Anda di halaman 1dari 2

Keputusan pilihanraya umum ke-12 memeranjatkan semua pihak.

Baik dari parti


pemerintah mahupun parti pembangkang. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti
mudah tetapi hilang penguasaan dua pertiga di parlimen. Selain itu BN gagal untuk
mempertahankan kekuasaan di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perak Kedah dan Pulai
Pinang sementara Kelantan gagal ditawan dan kekal di bawah pemerintahan PAS. Semua
kerusi parlimen di Kuala Lumpur dirampas oleh pakatan pembangkang kecuali Setiawangsa
berjaya dipertahankan oleh Zulhasnan Rafique. Selatan tanahair yang menjadi kubu kuat BN
juga “dirobek” sedikit demi sedikit sehinggakan BN Negeri Sembilan hilang majoriti dua
pertiga.

Di Melaka, DAP berjaya menawan lima kerusi DUN dan satu kerusi parlimen. Johor
yang merupakan negeri kelahiran Umno juga tidak ketinggalan menjadi mangsa apabila DAP
mendapat empat kerusi DUN dan satu kerusi parlimen sementara PAS pula mendapat dua
kerusi DUN. Peralihan undi yang besar kepada pakatan pembangkang tanpa dijangka itu,
menyebabkan ramai penganalisa politik menggelarkannya sebagai situasi ini sebagai
Tsunami. Buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1973 hilang
kuasa dua pertiga di parlimen dan mengulangi sejarah Perikatan pada pilihanraya 1969.
Pakatan BN yang ditubuhkan sebagai formula baru untuk mengatasi kegagalan Perikatan
pada pilihanraya 1969 akhirnya tempang selepas 38 tahun berdiri gagah.

Prestasi BN pada pilihanraya umum 2008 lebih teruk daripada Perikatan pada
pilihanraya tahun 1969 oleh kerana kehilangan lima negeri kepada pakatan pembangkang.
Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya mencipta sejarah apabila menjadi ketua BN pertama
yang menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga. Keputusan pilihanraya umum 2008 juga
menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri mengalami kekalahan yang mengejut.

Sementara itu, Shahrizat Jalil tewas ditangan Nurul Izzah yang kali pertama
bertanding dalam pilihanraya umum. Samy Vellu yang menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput
semenjak tahun 1974 terpaksa akur dengan Dr Jeyakumar. Manakala Zainuddin Maidin yang
menjadi Menteri Penerangan sebelum ini dimalukan oleh Johari Abdul di Sungai Petani. Di
Shah Alam, Aziz Shamsuddin terpaksa akur dengan kemenangan Khalid Samad.

BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat
sehinggakan tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam bahasa
yang mudah, BN boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen.
Selepas pilihanraya 2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup
yang mendadak. Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang keperluan
harian telah menyebabkan ramai yang hidup menderita. Tambahan lagi apabila wujudnya
“watak-watak jahat” seperti Samy Vellu yang bersungguh-sungguh mempertahankan
kenaikan harga tol telah menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat
begitu besar kepada BN dalam pilihanraya umum 2004.
Pakatan pembangkang yang sedar akan kegelisahan rakyat, bijak untuk memanfaatkan
suasana tersebut. Kempen untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen agar mereka tidak
boleh membuat keputusan dengan sesuka hati, telah berjaya membuahkan hasil. Lim Guan
Eng apabila ditanya oleh wartawan sewaktu kempen pilihanraya berlangsung, mengatakan
DAP tidak mungkin mengalahkan BN dan hanya berniat untuk mengurangkan majoriti BN di
parlimen.

Selain itu, Husam Musa yang juga naib presiden PAS, berkali-kali dalam siri ceramah
dan kempen pilihanrayanya, menyatakan kepada pengundi agar kuasa majoriti BN di
parlimen harus dikurangkan agar harga barang tidak boleh dinaikkan dengan sesuka hati. Di
kalangan orang ramai terutamanya pengundi atas pagar, untuk menukar kerajaan baru secara
drastik adalah sesuatu perkara yang menakutkan. Akan tetapi, kalau sekadar untuk
mengurangkan majoriti BN di parlimen, mereka bersedia melakukannya. Peningkatan kos
kehidupan adalah pendorong utama bagi kumpulan pengundi ini. Mereka ini percaya jika
majoriti BN di parlimen dikurangkan, harga barang tidak mudah untuk dinaikkan dengan
sesuka hati.

Oleh kerana terlalu ramai yang berfikir untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen,
maka BN akhirnya benar-benar kehilangan majoriti di parlimen bersama dengan kuasa dua
pertiganya. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik, beberapa orang
yang berada dalam kelompok ini selepas dua hari keputusan pilihanraya diumumkan. Mereka
sebenarnya tidak menyangka bahawa BN akan kalah seteruk ini apabila memenangi hanya
140 kerusi parlimen berbanding dengan pembangkang yang berjaya mendapat 82 kerusi di
parlimen.

Anda mungkin juga menyukai