Anda di halaman 1dari 27

MOHD HAFIZI ABDULLAH MUHAMMAD AFHAM BIDIN NUR AMIRAH HAMZAH NUR IZZAH ATHIRA ROSLI NUR SYAZWANI

KHAMIS

LARI BERGANTI-GANTI

Berasal dari Amerika Syarikat Punca-punca lahirnya acara ini : 1. Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain 2. Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat). 3. Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.

Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

Objektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang peserta secepat mungkin.

Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat : 1) 4 x 100 meter 2) 4 x 200 meter 3) 4 x 400 meter 4) 4 x 1600 meter
Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton. Faktor utama penentu kejayaan : persefahaman di antara pelari dalam pasukan.

Blok permulaan - digunakan dalam semua acara lari berganti-ganti - digunakan oleh pelari pertama. - harus disesuaikan mengikut keselesaan atlit. Baton - alat yang paling penting dalam acara lari berganti-ganti - berbentuk tiub bulat berongga dan berpermukaan licin diperbuat daripada kayu, logam atau apa jua bahan yang keras sebatang penuh - berukuran 28-30 sm panjang - ukur lilit 12-13 sm - berat tidak kurang dari 50gm - diwarnakan supaya senang dilihat ketika dibawa berlari Pakaian dan kasut lari yang sesuai dan menepati peraturan yang telah ditetapkan.

Baton

Pelari Pertama harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton berkeupayaan berlari di selekoh pelari kedua terbaik dalam satu pasukan Pelari Kedua bijak menerima & menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri). berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus Pelari Ketiga pelari ketiga terpantas dalam pasukan. berkebolehan & berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya. Pelari Akhir pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya. harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek

Atlet seharusnya memegang baton di bahagian pangkalnya dengan genggaman yang kemas bagi mengelakkan baton tersebut jatuh semasa berlari.

cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya. Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka (menadah) untuk menerima baton. Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga. Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari keempat pada tangan kiri.

TEKNIK ATAS BAWAH

Cara Memberikan Baton 1) kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton 2) pemberi harus beri isyarat kepada penerima 3) hulurkan baton dengan tangan yang lurus 4) perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya. Cara Menerima Baton 1) Penerima dalam keadaan yang sedia 2) Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton 3) Berlepas dengan pantas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tangan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari. 4) Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang membawa baton. 5) Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan. Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton. Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya. Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan. Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (tanpa pandang)

Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton. Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak. Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka. Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi. Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu. Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya. Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.

Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (dengan memandang)

Pertukaran

baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter. Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton. Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.

Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter

1) 2)

3)

Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan. Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akan dibatalkan.

Pertukaran baton yang betul dan yang salah

1) 2) 3) 4)

Aturan Umum Lari ikut lorong yang ditetapkan Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan Buat pertukaran baton yang bersih Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian

5)

6)

Jika terlepas, ia hendaklah diambilbalik oleh atlit yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan lorongnya. Peserta yang secara sengaja mengganggu peserta lain dengan melintas keluar dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya akan mengakibatkan pasukannya dibatalkan.

1) 2)

3)

4) 5)

6) 7)

Gaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan kanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton. Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan. Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki. Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan. Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas Berlari pada selekoh pertama (pantas di selekoh)

1) 2) 3)

Pelari Kedua Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri. Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiri) Pelari Ketiga Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh). Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan). Lari di sebelah dalam lorong sendiri. Pelari Keempat Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri. Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri. Tamatkan larian di garisan penamat. Pelari yang penuh keazaman & tenang.

1) 2) 3) 4)

1)

2)
3) 4)

Trek Permulaan / Penamat

Anda mungkin juga menyukai