Anda di halaman 1dari 5

1.

0 KEPERLUAN GURU MEMPERTINGKATKAN DIRI SEBAGAI SEORANG YANG


PROFESIONAL
Dalam era ledakan teknologi maklumat ini, sistem pendidikan negara kita telah mengalami
era revolusi abad ke-21. Sistem pendidikan kita amat dinamik dan sentiasa bergerak maju
ke hadapan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka sebuah
pelan transformasi pendidikan iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 bagi mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21
dan memenuhi aspirasi negara dalam usaha merealisasikan sebuah negara maju pada
masa akan datang. Segala langkah yang dirancang tidak akan berhasil tanpa sokongan
daripada guru-guru berkualiti. Sehubungan dengan itu, KPM memberi penekanan terhadap
kualiti guru dengan melakukan anjakan keempat iaitu meningkatkan kualiti guru dan
menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Bagi meningkatkan kualiti guru,
kementerian akan meningkatkan kualiti Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
(PPPB) atau Continuous Professionalism Development (CPD) dengan lebih tumpuan ke
atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah.

Guru merupakan tunjang utama sistem pendidikan. Hal ini adalah kerana, guru
merupakan pelaksana segala dasar dan matlamat yang telah digariskan oleh pihak
kerajaan. Oleh itu, amat penting untuk guru meningkatkan diri sebagai seorang yang
profesional. Menurut Australian Council of Professions (2016),

2.0 PELAN PEMBANGUNAN KERJAYA YANG MENUNJUKKAN BIDANG


PEMBANGUNAN DIRI YANG PERLU DIBANGUNKAN PADA PERINGKAT GURU
PERMULAAN
3.0 ANALISIS AKTIVITI PPB YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
Saya telah menjalani internship di sebuah sekolah rendah Model Pembelajaran Abad Ke-
21 di Batu Pahat. Saya dapati sekolah tersebut melaksanakan program-program
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) untuk meningkatkan profesionalisme
guru-guru di sekolah tersebut. Antara program PBB yang dijalankan ialah Kursus 1MPAK-
21, Bengkel Pengurusan Fail Kokurikulum, PLC dan banyak lagi. Saya telah memilih kursus
1MPAK-21 bil.2 sebagai program PBB untuk dikaji dan diteliti.

3.1 Perancangan aktiviti


Setelah mengkaji dan meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan, saya dapati
bahawa kursus 1MPAK bil. 2 SK Seri Puteri ini merupakan satu program yang
memenuhi keperluan profesional guru. Hal ini adalah kerana, kursus ini
dirancang hasil daripada soal selidik penilaian kendiri tentang keperluan latihan
dalam perkhidmatan. Seramai 30 orang guru mengatakan perlu dan 2 orang
guru mengatakan sangat perlu melaksanakan kursus pengetahuan
profesionalisme berkaitan kandungan dan kaedah pedagogi mata pelajaran.
Kursus ini telah dirancang dengan baik kerana terdapat di dalam jadual
perancangan latihan 2018 oleh setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
sekolah tersebut. Antara dokumen yang telah disediakan ialah kertas kerja.
Antara kekuatan yang saya kenal pasti dari aspek perancangan aktiviti ialah
berkaitan kertas kerja. Berdasarkan kertas kerja yang telah disediakan oleh
setiausaha Pembelajaran Abad ke 21 (PAK), saya dapati maklumat yang
disediakan jelas dan lengkap. Sasaran peserta bagi kursus 1MPAK bil. 2 ini
adalah untuk semua guru SK Seri Puteri. Maklumat berkenaan hari, tarikh, masa
dan tempat pelaksanaan juga jelas. Kursus ini diadakan pada hari Isnin iaitu 4
April 2019. Waktu kursus ini dijalankan adalah sesuai kerana tidak mengganggu
proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kerana kursus ini dilakukan
selepas waktu persekolahan. Kursus ini dijalankan selama 2 jam 30 minit iaitu
pada pukul 2.00 pm hingga 4.30 pm.
Objektif yang telah dinyatakan di dalam kertas kerja juga jelas, spesifik, boleh
dicapai dan realistik. Antara objektif yang dikemukan ialah peserta kursus dapat
membanding beza pelaksanaan kurikulum abad ke-20 dan abad ke-21,
mengenal pasti amalan pedagogi yang sesuai untuk pembelajaran abad ke-21
dan menerangkan kepentingan pembelajaran abad ke-21.
Kertas kerja yang dikemukan ini juga lengkap kerana tentative disediakan
dengan lengkap dan mempunyai perancangan aktiviti yang menarik dan
bersesuaian. Selain itu, dari aspek pengurusan kewangan anggaran
perbelanjaan yang dikemukan tidak melibatkan kos yang tinggi.

3.2 Pelaksanaan Aktiviti


Kursus ini telah berjalan dengan lancar.
Bengkel ini telah dilaksanakan di Dewan Ibnu Sina, SK Seri Puteri. Tempat
pelaksanaan kursus ini sangat kondusif kerana ruang yang luas dan mempunyai
penghawa dingin. Persekitaran memainkan peranan yang penting untuk
meningkatkan motivasi, minat dan menggalakkan aktiviti intelektual serta
komunukasi dan interaksi antara peserta kursus. Menurut Fraser (1998),
persekitaran pembelajaran adalah tempat pembelajaran berlaku samaada
dalam konteks sosial, psikologikal dan pedagogikal yang boleh
mempengaruhi pencapaian dan sikap seseorang.

3.3 Laporan Keberhasilan program


Analisis laporan

3.4 Penilaian terhadap kejayaan program


Latihan dalam perkhidmatan dalam bidang pendidikan adalah amat penting
untuk membentuk warga pendidik yang kompeten. Menurut Rossilah (2008),
kekerapan guru menghadiri latihan akan memberi peluang percambahan
pengetahuan dan kemahiran seiring dengan tuntutan pembangunan professional
yang memerlukan pembelajaran sepanjang hayat melalui latihan yang
berterusan.
Setelah menganalisis perancangan, pelaksanaan dan laporan keberhasilan
kursus, saya dapati bahawa kursus 1MPAK 21 ini dilaksanakan dengan jayanya.
Kehadiran yang direkodkan menunjukkan bahawa 93.8% guru di sekolah
tersebut mengikuti kursus yang dijalankan ini. Hal ini membuktikan bahawa
kursus ini mendapat respon yang baik.
Namun, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti daripada
kursus 1MPAK 21 ini. Antaranya ialah dari aspek masa. Hasil daripada laporan
program dan soal selidik penilaian pengurusan program, didapati masa yang
diperuntukkan terlalu singkat. Selain itu, surat panggilan rasmi menghadiri
kursus 1MPAK 21 ini tidak diedarkan kepada guru-guru. Surat panggilan rasmi
ini amat penting untuk mengelakkan pertindihan maklumat. Bukan itu sahaja,
hasil laporan daripada soal selidik menunjukkan bahawa peserta kursus
merasakan bahawa penyampaian fasilitator kurang menarik.

30

20
setuju
10 sangat setuju

0
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5

3.5 Cadangan penambahbaikkan

Antara cadangan penambahbaikkan yang boleh dilakukan ialah pihak yang


mengendalikan LDP ini ialah menjemput fasilitator yang lebih mahir dan pakar dalam
bidang Pembelajaran Abad Ke-21. Kursus ini menggunakan modul 1MPAK 21 yang
dirangka oleh IPG Kampus Temenggung Ibrahim (IPGKTI). Oleh itu, pihak sekolah
boleh menjemput pensyarah daripada IPGKTI yang terlibat dalam membangunkan
modul tersebut untuk menyampaikan kandungan modul.

Seterusnya, kejayaan program hendaklah diukur melalui pengaplikasian input


dan maklumat kursus oleh guru. Cadangan saya ialah, pihak pentadbir sekolah
boleh menyediakan ganjaran kepada guru-guru menunjukkan prestasi yang
memberansangkan setelah menjalani kursus. Hal ini bertujuan meningkatkan
kepuasan kerja. Salah satu faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja guru ialah
faktor motivasi. Ganjaran yang disediakan merupakan ganjaran ekstrinsik.
Peningkatan yang berlaku dalam kepuasan kerja guru mampu memotivasikan
mereka untuk meneruskan usaha bagi meningkatkan kemahiran pengajaran,
menjana persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan meningkatkan pencapaian
pelajar (Junaidah & Nik Rosila, 2013).

4.0 Rumusan

RUJUKAN

Fraser, B. J. (1998). Science learning environments: Assessment, effects and determinants.


In B. J. Fraser and K. G. Tobin (Eds.), The International Handbook of Science Education
(pp. 527–564 ). Dordrecht, The Netherlands: Kluwer.

Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob.2013. Kajian tentang kepuasan bekerja dalam kalangan guru-
guru pendidikan khas. Asia Pacific of Educators and Education, Vol.28,103- 115.

https://books.google.com.my/books?id=V5GiRjAcKycC&pg=PA4&lpg=PA4&dq=latihan+ber
orientasikan+pertumbuhan&source=bl&ots=Ij3ex4HTqR&sig=ACfU3U0960xO9gnnhGTOnl
8tFGg2FrK5EQ&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwie8O-
_0Y7hAhVr73MBHd0ODUgQ6AEwDnoECAIQAQ#v=onepage&q=latihan%20berorientasik
an%20pertumbuhan&f=false

https://www.researchgate.net/publication/294886469_PENGARUH_PERSEKITARAN_FIZI
KAL_BILIK_DARJAH_TERHADAP_TAHAP_KESELESAAN_PENGAJARAN_DAN_PEMBE
LAJARAN

Anda mungkin juga menyukai