Anda di halaman 1dari 50

ACARA BALAPAN LARI BERGANTIGANTI (4x100, 4x400)

ACARA LARIAN BERGANTI-GANTI

Pengenalan
Acara lari berganti-ganti (relay) seperti 4X100 meter dan 4 X 400 meter merupakan satu acara yang memerlukan para atlet sentiasa berada pada tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Acara lari 4X100 meter ini melibatkan kesemua komponen kecergasan fizikal iaitu kepantasan, kekuatan dan daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa tindakbalas dan ketangkasan. Oleh itu, satu program khas harus dirancang untuk membina komponen-komponen kecergasan bagi menyediakan atlet menghadapi situasi pertandingan

Defini Lari Berganti-ganti


Dibahagikan kepada dua jenis iaitu 4 x 100 Meter dan 4 x 400 Meter. Menggunakan baton yang tidak kurang berat daripada 50 gram, panjang 28-30 cm, garis lilit 12-13 cm dan berwarna.

Cara Memegang Baton dan Kedudukan Mula

Seseorang atlet seharusnya memegang baton di bahagian pangkalnya dan atlet tersebut harus memegang baton tersebut dengan genggaman yang kemas dan erat bagi mengelakkan baton tersebut jatuh terutamanya semasa berlari.

Cara Memegang Baton dan Kedudukan Mula


CARA PERTAMA 1. Memegang baton dengan tiga jari. (jari hantu, jari manis dan jari kelingking) 2. Jari telunjuk dan ibu jari digunakan untuk menyokong badan. 3. Hujung baton hadapan diangkat supaya tidak menyentuh tanah di hadapan garis permulaan. CARA KEDUA 1. Baton dipegang dengan dua jari. (jari hantu dan jari manis) 2. Badan disokong oleh ibu jari, jari telunjuk dan jari kelingking. 3. Hujung baton hadapan diangkat supaya tidak menyentuh tanah di hadapan garisan permulaan. CARA KETIGA

1. Baton dipegang dengan satu jari. (jari hantu)


2. Badan disokong oleh empat jari yang lain. 3. Hujung baton hadapan diangkat supaya tidak menyentuh tanah di hadapan garisan permulaan.

Kedudukan Pelari Pertama Semasa Permulaan Larian

Mulaan Penambahan Kelajuan (Pick-Up) Pelajuan (Acceleration)

Kelajuan Maksimum

Gaya dan Teknik Penukaran Baton

Gaya selang-seli tanpa pandang, Gaya selang-seli cara pandang dan cara pandang. (4x400 meter) Terdapat dua teknik penukaran baton iaitu Teknik bawah-atas dan Teknik atas-bawah. Dalam gaya selang-seli, aliran baton adalah kanan-kiri-kanan-kiri.

Aliran Penukaran Baton

Pelari pertama akan membawa baton dengan tangan kanan. Pelari kedua berdiri di bahagian luar lorong, menerima baton dengan tangan kiri. Pelari ketiga berdiri di bahagian dalam lorong, menerima baton dengan tangan kanan. Pelari keempat berdiri di bahagian luar lorong dan menerima baton dengan tangan kiri.

Gaya Selang-seli Tanpa Pandang

Biasa digunakan oleh pelari dalam acara 4x400 meter. Jika mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga perlu membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan tangan kanan. Semasa menerima baton, pelari tidak menoleh ke belakang.

Gaya Selang-seli Tanpa Pandang


Pelari yang menunggu akan mula berlari sebaik sahaja sampai di tandaan.

Pelari membawa baton memberi isyarat supaya pelari di hadapannya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton. Baton diletakkan ke dalam tangan penerima dengan tepat.

Gaya Selang-seli Cara Pandang

Biasa digunakan oleh pelari dalam acara 4x400 meter.


Semasa pertukaran baton, pelari yang menerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya.

Zon Penukaran Baton


Penukaran baton dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnya 20 meter. Satu zon pecutan sepanjang 10 meter sebelum zon penukaran dibenarkan dalam acara 4x100 meter. Zon ini digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda. Titik tanda pada amnya adalah 5-7 meter dari garis mula zon pecut. Penukaran baton pada amnya berlaku pada jarak 12-16 meter dalam zon penukaran.

Panduan Mengatur Pelari-Pelari Untuk Perlumbaan


Pelari Pertama
Dapat memulakan larian dengan baik. Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang cekap semasa menerima baton.

Pelari Kedua
Merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus. Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kiri.

Panduan Mengatur Pelari-Pelari Untuk Perlumbaan


Pelari Ketiga
Pantas berlari di bahagian selekoh. Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kanan.

Pelari Keempat
Tidak semestinya seorang pelari yang terpantas di dalam pasukannya. Pantas berlari di bahagian lurus. Merupakan pelari yang penuh keazaman dan tenang. Ciri ini perlu kerana mungkin terpaksa mengejar atau dikejar oleh pelari-pelari daripada pasukan lain.

ACARA PADANG (LOMPAT JAUH)

LATAR BELAKANG

Sejarah permulaan acara lompat jauh dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat secara berkali-kali sama ada dalam bentuk multiple, double triple atau quintriple.

Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan.

PERALATAN

2.

6. 7.

Pita pengukur Kasut berpaku (spike) 3. Bendera isyarat 4. Lorong larian 5. Papan pelepas Kawasan pendaratan Pengukur halaju angin 8. Penyapu
1.

Pita pengukur Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung yang terdekat dengan papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kawasan pendaratan. Dalam kejohanan dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik dan menjadikan pengukuran lebih mudah serta cepat dilakukan.

Kasut berpaku (spike) Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan sebagai perlindungan. Kasut yang berpaku dan bertumit plastik sesuai digunakan dalam lompat jauh

Bendera Isyarat Bendera yang digunakan oleh pengadil adalah untuk mengawasi lompatan. Terdapat dua jenis bendera iaitu bendera putih dan merah. Bendera putih untuk lompatan yang sah dan bendera merah untuk lompatan yang batal.

Kawasan Lari Landas/ Lorong Larian Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang. Papan Lonjakan Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran1.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100 milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari kawasan permulaan mendarat.

Kawasan Mendarat Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar. Terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat.

Pengukur halaju angin Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin ketika lompatan dilakukan. Ia penting untuk menentukan sama ada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Alat pengukur ini tidak digunakan dalam kejohanan peringkat sekolah atau kelab.

KAWASAN LOMPAT JAUH

UNDANG-UNDANG & PERATURAN

Setiap peserta hanya dibenarkan melakukan tiga atau enam lompatan sahaja berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta yang ramai, hanya tiga lompatan perlu di buat. Lompatan yang terbaik iaitu lompatan yang paling jauh akan dikira sebagai pencapaian terbaik dan pemenang. Peserta perlu membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan dan peserta tidak dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan pelepasan.

Lompatan dikira batal jika peserta melakukan perkara-perkara seperti berikut; Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan pelepasan melepasi tanda yang dibenarkan. Semasa mendarat, seluruh badan peserta berada di luar kawasan mendarat.

Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan dan kebiasaannya jarak yang digunakan adalah antara 15 hingga 40 meter.

Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat. Ukuran dilakukan antara dari hujung papan pelepasan dengan hujung kawasan mendarat iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh peserta. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan dalah dilarang. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil diperlukan untuk mengawasi lompatan iaitu mengawasi papan pelepasan, tempat mendarat dan sebagai pencatat.

FASA LOMPATAN

Dalam keseluruhan, gaya atau teknik acara lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa: Lari landas Lonjakan Layangan Mendarat

i. Fasa larian Larian pantas dan terkawal menuju ke papan lonjak (papan pelepasan). ii. Fasa lonjakan Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa melonjak. Kedua-dua belah tangan hendaklah diayunkan ke atas bertujuan untuk membantu lonjakan.

iii. Fasa layangan Semasa fasa layangan, mata memandang tepat ke hadapan. Kedua-dua belah kaki dilunjurkan ke hadapan badan semasa dalam kedudukan bersedia untuk mendarat. iv.Fasa mendarat Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang iaitu dengan mengayunkan tangan ke hadapan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan semasa tumit mula mencecah pasir.

TEKNIK LOMPATAN

LATIHAN ANSUR MAJU

Mengukur penujuan Latihan mendarat Latihan lonjakan

Menentukan kaki lonjakan

Menentukan kaki lonjakan

Peserta menjatuhkan badan ke hadapan. Kaki pertama yang mendarat merupakan kaki dominan/kaki lonjakan.

Latihan lonjakan

Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh Berlari dan melonjak melepasi halangan. Berlari 5 langkah dan melompat

Latihan mendarat

Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan Lompat berdiri melepasi tibunan pasir (kon)

Mengukur penujuan

Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di atas papan lonjak ( hujung kaki sama) dengan sisi papan. Pelompat mula langkah pertama dengan lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menandakan titik tersebut. Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan. Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.

TERIMA KASIH
Disediakan oleh; KUMPULAN 2
MOHD IKHWAN BIN MOHD NAWI MOHD HASRIN BIN AWANG MOHD HISHAM BIN OTHMAN SAUPI BIN HASSAN

Nama Pensyarah:
EN. ZAKARIA BIN ALI PENSYARAH WAJ 3112

Anda mungkin juga menyukai