Anda di halaman 1dari 18

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

SK. ST. Francis, Melaka


Kajian Tempatan
Pemimpin dan peristiwaperistiwa kearah
Kemerdekaan

Nama : Akhilan a/l Loga Nathan


Kelas : 6 Neptune
No. I/C : 030530 04 - 0163
Nama Guru : Puan Rohaidah

Akhilan 6 Neptune

Page 1

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Biodata Murid
Nama : Akhilan a/l Loga Nathan
Umur : 12 tahun
Tarikh Lahir : 30.05.2003
Nama Ayah : Loga Nathan
Nama Ibu : Ginny Ganga Gouri
Bil. Adik beradik : 1
Cita cita : Jurutera
Hobi : Memetik gitar dan baca komik.
Falsafah Hidup : Dont worry be happy.

Akhilan 6 Neptune

Page 2

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Penghargaan

Penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan terima


kasih saya ucapkan kepada guru pembimbing iaitu Puan
Rohaidah, ibubapa, rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat
sama

ada

secara

langsung

mahu

pun

tidak

bagi

menyumbangkan idea, kerjasama dan sokongan sepanjang


penghasilan folio ini.

Akhilan 6 Neptune

Page 3

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Isi Kandungan
Perkara

Muka

Pengenalan Pemimpin Kemerdekaan

Surat
5

a) Tunku Abdul Rahman Putra


b) Tun Abdul Razak
c) Tun Sir Henry H.S. Lee

7
8

d) Tun V.T. Sambanthan


Peristiwa Peristiwa Kearah Kemerdekaan
Kesimpulan

Akhilan 6 Neptune

Page 4

9
10
17

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Pengenalan Pemimpin Kemerdekaan.


Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah
diusahakan oleh para pemimpin yang berwibawa. Sikap bekerjasama
dan sentiasa mengutamakan perundingan dan kata sepakat telah
menjadi pendekatan terbaik mereka dimana kemerdekaan negara
yang dicapai tidak melibatkan pertumpahkan daranh. Antara
pemimpin penting kemerdekaan negara termasuklah:
a) Tunku Abdul Rahman Putra

Tunku Abdul Rahman Putra dalam sepanjang hayatnya beliau telah


menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam
Akhilan 6 Neptune

Page 5

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai


semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari
cengkaman

penjajah.

Penglibatan

menentang

Malayan

Union,

mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup


Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum
dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan
kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara
aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek
nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai
rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa
Kemerdekaan.

Akhilan 6 Neptune

Page 6

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

b) Tun Abdul Razak

Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Tinbalan Perdana


Menteri. Beliau telah memainkan peranan sebagai perunding dalam
tuntutan kemerdekaan di London pada tahun1956. Beliau juga
menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun
1956. Beliau itu juga menjadi perunding dalam menyiapkan
perlembagaan Kemerdekaan 1957. Selain itu, beliau telah menjadi
Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal
sistem pendidikan kebangsaan negara. Laporan itu dikenal sebagai
Penyata Razak pada tahun 1957. Tun Abdul Razak telah dilantik
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.
Akhilan 6 Neptune

Page 7

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

c) Tun Sir Henry H.S. Lee

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam
mencapai perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah
dan perlu dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang
penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan
UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan
pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila
Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan
antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan
beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.

Akhilan 6 Neptune

Page 8

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

d) Tun V.T. Sambanthan

Tun

V.T.

Sambanthan

merupakan

seorang

pejuang

daripada

masyarakat India yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan


pedalaman di Sungai Siput, Perak.

Kepimpinan beliau terserlah

apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika


berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi
menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh
menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan
oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan

Akhilan 6 Neptune

Page 9

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat
serta semangat patriotisme pada masa itu.
Pengenalan Peristiwa peristiwa Kearah Kemerdekaan
Mengimbas kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu
pertama yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah menubuhkan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Kebangsaan (UMNO). Usaha ini
memantapkan perjuangan dan pembentukan negara dengan bangsa
yang berdaulat. Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada
1948 akibat pemberontakan komunis, namun ia sedikitpun tidak
mematahkan semangat para pejuang kemerdekaan tanah air
tercinta.Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke
London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun
percubaan sulung itu tidak berjaya, kemerdekaan akhirnya tercapai
setelah melalui peristiwa seperti kronologi berikut:
27 Julai 1955

Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah


mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27

Akhilan 6 Neptune

Page 10

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk


Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.
1O Ogos 1955

Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6


wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India

18 Januari 6 Februari 1956

Akhilan 6 Neptune

Page 11

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan


kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956

Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31


Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Akhilan 6 Neptune

Page 12

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

20 Februari 1956

Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di


Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka
21 Mac 1956

Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah


dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.
Akhilan 6 Neptune

Page 13

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

28 29 Disember 1956

Dari kiri Rashid Maidi, Chin Peng dan Chen Tien *Sessi Rundingan Baling*

Tunku

Abdul

Rahman

dicabar

supaya

menyelesaikan

isu

pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29


Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis
Malaya (PKM).

30 Ogos 1957

Akhilan 6 Neptune

Page 14

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di


hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera
Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957

Akhilan 6 Neptune

Page 15

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium


Merdeka, Kuala Lumpur.
Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan
teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah
wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu,
Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama
perpaduan

dalam

kalangan

penduduk

di

Malaysia.

Semoga

persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi


menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

Akhilan 6 Neptune

Page 16

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Kesimpulan
Tanggal 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh
bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang
tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti
umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati
dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang
sebenarnya.
Penghayatan

kemerdekaan

bukan

sekadar

melaung-laungkan

perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman


maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang
dikecapi.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang
sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman
penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh
dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan
dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia
adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang
cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja
mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan

Akhilan 6 Neptune

Page 17

Kajian Tempatan Tahun 6


Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut


dipikul bersama oleh seluruh rakyat.
Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil
usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang
bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta
kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan
negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia
walau di mana kita berada.

Akhilan 6 Neptune

Page 18

Anda mungkin juga menyukai