Anda di halaman 1dari 6

PEMBICARA SKRIP

Pengerusi Bismillahirahmannirrahim
Yang dihormati En Zulkifli Bin Senin selaku pensyarah subjek Hubungan Etnik,
Ahli-ahli panel yang pastinya akan sentiasa gigih melolontarkan idea,
Serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahitaalahiwabarakatuh,
Salam sejahtera, salam forum Satu Malaysia,

Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan


limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam forum pada
hari ini. Baiklah sidang hadirin, sebelum kita menelusuri lebih mendalam topik
perbincangan molek kiranya kita berkenalan dengan ketiga-tiga ahli panel kita
pada hari ini.

Izinkan saya memperkenalkan ahli panel pada hari ini


 Ahmad Hasbi Bin Abdul Wahid
 Suhaibah Bt Abd Wahid
 Nur Izzuren Bt Amiruddin

Pengerusi Sidang hadirin, izinkan saya menceritakan sedikit tentang kisah Peristiwa 13 Mei
1969.

Tragedi 13 Mei 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak
masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan
nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat “Pilihan Raya Umum 1969”.
Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara.

Pada 10 Mei 1969, Parti Perikatan disahkan memenangi PRU 1969 dan
membentuk kerajaan namun kemenangan disifatkan sebagai kemenangan tipis
kerana banyak kerusi di kawasan banda-bandar utama, terutamanya Kuala
Lumpur telah berjaya dimenangi oleh Democratic Action Party (DAP) dan Gerakan
yang ahlinya terdiri dari kaum Cina yang menetap di sekitar Kuala Lumpur dan
bandar-bandar utama seluruh negara yang lain.

11 Mei 1969, satu sambutan kemenangan oleh DAP dan Gerakan diadakan bagi
menzahirkan kegembiraan mereka menawan kerusi-kerusi DUN Kuala Lumpur
yang asalnya dimiliki BN. Di situ kumpulan Cina berkenaan mencaci maki dan
menghina polis, malah ada yang kelihatan membuka seluar dengan tujuan
menghina anggota polis dan kerajaan pada masa itu. Mereka membuat perarakan
kemenangan yg tidak mendapat kebenaran polis. mereka melaungkan “Mati
Melayu- Sakai pergi masuk hutan”. Manakala 40 ahli GERAKAN berarak di Jalan
Changkat Dollah berhampiran Penjara Pudu dengan kereta dan skuter sambil
berteriak “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”.
12 Mei 1969 “Perarakan Kemenangan GERAKAN”
GERAKAN telah diberi kebenaran untuk berarak dari jalan Ipoh ke Jalan TAR,
jalan Gombak, Jalan Raja Laut dan kembali ke Jalan Ipoh. Mereka yang diketuai
Dr Tan Chee Khoon melolong kepada tiap-tiap orang Melayu dengan kata-kata
menghina seperti “Melayu balik kampong” dan “melayu sekarang tak ada kuasa
lagi”. Perarakan mengandungi 500 skuter. Apabila sampai di Kampung Baru kata-
kata seperti “Melayu keluar-apa lagi duduk sini” dan “kita hentam lu, sekarang kita
besar” telah dihemburkan. 4.00 petang Balai Polis Pudu dihujani teriakan “Kasi
halau semua polis”. 7.30 mlm, 5 pemuda cina sambil berteriak ‘semua melayu kasi
habis” cuba memukul seorang anggota polis sebelum lari apabila polis
mengeluarkan pistolnya. 8.30 mlm di Balai Polis Bukit Bintang perarakan bersama
DAP-GERAKAN telah memekik “Apa ini melayu kita negeri dia sudah perintah. Ini
negeri bukan melayu punya” dan “Mata-mata(polis) lanchau”. 9.30 malam
perarakan oleh GERAKAN di hadapan Kolej MARA Petaling Jaya memukul tin
besi dan memekik ‘MARA butoh, MARA tundun, kapal layar (symbol PERIKATAN)
bocor” “MARA 5 tahun lagi akan jahanam, sekarang kita perintah apa boleh buat,
Melayu boleh balik kampong.” Saksi terlihat V David berdiri dalam kereta terbuka
dengan sekalung bunga di lehernya.

13 Mei 1969 “Tragedi”


Subuh, 60 penyokong GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela penduduk
Kampung Baru supaya “keluar dari kampong dan balik ke hutan”. 7.30 mlm
perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan setelah
mendapat kebenaran polis. Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej MARA.
Semua orang melayu berkumpul di rumah MB Selangor di Kampung Baru.
Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku rusuhan di Setapak dimana orang melayu dari
Gombak telah diserang ketika perjalanan ke Kampung Baru. Rusuhan ini dan
kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi, Kampung Pandan dan Kampung
Datuk Keramat. 6.30 petang lebih kurang 500 orang berhimpun di rumah Dato
Harun Idris. Sesetengahnya bertombak dan berkeris. Dato Harun berdiri diatas
bas merayu supaya bertenang tetapi mereka menjerit “tidak boleh tahan lagi tok.”
Hampir 300 org melayu keluar menuju ke Jalan TAR manakala yang lain sempat
ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang
melayu dan bukan melayu berlaku. Perusuh Cina telah mengepung dan
menyerang orang melayu di Panggung Rex, Federal dan Capitol. Pasukan
Regimen Renjer yang kemudiannya digantikan polis dan tentera mengawal
keadaan dan mengisytiharkan perintah berkurung. Keluarga-keluarga yang
ketakutan mendapatkan perlindungan di kawasan yang dipatrol oleh pihak tentera.
Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa 13 Mei 1969 diberi
gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Ops Tenteram.
Banyak kenderaan ditepi jalan diterbalikkan dan dibakar tanpa mengetahui
apakah nasib pemandu dan penunggangnya. Mayat-mayat bergelimpang serta
banyak kedai dan rumah dibakar. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439
cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai
menganggar ramai lagi dibunuh.
14 Mei 1969 “Darurat”
Yang Dipertuan Agong Malaysia telah mengisytiharkan darurat. Perlembagaan
dan parlimen digantung. Pilihanraya Malaysia Timur ditangguhkan.

Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai


20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. <1>
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang
menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak
sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 apakah pengajaran yang dapat kita jadikan
ikhtibar dalam mengekalkan kesepaduan sosial? – AHLI PANEL 1 (AWEEN)
PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA PERISIWA 13MEI 1969.
Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa
a)Pangajaran utama yang diperolehi daripada Peristiwa 13 Mei 1969ialah rusuhan
kaum tidak menguntungkan sesiapa. b)Malahan, rusuhan kaum merugikan semua
pihak dengankehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

2.Kepentingan perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain


a)Peristiwa 13 Mei 1969 juga memberi pengajaran bahawa setiap rakyat
harusmenghormati satu sama lain. b)Kita harus bersikap toleransi dan mengetahui
serta menghormati adat resamkumpulan-kumpulan etnik lain.

3.Keperluan menghapuskan kemiskinan


a)Peristiwa 13 Mei 1969 juga menunjukkan bahawa perpaduan nasional tidak
akantercapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. b)Justeru
itu, Kerajaan talah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970bagi
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semulamasyarakat
Malaysia bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsiekonomi.

4.Kepentingan mengeratkan perpaduan kaum


a)Peristiwa 13 Mei 1969 juga menunjukkan bahawa langkah-langkah konkrit
harusdiambil untuk mengeratkan perpaduan kaum. b)Selaras dengan kesedaran
ini, Kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara,Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan sarta menubuhkanJabatan
Perpaduan Negara.
pengerusi Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar tentang pengajaran tersebut.
Kesepaduan sosial merupakan teras pembentukan sebuah negara Malaysiayang
teguh, bersatu padu dan progresifSebagai seorang guru, bagaimanakah anda
dapat menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan murid.

AHLI PANEL KE- 2


SUE Peranan guru, menerapkan kesepaduan sosial dalam kalangan murid.
 Menerapkan semangat patriotic.
 Semangat bersatu padu
 Aktiviti sukan
 Sambutan perayaan berbilang kaum
 Tayangan filem sejarah tentang kemerdekaan, perpaduan.
 Menerapkan nilai murni dalam pdpc.

pengerusi Kita teruskan lagi dengan panel kita yang ketiga saudara hasbi. Pada pendapat
anda apakah faktor yang menyumbang kepada peristiwa 13 Mei 1969?

HASBI SEBAB-SEBAB PELETUSAN PERISTIWA 13 MEI 1969


1.Jurang perbezaan ekonomi antara kaum
a)Kebanyakan orang Melayu merupakan petani, nelayan atau penoreh
getah.Sebilangan besar orang Cina terlibat dalam sektor perniagaan dan
perlombonganmanakala kebanyakan orang India merupakan buruh di estet-estet.
b)Akibat daripada kegiatan ekonomi yang berlainan ini, wujud jurang pendapatan
yang tidak seimbang di antara kaum majoriti golongan miskin terdiri daripada
kaum Melayu. c)Ini telah menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di
kalangankumpulan etnik tertentu.
2.Perbezaan agama dan kebudayaan
a)Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan.
b)Setiap kumpulan etnik adalah jahil mengenai kebudayaan dan adat
resamkumpulan-kumpulan etnik yang lain. c)Perbezaan agama dan kebudayaan
ini bukan saja menguatkan lagi sikap prasangkatetapi juga menghalang pergaulan
antara kaum yang luas.
3.Dasar Pecah dan Perintah British
a)Dasar Pecah dan Perintah British telah memburukkan lagi masalah perpaduan.
b)Jarak sosial dan segregasi antara kumpulan etnik seolah-olah sengaja
diwujudkandan dikekalkan oleh British demi kepentingan sendiri. c)Kaum-kaum
Melayu, Cina dan India dibiarkan tinggal secara berasingan denganmenjalankan
kegiatan ekonomi yang berlainan. d)Ketiga-tiga kaum ini mempunyai sistem
pendidikan tersendiri dan tidak terdapatkurikulum yang sama. e)Perpaduan kaum
tidak dititikberatkan.

f)Dasar Pecah dan Perintah British telah memburukkan lagi sikap prasangka
sertamemperkukuhkan keperibadian etnik.
4.Kempen Pilihanraya 1969
a)Semasa kempen pilihanraya 1969, ahli-ahli politik telah membangkitkan soal-
soal sensitif berkaitan dengan bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa
orangMelayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. b)Tindakan sedemikian
telah meningkatkan perasaan perkauman dan syakwasangka yang akhirnya
mengakibatkan Peristiwa 13 Mei 1969.
5.Perarakan kemenangan parti-parti politik
a)Perarakan kemenangan parti-parti politik merupakan sebab serta-
mertaPeristiwa 13 Mei 1969. b)Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP
telah menghina orang Melayusemasa berarak di jalan- jalan raya Kuala Lumpur.
c)Parti UMNO pula mengadakan perarakan balas pada 13 Mei 1969.
akibatperasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak,
rusuhankaum meletus pada hari tersebut

Pengerusi Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar tentang

Kita teruskan lagi forum kita. Masih di tajuk yang sama iaitu konflik merosakkan
kesepaduan sosial. Mari kita terbang ke negara Myanmar. Etnik Rohingya
merupakan satu kumpulan etnik yang menganuti agama Islam dan menetap di
Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma dan mengikut sejarah umat Islam di
Rohingya merupakan penduduk asal di Negeri Rakhine.

Sejak akhir-akhir ini dunia seringkali digemparkan dan diuar-uarkan dengan isu-
isu yang berkaitan dengan penghapusan etnik. Masalah ini sentiasa tidak
mendapat perhatian dan telah diabaikan oleh masyarakat dunia sejak dari dahulu
lagi. Lebih menyedihkan lagi wanita-wanita disana turut dijadikan hamba seks oleh
orang-orang Buddha di Myanmar termasuklah tentera-tentera Junta itu sendiri.
Walaupun sudah bertahun-tahun isu ini wujud namun tiada sebarang tindakan
yang sistematik untuk melindungi dan mempertahankan masyarakat Rohingya ini
daripada mangsa penindasan tentera Junta di Myanmar.

Baiklah soalan kali ni saya tujukan kepada ahli panel yang ketiga. Bolehkah anda
kupaskan apakah faktor-faktor konflik etnik Rohingya di Myanmar?

SUE FAKTOR-FAKTOR KONFLIK ETNIK


PENGERUSI Saya memang tertarik dengan pandangan saudara tentang

Setrusnya soalan ditujukan kepada ahli panel 1. Apakah kesan daripada konflik
etnik Rohingya ini ?
AWEEN KESAN-KESAN KONFLIK ROHINGYA
-
PENGERUSI Selanjutnya, sebelum mengakhiri perbincangan,saya ingin memperpersilakan ahli
panel kedua untuk menjelaskan bagaimana konflik di rohingya ini dapat dijadikan
ikhtibar bagi mengekalkan kesepaduan sosial di Malaysia seterusnya
menggulungkan perbincangan kita pada hari ini.

HASBI - Isu kezaliman, penganiayaan dan pencabulan sesuatu kaum atau bangsa,
bukanlah suatu perkara baharu malah telah lama berlaku seperti di
negara-negara Balkan, Kemboja, negara-negara Afrika dan lain-lain.
- Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat
dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat
menghormati antara sesama angota masyarakat tanpa mengira latar
belakang negeri, kaum atau bangsa.
- Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan
kaum telah meresap kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita
ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana
rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan
keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang
berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang
porak-peranda. Oleh halyang demikian, benarlah perpaduan kaum itu
penting untuk meningkatkan keamanan negara.

- Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat


mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam
negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan
melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada
campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan negara ini
dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai