Anda di halaman 1dari 3

3.

3 Perbezaan politik berasaskan kaum

Perbezaan politik di antara kaum juga mampu mencetuskan perasaan tidak puas hati
dan merenggangkan hubungan sesama kaum jika penyuaraan kepentingan kaum tertentu
dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti Bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dipergunakan untuk kepentingan
diri sendiri, tindakan ini akan membawa kepada perpecahan kaum, bukannya membentuk
masyarakat majmuk yang bersatu-padu. Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang
bijak dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing perhatian rakyat tetapi
sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Ia dirumitkan lagi dengan usaha
sesetengah parti yang mengusulkan ideologi Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak
yang sama rata dalam kalangan rakyat di negara ini. Sekilas pandang ianya seperti satu
masalah kecil, tetapi sebenarnya isu ini bertentangan dengan kontrak sosial yang dibuat
sebelum kemerdekaan negara.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu
cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini. Contohnya Barisan Nasional
majoriti diikuti oleh bangsa Melayu/ Bumiputera manakala MCA diwakili oleh bangsa Cina
dan MIC oleh bangsa India. Perbezaan yang sangat nyata ini sangat memberi kesan kerana
perbezaan ini akan memburuk dan menambahkan kekeruhan suasana kerana perbezaan
ideologi. Menurut MalaysiaKini terbitan 13 Mei 2019, pada tahun 1969 Malaysia bergelut
dengan ancaman komunis di samping perhubungan antara kaum yang lemah. Penjajahan
Jepun dan pemerintahan British memupuk ketidakpercayaan antara kaum, dan beberapa
pertempuran kecil antara kaum berlaku. Menjelang hari mengundi pada 10 Mei, dua petugas
parti politik dibunuh di Pulau Pinang dan ibu kota Kuala Lumpur. Salah seorangnya jentera
Umno, manakala seorang lagi dari Parti Buruh yang dikaitkan dengan komunis. Sehari
sebelum hari mengundi, ribuan orang berarak di KL untuk mengingati pekerja Parti Buruh
tersebut. Keadaan di ibu kota tegang.

Blog Esei Spm & Stpm menceritakan serba sedikit situasi yang berlaku ketika itu.
Pada kempen Pilihan Raya 1969 calon pilihan raya dan ahli politik dari parti pembangkang
telah membangkitkan persoalan tentang bangsa Malaysia mengenai Bahasa kebangsaan
(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang melayu (bumiputra) dan hak kerakyatan orang
bukan melayu. Ini memberi peluang kepada ahli politik yang ingin mendapat kelebihan
dalam pilihan raya. Pada pilihanraya umum 1969, Parti Kesatuan (UMNO-MCA-MIC) gagal
memperoleh majoriti 2/3 di Parlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan
persekutuan. Ini disifatkan oleh parti pembangkan sebagai kemenangan besar buat mereka
kerana mereka berjaya memenangi kawasan negeri Selangor di mana terletaknya Kuala
Lumpur dan ini menyebabkan Dewan Undangan Negeri tergantung. Jumlah kerusi yang
dimenanginya di Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada 1964
kepada 66 kerusi pada 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan
Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan
Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pada 11 Mei 1969, pembangkang yang mencapai keputusan gemilang dalam pilihan
raya meraikan kemenangan mereka. Perarakan tersebut tidak bermotif untuk menimbulkan
isu perkauman. Bagaimanapun, semasa perarakan Kuala Lumpur, segelintir penunjuk
perasaan mengeluarkan slogan sensitif mengenai isu perkauman. Perarakan turut dijalankan
pada 12 Mei 1969 pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari
Democratic Action Party(DAP) dan gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi
perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun
perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung
Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu,
kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur,
sementara yang lain meneriak slogan mengenai karamnya kapal Perikatan. Orang Melayu
memandang peristiwa ini sebagai kaduk naik junjung. Akhirnya, berlaku kemarahan yang
meluap-luap dalam kalangan orang Melayu sehingga menumpahkan darah. Maka berlakulah
kejadian yang dinamakan Tragedi 13 Mei 1969. Kepanasan isu ini cepat menular sehingga
ke seluruh negara dalam masa yang begitu singkat sahaja.

Berdasarkan peristiwa hitam negara di atas, dapat kita saksikan bahawa perbezaan
politik ini mampu mencetuskan pelbagai jenis salah faham dan mengakibatkan api kecil
yang dipendam menjadi marak. Semuanya bermula dengan propaganda-propaganda yang
telah dibisikkan oleh penjajah terdahulu bagi mengelakkan rakyat Malaysia bersatu serta
memperlambatkan kemerdakaan negara kerana mempunyai perasaan saling tidak percaya
sesama mereka. Situasi tersebut kian parah apabila pihak komunis serta ahli kongsi gelap
menjadi batu api dengan menyebarkan berita-berita yang tidak sahih serta membekalkan
senjata kepada kaum cina bagi melepaskan amarah mereka terhadap berita yang tidak
benar sama sekali tersebut. Semakin parah apabila terdapat segelintir orang melayu yang
menyebarkan berita tersebut ke kawasan lain serta menokok tambah berita tersebut
menyebabkan orang melayu yang menerima berita tersebut tidak dapat menerima
kenyataan dan seterusnya menyerang kaum cina yang tidak bersalah di kawasan mereka.
Ini membuktikan bahawa penyebaran berita palsu tidak sama sekali membawa sebarang
manfaat malah hanya memberikan keburukan kepada orang lain. Pada era tersebut dapat
kita perlihatkan bahawa tanpa alatan moden sekalipun, berita palsu mudah dan cepat
disebarkan dari mulut ke mulut inikan pula pada zaman di mana semua perkara berada di
hujung jari. Ini memudahkan mereka yang mempunyai niat jahat untuk melaksanakan apa
yang mereka inginkan seperti memburukkan nama mereka yang mereka inginkan.

Masalah ini semakin parah kerana penguatkuasaan undang-undang yang lemah


serta pihak bertanggungjawab yang lambat membuat sebarang tindakan terhadap individu
yang menyebarkan maklumat tanpa usul periksa. Tiada sebarang denda dikenakan
menyebabkan mereka semakin lantang bersuara tanpa memikirkan kesan buruk yang akan
dihadapi oleh individu atau kumpulan yang dikecam tersebut. Terdapat juga individu
menggunakan peluang ini untuk meraih sumber pendapatan dengan menyebarkan berita
tidak sahih. Kita berada pada era di mana pembaca tertarik untuk membaca berita yang
hangat diperkatakan menyebabkan semakin banyak individu mereka cerita bagi menarik
minat orang ramai membaca seterusnya meraih sumber pendapatan hasil daripada bacaan
orang ramai. Perkara tersebut juga memudahkan penulis meraih populariti kerana
kebiasaanya mereka akan mendapatkan penggemar yang menggemari cara penceritaan
mereka hasil daripada kongsian yang dilakukan pembaca yang menyukai penulisan penulis
tersebut kepada orang terdekat mereka.
Kesimpulannya, perpaduan negara ini juga telah diuji dengan pelbagai isu berkaitan
agama dan hak sivil, serta isu sensitif lain yang boleh menjejaskan perpaduan etnik negara.
Ia dibawa dan disiarkan oleh beberapa NGO yang cuba mendapatkan nama bagi meraih
sokongan berterusan sebelum tarikh pilihan raya akan datang. Sekiranya ia tidak
diselesaikan atau dibongkar lebih awal dan dibiarkan berkembang, ia boleh menjejaskan
perpaduan etnik yang sedia ada. Perbezaan politik berasaskan kaum ini menjadi antara
cabaran besar buat kerajaan dalam mengekalkan kesepaduan nasional. Semua pihak tidak
sepatutnya melepas tangan dan seharusnya berganding bahu dalam menyelesaikan masalah
perpaduan ini. Sekiranya tiada pihak yang mengambil langkah berjaga-jaga akan masalah
ini, akan berlaku masalah besar yang sukar dijangka dan tidak diingini berlaku.

Anda mungkin juga menyukai