Anda di halaman 1dari 40

Lari Berganti-ganti

Ahli Kumpulan: Esther Lui Nian Chii Hii Chui Feng Ku Swee Ping PISMP BC3 JAN 2011

Pengenalan
adalah acara di mana 4 atlet menyertai sebagai sebuah pasukan, memberi baton besi diantaranya. Acara biasa dipertandingkan adalah: o 4 x 100 meter o 4 x 200 meter (sekolah tinggi dan kolej) o 4 x 400 meter o 4 x 800 meter o 4 x 1500 meter

Pengenalan
Objektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang peserta secepat mungkin. Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton. Faktor utama penentu kejayaan : persefahaman di antara pelari dalam pasukan.

Sejarah
Berasal dari Amerika Syarikat. Punca-punca lahirnya acara ini : Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain. Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat). Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia. Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

Pemilihan Pelari
Pelari Pertama

Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik. 3 aspek penting : 1. Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton. 2. Berkeupayaan berlari di selekoh. 3. Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan.

Pemilihan Pelari
Pelari Kedua

mesti bijak daripada segi menerima dan menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri). Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus

Pemilihan Pelari
Pelari Ketiga

Pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Aspek penting : 1. Berkebolehan dan berkemampuan berlari di selekoh 2. Boleh menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.

Pemilihan Pelari
Pelari Keempat

Pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya. Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi kepantasan dan kelajuan ia amat penting.

Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan. Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :-

Cara Memegang Baton

Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertama

Gaya dan Teknik Pertukaran Baton


Teknik bawahatas
Teknik atasbawah

2 teknik asas penukaran baton

Teknik atas-bawah
Cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh. Pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya. Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka (menadah) untuk menerima baton. Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga. Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari keempat pada tangan kiri.

Rajah 2 : Teknik Atas-Bawah

Rajah 2 : Teknik Atas-Bawah

Cara Memberikan Baton


kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton. pemberi harus beri isyarat kepada penerima. hulurkan baton dengan tangan yang lurus perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.

Cara Menerima Baton


Penerima dalam keadaan yang sedia. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton. Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari. Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang membawa baton. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

Gaya Selang-seli Tanpa Pandang


Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan. Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton. Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang.

Gaya Selang-seli Tanpa Pandang


Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya. Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan. Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

Rajah 3 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (tanpa pandang)

Gaya Selang-seli Cara Pandang


Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton. Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.

Gaya Selang-seli Cara Pandang


Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka. Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi. Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu. Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya. Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.

Rajah 4 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (dengan memandang)

Zon Pertukaran Baton


Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter. Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton. Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.

Video lari bergantiganti 4 x 100m

Rajah 5 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter

Perkara-perkara penting
Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akan dibatalkan.

Rajah 6 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah

Pelari Pertama

Peraturan Larian

Gaya Dekam & Permulaan

Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan. Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan kanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton. Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.

Peraturan Larian
Pelari Pertama

Gaya Dekam & Permulaan

Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki. Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m.

Peraturan Larian
Pelari Pertama

Gaya Dekam & Permulaan

Permulaan menggunakan blok permulaan. Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas. Berlari pada selekoh pertama (pantas di selekoh).

Peraturan Larian
Pelari Kedua

Gaya Dekam & Permulaan

Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri. Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri. Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiri).

Peraturan Larian
Pelari Ketiga

Gaya Dekam & Permulaan

Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri. Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh). Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan). Lari di sebelah dalam lorong sendiri.

Peraturan Larian
Pelari Keempat

Gaya Dekam & Permulaan

Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri. Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri. Tamatkan larian di garisan penamat. Pelari yang penuh keazaman & tenang.

Pelari ketiga bermula dari sebelah kiri lorong dan menerima baton dengan tangan kanan.

Pelari kedua bermula dari sebelah kanan dan menerima baton dengan tangan kiri

Pelari keempat bermula dari sebelah kanan lorong dan menerima baton dengan tangan kiri

Permulaan/Penamat

Pelari pertama bermula dengan baton dalam tangan kanan

RAJAH 6 : Trek Permulaan / Penamat

Peraturan 170 (ms44-46)


Lari Berganti-Ganti
Mesti berwarna Berat: tidak kurang drpd 50g Panjang: 280 300 mm Baton

Aturan Umum

Tiub bulat bergeronggang Berpermukaan licin Ukur lilit: 40 mm

Lari ikut lorong yang ditetapkan.

Baton hendaklah dipegang di tangan sepanjang perlumbaan. Jika terjatuh, ia hendaklah diambil balik oleh atlet yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan lorongnya untuk mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang patut dihabiskannya dan tidak mengganggu atlet lain.

Peraturan 170 (ms44-46)


Lari Berganti-Ganti

Aturan Umum

Baton hendaklah diserahkan di dalam zon pernukaran baton. Kedudukan baton yang akan menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh. Pertukaran baton di luar zon penukaran akan mengakibatkan pembatalan.

Peserta yang secara sengaja mengganggu peserta lain dengan melintas keluar dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya akan mengakibatkan pasukannya dibatalkan.
Bantuan dengan menolak atau dengan cara lain akan menyebabkan pembatalan

2012 London Olympics


4x100m relay (lelaki) Jamaica Nesta Carter Michael Frater Yohan Blake Usain Bolt
36.84s *World Record

2012 London Olympics


4x100m relay (wanita) United States Tianna Madison Allyson Felix Bianca Knight Carmelita Jeter
40.82s *World Record

2012 London Olympics


4x400m relay (lelaki) Bahamas Chris Brown Demetrius Pinder Michael Mathieu Ramon Miller
2:56.72 minit

2012 London Olympics


4x400m relay (wanita) United States DeeDee Trotter Allyson Felix Francena McCorory Sanya Richards-Ross
3:16.87 minit

Rujukan
IAAF Athletics. (2009). Buku Peraturan Olahraga KOM 2012-2013. Monaca Cedex: 17,rue Princesse Florestine. Treebuilder. (2011, Jan 16). Lari Berganti-ganti. Retrieved Feb 7, 2013, from Blogger: http://treebuilder.blogspot.com/2011/01/lariberganti-ganti.html

Anda mungkin juga menyukai