Anda di halaman 1dari 12

Rentitan 13 Mei 1969

Pilihan raya 1969 telah berlangsung dalam suasana politik perkauman yang ketara. Di mana isu-isu hak
keistimewaan, taraf kewarganegaraan, bahasa dan pendidikan menjadi agenda penting parti-parti yang
bertanding. Parti Perikatan telah menggunakan kemunculan DAP sebagai modalnya bagi mendapat
sokongan padu orang Melayu. DAP dikatakan bersikap anti Melayu dan penubuhannya adalah lanjutan
bermotifkan dendam PAP yang gagal menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Pada masa yang
sama, DAP dan PPP pula berkempen untuk meraih sokongan orang bukan Melayu dengan
mengutarakan isu-isu persamaan hak serta nasib masa depan bahasa Cina dan Tamil dalam
perlembagaan negara.

Pilihan raya umum 1969 menyaksikan pemulauan Parti Buruh terhadap pilihanraya kali ini. Ia menyeru
rakyat agar tidak keluar mengundi kerana menentang kepercayaan dan keyakinan institusi berparlimen
dan mendakwa unsur-unsur penyelewengan berleluasa dalam proses pilihanraya yang bakal diadakan
nanti. Ketiadaan Parti Buruh telah digunakan oleh DAP bagi menonjolkan dirinya sebagai jaguh
masyarakat bukan Melayu. DAP telah bekerjasama dengan PPP dan Gerakan dalam pilihanraya ini. Di
mana pada Februari 1969, DAP, PPP dan Gerakan telah membuat persetujuan dalam pembahagian
kerusi parlimen dan undangan negeri yang bakal ditandingi oleh ketiga-tiga parti berkenaan. Ia bertujuan
untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti ini dan terusnya mengakibatkan perpecahan undi
bagi parti pembangkang. Pakatan ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan para pemimpin
Melayu dan beranggapan ia sebagai satu percubaan golongan bukan Melayu dalam mencabar
kedudukan politik serta keistimewaan orang Melayu.

Dalam situasi politik yang penuh dengan unsur perkauman, keputusan pilihanraya umum 1969 jelas
memberi impak yang amat mendalam kepada masa depan negara. Perikatan yang selama ini dinobatkan
sebagai wakil tiga kaum utama negara menerusi UMNO, MCA dan MIC mengalami kekalahan yang teruk
dan di luar dugaan. Perikatan buat pertama kali dalam sejarah tercabar dengan begitu hebat sekali dan
orang Melayu melihatnya sebagai kemenangan bagi masyarakat bukan Melayu dan tamatnya
penguasaan Melayu dalam politik, pentadbiran dan kerajaan di Tanah Melayu. Parti Perikatan hanya
mampu memperolehi 48.45% undi iaitu merosot sebanyak 10 % berbanding 58.4% undi pada pilihan
raya 1964 dan ia jelas merupakan prestasi terburuk Perikatan. Di peringkat parlimen, Perikatan hanya
mampu memenangi 66 kerusi iaitu 51 kerusi bagi UMNO, 13 MCA dan 2 MIC. dewan undangan negeri
pula, Perikatan hanya mendapat 162 daripada 282 kerusi yang dipertandingkan dan ia merupakan
kemenangan yang paling tipis baginya jika dibandingkan dengan pilihan raya sebelum ini, iaitu 206 kerusi
dalam pilihanraya 1959 dan 241 kerusi dalam pilihanraya 1964.

Pencapaian buruk ini telah memberi beberapa implikasi negatif terhadap Perikatan. Pertama, ia
kehilangan dua buah negeri iaitu Pulau Pinang kepada Gerakan dan Kelantan kepada PAS. Kedua, ia
gagal membentuk kerajaan negeri yang mantap di Perak dan Selangor kerana kekurangan majoriti kerusi
di peringkat dewan undangan negeri. Di Perak, Perikatan yang memenangi 19 daripada 40 kerusi disaing
hebat oleh pakatan DAP dan PPP yang memenangi 18 kerusi, di samping Gerakan dan PAS masing-
masing satu kerusi. Di Selangor pula, DAP dan Gerakan terus memberi tekanan kepada Perikatan yang
hanya menguasai 14 daripada 28 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan. Ketiga,
peratusan undi bagi tiga buah negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu berada di paras
bawah 50% undi popular. Di Negeri Sembilan, peratusan undi Perikatan hanyalah 46.2%, Melaka 48.1%
dan 49.3% bagi Terengganu.

Sejurus keputusan pilihanraya diumumkan, situasi di Semenanjung Malaysia bertambah tegang.


Kehilangan Pulau Pinang kepada Gerakan dan risiko kehilangan kuasa Melayu di Perak dan Selangor
jelas sukar diterima oleh orang Melayu. Ia diperburukkan lagi dengan perarakan kemenangan DAP dan
Gerakan di Kuala Lumpur. Pada keesokkan harinya, MCA telah mengumumkan bahawa parti itu tidak
lagi mewakili orang Cina di dalam kerajaan setelah ia dikritik hebat kerana prestasinya yang begitu buruk
dengan hanya memenangi 13 daripada 33 kerusi yang ditandinginya. Pada masa yang sama satu
demonstrasi telah dianjurkan olah UMNO Selangor dan penyebaran khabar angin bahawa orang Melayu
telah diserang di sekitar Kuala Lumpur telah membawa kepada tercetusnya tregedi 13 Mei yang
mengorbankan 196 nyawa dan menyebabkan 409 kecederaan yang sebahagian besarnya terdiri
daripada orang Cina. Di samping itu, kira-kira 6000 kediaman serta premis pemilikan orang Cina di
sekitar Kuala Lumpur turut musnah dalam kekacauan yang tercetus menjelang petang 13 Mei 1969.

Posted by SERATAH MONDAY, MAY 17, 2010 at 8:54 AM

SELEPAS 13 MEI 1969

Rusuhan dan kekacauan yang tercetus akhirnya membawa kepada pengisytiharan darurat pada 14 Mei
1969. Selaras dengan itu, Majlis Gerakan Negara ( Mageran ) telah dibentuk dan Tun Abdul Razak telah
dilantik sebagai pengarahnya. Majlis ini turut dianggotai oleh Tan Siew Sin dan V.T. Sambanthan, wakil
bagi MCA dan MIC. Selain itu, Mageran turut diwakili oleh perwakilan polis, tentera dan pentadbiran
awam.

Tujuan utama pembentukan Mageran adalah untuk memulihkan keadaan negara dan Tun Razak selaku
pengarahnya mempunyai kuasa mutlak dalam melaksanakan tugasnya. Majlis yang terdiri daripada
pelbagai perwakilan itu telah mengadakan persidangan tertutup dari masa ke semasa secara tertutup
dalam usahanya untuk membentuk asas pembinaan negara yang lebih kukuh. Di samping itu, Mageran
turut berperanan dalam merancang serta membuat rombakan semula ke atas perlembangaan bagi tujuan
mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang.

Pada masa yang sama, Tun Dr. Ismail telah kembali ke dalam kerajaan dan telah dilantik sebagai
Menteri dalam negeri. Kehadiran beliau memberi satu kelegaan kepada orang Melayu yang beranggapan
Dr. Ismail merupakan seorang ahli politik yang cekal, tegas dan tidak tunduk kepada sesiapa. Dalam
memperkatakan isu 13 Mei, Tun Dr. Ismail, menyatakan bahawa amalan demokrasi di negara ini telah
mati akibat daripada tragedi 13 Mei dan mengulas bahawa:

Ia bukan tujuan kami untuk menyalahkan mana-mana pihak atas tragedi 13 Mei tetapi orang Melayu
benar-benar terganggu dan terkejut dengan keputusan pilihan raya dan tidak bersedia
untuk membenarkan parti pembangkang bukan Melayu membentuk kerajaan negeri di Perak mahupun
Selangor.

Kenyataan itu jelas menunjukan kebimbangan orang Melayu dengan perkembangan politik negara
selepas keputusan pilihan raya 1969 yang dilihat lebih memihak kepada orang bukan Melayu yang
semakin lantang dalam persoalkan keistimewaan orang Melayu dan menuntut persamaan hak sebagai
warganegara.

Walaupun Mageran telah mengambil alih pentadbiran negara, tetapi Tunku Abdul Rahman masih kekal
sebagai Perdana Menteri dan terus mengetuai kabinetnya yang telah kehilangan kuasa pentadbirannya.
Selain itu, Tunku juga mengetuai Majlis Muhibah Negara yang dilihat sebagai kabinet sementara Majlis
Mageran. Majlis Muhibah Negara bertujuan unutk memupuk persefahaman antara kaum dan banyak
menumpukan kepada kerja-kerja sosial bagi menjamin semula persefahaman yang terjejas akibat
daripada persengketaan kaum.

Dalam usaha pemulihan, para pemimpin tertinggi negara berpendapat bahawa rundingan dan parti
Perikatan sahaja tidak memadai untuk memastikan keharmonian kaum. Lantaran itu, Majlis Perunding
Negara ( MPN ) telah ditubuhkan pada Januari 1970 dan ia melibatkan perwakilan daripada semua parti
politik dan terdiri daripada 65 anggota yang merangkumi anggota-anggota kerajaan, persatuan-persatuan
agama dan professional, kesatuan sekerja dan golongan minoriti. MPN telah mengadakan perjumpaan
yang pertama pada Januari 1970 bagi membincangkan polisi dan strategi bagi menangani masalah
perkauman
10 Mei:
Parti Perikatan yang memerintah mengalami kekalahan teruk dalam
pilihanraya umum tetapi masih memperolehi majoriti mudah di Dewan
Rakyat. Perikatan kalah di Pulau Pinang kepada Gerakan; Kelantan kepada
PAS dan menang tipis di Perak dan Selangor.

11 dan 12 Mei:
Pada kedua-dua malam tersebut, pembangkang merayakan kemenangan
mereka. Satu perarakan besar parti Gerakan diadakan untuk mengalu-
alukan kepulangan pemimpin parti itu, V David yang menang kerusi
Parlimen di Pulau Pinang.

13 Mei:
MCA yang kalah teruk dalam pilihanraya umum itu, mengumumkan ia akan
menarik diri daripada menganggotai kabinet tetapi masih kekal dalam
Perikatan.

Satu laporan wartawan asing menunjukkan ada bukti bahawa ada rancangan
bagi pemuda yang digerakkan oleh elemen-elemen dalam Umno untuk
mengadakan perhimpunan di kediaman Menteri Besar Selangor ketika itu,
Datuk Harun Idris pada lewat petangnya. Satu perbarisan balas telah
dirancang diadakan walaupun tidak mendapat kebenaran pihak polis.
Apabila orang ramai masih berhimpun di perbarisan tersebut, pergaduhan
berlaku dekat Kampung Baru, di mana dua buah lori orang Cina telah
dibakar. Tragedi di Kampung Baru itu merebak dengan cepat ke serata
tempat di Kuala Lumpur.
Wartawan asing itu berpendapat perintah berkurung yang dikenakan tidak
adil kepada semua orang.
"Di jalan-jalan dekat Jalan Hale, saya dapat melihat pemuda Melayu yang
bersenjatakan parang dan buluh runcing berhimpun di kawasan yang dapat
dilihat dengan jelas oleh pasukan keselamatan yang berkawal di
persimpangan jalan. Manakala di Batu Road, sejumlah wartawan asing
melihat anggota Regimen Askar Melayu menembak ke dalam rumah-rumah
kedai orang Cina tanpa sebarang sebab.
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman terus mengatakan bahawa
keganasan itu berpunca daripada tindak tanduk penyokong pembangkang
selepas keputusan pilihanraya diumumkan, manakala timbalannya, Tun
Abdul Razak menyalahkan pihak komunis.

14 Mei:

Rusuhan berterusan tetapi secara kecilan. Perintah berkurung hanya ditarik


balik di pelbagai kawasan secara berperingkat mengikut waktu-waktu
tertentu bagi membolehkan penduduk keluar membeli makanan. Pihak polis
telah mengerahkan semua anggotanya bertugas dan menyerahkan tugas
mengawal bahagian utara bandaraya kepada pihak tentera.
Polis berkata 44 orang terbunuh dan 150 lagi cedera pada malam
sebelumnya. Satu lagi laporan menunjukkan kebanyakan mangsanya adalah
orang Cina dan ia menyatakan sekurang-kurangnya 66 daripada 77 mayat di
hospital besar pada 14 Mei adalah orang Cina.
Percubaan kerajaan untuk menyalahkan komunis yang mencetuskan
rusuhan tersebut bagaimanapun tidak diambil serius oleh para pegawai di
Pesuruhjaya Tinggi British (BHC), yang berpendapat Tunku tidak bersedia
menyalahkan orangnya sendiri yang mencetuskan rusuhan tersebut, dan
tidak pula menyalahkannya kepada orang CIna "secara keseluruhannya".
15 Mei:
Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat. Majlis Gerakan Negara
yang diketuai oleh Tun Razak ditubuhkan.
Perintah berkurung itu ditarik balik buat sementara di Kuala Lumpur pagi itu
tetapi keadaan kembali buruk dan berlaku banyak pergaduhan di sana sini.
Perintah berkurung dikuatkuasakan semula tetapi bekalan makanan makin
berkurangan.

Penerbitan akhbar-akhbar tempatan telah digantung sehingga peraturan


penapisan digubal tetapi tiada usaha diambil untuk menyelia laporan-laporan
yang dihantar keluar oleh wartawan asing.

16 Mei:
Keadaan masih tegang di Selangor di mana kereta dan rumah dibakar dan
angka korban meningkat. Tunku membuat pengumuman mengenai
penubuhan Pasukan Pertahanan Negara yang akan dianggotai oleh
sukarelawan. Menteri Penerangan yang baru, Datuk Hamzah Abu Samah dan
Tun Razak mengadakan siding akhbar di mana mereka mengatakan punca
rusuhan itu adalah peresapan komunis ke dalam parti-parti politik.
Terdapat laporan mengenai perbuatan mencuri oleh anggota tentera Melayu
dan sikap mereka yang berat sebelah terhadap masyarakat Cina Malaysia.
Jumlah pelarian juga meningkat.

17 Mei:
Memorandum sulit BHC kepada Pejabat Asing dan Komanwel (FCO),
mengakui mengenai coup d'etat atau rampasan kuasa dan kuasa telah
berpindah bukan sahaja 'ke tangan orang Melayu' tetapi juga pasukan
keselamatan. Ekoran itu profesionalisme pasukan keselamatan
dipersoalkan.
BHC juga mencatatkan bahawa di kalangan pasukan keselamatan, Unit
Simpanan Persekutuan yang pada masa ini mempunyai anggota pelbagai
kaum lebih adil dan tidak bersikap berat sebelah. Manakala anggota Melayu
pula bersikap diskriminasi ketika menguatkuasakan perintah berkurung.

18 Mei:
Tunku memperjelaskan kenyataan awalnya bahawa kekacauan itu
dicetuskan oleh komunis, dengan meletakkan kesalahan itu kepada "anasir-
anasir jahat". Beliau juga mengumumkan penangguhan pilihanraya Sarawak
dan sekatan terhadap pergerakan wartawan asing diteruskan.
Keadaan masih belum pulih di beberapa kawasan di ibu Negara.

19 Mei:
Tidak sampai seminggu selepas berlaku rusuhan tersebut, kuasa
pemerintahan telah diserahkan kepada Tun Razak - menunjukkan adanya
komplot melakukan rampasan kuasa.
"Hubungan sebenar antara Tun Razak dengan Tunku adalah tidak jelas. Di
khalayak awam, Tun Razak berkata beliau bertanggungjawab terus kepada
Tunku tetapi di belakangnnya, beliau menyatakan sebaliknya. Ini mungkin
bermakna, telah bermula proses pelepasan jawatan Tunku sebagai Perdana
Menteri".

20 Mei:
Dalam satu mesyuarat, Pesuruhjaya Tinggi Australia telah mencadangkan
supaya pemimpin pembangkang diberi peranan sebagai pengaman, tetapi
ditolak oleh Tun Razak dan Tan Sri Ghazali Shafie. "Mereka menganggap
pemimpin pembangkang akan menggunakan peluang itu untuk kepentingan
politik mereka sendiri."
21 Mei:
Statistik rasmi mangsa korban ketika itu adalah seramai 137 orang (18
Melayu), 342 cedera, 109 kenderaan dibakar, 118 makanan musnah dan
2,912 orang ditahan, sebahagian besarnya kerana melanggar perintah
berkurung.

23 Mei:
Dokumen yang dideklasifikasikan itu mendedahkan anggota tentera Melayu
bukan sahaja baik dengan samseng Melayu tetapi juga melepaskan
tembakan sembarangan ke arah rumah kedai orang Cina ketika mereka
meronda di kawasan bandaraya.

24 Mei:
Keamanan dipulihkan di Kuala Lumpur dan suasana di bandaraya juga
semakin baik. Orang ramai kembali bekerja (di luar waktu perintah
berkurung). Perintah berkurung itu masih dikuatkuasakan (dari jam 3
petang hingga 6.30 pagi hari berikutnya). Kerajaan tidak bersedia untuk
mengakui bahawa pemuda Melayu yang bersenjatalah yang mencetuskan
kekacauan tersebut.

27 Mei:
Tunku amat marah dengan spekulasi wartawan asing mengenai
kedudukannya yang dikatakan semakin lemah dan seterusnya mengarahkan
setiausaha sulitnya supaya menghantar nota bantahan kepada BHC.

28 Mei:
Satu laporan sulit BHC kepada FCO pada hari ini menyifatkan percubaan
kerajaan untuk menyalahkan komunis sebagai pencetus rusuhan tersebut
sebagai satu usaha untuk menjustifikasikan kuasa authoritarian yang baru.

Jun:
Keadaan kembali terkawal tetapi masih berlaku kekacauan di sana sini.
Beberapa kekacauan yang berlaku pada penghujung bulan Jun juga
membabitkan kaum India.

Julai:
Ketegangan semakin pulih tetapi menjadi panas semula ekoran pemecatan
Dr Mahathir Mohamad daripada Jawatankuasa Pusat Umno pada 12 Julai dan
Tunku memperolehi semula kuasa. Mahasiswa Melayu menghantar petisyen
menuntut Tunku meletakkan jawatan dan mengadakan demonstrasi di
kampus.Berita asal

http://www.malaysiakini.com/news/67135

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran
polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor.

Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar KL. Perarakan hingga ke Jln Campbell dan Jln Hale
dan menuju ke Kg Baru. Sedangkan di Kg Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO,
berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika
itu, Dato Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai
lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang
mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (menyingkir) orang Melayu ke laut. Dalam
masyarakat Melayu, penyapu mempunyai maksud yang negatif. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke
arah org Melayu di tepi jalan.

Perarakan kematian Cina


Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jln dgn kebenaran polis. Namun
perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahlinya
melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kwsn Bukit Bintang, KL. Tapi permohonan maaf
sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal
ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari ke2 pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Sgor di Jln Raja Muda Abdul Aziz di Kg Baru, KL. Dato Harun
Idris selaku Menteri Besar Sgor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa2nya, mrk yang berkumpul telah
membawa senjata pedang dan parang pjg dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dr Dato Harun Idris untuk
mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita2 tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap2. Jam 3 petang datang berita
kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua km dari rumah Menteri Besar Sgor.
4.00 petang 2 penunggang motosikal Cina yang melalui Jln Kg Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok
dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda2 Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi2 gelap telah bertindak balas.
Mereka membunuh orang2 Melayu di sekitar KL. Rupa2nya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan
pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis
berkawal di sekitar KL. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar KL.

Rejimen Renjer

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku. Pasukan FRU dikeluarkan dari Kg. Baru dan askar dari Rejimen
Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain
turut menembak orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap.

Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.


Pemuda2 Melayu yang mempertahankan Kg Baru dan yang lain2 mengamuk merasakan diri mereka terkepung
antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar
Selangor.

Askar Melayu
Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di
sekitar Kg Baru, Jln Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu.
Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai2 emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada
yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen,
beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada
bukti yang sahih mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda2 Cina dari kongsi2 gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jln Tuanku Abdul Rahman, KL.
Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari
panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah 2 orang Askar Melayu yang
tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di KL yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala
dan berpura2 mati. Beliau masih hidup hingga skrg. Akibat daripada tindakan sebegini, orang2 Melayu mulai
bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan2nya dari Semenyih yang datang ke KL turut terperangkap dan terkejut dgn
rusuhan kaum yang tidak disangka2 pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah2 mayat mereka yang telah terbunuh di
atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kg Baru tetapi tersekat. Begitu juga
dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang
dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kg Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang mahal
. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang2. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah
menyelamatkan orang Melayu di Kg Baru ketika itu. Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang
terbang yang terbang dan memenggal kepada orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis
tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa2. Cuma ada sedikit di
Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan politik dan bukanya perkauman.
Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan
pergaduhan tidak berlaku di negeri melayu Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya
hari ini tiada lagi orang cina di negeri tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.
Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanyaraya dan
hanya melibatkan orang melayu dan cina di KL sahaja.

Angka korban

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai
telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar
seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Di mana Tunku

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
Pada pukul 6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik KL memaklumkan kejadian pembunuhan kepada
Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan
Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah
pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh org Melayu dan Malaysia secara
keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku Dilema Melayu (Malay
Dilemma) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah
penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah
diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah
perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di
tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah.
Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan KL dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam DUN
Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi,
pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendpt tafsiran semula.

Anda mungkin juga menyukai