Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan Pada umumnya, lari berganti-ganti ini disertai oleh lebih daripada seorang peserta.

Dalam kategori lari berganti-ganti, acaranya adalah 4x100 meter, 4 x 200 meter dan 4 x 400 meter. Di Malaysia, untuk acara lari berganti-ganti 4 x100 m ini biasanya disertai untuk peringkat sekolah sekolah rendah dan menengah. Sebelum melakukan acara 4 x 100 meter ini banyak latihan ansur maju yang boleh dipraktikkan. Antaranya adalah latihan mendorong, latihan hantaran baton secara statik .Contoh latihan mendorong ini adalah berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan cuba menyentuh pinggul kawan yang berlari di hadapan. Aktiviti-aktiviti senaman yang sesuai untuk acara lari berganti-ganti adalah seperti lari naik bukit yang berlereng curam, lari ketinting, skip dengan tali, mendukung rakan sambil berlari, lari secara melompat ( bounding) , lawan tolak-menolak, naik turun tangga sambil membawa beban, naik turun bangku atau tangga, berlari sambil menarik beban yang diikat pada pinggang, berdiri di atas bata dengan bebola kaki sambil naikturun tumit secara sambil berselang-selikan kaki. Selain itu, aktiviti memegang beban di kedua-dua belah tangan sambil melompat setempat juga boleh dilakukan. Untuk aktiviti berpasangan juga boleh dilakukan seperti latihan dengan pengejar dan latihan memecut. Aktiviti pemanasan badan sebelum acara 4 x 100 meter. Seperti kebiasaannya, sebelum memulakan apa-apa aktiviti sukan, acara pemanasan badan adalah amat penting dan sangat dititikberatkan. Ia amat penting untuk meningkatkan kadar nadi sebelum melakukan larian. Peningkatan suhu dasar tubuh badan boleh dicapai dengan melakukan aktiviti tidak rancak selama 3 hingga 5 minit. Semasa melakukan aktiviti regangan dan pemanasan badan ini, otot-otot besar kaki diutamakan dan kedua-dua belah tangan diangkat melepasi aras kepala. Aktiviti pemanasan badan ini meliputi regangan senang dan regangan membangun, pernafasan, pengiraan tempoh regangan, kedudukan atau postur tubuh badan dan regangan kumpulan otot utama.

Setiap regangan dilakukan selama 10-20 saat dan setiap aktiviti regangan diulang selama 20-30 saat. Antara aktiviti regangan yang boleh dilakukan adalah yang melibatkan otot bahagian atas tapak kaki, otot tapak kaki, otot bahagian bawah kaki belakang, otot bahagian hadapan betis,pergelangan kaki dan kuadrisep, tendon achilles, aduktor paha, hamstring dan otot di sisi badan, otot bahagian dalam lengan dan pergelangan tangan, otot bahagian luar lengan , bahu dan sisi. Selain itu juga, aktiviti regangan yang dilkukan harus melibatkan otot di bahu dan otot lengan serta otot sisi leher. Peraturan untuk lari berganti-ganti 4 x 100 meter. Untuk lari berganti-ganti ini, pelari kedua, ketiga dan keempat boleh mula berlari dalam zon 10 meter tambahan sebelum zon pertukaran baton. Jika baton terjatuh, ia perlu dikutip oleh pelari yang menjatuhkannya dan boleh meninggalkan lorong untuk mengutip baton dengan syarat tidak mengganggu pelari pihak lawan. Dalam acara 4 x 100 meter, tidak dibenarkan pertukaran baton dalam zon pecutan atau pra zon ( 10 meter ). Setiap pelari dalam 4 x 100 meter hendaklah berlari dalam lorong masingmasing walaupun selepas hantaran baton. Hal ini adalah untuk menjamin tiada gangguan kepada pasukan yang lain. Baton yang digunakan seharusnya tidak kurang daripada 50 gram, panjang 2830 cm, garis lilit 12-13 cm dan baton mestilah berwarna. Pelari boleh digantikan oleh salah seorang daripada dua pelari simpanan yang telah didaftarkan. Pelari yang telah digantikan tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian lagi dalam kejohanan itu. Giliran pelari mesti ditetapkan dan dilaporkan sebelum acara bermula.

Pelaksanaan untuk lari berganti-ganti 4 x 100 meter. Cara memegang baton. Cara pertama. Memegang baton dengan tiga jari ( jari hantu, jari manis dan jari kelingking) Jari telunjuk dan ibu jari digunakan untuk menyokong badan.

Cara kedua Baton dipegang dengan dua jari ( jari hantu dan jari manis) Badan disokong oleh ibu jari, jari telunjuk dan jari kelingking.

Cara ketiga Baton dipegang oleh satu jari ( jari hantu) Badan disokong oleh empat jari yang lain.

Untuk ketiga-tiga cara memegang baton tersebut, hujung baton hadapan hendaklah diangkat supaya tidak menyentuh tanah di hadapan garisan permulaan. Kedudukan pelari pertama semasa permulaan larian. Posisi badan adalah seperti dalam permulaan lari pecut 100m atau 200m. Tangan kanan memegang baton. Jari-jari yang menyokong badan terletak di belakang garisan permulaan. Hujung baton hadapan diangkat supaya tidak menyentuh tanah di hadapan garisan permulaan. Cara memegang baton adalah mengikut kesesuaian pelari, iaitu menggunakan salah satu daripada cara memegang baton yang telah ditetapkan.

Gaya-gaya penyerahan baton a) Gaya dari atas ke bawah i) Pelari dengan baton menghayun baton dari bawah ke atas tangan penerima. ii) iii) iv) v) vi) Jari telunjuk dan ibu jari penerima dibuka berbentuk V terbalik. Penerima memegang hujung baton. Penyerah baton sedia untuk melepaskan baton dari tangannya. Penerima mengambil baton daripada rakan. Penyerah baton melepaskan baton daripada tangannya. Pembawa baton menghayun baton dari atas ke bawah ke tangan penerima. ii) iii) iv) v) Tangan penerima diangkat ke belakang dan ke atas. Tapak tangan penerima menghadap ke langit. Ibu jari dan jari telunjuk penerima berbentuk V untuk menerima baton. Penerima bersedia untuk memegang baton apabila merasakan baton diletak di atas tangannya. vi) Penyerah baton bersedia untuk melepaskan baton apabila baton diletakkan di atas tangan penerima. Pelakuan penukaran baton secara dinamik. i) Apabila penyerah baton tiba ke tanda (check mark) penerima mula berlari ke hadapan. ii) Tumpuan penerima adalah pada lariannya ke hadapan mata tidak memandang ke belakang. iii) Apabila jarak yang agak sesuai untuk penyerahan, penyerah baton akan menjerit Up Penerima mula menghulurkan tangan ke belakang. iv) v) Penerima memegang baton dan penyerah baton melepaskannya. Penerima baton terus berlari dengan baton di tangannya pertukaran baton selesai dilakukan.

b) Gaya dari atas ke bawah. i)

Zon pertukaran baton. i) ii) 20 meter panjang.Pertukaran baton mesti berlaku dalam zon ini. Zon pemecutan boleh ditandakan 10 meter dari garisan belakang zon pertukaran baton. Penerima baton boleh mula berlari dari zon ini tetapi pertukaran baton harus juga berlaku dalam zon pertukaran baton. Tanda atau check mark . i) ii) iii) Penerima baton boleh meletakkan satu tanda di atas lorongnya sendiri. Tanda ini tidak boleh mengakibatkan sebarang gangguan kepada pelari lain. Jarak jauhnya tanda terpulang kepada penerima baton mengikut

kesesuaiannya sendiri. Ciri-ciri pertukaran baton yang baik: i) ii) Pertukaran dilakukan dalam zon pertukaran baton ( 20 m) Pertukaran dilakukan semasa kedua-dua pelari baton) berlari pantas. iii) Jarak antara penerima dan penyerah baton adalah pada tahap yang hampir maksimum semasa pertukaran baton berlaku. Aktiviti cooling down selepas menamatkan larian. Pelari hendaklah melakukan aktiviti regangan ringkas agar tidak berlaku kekejangan otot. Pelari juga boleh melakukan larian kecil atau berjalan seperti biasa selepas menamatkan perlumbaan. Pelari perlu terus bernafas, mengawal pernafasan supaya mengikut ritma semula jadi. Semasa membongkok atau membengkok, nafas dihembus perlahan-lahan sehingga ke tahap regangan optimum, kekalkan pada tahap itu dan bernafas perlahan-lahan seperti sebelumnya. (penyerah dan penerima

Anda mungkin juga menyukai