Anda di halaman 1dari 8

LARI BERGANTI-GANTI Balapan Acara lari berganti-ganti adalah salah satu acara balapan yang terdiri daripada acara

4 x 100m, 4 x 200 m dan acara 4 x 400 dipertandingkan untuk murid sekolah menengah. Acara lari berganti-ganti ini memerlukan empat orang peserta iaitu pelari pertama, pelari kedua, pelari ketiga dan pelari ke empat. Alatan yang digunakan dalam acara ini ialah baton. Kedudukan pelari bagi acara lari berganti-ganti 4 x 100 m, 4 x 200 m dan 4 x 400 m.

Perlaksanaan acara 4 x 100 m dan 4 x 400 m. Acara 4 x 100 m


Setiap pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Semua pelari berlari dalam lorong yang ditetapkan. Pelari pertama berlari dari garisan permulaan sejauh 100 m di selekoh. Pelari kedua berlari sejauh 100 m selepas menerima baton di lorong lurus. Pelari ketiga berlari selepas menerima baton sejauh 100 m di selekoh. Pelari keempat berlari selepas menerima baton sejauh 100 m di lorong lurus hingga ke garisan penamat.

Acara 4 x 400 m Setiap pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Pelari pertama berlari mengikut lorong dari garisan permulaan. Pelari kedua, berlari selepas menerima baton sejauh 100 m dan dibenarkan memotong masuk ke lorong pertama hingga tamat 400 m. Pelari ketiga dan keempat berlari selepas menerima baton sejauh 400m di lorong pertama.

Teknik Memberi dan Menerima Baton. Acara 4 x 100 m Penghantaran dan penerimaan baton dilakukan dalam zon pertukaran. Teknik yang selalu digunakan ialah penghantaran dari atas ke bawah. Pemberi baton memegang hujung baton. Ayun baton ke tapak tangan penerima baton setelah isyarat diberikan. Tangan lurus dan tidak digoyangkan. Penerima baton membuka tapak tangan menghadap ke atas apabila mendengar isyarat. Tangan lurus melebihi paras pinggang dan tidak digerak-gerakkan. Memegang baton dengan kemas, lari laju tanpa menukar baton ke tangan yang satu lagi. Acara 4 x 400 m Penghantaran dan penerimaan baton dalam zon pertukaran. Teknik penghantaran dari bawah ke atas. Pemberi baton memegang hujung baton. Ayun baton dari bawah ke atas tapak tangan penerima baton setelah isyarat diberikan. Tangan lurus dan tidak digoyanggoyangkan. Penerima baton membuka tangan menghadap ke bawah apabila isyarat diberi. Kedudukan separas pinggang. Memegang baton dengan kemas, lari laju tanpa menukar baton ke tangan yang satu lagi.

Latihan Teknik Memberi dan Menerima Baton. Bagi melancarkan penghantaran dan penerimaan baton antara pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat, latihan perlu dilakukan secara: a. Statik. b. Dinamik A. Statik. Keempat-empat pelari berbaris dalam jarak satu meter di antara satu dengan lain. Pelari pertama berada di belakang barisan diikuti dengan pelari kedua di hadapannya, ketiga dan keempat. Pelari pertama memegang baton dengan tangan kanan, kaki kiri di depan, kedua-dua kaki fleksi. Berikan isyarat kepada pelari kedua, tangan lurus dan tidak digoyangkan. Pelari kedua menerima baton dengan tangan kiri. Kaki kanan di depan, kedua-dua kaki fleksi. Tapak tangan menghadap ke atas untuk acara 4 x 100 m dan bagi 4 x 400m, tapak tangan menghadap kebawah. Tangan lurus dan tidak digoyangkan. Pelari ketiga seperti keadaan aksi pelari pertama. Pelari keempat seperti keadaan aksi pelari kedua.

B. Dinamik. Keempat-empat pelari berada dalam lorong hadapan. Pelari keempat berada di hadapan sekali, diikuti pelari ketiga, kedua dan pelari pertama di belakang. Untuk permulaan, kesemua pelari berlari perlahan bagi mendapatkan rentak memberi dan menerima baton. Lakukan aktiviti adalah sama seperti secara statik. Pelari keempat menjatuhkan baton dan akan diambil oleh pelari pertama semula. Aktiviti diteruskan sehingga mencapai kesesuaian antara setiap pelari.

Teknik Larian di Selekoh. Dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 m, pelari pertama dan pelari ketiga akan berlari di bahagian selekoh. Oleh itu, semakin laju pelari pertama dan ketiga berlari, semakin tinggi kuasa tolakan centrifugal yang wujud dalam diri atlet. Bagi mengimbangi kuasa centrifugal ini, pelari harus: Condongkan badan ke bahagian dalam balapan. Kedudukan tangan kiri diayunkan seperti biasa. Tangan kanan diayunkan secara menyilang.

Undang-undang dah Peraturan Acara Lari Berganti-ganti 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter. Ciri-ciri baton. Baton berbentuk tiub dan mempunyai permukaan yang licin. Baton diperbuat daripada kayu atau logam. Berukuran antara 28 cm 30 cm dengan ukur lilit antara 12 cm 13 cm. Berat baton pula ialah tidak kurang daripada 50 g.

Perlakuan yang membatalkan larian. Pelari masuk lorong peserta lain. Memberi dan menerima baton di luar zon pertukaran. Membaling atau melambung baton setelah menamatkan larian.

Teknik memintas masuk ( cut-in ) Pelari kedua dalam 4 x 100 m boleh memotong masuk sebaik sahaja melintasi lengkuk cut-in yang ditandakan dengan bendera setinggi 1.50 m.

Zon pertukaran. Zon pertukaran baton sepanjang 20 m. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon ini.

Teknik memegang baton. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terjatuh, hendaklah diambil oleh pelari yang menjatuhkannya.

MEREJAM LEMBING. Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1896. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia seperti di Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan SUKMA. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah.

Bahagian-bahagian Lembing. Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada :

Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan ialah : a. Gaya rejaman dari atas bahu. b. Gaya rejaman dari bawah bahu.

Kawasan Rejaman Lembing. Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebaran gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29-30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

Gaya Memegang Lembing.

Teknik Rejaman Lembing. Gaya rejaman bagi kedua-dua jenis rejaman lembing terdiri daripada empat fasa utama seperti yang berikut : Fasa persediaan Fasa lari landas Fasa rejaman Fasa ikut lajak

1. Fasa Persediaan. Fasa ini memberi fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah : Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa. Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa. Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah. Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman. Pandang ke arah kawasan rejaman.

2. Fasa Lari Landas Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan larian yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

Anda mungkin juga menyukai