Anda di halaman 1dari 5

Lari berganti-ganti

TEKNIK HANTARAN BATON


Gaya popular menghantar baton ialah gaya selang-seli, iaitu baton ditukar di
antara tangan kanan dan tangan kiri oleh keempat-empat pelari dalam satu
pasukan. Dua cara menghantar baton ialah :
Hantaran atas

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke bawah untuk memukul tapak


tangan penerima yang terbuka.
2.Penerima memegang hujung baton semasa
menerimanya.
Hantaran bawah

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke atas tangan penerima yang


terbuka dalam bentuk ‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk
penerima.
2. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan
tangan pelari penghantar.
3. Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.
TEKNIK MENERIMA BATON
Menerima dari atas

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton
melepasi garisan zon penukaran .
2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan “keluar”
apabila hampir dengan penerima baton.
3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan
menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka
(menadah) ke atas dalam bentuk ‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari
telunjuk penerima untuk menerima baton.Sentiasa luruskan tangan dan
jangan cuba mengoyang-goyangkannya.
4. Penghantar baton akan menghayun baton ke atas tangan penerima.
5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan
tangan pelari penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula
melepaskan baton serta merta.
6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada
tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton
daripada pelari yang masuk.
Menerima dari bawah

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton
melepasi garisan zon penukaran .
2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan “keluar”
apabila hampir dengan penerima baton.
3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan
menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka
(menadah) ke bawah dalam bentuk ‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan
jari telunjuk penerima untuk menerima baton.Sentiasa luruskan tangan dan
jangan cuba mengoyang-goyangkannya.
4. Penghantar baton akan menghayun baton dari bawah ke atas tangan
penerima.
5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan
tangan pelari penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula
melepaskan baton serta merta. 6. Pelari yang memberikan baton membiarkan
baton ditarik daripada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri.Penerima
mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.

TEKNIK MENENTUKAN PELARI


Pelari pertama
Pelari pertama haruslah mempunyai permulaan yang baik sambil tangan
memegang baton, dan berkeupayaan berlari di selekoh. Selalunya pelari
pertama adalah pelari kedua terbaik dalam satu pasukan. Ketiga-tiga aspek ini
penting kerana dibandingkan dengan pelari lain, pelari pertama akan berlari
lebih jauh bersama baton. Ia juga akan menjadi pendorong penting kepada
pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik.
Pelari kedua
Pelari ini hendaklah berkeupayaan berlari dengan pantas pada garisan lurus.
Dia juga mestlah bijak daripada segi menerima dan menghantar baton.
Selalunya, jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari
kedua hendaklah cuba menerima baton pada tanagan kiri. Namun ini bukanlah
satu syarat.
Pelari ketiga
Kriteria utama bagi pelari ketiga ialah kebolehan dabn berkemampuan berlari
di selekoh dan menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua
memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya. Daripada segi
keupayaan, biasanya pelari ketiga terpantas dalam pasukan diletakkan
sebagai pelari ketiga. Satu lagi aspek penting ialah keupayaannya berlari di
selekoh.
Pelari akhir
Pelari akhir biasanya merupakan pelari terpantas dalam satu-satu pasukan
kerana pada bahunyalah terletak keputusan yang bakal dicapai oleh seseubah
keputusan yang bakal dicapai oleh sesebuah pasukan lari berganti-
ganti 4x100 meter. Pelari ini haruslah berkebolehan berlari di garisan lurus.
Walaupun daripada segi jarak larian sebenar, pelari terakhir ini adalah
terpendek, namun daripada segi kepantasan dan kelajuan, ia amat penting.

KEDUDUKAN PELARI UNTUK MENERIMA BATON


1. Pemilihan pelari dan penentuan kedudukan hendaklah dibuat terlebih
dahulu, dan tumpuan latihan hendaklah mengikut kedudukan ini.
2. Menentukan tangan yang akan memegang baton, sama ada tangan kiri
atau tangan kanan.
3. Menyediakan blok permulaan untuk pelari pertama dan menentukan zon
pertukaran baton bagi pelari kedua, ketiga dan keempat.
4. Menentukan lorong larian setelah undian dibuat.

SEMASA LARIAN
1. Aturan umum
a) Berlari mengikut lorong yang ditetapkan.
b) Membuat pertukaran baton dalam kawasan atau zon yang ditetapkan.
c) Membuat pertukaran yang bersih.
d) Mengekalkan baton dalam tangan pelari awal hingga akhir larian.
2. Pelari pertama
a) Gunakan blok permulaan.
b) Berlari mengikut isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas.
c) Berlari pada selekoh pertama.
d) Membawa baton pada tangan kanan.
3. Pelari kedua
a) Bersedia dan mula berlari dalam keadaan berdiri.
b) Berlari dalam lorong yang lurus.
c) Membawa baton pada tangan kiri atau boleh menukarkannya semasa
berlari ke tangan kanan.
d) Berlari dalam lorong sendiri.
e) Menerima baton dalam zon pertukaran.
4. Pelari ketiga
a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri.
b) Berlari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua.
c) Membawa baton pada tangan kanan.
d) Berlari di sebelah dalam lorong sendiri.
5. Pelari keempat
a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri.
b) Berlari dalam lorong yang lurus dan lorong sendiri.
c) Membawa baton pada tangan kiri atau ditukarkan pada tangan kanan
semasa berlari.
d) Menyerahkan baton kepada pegawai bertugas.

Anda mungkin juga menyukai