Anda di halaman 1dari 31

LARI

BERGANTI-GANTI
4 x 100m
Nama Ahli Kumpulan:
Chia Pui Ling
Hong Sian Nee
Hong Yi Xin

PENGENALAN
Objektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga
tempat penamat menerusi 4 orang peserta secepat mungkin.
Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai
peringkat seperti :
4 x 100 meter
4 x 200 meter
4 x 400 meter

Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di


kalangan pelari dan penonton.
Faktor utama penentu kejayaan : persefahaman di antara
pelari dalam pasukan.

SEJARAH
Berasal dari Amerika Syarikat
Punca-punca lahirnya acara ini :
Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana
surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke
tempat lain
Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera
& menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan
(dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat).
Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba
akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini
sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.
Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan
dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

PELAKSANAAN

1) Pemilihan pelari dan penentuan kedudukan


hendaklah dibuat terlebih dahulu, dan tumpuan
latihan hendaklah mengikut kedudukan ini.
2) Menentukan tangan yang akan memegang
baton, sama ada tangan kiri atau tangan kanan.
3) Menyediakan blok permulaan untuk pelari
pertama dan menentukan zon pertukaran baton
bagi pelari kedua, ketiga dan keempat.
4) Menentukan lorong larian setelah undian
dibuat.

Pemilih Pelari
Biasanya pemilihan pelari untuk acara ini dijalankan menerusi satu
ujian khas yang dibuat oleh sesuatu badan atau pihak yang
bertanggungjawab ke atas pasukan itu.
Empat atau lima orang pelari terbaik akan dipilih berdasarkan
kedudukan masing-masing untuk membentuk satu pasukan pelari
kelima sebagai simpanan.
Pemilihan dibuat dengan berasaskan kepada beberapa perkara
seperti, mengikut keupayaan pelari dalam peringkat tertentu.
Dalam acara lari berganti-ganti 4x100 meter ini, ada pelari perlu
berlari lebih jauh dan ada pula yang perlu berlari lebih dekat
daripada pelari lain. Dan ada pelari yang mampu berlari dengan baik
pada lorong lurus dan ada yang mampu berlari dengan baik pada
selekoh.

Pelari pertama
Pelari pertama haruslah mempunyai permulaan yang
baik sambil tangan memegang baton, dan
berkeupayaan berlari di selekoh.
Selalunya pelari pertama adalah pelari kedua terbaik
dalam satu pasukan.
Ketiga-tiga aspek ini penting kerana dibandingkan
dengan pelari lain, pelari pertama akan berlari lebih
jauh bersama baton. Ia juga akan menjadi pendorong
penting kepada pasukan jika pelari pertama
berkemampuan berlari dengan baik.

Pelari kedua
Pelari ini hendaklah berkeupayaan berlari dengan
pantas pada garisan lurus.
Dia juga mestlah bijak daripada segi menerima dan
menghantar baton.
Selalunya, jika pelari pertama membawa baton pada
tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima
baton pada tangan kiri. Namun ini bukanlah satu
syarat.

Pelari ketiga
Kriteria utama bagi pelari ketiga ialah mempunyai
kebolehan dan kemampuan berlari di selekoh dan
menerima baton menggunakan tangan kanan jika
pelari kedua memberikannya menggunakan tangan
kiri, atau sebaliknya.
Daripada segi keupayaan, biasanya pelari ketiga
terpantas dalam pasukan diletakkan sebagai pelari
ketiga. Satu lagi aspek penting ialah keupayaannya
berlari di selekoh.

Pelari akhir
Pelari akhir biasanya merupakan pelari terpantas
dalam satu-satu pasukan kerana pada bahunyalah
terletak keputusan yang bakal dicapai oleh seseubah
keputusan yang bakal dicapai oleh sesebuah pasukan
lari berganti- ganti 4x100 meter.
Pelari ini haruslah berkebolehan berlari di garisan
lurus.
Walaupun daripada segi jarak larian sebenar, pelari
terakhir ini adalah terpendek, namun daripada segi
kepantasan dan kelajuan, ia amat penting.

Undang-undang dan
Peraturan
Acara Lari Bergantiganti 4X100m dan
4X400m

Ciri-ciri baton:
Baton berbentuk tiub dan mempunyai permukaan yang
licin.
Baton diperbuat daripada kayu atau logam.
Berukuran antara 28cm-30cmdengan ukur lilit antara
12cm-13cm.
Berat baton pula ialah tidak kurang daripada 50g.

Teknik memintas masuk (cut-in):


Hanya pelari kedua dalam acara 4X400m boleh
memotong sebaik sahaja melintasi lengkung cut-in
yang ditandakan dengan bendera setinggi 1.50m.
Zon Pertukaran:
Zon pertukaran baton ialah sepanjang 20m. Baton
hendaklah diserahkan di dalam zon ini.

Teknik memegang baton:


Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terjatuh,
hendaklah diambil oleh pelari yang menjatuhkannya.

Pelaksanaan yang membatalkan larian:


Pelari memasuki lorong peserta lain.
Memberi dan menerima baton di luar zan pertukaran.
Membaling dan melambung baton setelah menamatkan
larian.

Aspek Keselamatan
Pastikan kawasan adalah selamat.
Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum aktiviti
larian dan aktiviti menyejukkan badan selepas larian.
Baton diperiksa agar selamat digunakan.
Memakai kasut dan pakaian sukan yang sesuai untuk
acara lari berganti-ganti.

Trek Lari Berganti-ganti

Zon Pertukaran Baton


Setiap zon penukaran baton adalah sepanjang 20
meter dengan adanya satu garisan pembahagi di
tengah-tengahnya.
Penukaran baton ini mestilah dilakukan di dalam zon
penukaran baton.
Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan
sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon
penukaran baton.
Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan
larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.

Kebiasaannya, penerima baton akan membuat satu


tandaan (check mark) yang jaraknya lebih kurang 1518 tapak kaki ke belakang garisan mula zon
penukaran baton.
Apabila pembawa baton berlari sampai ke tandaan
yang dibuat itu, penerima baton akan terus berlari
dan menunggu isyarat daripada pembawa baton untuk
menerima baton dalam zon penukaran baton.

Penggunaan Blok
Permulaan
digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti.
digunakan oleh pelari pertama.
cara memegangnya boleh disesuaikan mengikut
keselesaan atlit.

Cara Mengukur Blok


Permulaan
i. Letakkan blok permulaan dalam ukuran 1 kaki dari
garis permulaan.
ii. Letakkan pedal dua kaki daripada garis permulaan.
iii. Pedal sebelah lagi diletakkan dua setengah kaki
daripada garis permulaan.

Contoh Jarak Antara


Blok

Gaya Selang-seli
tanpa pandang
pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa
baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat
pula menerima dan membawa baton dengan tangan
kanan.

Gaya Selang-seli cara


pandang
Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari
yang menerima baton akan menoleh ke
belakang dan memerhati pemberian baton
daripadanya.

Gaya dan Teknik


Penukaran Baton
Teknik menerima dari
atas
Teknik menerima dari
bawah

Teknik menerima dari


atas/bawah
1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari
yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran .
2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon
memberi isyarat apabila hampir dengan penerima baton.
3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan, penerima
baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang
dengan tapak tangannya terbuka (menadah) ke
atas/bawah dalam bentuk V yang dibentukkan dengan
ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima
baton. Sentiasa luruskan tangan dan jangan cuba
mengoyang-goyangkannya.

4. Penghantar baton akan menghayun baton ke


atas tangan penerima.
5. Penerima memegang bahagian hujung baton
yang berhampiran dengan tangan pelari
penghantar. Tetapi pelari yang membawa
baton jangan pula melepaskan baton serta
merta.
6. Pelari yang memberikan baton membiarkan
baton ditarik dari pada tangannya, dan
mengawal kelajuan sendiri. Penerima
mengambil alih baton daripada pelari yang
masuk.

Rajah 1: Menerima dari


atas.

Rajah 2: Menerima dari


bawah

Ansur Maju
Aktiviti dijalan dengan berpasangan.
Pelari di belakang menghantar baton kepada
pelari di depan. Kemudian ia memotong pelari
tersebut dan bersedia untuk menerima
baton.
Latihan diulangkan dengan berlari anak.
Kelajuan ditambah dan pelari berlatih
menukar baton dengan tangan kanan serta
kiri.

Anda mungkin juga menyukai