Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN
Kita sering mendengar laungan MERDEKA apabila tibanya 31 Ogos setiap tahun. Tarikh ini
telah menjadi tarikh keramat untuk negara Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan negara. Namun,
sedarkah kita sejarah serta erti sebenar disebalik tarikh dan laungan itu. Apakah yang dimaksudkan
dengan kemerdekaan? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kemerdekaan bermaksud
membebaskan diri insan daripada belenggu dan memberi ruang untuk warga sesuatu negara
membangunkan negaranya berasaskan acuan sendiri.

1.1 Sejarah Ringkah Kemerdekaan


Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu adalah peristiwa pengumuman kemerdekaan bagi
Tanah Melayu. Pada 31 Ogos 1957 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah
menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu dengan secara rasminya pihak British
menyerahkan pemerintahan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Pada malam sebelum
kemerekaan, upacara menurunkan bendera Union Jack telah berlangsung menandakan berakhirnya
penjajahan British di Tanah Melayu.

Pagi keesokkannya, pengisytiharan telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan
MERDEKA sebanyak tujuh kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan
iringan Lagu kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan pertama kali secara rasmi dalam sebuah
negara baru. Selepas itu, seruan azan dilaungkan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru
dan meriam seratus satu das.

Hampir 20,000 anak bangsa berkumpul untuk menyaksikan detik-detik bersejarah ini pada hari
tersebut. Setelah ratusan tahun merasai kepahitan hidup sebagai rakyat jajahan, kemerdekaan ini
telah disambut secara besar-besaran dan amat dirasai oleh setiap yang hadir. Tetamu-tetamu
kehormat dari England juga tiba untuk membawa watikah perlembagaan yang menyatakan
pengunduran daripada penjajahan British terhadap Tanah Melayu.

Pada 8 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman telah menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di
London dan bersamanya adalah Alan Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Negara Jajahan. Setelah
pulang dari London, rombongan Tuanku Abdul Rahman telah ke Padang Bandar Hilir, Melaka
untuk mengumumkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Gambar 1.0 dibawah
menunjukkn Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman
melaungkan Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Gambar 1.0 Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman
melaungkan Merdeka pada 31 Ogos 1957.

1.2 Erti Kemerdekaan


Pada tanggal 31 Ogos bagi setiap tahun akan disambut oleh meriah kerana tarikh yang penuh
bersejarah ini telah menyaksikan kemerdekaan bagi rakyat Malaysia. Semua rakyat dari seluruh
Malaysia akan mengadakan sambutan sebagai menghargai Negara Malaysia bebas dari penjajahan.
Namun begitu, setiap slogan serta laungan merdeka tidak mampu memberi kesan jika rakyat tidak
dapat menhayati serta mempunyai kesedaran di atas nilai kemerdekaan yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan tidak dapat ditunjukkan dengan sekadar laungan merdeka atau
sambutan secara besar-besaran. Ia mempunyai penghayatan dan pemahaman maksud yang lebih
tinggi serta mempunyai kepentingan untuk mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.

Dizaman ini, ramai dikalangan kita terutamanya anak muda yang tidak mengetahui erti sebenar
kemerdekaan. Erti kemerdekaan bukan sahaja bermaksud bebas daripada cengkaman penjajah,
malahan bebas dari minda yang terpengaruh daripada anasir-anasir luar yang boleh menyebabkan
perpecahan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Kemerdekaan Malaysia telah
mengangkat maruah dan kedaulatan negara kita dan ia merupakan sesuai yang tidak dapat dijual
beli. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, kita haruslah menjaga nama baik negara walau
dimana kita berada. Selain itu, keselamatan, maruah dan kedaulatan negara tidaklah harus dipikul
oleh anggota keselamatan sahaja, malah ianya adalah tanggungjawab yang harus dipikul oleh
seluruh rakyat Malaysia.

1.3 Kepentingan Kemerdekaan Pada Sesebuah Negara


Kemerdekaan adalah satu permata yang amat bernilai bagi mana-mana negara. Sebagai contoh
yang lebih mudah, kita tidak akan selesa apabila dikongkong oleh individu lain, maka samalah
juga dari segi kemerdekaan pada sesebuah negara. Negara tidak akan bebas dan mampu berdiri
maju jika dikongkong oleh pihak luar.

Bermula daripada bebasnya Tanah Melayu dari cengkaman penjajah, kita dapat melihat bahawa
negara telah banyak membangun dan mendapat tempat di hati rakyat luar negara dari aspek
ekonomi, pembangunan, pelancongan dan lain-lain. Usaha-usaha pemimpin negara selama ini
jelas membuktikan bahawa negara Malaysia boleh membangun dan maju walaupun tanpa campur
tangan pihak luar. Kemerdekaan negara juga telah memberikan perpaduan kaum yang sangat kuat
diantara rakyat Malaysia. Dan perpaduan ini haruslah dieratkan dan diperkukuhkan seperti Rukun
Negara agar kita dapat menikmati erti sebenar kemerdekaan. Dengan mengukuhkan perpaduan ini
juga, keharmonian negara akan terus berada dalam keadaan harmoni dan ini boleh mewujudkan
Malaysia sebagai sebuah negara contoh kepada negara lain sekaligus dapat mempertahankan
negara daripada dijajah semula.

Anda mungkin juga menyukai