Anda di halaman 1dari 3

1.

Berdasarkan petikan di atas, anda, anda diminta membuat sinopsis tercetusnya


peristiwa 13 Mei 1969. Sinopsis mestilah tidak kurang daripada 350 patah perkataan
dan tidak melebihi 450 patah perkataan.

- Kejadian Peristiwa Gelap 13 Mei 1969 tercetusnya dari pelbagai insiden yang
berjalan secara berperingkat. Faktor utama punca kejadian ini boleh dikait rapat
dengan Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969, apabila Dr. Tan Chee Khoon dari Parti
Gerakan meraih kemenangan yang besar di Batu, Selangor. Hal ini telah menjadi
sebuah kebanggaan buat Parti Gerakan dan kemudian satu perarakan telah
dijalankan pada 11 Mei 1969 dan 12 Mei 1969 yang bermula dari Jalan Campbell
dan Jalan Hale. Namun begitu, pada 12 Mei 1969, sebuah perarakan telah
melencong dari laluan yang detetapkan dan dibenarkan permit polis, dan
memasuki kawasan penduduk Kampung Baru yang majoritinya didiami kaum
Melayu. Perarakan tersebut kemudian jauh terpesong dari tujuan asalnya dan lalu
isu perkauman menjadi lebih tegang apabila sesetengah penunjuk perasaan
mengikat penyapu di kereta yang dispekulasi adalah simbol untuk menyapu orang
Melayu keluar dari Kuala Lumpur dan sebagai lambang mereka menyapu bersih
kerusi dewan rakyat sambil menjerit slogan tentang tenggelamnya kapal
Perikatan. Perkara ini terus berlarutan sehingga 13 Mei 1969.

Dato’ Harun Idris, Menteri Besar Selangor pada ketika itu, telah merancang untuk
melaksanakan perarakan balas kepada Parti Gerakan pada 7.30 malam, 13 Mei
1969, namun kebanyakan orang melayu sudah mula berkumpul di hadapan rumah
Dato’ Haru Idris pada awal pagi lagi. Namun begitu pada 6 petang 13 Mei 1969,
di Setapak, sekumpulan orang Cina telah menghalang beberapa orang Melayu
untuk menyertai perarakan tersebut dengan membaling botol kaca dan batu
kepada mereka. Apabila perkara ini disampaikan kepada orang Melayu yang
sedang berkumpul di Kampung Baru, mereka kemudian dengan tergesa-gesa
berarak terus ke Setapak walaupun dihalang oleh Dato’ Harun Idris dengan keras.
Dan bermula dari peristiwa gelap ini yang bakal menggempar akhbar seluruh
dunia dan tertulis dalam buku sejarah negara. Orang Melayu mula bergerak dari
Kampung Baru dan mula menyerang orang Cina dengan bersenjatakan parang dan
keris. Mereka membunuh orang Cina yang terserempak tanpa belas kasihan dan
membakar rumah-rumah kedai dan kereta di sekitar Kuala Lumpur. Pada masa
yang sama, pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung panggung Odeon.
Iklan berbahasa Cina telah dipamerkan menyuruh orang Cina keluar segera.
Kemudian pemuda-pemuda Cina tersebut mula menyerang dan membunuh
penonton dan membakar pawagam tersebut. Rusuhan ini mula menyebar di sekitar
Kuala Lumpur di dalam masa 45 minit sahaja sehingga askar Melayu terpaksa
dikerahkan. Kemudian perintah berkurung 24 jam telah diumumkan pada pukul
7.30 malam itu. Perintah tembak telah dikeluarkan dan askar Melayu meronda
kawasan rusuhan sehingga 10 malam. Sesiapa yang gagal mematuhi peritah
tersebut akan ditembak tanpa disoal. Kemudian negara telah diisytiharkan darurat
pada 16 Mei 1969. Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen digantung. Negara
diperintah secara langsung oleh Yang DiPertuan Agong. Tunku Abdul Rahman
telah membentuk Majis Gerakan Negara yang diketuai Tun Abdul Razak.

2. Melalui filem ini sila senaraikan 5 nilai dan pengajaran yang dapat diambil daripada
video tersebut.

- Nilai Pemurah Hati. Contohnya, Nor membeli Encik Al, Tun Dr. Ismail, baju
baharu sebagai hadiah untuk dipakai pada malam itu.
- Nilai Kekeluargaan. Sebagai contoh, Zaman sanggup keluar mencari adiknya
Zarah yang sudah lama tidak pulang ke rumah walaupun keadaan di Kampung
Baru semakin tegang.
- Nilai Tolong-Menolong. Contohnya, Maimun, Ibu kepada Zarah, ingin
membantu rakan-rakan Zarah, Kara, Johan dan Allen untuk tiggal sementara di
rumahnya sementara keadaan di Kampung Baru kembali seperti biasa.
- Nilai Kerjasama. Contohnya, Parti Gerakan dan Parti Perikatan bekerjasama untuk
menubuhkan kerajaan Selangor.
- Nilai Toleransi, Sebagai contoh, Datuk Harun Idris mempunayi sifat toleransi
yang tinggi kerana ingin mengelakkan rusuhan dengan bersunguh-sungguh hasil
daripada pergaduhan antara kaum cina dan melayu di setapak.

3. 1. Siapakah Menteri Besar Selangor pada ketika itu?


- Dato’ Harun Idris.

2. Apakah gelaran yang diberikan kepada Tun Abdul Razak?

- Bapa Pembangunan.

3. Apakah penyakit yang dihidapi Tun Abdul Razak?

- Penyakit Leukemia.

4. Apakah nama peristiwa disebalik filem ini?

- Peristiwa Gelap 13 Mei 1969

5. Bilakah Pilihanraya berlangsung semasa peristiwa itu?

- 10 Mei 1969

6. Siapakah Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang Ke-2?

- Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman

7. Dimanakah jenazah Tun Dr. Ismail dikebumikan?

- Makam Pahlawan, Masjid Negara

8. Mengapakah Mahathir dipecat dari UMNO

- Beliau mengkritik cara pentadbiran Tunku Abdul Rahman pada ketika itu.

9. Semasa berlaku krisis, satu badan telah diwujudkan oleh Tun Abdul Rahman untuk
mentadbir sementara negara. Berikan nama badan tersebut.

- Majlis Gerakan Negara.

10. Siapakah pemimpin badan tersebut?

- Tun Abdul Razak Hussein.

Anda mungkin juga menyukai