaian hebat dan mengagumkan, malah merupakan antara sebilangan kecil atlet olahraga yang pernah beraksi di setiap kejohanan bermula

dari Sukan SEAP hinggalah temasya paling berprestij Sukan


Olimpik , yang menghimpunkan barisan bintang sukan ternama dunia.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 47

Nashatar tampil beraksi dua kali pada Sukan Olimpik, Tokyo


1964 dan Mexico 1968 pencapaian yang boleh disifatkan mustahil untuk dilakukan oleh perejam lembing pada hari ini, malah hakikat bahawa beliau satu-satunya atlet acara itu yang pernah beraksi di Olimpik, kekal tidak terusik meskipun Ballang Lasung dan Yazid Imran pernah cuba melakukannya pada era kegemilangan masing-masing.

Pencapaian terbaik Nashatar adalah ketika beliau memenangi dua pingat emas di Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965 dengan lontaran lembing sejauh 71.56m (rekod Asia), dan kemudiannya memecahkan rekod Sukan SEAP dalam acara lontar peluru dengan lontaran sejauh 14.09m.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

48

Tahun berikutnya, di Sukan Asia Bangkok, Nashatar terus mempamer kejaguhan apabila meraih pingat emas Rejam Lembing, dengan catatan 72.92m, sekaligus memperbaharui rekod Asia miliknya sendiri.

Pencapaian hebat Nashatar tidak terhenti di situ, beliau unggul dengan memenangi enam pingat emas berturutturut acara Rejam Lembing dari 1967-1975, dan juga emas Lontar Peluru pada tahun 1967. Beliau bersara pada 1975, dan beralih ke bidang kejurulatihan pada 1977 - 1994.
OLAHRAGA/ REJAM LEMBING 49

Spotakava & Abakumova

DAEGU Atlet Rusia, Maria Abakumova berjaya mengatasi pemegang rekod dunia, Barbora Spotakova untuk menjuarai acara merejam lembing wanita di Kejohanan Olahraga Dunia.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

50

Abakumova memenangi pingat emas dengan rekod kejohanan 71.99 meter, catatan kedua terbaik sepanjang zaman.

Atlet dari Republik Czech, Spotakova pula merekodkan catatan terbaik musim ini 71.58m untuk pingat perak, manakala atlet Afrika Selatan, Sunette Viljoen memenangi gangsa dengan 68.38m.

Ini kali pertama dua atlet wanita berjaya melakukan rejaman melebihi 71m dalam satu kejo- hanan yang sama.

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

51

Info Ekstra

Di peringkat dunia pula jarak terbaik pada tahun 1996 adalah 92.88m yang dibuat oleh Jan Zelezny (Czech) semasa Grand Prix Jena (Jerman). Sementara rekod bagi rejam lembing wanita dimiliki oleh Barbora Spotkov yang dibuat pada tahun 2008 dengan jarak 72.28m yang dibuat semasa IAAF / VTB Bank World Athletics Final at Stuttgart (Jerman).

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

52

OLAHRAGA/ REJAM LEMBING

53

Anda mungkin juga menyukai