Anda di halaman 1dari 20

KUMPULAN 1

MUHAMMAD MIFTAHUDDIN BIN MOH NAWI


MUHAMMAD SYAFIQ BIN MALUDDIN
NABILA HANNA BINTI HAMZAH

TAJUK
OLAHRAGA : LARI PECUT

TARIKH/HARI
22 JANUARI 2018/ISNIN
SEJARAH LARI PECUT
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan
olahragayang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah
pertandingan dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad
ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang
mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarakini juga merupakan
panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acaraulang alik yang dinamakan
„dialos „ berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian
bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium
berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripadaketulan batu marmar. Blok permulaan
disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap
walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex
digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19
terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur
permulaandan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan,
sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.
Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri
sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semuapihak.Pada tahun
1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara
permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter pertama
dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan.
Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884.

Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921
kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,pertandingan pertama untuk
wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 diMonte Carlo. Dalam acara 100 meter,
rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland
pada tahun 1890 dengan catatan 11.0,Marlies Gohr dari Jerman pula adalah
pemegang rekod pertama dengan10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun
1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh
larian yang dibuatpada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang
pertamayang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan
dalamSukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah
pemegangrekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter,
MaxieLong adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat
dandipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat.Marlene
Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah
diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinskadari Poland dengan catatan
masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Kochdari Jerman pula telah berjaya mencatat
masa 48.94 saat pada tahun 1978.
PRINSIP DALAM LARI PECUT

Larian pecut mempunyai prinsip asas yang merangkumi permulaan, membuat


pecutan dan menamatkan larian. Semua ini harus diketahui oleh setiap pelari pecut
bagi memastikan lariannya berjaya.

Permulaan

Dalam larian pecut, permulaan merupakan prinsip dan aspek terpenting


yangharus diberikan perhatian. Hakikat ini nyata bagi acara 100 meter. Malah dalam
kebanyakan perjumpaan olahraga terbesar dunia, pelari pecut memberi perhatian
penting dalam aspek permulaan ini. Permulaan juga menjadi faktor penting dalam
menentukan kejayaan seseorang pelari pecut. Setidak-tidaknya dengan melakukan
permulaan yang baik, akan memberi kesan psikologi kepada pelari itu dibandingkan
dengan pelari lain.

Ada beberapa cara yang biasa dilakukan untuk melakukan permulaan


dalamlarian pecut ini. Pemilihan cara yang sesuai bergantung kepada kemahuan dan
keselesaan serta keberkesanannya mengikut pandangan pelari itu sendiri. Dalam
kedudukan untuk permulaan, pelari mendapati penggunaan blok permulaan dapat
memberi sokongan serta menjadikan permulaan lebih pantas dan berkesan. Dalam
permulaan, pergerakan tangan yang pantas adalah perlu dan dalam keadaan “sedia‟,
pelari seharusnya berada dalam suasana “tertekan‟. Pelari harus berada dalam
keadaan selesa dan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap lariannya.

Aturan dalam gaya permulaan ini adalah seperti berikut:

a. Pelumba hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing dengan


pandangan mata ke hadapan dan garisan penamat dijadikan sasaran.

b. Untuk mencecah pita penamat, pelumba hendaklah menggunakanbahagian


dadanya, dan tidak bahagian-bahagian lain.

c. Pelari hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang


permulaangaya berdiri ini.
ATURAN UMUM DALAM LARI PECUT

Setiap acara dalam sukan olahraga mempunyai peraturan dan cara yang
tersendiri, seperti yang ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh semua peserta
mengikut peringkat umur dan bahagian masing-masing. Sebagai atlit,seseorang itu
dijangka dan diharapkan supaya dapat mempelajari semuaaturan ini dalam
mempelajari dan memahirkan diri dalam acara yang mereka ceburi.

Gambar 1 Kedudukan balapan untuk acara 100 meter

Permulaan

1. Setiap peserta akan memulakan sesuatu perlumbaan serentak.

2. Jarak sesuatu acara lari pecut ialah dari hujung garisan permulaan hingga hujung
garisan penamat, yang biasanya ditandakan dengan pemasangan pita atau talian
penamat.

3. Di belakang garisan permulaan pada tiga meter jarak ke belakang, biasanya


terdapat garisan pengumpulan peserta. Sebelum sesuatu permulaan diadakan para
peserta akan dikumpulkan di kawasan ini untuk diberikan penerangan berkaitan
dengan perlumbaan itu.

4. Permulaan sesuatu perlumbaan dilakukan oleh pegawai pelepas dengan dibantu


oleh penolong pelepas lain. Antara tanggungjawab pegawai-pegawai ini ialah
memeriksa para peserta supaya mematuhi segala peraturanmengikut undang-undang
yang ditetapkan.5. Permulaan dilakukan dengan cara tembakan pistol.
Bagaimanapun bagi sesetengah perlumbaan peringkat sekolah, penggunaan sesuatu
objek yang boleh menghasilkan suara adalah memadai seperti „clapboard‟.

6. Pegawai pelepas akan mengeluarkan arahan “Ke Garisan‟ kepada semua peserta
sebagai persediaan untuk memulakan perlumbaan. Selepas arahan itu didengar oleh
semua peserta, mereka akan berada di tempat permulaan mengikut lorong yang
ditetapkan. Setelah itu peserta hendaklah mendiamkan diri, menandakan mereka
sudah bersedia. Pegawai pelepas akan melaung arahan “Sedia‟, dan sepantas kilat
peserta akan mendongakkan kepala dan mengangkat badan. Mereka akan berlepas
daripada blok permulaan sebaik sahaja tembakan pistol dibunyikan.

7. Jika ada peserta yang meletakkan tangan menyentuh garisan permulaan,


mengangkat kaki atau bergerak terdahulu sebelum tembakan pistol, peserta itu
diberikan amaran dan permulaan dilakukan semula. Biasanya mana-mana peserta
yang melakukan kesalahan kali kedua dalam permulaan, dia akan dibatalkan,
walaupun kesalahan pertama dilakukan oleh peserta lari.

Semasa Perlumbaan

1. Setiap peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing yangditetapkan


menerusi undian yang dijalankan pada awal permulaan, iaitu darimula hingga akhir.
Jika ada peserta yang terkeluar atau sengaja berlari dilorong lain, perlumbaannya
dikira batal.

2. Peserta hendaklah membuat larian terus menerus tanpa henti sehingga kegarisan
penamat.

3. Peserta tidak dibenarkan cuba menghalang atau mengganggu peserta lainsemasa


dalam perlumbaan.

Akhir Perlumbaan

1. Tali atau pita ringan direntangkan di atas garisan penamat, pada aras dada peserta.
Pemenang ditentukan melalui sentuhan pertama mana-manapeserta pada bahagian
dadanya (torso). Peserta tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki atau
kepala untuk menyentuh tali atau pita tersebut untuk mendakwa dia yang mula-mula
mencecah pita tersebut.

2. Jika lebih daripada seorang peserta yang mencecah tali atau pita pada waktu yang
sama, penentuan pemenang dibuat menerusi gambaran foto. Jika kaedah seperti itu
tidak disediakan, penentuan akan dibuat oleh pegawai-pegawai perlumbaan menerusi
catatan masa yang dibuat oleh peserta tersebut.

Pengambilan Masa

1. Jam randik atau stop-watch digunakan untuk mencatat masa yang dicapaioleh para
peserta. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga di peringkat antarabangsa, tidak
kurang daripada 20-30 orang penjaga masa disediakan. Namun kini catatan dan
rakaman ditentukan atau menerusi penggunaan perakam waktu elektronik yang serba
lengkap dan canggih.

2. Tiga penjaga masa akan mencatat masa yang diambil oleh peserta.Catatan yang
diambil kira ialah catatan masa di antara yang paling cepat dan paling lambat.
ASPEK KESELAMATAN DALAM LARIAN PECUT

1. Lakukan aktiviti memanaskan badan yang dimulakan dengan berjogingdan


regangan.

2. Tingkatkan intensiti senaman dengan langkah yang panjang danpantas, lari

pecut jarak dekat dan latihan fasa permulaan.

3. Amalkan latihan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikalterutamanya


komponen kekuatan otot, kuasa dan kelajuan.

4. Pakai pakaian yang sesuai dan bebas.

5. Gunakan kasut khas (spike) yang sesuai dengan permukaan balapan.

6. Pastikan kawasan tempat berlari luas dan bebas daripada benda-benda


yang berbahaya.

PERALATAN LARIAN

• Dalam acara balapan atau larian tidak banyak alatan yang digunakan.

• Bagi acara larian pecut seperti 100 meter, alatan dan kemudahan yang
digunakan ialah:

-Trek larian 100 meter

-Blok permulaan-Kasut (spike)

BLOK PERMULAAN

Blok mulaan digunakan adalah bertujuan untuk menghasilkan suatu dayatolakan yang
lebih berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Cara menyediakan blok
mulaan adalah seperti berikut:

a) Jarak blok mulaan dari garis mula hendaklah memberi keselesaan,imbangan


dan kecekapan mekanikal kepada penggunanya ketika dalam keadaan sedia.

b) Jarak di antara bahagian hadapan blok mulaan dengan garis mula adalah
diantara 30-48cm.
c) Jarak di antara bahagian belakang blok mulaan dengan bahagian
hadapanblok mulaan adalah bergantung kepada jenis gaya dekam yang
digunakan.

d) Melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok mulaan dan


jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu.

e) Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan untuk memijak
bahagian belakang blok mulaan.

f) Pastikan blok mulaan dipasang dengan ketat dan kuat.

PENEMPATAN BLOK PERMULAAN YANG LEBIH TEPAT

Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Women’s hurdling: Novice, to


championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat. Cara ini
melibatkan ukuran panjang kaki.

Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah

Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ × 0.55

Jarak antara blok Panjang kaki ____ × 0.42

Contoh = 86 cm

Penempatan blok pertama = 86 × 0.55 = 47.30 cm

Jarak antara blok = 86 × 0.42 = 36.12 cm

Gambar 2ukuran balapan/trek 200m


PENEMPATAN BIOK DI SELEKOH
Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu
penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok
diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke
garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam .

Kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh peserta semasa berlari pecut

a) Berlari di atas tapak kaki

b) Kedua-dua tangan dihayun menyilang badan

c) Memandang ke atas semasa berlari

d) Kedua-dua tangan diluruskan semasa dihayun

Permainan kecil yang melibatkan lari pecut

• Permainan kecil yang berbagai-bagai bentuk boleh diadakan dalam pelajaran


Pendidikan Jasmani yang bertemakan lari pecut.

• Tujuan utama permainan ini ialah untuk memberi peluang kepada murid-
murid mempraktiskan teknik berlari yang telah mereka pelajari.

• Secara tidak langsung guru dapat menilai pembelajaran murid-muridnya


dengan memerhatikan perlakuan mereka semasa permainan kecil dijalankan.

Berikut adalah beberapa permainan kecil yang sesuai untuk tujuan tersebut:

• Lumba lari berganti-ganti antara dua tempat

• Lari ulang-alik atau lari kutip mata

• Ahli bomba

• Nombor sama berlari (bulatan)

• Pukul berapa datuk harimau?


TEKNIK MULA LARI PECUT

Terdapat 2 teknik mula lari pecut:

a) gaya berdiri

b) gaya dekam

1. Gaya berdiri

• Persediaan

peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum


arahan ke garisan diberi.

• Ke garisan

Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan


rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit
ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.

Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki


hadapan,condongkan badan, kedua-dua belah tangan bersedia di sisi
dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.

• sedia

condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang


kehadapan

- bengkokkan lebih lutut kaki hadapan

- kaki belakang tolak ketanah.

- badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan


pistol ataupun tiupan wisel.

• Bang atau mula

pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki
hadapan.
2.Gaya dekam

Terdapat tiga jenis permulaan gaya dekam yang digunakan pelumba pelari
pecut, iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. Ketiga-tiga permulaan
gaya dekam ini amat popular dan menjadi pilihan pelari pecut masa kini, termasuk
pelari yang sudah terkenal di dunia. Umumnya, ketiga-tiga jenis gaya dekam ini adalah
sama, hanya perbezaan ialah pada kedudukan kaki dan tangan pelumba ketika
berada di garisan permulaan. Kesesuaian dan keselesaan serta keberkesanan
sesuatu jenis gaya dekam bergantung kepada beberapa faktor seperti bentuk badan
pelumba, sama ada tinggi ataupun rendah, masa tindak balas, kekuatan kaki serta
keupayaandalam menggabung semua faktor ini.

a. Gaya peluru
Dalam permulaan gaya peluru, kedua-dua belah kaki pelumba diletak
padajarak lebih kurang 28 cm ke garisan belakang. Ini menjadikan
kedudukan kaki adalah hampir dengan garisan permulaan, dan mungkin
menimbulkan kesukaran kepada pelumba untuk mendapatkan kedudukan
yang selesasebelum melonjak. Oleh itu gaya dekam jenis ini tidak
digalakkan olehmereka yang baru mengambil bahagian. Hanya pelumba
yang berpengalaman mendapati jenis ini mempunyai kelebihan.
b. Gaya panjang
Dalam permulaan gaya dekam jenis ini, pelumba meletak kaki belakang
jauh ke belakang, manakala kaki hadapan berada berhampiran dengan
garis permulaan. Permulaan jenis ini didapati lebih mudah dan selesa,
terutamanya bagi mereka yang baru mengambil bahagian, tetapi dan segi
keberkesanan,gaya panjang tidaklah begitu memberi lonjakan yang baik.
Oleh itu gaya panjang jarang-jarang digunakan.

c. Gaya sederhana
Gaya sederhana dalam permulaan larian pecut merupakan gabungan
gayapeluru dan gaya panjang, dan sering digunakan oleh kebanyakan
pelari pecut,sama ada yang baru ataupun yang sudah berpengalaman.
Dalam permulaan gaya ini, kedudukan kaki belakang yang sederhana jauh
atau dekat daripada garisan permulaan. Dengan demikian, kedudukan
pelumba adalah lebih selesa dan pada masa yang sama mampu memberi
lonjakan yang baik kepada pelumba untuk berlepas.
Peringkat Dalam Permulaan

Kedudukan ke garisan. Setelah setiap pelumba ditentukan lorong menerusi undian,


dan mereka juga sudah bersedia untuk memulakan peRlumbaan, pegawai pelepas
akan memberikan arahan “Ke Garisan‟ agar semua pelumba berada di garisan
permulaan. Berikut adalah panduan dalam kedudukan ke garisan ini.

a. Kaki hadapan pelumba hendaklah berada pada jarak 40 hingga 60 cm dan


garisan permulaan, manakala kaki belakartg pada jarak 40 cm dan kaki
hadapan. Kaki hadapan ini hendaklah diselaraskan dengan kedudukan lutut
kaki belakang.

b. Kedudukan lengan pelumba hendaklah lurus di bawah bahu dan dibiarkan


longgar. Bahu hendaklah pada kedudukan lebih tinggi daripada tangan.
c. Pelumba meletak kedua-dua tangannya di belakang garisan permulaan
dengan membuka ibu jari dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan tersebut.
Jarak kedudukan kedua-dua tangan hendaklah mengikut jarak atau luas bahu.

d. Mata hendaklah ditumpukan pada satu titik yang jaraknya lebih kurang satu
meter ke hadapan, sambil fikiran ditumpukan kepada perlumbaan.

e. Pelumba hendaklah mampu menyesuaikan kedudukan badan dan kakiserta


tangan dengan blok permulaan, terutama dari segi mendapatkan keselesaan
dan keseimbangan yang maksimum.

Kedudukan sedia

Setelah peserta sudah bersedia pada garisan permulaan tanpamenggerakkan mana-


mana anggota badannya, pegawai pelepas akan memberi isyarat “Sedia‟ pula.
Panduan dalam kedudukan sedia ini adalah seperti berikut:

a. Lutut kaki hadapan pelumba hendaklah pada kedudukan lebih kurang 90


darjah daripada aras tanah, manakala lutut kaki belakang lebih kurang 120
darjah daripada aras tanah. Kedudukan pinggang pula hendaklah lebih tinggi
sedikit daripada bahu, dan bahu pula harus lebih tinggi daripada kedudukan
kepala.

b. Kedudukan tangan pelumba hendaklah lurus, sambil kedua-dua belah kaki


menekan dengan kuat pada blok permulaan.

c. Pandangan mata hendaklah seperti dalam kedudukan “Ke Garisan‟.

Kedudukan berlepas

Pegawai pelepas akan melepaskan tembakan pistol menandakan perlumbaan


bermula. Ini dilakukan sebaik sahaja semua pelumba dalam kedudukan sedia.
Panduan asas sentasa dalam kedudukan berlepas adalah seperti berikut:

a. Pelumba hendaklah bergerak pantas dengan meluru ke hadapan tanpa perlu


menegakkan badan serta merta. Untuk bergerak pantas, kedua-dua kaki
pelumba menolak dengan kuat dan pantas pada blok permulaan.
b. Tangan diayun sekuat mungkin untuk membantu melepaskan din daripada
blok permulaan. Ini akan mewujudkan garisan lurus yang lebih kurang 450
bersudut daripada aras balapan, yakni daripada kepala ke kaki.

c. Jarak langkah pertama pelumba hendaklah tidak terlalu panjang atau terlalu
pendek.

d. Pelumba akan mula melangkah biasa selepas langkah ketiga daripada


permulaan, tetapi dalam kelajuan memecut.
TEKNIK LARI DAN PECUTAN

Setelah melakukan pelepasan dengan baik daripada garisan permulaan,


pelumba akan melakukan larian dan pecutan sehingga ke garisan penamat.
Walaupun purata masa yang diambil oleh pelari terlalu pantas, terutamanya untuk
acara 100 meter, namun cara atau teknik larian perlu disesuaikan agar masa yang
singkat itu menjanjikan catatan terbaik bagi seseorang pelari pecut. Ada beberapa
aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa melakukan
larian dan pecutan. Ini termasuklah pergerakan tangan,pergerakan kaki, kedudukan
badan dan tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang hanya
dimunculkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang boleh
menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah tersebut.
Ini termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain, sorakan dan
ejekan penonton. peralatan dan pakaian yang kurang selesa, pemakanan yang tidak
seimbang, kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan
prestasi pelumba.

Pergerakan Tangan

Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal ini
pelari hendaklah mengayunkan tangan, khususnya sikunya ke belakang, dan ayunan
tangan ke hadapan tidak semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari yang meluruskan
tangan semasa mengayun ke belakang. Walau apa carapun ayunan tangan dapat
mempengaruhi kepantasan pecutah atau larian. Tanpa ayunan tangan sepenuhnya,
seseorang pelari tidak akan Berjaya menggerak kakinya dengan pantas. Ini bermakna
pergerakan tangan dan kaki adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan
larian pecut. Tangan pelari terayun ke belakang akan membawa ke arah siku semasa
pelari memecut. Ini kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang.

Sudut mi akan berkurangan sehingga mencapai 90°. Ayunan tangan juga


membantu mengelakkan peredaran yang tidak diperlukan akibat pergerakan kaki.
Pergerakan pantas serta cergas daripada paha menyebabkan badan pelari berputar
ke arah belakang, dan ini harus dielakan atau dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.
Bahagian leher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa memecut.
Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini boleh membantu
pelari merehatkan badan. Tangan pelari pula tidak seharusnya berada dalam keadaan
menegang kerana ketegangan ini boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Keadaan ini
juga akan membantu pernafasan. Pelari boleh memilih sama ada jan-jan tangan
dibuka atau digenggam,semasa membuat ayunan ketika berlari. Perkara yang penting
sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah menjadikannva selesa untuk berlari dan
memecut.

Pergerakan Kaki

Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian pelari.
Dalam pergerakan kaki, terdapat dua perkara yang harus diberikan perhatian dalam
larian pecut. Pertama ialah mengangkat lutut pada kedudukan yang tinggi dan kedua
ialah penamatan atau penghabisan perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat
iaitu keseluruhan drive adalah berpunca daripada bahagian belakang badan. Kaki
yang membuat drive hendaklah direnggang penuh ke belakang badan.Selain itu pelari
juga hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya keatas bagi membantu
melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki daripada
tanah apabila pinggang berada dalamkedudukan yang tinggi. Kedudukan badan
hendaklah condong sedikit kehadapan semasa berlari. Pelari seharusnya
menggunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk mendarat dan memecut.
MENAMATKAN LARI PECUT

Matlamat setiap pelari, termasuklah menghabiskan larian dalam


masasesingkat yang boleh dan lebih dahulu daripada pelari lain yang sama-sama
bertanding. Semasa menuju ke garisan penamat, pelari tidak seharusnyacuba
memperlahankan larian atau membuat lompatan (dive) untuk mencapaipita penamat.
Pelari hendaklah terus berlari dengan lebih pantas, dan tidak perlu sama sekali
memperlahankan lariannya. Dengan membuat diving juga tidak akan membantu
pelari, sebaliknya perbuatan itu belum menjamin penamatannya, malah mungkin akan
membahayakan diri sendiri sahaja. Apabila tiba ke garisan penamat, biasanya pelari
akan mendepakan tangannya ke belakang dengan membiarkan bahagian dadanya
ditonjolkan ke hadapan. Cara begini adalah digalakkan untuk larian pecut.
Sesetengahpelari pula gemar menamatkan larian dengan menundukkan kepalanya
untuk mencecah pita penamat. Tindakan begini mungkin akan menghalang
penglihatan pelari atau memudahkan pelari terjatuh. Satu lagi cara pelari menamatkan
lariannya ialah dengan memusingkan salah satu bahunya kehadapan untuk
mencecah pita penamat. Cara ini juga mungkin akan melambatkan perbuatan
menamatkan larian kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan
bahunya. Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah pita penamat akan dikira
pemenang, manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya ditentukanoleh
pencatat masa atau pegawai penamat. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga
khususnya di peringkat antarabangsa, sering berlaku pemenangacara pecut tidak
dapat diputuskan oieh pencatat masa atau pegawai penamat disebabkan beberapa
pelari mencecah pita penamat pada masayang hampir sama. Jika berlaku perkara
sedemikian, pemenang acara tersebut terpaksa ditentukan dengan menggunakan
kaedah photo- finish. Menerusi kaedah ini pemenang acara itu akan diputuskan
setelah pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas larian itu. Kini
penggunaanperalatan elektronik menggantikan penggunaan catatan tangan yang
mungkin kurang tepat diutamakan. Hal ini perlu, khususnya untuk acara-acara pecut
seperti 100 meter.

Satu lagi perkara yang harus diberikan perhatian oleh pelari pecut ialah mereka
tidak seharusnya terus berhenti sebaik sahaja melepasi garisan penamat. Sebaliknya
mereka hendaklah terus berlari secara perlahan demi perlahan untuk beberapa meter
dan diikuti dengan berjalan (Ada juga pelari yang terus berlari sejauh 100 meter lagi
sebagai cara untuk mengatasi sebarang kemungkinan berlaku ketegangan otot atau
masalah lain. Seperti dalam permulaan, pecutan dan larian, pelari hendaklah
mematuhi peraturan dan undang-undang larian semasa menamatkan
lariannya.Sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai mengganggu atau menipu
hendaklah dielakkan. Jika pelari memenangi perlumbaan yang diadakan,
diahendaklah menganggapnya sebagai suatu kelebihan tanpa merendah-rendahkan
pelari yang kalah. Pelari yang kalah pula haruslah menerima kekalahannya dengan
semangat kesukanan tulen.

Anda mungkin juga menyukai