Anda di halaman 1dari 16

SUMBANGAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN KE ARAH

PERPADUAN NASIONAL

1. Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara yg mempunyai daya tarikan serta keunikannya


yang tersendiri. Dengan adanya rakyat berbilang bangsa, agama serta kebudayaan, rakyat
Malaysia telah mengecapi kemerdekaan dengan selesa. Namun untuk menjadi sebuah negara
yang aman dan makmur, perpaduan kaum perlu dicapai agar negara ini tidak diporak
perandakan oleh segilintir pihak yg tidak bertanggungjawab, bersifat rakus serta tamak dalam
mengejar kekayaan. Anasir-anasir dari luar semestinya sentiasa berusaha untuk
mempengaruhi minda para belia kerana mereka merupakan tunjang kepada perpaduan di
negara ini pada masa kini dan pada masa yang akan datang.

Justeru, bagi memastikan negara kita terus maju ke hadapan, adalah sangat penting
agar semua rakyat sentiasa bersatu padu dan bekerjasama untuk memacu negara ke tahap
yang lebih tinggi supaya Malaysia berada di aras yang duduknya sama rendah, berdirinya
sama tinggi dengan negara-negara Barat yang lain. Oleh itu, perpaduan haruslah dicapai agar
negara Malaysia terus aman makmur dan tidak mudah goyah apabila digertak oleh pengaruh
luar. Malah pemimpin dan rakyat perlulah bersatu untuk menentang pelbagai masalah yang
mendatang.

Jika kita memiliki semangat patriotisme, bertanggungjawab dan cintakan negara,


tidak mustahil perpaduan ini dapat dicapai dengan bangga sekali. Oleh yang demikian,
marilah sama-sama kita berjuang untuk terus meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara
yang wajar disegani dan dicontohi oleh negara-negara lain dengan slogan keramat, ‘Bersatu
Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh’. Semoga ia sentiasa berkobar-kobar dalam jiwa rakyat
Malaysia khasnya golongan belia.
2. Analisis

2.1. Peristiwa 13 Mei

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah sejarah yang terlakar di Malaysia berkenaan


insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi
ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan
Raya Umum 10 Mei 1969. Ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari
kalangan parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan
dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa
orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah
memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya di
dalam pilihanraya untuk meraih undi.

Pada pilihanraya umum tahun 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh United


Malay Nation Organization (UMNO), Malaysia Chinese Association (MCA), dan Malaysia
Indian Congress (MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih
berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai
satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan
dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada
66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP)


dan Parti Progresif Rakyat (PPP) telah memenangi 25 buah kerusi dalam Dewan
Rakyat manakala Parti Islam Semalaysia (PAS) memenangi 12 kerusi. Pihak pembangkang
yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan
mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif
untuk menimbulkan isu perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan telah
mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan
pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar
penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang
sebahagian besar darinya adalah kaum Cina dari DAP dan Gerakan yang telah menang,
mendapatkan permit Polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan
di Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, perarakan tersebut telah melencong dari laluan yang ditetapkan


dan melalui kawasan Melayu iaitu di Kampung Baru, dan telah menyorak penduduk-
penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan ada yang membawa penyapu, kemudiannya
dikatakan sebagai simbolik kepada ‘menyapu keluar’ orang Melayu dari Kuala Lumpur,
sementara yang lain meneriak slogan mengenai tenggelamnya kapal Perikatan iaitu logo
perikatan. Ia berlarutan sehingga ke tarikh 13 Mei 1969 sebelum parti Gerakan mengeluarkan
kenyataan memohon maaf pada 13 Mei 1969 di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri
besar Selangor pada ketika itu, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan
balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei
1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di


kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran Polis untuk berarak meraikan kemenangan
parti tersebut di Selangor yang menyaksikan keputusan 50 : 50 di negeri Selangor. Perarakan
tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga
ke Jalan Campbell, Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru,
ianya diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam
dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar
Selangor pada ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu pada


kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil
melaungkan slogan. Ada pula berpendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai
lambang mereka akan menyapu (menyingkir) orang-orang Melayu dari Kuala Lumpur.
Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif
(membawa sial). Ada juga kaum Cina yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang
Melayu di tepi-tepi jalan. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak
sepanjang jalan dengan kebenaran Polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi
perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina masyarakat Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia yang bertanding untuk parti Gerakan telah memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-
ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit
Bintang, Kuala Lumpur tetapi permohonan maaf sudahpun terlambat. UMNO telah
mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya
peristiwa ini. UMNO bercadang untuk mengadakan perarakan balas pada jam 7.30 petang 13
Mei hari Selasa, tetapi kebanyakan orang Melayu telah mula berkumpul di hadapan rumah
Menteri Besar Selangor pada awal pagi. Orang Melayu dari luar Kuala Lumpur juga turut
serta dalam perarakan ini seperti dari Morib, Banting dan juga Perak. Menurut laporan
rasmi Majlis Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan antara orang Melayu dan orang Cina
mula berlaku di Setapak lebih kurang dalam jam 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina
menghalang beberapa orang Melayu yang dalam perjalanan ke Kampung Baru untuk
menyertai perarakan UMNO dengan membaling botol kaca dan batu ke arah mereka.

Pergaduhan ini telah diketahui oleh orang Melayu yang berkumpul di Jalan Raja
Muda, Kampung Baru. Lebih kurang jam 6.30 petang, orang Melayu mula bergerak dari
Kampung Baru dan menyerang orang Cina dengan bersenjatakan parang dan keris. Mereka
membakar rumah-rumah kedai dan juga kereta di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Orang Cina
yang terserempak juga telah dibunuh. Menurut laporan majalah Time USA, sekurang-
kurangnya 8 orang Cina terbunuh dalam rusuhan pertama yang berlaku. Rusuhan ini mula
tersebar di sekitar Kuala Lumpur dalam masa 45 minit dari Jalan Campbell, Jalan Tunku
Abdul Rahman (Batu Road), Kampung Datuk Keramat, Kampung Pandan, Cheras, Kampung
Kerinchi dan Sentul.

Angkatan Tentera dari Rejimen Askar Melayu telah dikerahkan lebih awal untuk
menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur. Manakala Pasukan Simpanan
Persekutuan (FRU) yang mengawal keamanan di Kampung Baru dikeluarkan dari kawasan
Kampung Baru dan Askar Melayu telah dikerah untuk mengambil alih kawalan tersebut.
Rusuhan dapat dikawal dengan mengunakan gas pemedih mata. Perintah berkurung 24 jam
diumumkan melalui radio pada jam 7.30 petang dan melalui televisyen pada jam 8 malam.

Perintah tembak telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Tun
Mohamed Salleh Ismael (Tun Mat Salleh). Pihak tentera mula meronda di kawasan-kawasan
rusuhan sehingga jam 10 malam. Oleh kerana ramai yang tidak tahu berkenaan perintah
berkurung dan tembak mati, ada yang telah ditembak kerana berdiri di depan koridor rumah
sendiri. Terdapat laporan daripada wartawan luar negara yang menyatakan segelintir Askar
Melayu telah melepaskan tembakan rambang ke arah kedai dan rumah milik orang cina tanpa
sebab.

Pada hari seterusnya, lebih kurang jam 5 pagi, Hospital Kuala Lumpur melaporkan
bahawa seramai 80 orang telah meninggal dunia dalam rusuhan pertama yang berlaku dan
majoritinya adalah orang Cina. Kebanyakan daripada mereka mengalami luka teruk akibat
tetakan dan juga tembusan peluru. Ini hanya sebahagian orang atau mangsa yang dapat
dihantar untuk rawatan. Kebanyakan mayat orang yang terkorban telah diambil oleh pihak
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan menggunakan lori ke Balai Polis Travers, Kuala
Lumpur. Kebanyakan mayat yang ditemui adalah dalam keadaan yang tidak sempurna.

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon di Jalan Tuanku


Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin
pawagam meminta penonton dari kalangan kaum Cina keluar dari panggung tersebut dan
meninggalkan penonton berbangsa Melayu yang langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa
Cina berada di dalam panggung tersebut. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda Cina tersebut
telah menyerbu masuk ke dalam panggung, menyerang dan menyembelih penonton yang ada
serta membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati
di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Antaranya termasuklah dua orang Askar
Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula, Askar Melayu telah
menembak orang Cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di
lebuh raya persekutuan pula, penduduk Melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di
atas lebuh raya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan.

Terdapat khabar angin mengatakan sekumpulan orang Melayu yang menggelarkan


diri mereka Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi telah
tersekat. Begitu juga dengan sekumpulan orang Melayu yang menggelarkan diri
mereka Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat turut telah disekat oleh Polis di
Balai Polis Kajang dan Cheras.

Namun, rusuhan kaum ini tidak terjadi di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.


Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis, tiada laporan berkenaan sebarang insiden
pergaduhan. Sementara di negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa
kerana telah diberi amaran oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Cuma ada sedikit kekecohan
di Melaka. Di Betong pula, ada tembakan telah dilepaskan oleh pihak PKM.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan ‘politik’.


Seperti yang dinyatakan, pergaduhan tidak berlaku di negeri
seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, sudah tentu pada hari
itu orang Cina dan Melayu akan berbunuhan sesama sendiri di seluruh negara seperti di
selatan Thai.

Di kalangan orang Melayu yang mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum
Cina dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan kepada
mereka sewaktu pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarakat Melayu terhadap kaum
Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti yang menganggotai
pasukan Bintang Tiga dan ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis, berpaksikan
negara komunis China.

Pada tahun 2007, sebuah buku berjudul May 13: Declassified Documents on the
Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh seorang ahli akademik, iaitu bekas ahli DAP, dan
bekas Ahli Parlimen iaitu Kua Kia Soong telah diterbitkan oleh Suara Rakyat Malaysia
(Suaram). Berdasarkan dokumen yang baru dideklarasikan di pejabat maklumat awam
London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan oleh parti
pembangkang sepertimana yang diceritakan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh
‘Ascendent State Capitalist Class’ di dalam UMNO sebagai pemberontakan untuk
menumbangkan Tunku Abdul Rahman. Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu
pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lain yang belum lagi pernah dibuktikan
kesahihan atau sebaliknya. Satu lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah penglibatan
Lim Kit Siang dalam peristiwa 13 Mei ini. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di
Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini,


Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang
DiPertuan Agong dibawah undang-undang ketenteraan. Dalam pada itu, Majlis Gerakan
Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai
majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu Tun
Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga turut digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk


mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang
diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang
perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk
menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi, membasmi kemiskinan tegar
dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

2.2. Malaysian Malaysia

Frasa “Malaysian Malaysia” telah digunakan pada awal tahun 1960-an sebagai moto


laungan Majlis Perpaduan Malaysia. Kemudian, gabungan parti-parti politik telah dibentuk
untuk menentang Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Ia berkenaan dengan isu menyediakan
kuota khas untuk orang-orang Melayu dan bumiputera Malaysia yang lain dalam kemasukan
ke dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa awam, kemasukan ke institusi pengajian
tinggi awam dan pemberian lesen perdagangan. Ia juga memberi kuasa kepada kerajaan
untuk mewujudkan monopoli Melayu dalam perdagangan tertentu, dengan matlamat
mewujudkan ketuanan Melayu (Malay Supremacy).

“Malaysian Malaysia” bukan retorik semata-mata kerana ia membezakan antara


kewarganegaraan dan klasifikasi etnik. Aduan itu adalah bahawa Malaysia tidak “Malaysia”
dengan mendiskriminasikan rakyat Malaysia yang bukan Melayu, dan menjadi lebih kepada
“Melayu Malaysia”.

Kempen “Malaysian Malaysia” tidak dipandang tinggi oleh kerajaan Malaysia dan


pihak-pihak dalam parti pemerintah Parti Perikatan yang kemudiannya dipanggil Barisan
Nasional. Mereka yang menentang konsep “Malaysian Malaysia” dan menyatakan bahawa
Malaya progresif dijajah oleh British dari pertengahan abad ke-19 hingga kemuncaknya pada
tahun 1926. Dalam tempoh ini, sebilangan besar buruh imigran, termasuk orang-orang Cina
dan India, datang ke Malaysia serta Singapura.
Dikatakan bahawa semasa era penjajahan, orang Melayu telah dipaksa untuk
menampung orang lain. Mereka pendatang bersejarah dan keturunan mereka yang dibenarkan
kekal selepas kemerdekaan negara yang dicapai harus memahami kehadiran mereka adalah
satu keistimewaan, bukannya satu hak.

Segelintir pihak berkata bahawa kemasukan pendatang telah mendatangkan kesan


negatif kerana menjejaskan hak dan sumber orang Melayu. Hujah itu dibuat walaupun adanya
kewujudan Peranakan Melayu-Cina sejak akhir abad ke-18, serta kekerapan kehadiran
pedagang Cina di Malaya lama sebelum ketibaan pihak British.

2.3. Dasar Bangsa Malaysia

Dasar Bangsa Malaysia telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir


Mohamad, Perdana Menteri Malaysia semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri
ke-4. Ia bertujuan untuk mewujudkan identiti kebangsaan yang inklusif bagi semua penduduk
Malaysia. Dengan demikian, rakyat perlu meninggalkan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan yang menegaskan identiti etnik Melayu. Tun Dr. Mahathir berkata ia bermakna
“orang ramai dapat mengenal pasti diri mereka dengan negara, bercakap Bahasa Malaysia
(Bahasa Melayu) dan menerima Perlembagaan”.

Walau bagaimanapun, sokongan dasar dalam kerajaan dilihat berubah-ubah. Tan Sri


Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor ke-14 mendakwa bahawa Bangsa Malaysia
adalah “konsep samar-samar” yang melampaui batas Perlembagaan. Walaupun istilah Bangsa
Malaysia digunakan, ia hanya perlu diterapkan dalam konteks semua rakyat Malaysia dengan
orang Melayu sebagai bangsa yang penting. Walau bagaimanapun, Tun Dato Sri Dr Lim
Keng Yaik, bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Persekitaran menegaskan bahawa
Bangsa Malaysia adalah dasar kerajaan rasmi. Menteri-menteri lain turut mengkritik
kenyataan Tan Sri Dato’ Abdul Ghani Othman dengan berkata bahawa dasar itu tidak ada
kaitan dengan satu kaum yang diberi peranan yang penting kepada orang lain. Sementara
yang lain pula mengatakan bahawa ianya tidak menghalang hak Bumiputera atau komuniti
yang lain.

Dato’ Sri Najib Tun Razak yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan
kini adalah bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 pernah berhujah bahawa cubaan untuk
menentukan dasar dari sudut pandang politik adalah sia-sia kerana ia tidak mempunyai
kedudukan rasmi dalam Perlembagaan dan menyeru agar perdebatan itu dihentikan. Beliau
juga berkata bahawa “Bangsa Malaysia” bermakna kita tidak menilai seseorang dengan
warna kulit, bangsa atau agamanya.

Selepas Perhimpunan Agung Tahunan UMNO pada tahun 2006, Tan Sri Dato’ Abdul
Ghani Othman menjelaskan bahawa bantahannya terhadap istilah “Bangsa Malaysia” dan
“Malaysian Malaysia” adalah kerana ia mengenai segala-galanya yang sama dan ini tidak
menimbulkan kesenangan di hati rakyat Malaysia. Oleh itu, tanpa mengira apa-apa nama
diberikan, konsepnya adalah sama dan ini adalah terhadap idea kenegaraan yang di warisi.
Beliau menamakan idea kenegaraan sebagai idea yang telah menyatukan orang Melayu, dan
juga idea yang sama yang telah memberikan keistimewaan kepada kaum lain untuk
menjadikan warganegara, hidup bersama dan berkongsi kuasa serta kemakmuran.

Konflik ini dipercayai berpunca dari makna yang berlainan kata “bangsa”. Walaupun
konsep perlumbaan Malaysia boleh mengelirukan, dengan mengambil isilah “Bangsa
Malaysia” dapat membayangkan negara Malaysia akan lebih bijak.

2.4. 1Malaysia

1Malaysia (juga disebut Satu Malaysia) ialah satu gagasan yang diperkenalkan


oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak pada 2
April 2009. Intipati gagasan ini adalah idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik,
sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya.
Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara transfomasi.

Ia adalah kesinambungan daripada konsep dua kepimpinan terdahulu dalam


membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran
dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang
seperti yang diperjuangkan perdana menteri ke-4 dan ke-5 iaitu Tun Dr Mahathir
Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tujuan utamanya ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di
antara satu sama lain antara masyarakat majmuk di dalam Malaysia perlu disatukan melalui
konsep Gagasan 1Malaysia. Hubungan kaum dapat dieratkan dalam tempoh jangka masa
yang panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya
mereka mempunyai potensi dan berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding dengan anak-
anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.
Kerajaan juga telah menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang
adil tetapi kerajaan tidak berkemampuan untuk memastikan penghasilan yang sama. Prinsip
utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga
besar.

Slogan 1Malaysia berubah-ubah setiap tahun. Pada tahun 2009, tema slogannya
adalah “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Slogan pada tahun 2010 pula ialah
“1 Malaysia Menjana Transformasi”. Slogan-slogan tersebut juga adalah tema sambutan Hari
Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dan ke-53. Manakala pada tahun 2011 pula, tema
“Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera” dipilih bagi mewarnai sambutan Hari Kemerdekaan
Malaysia yang ke-54. Pada tahun 2012 pula, tema “Janji Ditepati” telah dipilih dan
seterusnya pada tahun 2013, tema “Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku”
dipilih sebagai mewarnai sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56.

Logo 1Malaysia terbentuk daripada angka nombor satu dan berlatarbelakangkan


bendera Malaysia. Logo tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu
masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan
kepada Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia
yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk
membina satu Negara Bangsa.

2.5. Kementerian Perpaduan Negara

Kementerian Perpaduan Negara merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan


Malaysia yang terbentuk selepas portfolio perpaduan nasional dikeluarkan daripada Jabatan
Perdana Menteri Malaysia. Portfolio ini mula diperkenalkan pada 1 Julai 1969 dengan
penubuhan Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ini
diketuai oleh seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri. Pada 1 Julai 1969, Jabatan
Perpaduan Negara mula ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai tindak balas
daripada peristiwa 13 Mei yang dialami Malaysia. Pada tahun 1972, portfolio ini dinaik taraf
menjadi sebuah kementerian penuh yang dinamakan sebagai Kementerian Perpaduan Negara.
Pada tahun 1980, portfolio ini diserap semula di bawah Jabatan Perdana Menteri sehingga
tahun 1990.

Selepas pilihan raya umum Malaysia 1990, Kementerian Perpaduan Negara dan


Pembangunan Masyarakat pula ditubuhkan sehingga tahun 2004. Pada tahun 2004 hingga
2008, kementerian ini diserap semula ke dalam Jabatan Perdana Menteri. Kemudian,
portfolio ini digabungkan dalam kementerian kebudayaan menjadi Kementerian Perpaduan,
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Selepas pertukaran Perdana Menteri pada tahun 2009,
portfolio perpaduan diserap semula ke dalam Jabatan Perdana Menteri. Selepas kemelut
politik Malaysia 2020, portfolio ini sekali lagi dijadikan sebuah kementerian penuh,
iaitu Kementerian Perpaduan Negara.

Visi Kementerian Perpaduan Negara adalah “Peneraju Perpaduan Yang Inklusif Ke


Arah Kemakmuran Bersama” manakala Misi Kementerian Perpaduan Negara adalah
“Meningkatkan Usaha Baharu Penyatupaduan Untuk Membina Tapak Integrasi Bagi
Pengkuhan Semangat Muhibah Dalam Kalangan Rakyat”.

Dibawah Kementerian Perpaduan Negara, telah ditubuhkan Jabatan Perpaduan


Negara Dan Integrasi Nasional ataulebih dikenali dengan nama PERPADUAN. Peranannya
adalah untuk :-
1. Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan.
2. Memelihara, mengekalkan dan meningkatkan perhubungan kaum kea rah perpaduan
nasional.
3. Mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara agama.
4. Menjalankan wacana perpaduan dan kajian perhubungan kaum.
5. Melaksanakan langkah-langkah intervensi dalam mengurus hal ehwal perpaduan
negara dan integrase nasional.
6. Menyediakan syor kepada kerajaan dalam menyatakan pendirian negara di peringkat
antarabangsa.

3. Cadangan

3.1. Menganjurkan Majlis Rumah Terbuka


Amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kemaslahatan
terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di
negara kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau
misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain
itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai
perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang unsur prejudis terhadap
keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan masyarakat yang
melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun
berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Pada sambutan hari perayaan
utama berkenaan semua masyarakat Malaysia tidak kira warna kulit, agama, dan kaum akan
mengambil kesempatan Keadaan ini persis peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih.

3.2. Penerapan Nilai-Nilai Budaya Dan Warisan Dalam Aktiviti Harian

Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. dengan itu, rakyat boleh mengaplikasiakn
dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek:

1. Pemakanan
2. Pemakaian
3. Peradapan

3.3. Memahami Dan Menghayati Sejarah Negara

Subjek sejarah negara perlu diintegrasikan ke dalam subjek seperti Kenegaraan


Malaysia bagi memastikan generasi muda seperti mahasiswa sentiasa “alert” dengan sejarah
asal usul negara dan bangsa mereka. Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada masa kini perlu
berperanan menerapkan pendidikan sejarah pada setiap peringkat pendidikan agar modal
insan yang dilahirkan nanti adalah generasi yang bukan sahaja mewarisi tampuk
pemerintahan negara tetapi juga melahirkan modal insan yang tahu bagaimana
mengemudikan negara yang beridentitikan Malaysia dan berbudayakan rakyat negara ini.

4. Kesimpulan
Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat
kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah
pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia. Peradaban acuan Malaysia perlu
dikupas serta diperdebatkan dalam aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan
sebagai tapak integrasi dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional
amat dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
yang kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku
tanggungjawab sosial dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti,
masyarakat, dan negara. Justeru, perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan
pembangunan langsung ekonomi telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan
kelestarian etika dan peradaban di Malaysia. Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs)
dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mendalami kursus ini. (pengajaran &
pembelajaran). 

Usaha mengekalkan keharmonian negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum


dilihat bukan satu perkara mudah dan boleh dipandang enteng.
Justeru, semua lapisan masyarakat tidak kira di peringkat pemimpin negara mahupun anak
kecil perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjaga keharmonian yang telah kita
kecapi selama ini.

“Ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai bangsa yang hidup di bawah satu bumbung yang
mana ia bermula dari sejarah pembentukan Malaysia (Tanah Melayu). Selepas berlakunya siri
peperangan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada tangan penjajah dan menuntut hak
kemerdekaan, maka bermulanya era kepelbagaian bangsa yang menetap di Malaysia,”

Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia


Mohamad Nazri Abdul Latiff

Tuntasnya, sebagai warganegara Malaysia, kita haruslah memahami tentang budaya


etnik lain dengan lebih lanjut agar tidak menyinggung perasaan mereka. Perpaduan bermula
dari rakyatnya. Oleh sedemikian, kita harus meneruskan keharmonian di Malaysia bagi
mencapai keamanan dan perpaduan negara.
5. Rujukan

1. Adam, Ramlah binti, Samuri, Abdul Hakim bin & Fadzil, Muslimin, (2004), Sejarah
Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8285-8.
2. Goh, Jenny, (23 Julai 1997), Small spark can create big mess, Straits Times.
3. _, (2 Jun 1965), Impossible to co-operate with Singapore while Lee is Premier, Straits
Times.
4. Khaw, Ambrose, (1998), This man is making too much noise, Straits Times.
5. Lim, Kit Siang (1999). "Advice to Hishammuddin to abhor the old politics of bigotry
and fear and set an example of the new politics of reason in Malaysia on the threshold
of a new millennium", Malaysian Parliamentary Opposition Leader, Democratic
Action Party Secretary-General & Member of Parliament for Tanjong
6. Wong, Douglas (21 Mei 1999). "Call for a 'New Malaysia'". Straits Times.
7. Nambiar, Ravi & Nadzmi, Siti Nurbaiyah (Nov. 6, 2006). "Ghani: Bangsa Malaysia is
rojak and unacceptable", p. 10. New Straits Times.
8. Johor Umno going against government, p. 10. (Nov. 6, 2006). New Straits Times.
9. Nambiar, Ravi & Nadzmi, Siti Nurbaiyah (Nov. 7, 2006). No Bangsa Malaysia in
Constitution says Najib", p. 6. New Straits Times.
10. Tan, Marsha (Dec. 3, 2006), Ghani on why people cannot accept concept. The Star.
11. Bernama.com. (15 December 2009), PM Wants BTN To Intensify 1Malaysia Concept
In Its Modules, Bernama, 15 December 2009
12. https://www.utusan.com.my/, Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan
terdahulu
13. Bahagian Penerbitan Dasar Negara, (2010), 1Malaysia Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan, Jabatan Penerangan Malaysia: Kementerian Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan
14.  Joseph Sipalan, (4 April 2011), Murugiah: RM38mil spent on 1Malaysia,
Malaysiakini.com.
15. https://www.perpaduan.gov.my/
16. https://www.jpnin.gov.my/
17. Hwang, In-Won (2003). Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir,
p. 78. Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 981-230-185-2.
18. Al-Mukmin, Hatta (2005). "Keranamu UMNO", p. 104. Abadi Publishing
House. ISBN 983-2215-00-5.
19. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, (2014), Raksa Raya Malaysia, Institut
Terjemahan & Buku Malaysia
20. Romzi Ationg, Mohd Azri Ibrahim, Mohd Sohaimi Esa, Madiyem Layapan,
(2020), Analisis Pola Pengundian dan Senario Politik Semasa di Malaysia Era Pasca
Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Berdasarkan Pilihan Raya Kecil P186 Sandakan,
Sabah , Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH): Vol 5 No 5

21. Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, (2020), Reaksi Penduduk Sabah Terhadap
Pembentukan Malaysia: Suatu Perbandingan Dulu dan Kini , Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH): Vol 5 No 12

22. Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, (2020), Menyingkap Peristiwa Penyingkiran


Singapura dari Malaysia (1963-1965) , Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH): Vol 5 No 12

23. Mohd Azri Ibrahim, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Abang Mohd Razif Abang
Muiz, Budi Anto Mohd Tamring, Sirahim Abdullah, (2020), Pengetahuan tentang
Perlembagaan dan Undang-undang dalam kalangan Pelajar Baharu di Universiti
Malaysia Sabah (UMS) , Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH): Vol 5 No 12

24. _, (23 Mei 1969), Race War in Malaysia, USA: Time,

25. _, (14 Mei 2007), Another look at incident on May 13, The Star.

26. Ramlah Adam, (2004), 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

27. Leon Comber, (1981), 13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations, Kuala
Lumpur: Heinemann Asia Ltd.

28. Kamarudin, Raja Petra, (June 13, 2005), Silver lining in a dark cloud: May 13 was not
all bad news, Malaysia Today.

29. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj (1969), May 13: Before and After, Kuala
Lumpur, Utusan Melayu Press

30. Dr. Kua Kia Soong, (1969), May 13 Declassified Documents on the Malaysian riots
of 1969
31. Syajaratulhuda Mohd Rosli (9 Februari 2020), Perpaduan kunci keharmonian, Kuala
Lumpur: Sinar Harian Kumpulan Karangkraf

Anda mungkin juga menyukai