Anda di halaman 1dari 16

5-11 September 2004

Residence Hotel UNITEN Kajang, Selangor D. E.

Anjuran:

Pengenalan

ada tahun 1993, Penerbit UKM dengan usaha sama INTAN menganjurkan Bengkel Kebangsaan: Pengurusan Penerbitan Jabatan Kerajaan. Bengkel itu dijalankan secara intensif selama tujuh hari, enam malam. Selama empat tahun berturut-turut, kirakira 180 peserta telah menghadiri bengkel tersebut. Kini, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM akan menyambung khidmat Penerbit UKM bagi mengendalikan bengkel yang serupa. Bengkel ini menjanjikan satu latihan, bimbingan serta ceramah yang intensif lagi berkesan. Ia merangkumi hampir semua aspek penerbitan dan percetakan: penulisan, editorial, penyuntingan, prapenerbitan, pengeluaran dan pemasaran. Kaedah bengkel ini memungkinkan petugas dari pelbagai tahap kerja penerbitan dan percetakan berpadu tenaga dalam kumpulan kerja bagi memainkan peranan dan akhirnya menghasilkan satu terbitan. Oleh itu peserta dingatkan agar bersedia untuk mengharungi 29 sesi bengkel sepanjang tujuh hari tersebut. Berbekalkan pengalaman yang sedia ada, para peserta mampu meningkatkan ilmu dan kemahiran baru daripada para pembimbing yang tersohor dalam bidang penerbitan tanah air. Pembimbing terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam pelbagai kategori penerbitan, sama ada sektor swasta atau awam. Abdul Manaf Saad misalnya, adalah bekas pensyarah di Universiti Malaya dan di Universiti Malaysia Sabah. Beliau juga merupakan bekas Pengurus Besar, Berita Publishing Sdn. Bhd. Sebelum itu, beliau adalah ketua Jabatan Penerbit Universiti Malaya. Manakala, A. Jalil Ali adalah editor tersohor dalam penerbitan tabloid dan majalah. Beliau adalah diantara perintis tabloid Harian Nasional. Kini, beliau menjadi Ketua Editor Kumpulan Karangkraf yang menerbitkan lebih daripada 20 majalah popular tanah air. termasuk majalah Nona. Dalam dunia siber, internet dan laman web merupakan sumber informasi terkini dalam masyarakat. Justeru, sesetengah pihak beranggapan akan berakhirnya media cetak. Ramalan ini samalah dengan melesetnya ramalan tentang berkuburnya panggung wayang apabila munculnya televisyen. Ternyata tanggapan tersebut meleset berikutan setiap satu memainkan peranannya yang tersendiri dan berkembang dengan jalurnya. Begitulah penerbitan dan percetakan. Media cetak terus membanjiri masyarakat. Kita mesti mengetahui siapakah barisan yang bertanggungjawab dalam dunia penerbitan dan percetakan. Pastinya, tidak lain dan tidak bukan, mereka terdiri daripada penulis, novelis, cerpenis, wartawan, penulis pojok, editor, pembaca pruf, pengurus, pereka, pelukis, operator mesin, pengatur huruf dan panjang lagi. Dalam bengkel ini, pihak penganjur cuba membina semangat para peserta agar dapat merealisasikan sesebuah penerbitan yang berkesan. Seterusnya sampai kepada sasarannya melalui penggunaan teknologi dan kepakaran serta kemahiran manusia itu sendiri. Salah seorang yang memainkan peranan paling penting adalah editor. Merekalah pemandu, pemacu, pembancu, perencana, pewarna dan peniup berita serta maklumatnya. Oleh itu, dalam ribut globalisasi dan arus teknologi ICT, marilah kita mengasah bakat dan kemahiran agar penerbitan kita mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pembaca sasaran. Selamat berbengkel.

Hasrom bin Haron Ketua Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM Bangi.

Matlamat
Membina keprofesionalisme dalam bidang penerbitan dan percetakan. Memberi pendedahan, khidmat kepakaran serta latihan khusus tentang proses penerbitan dan percetakan menerusi penggunaan teknologi terkini. Memberi garis panduan bagi meningkatkan mutu penerbitan dan percetakan di sektor awam Mendedahkan peserta kepada dunia penerbitan dan percetakan bagi meningkatkan mutu dan produktiviti kerja.

Sijil Penyertaan
Peserta perlu menghadiri 95 % sesi bengkel dan menyiapkan bahagian tugasan dalam kumpulannya dengan memuaskan, akan diberikan sijil penyertaan.

Bayaran dan Penginapan


Peserta akan ditempatkan di sebuah hotel berhampiran dengan kampus UKM, Bangi. Peserta boleh memilih pakej A atau B mengikut kelayakan yang sesuai dengan jawatan masing-masing. Setiap peserta dikenakan bayaran yang merangkumi perbelanjaan penginapan, makan/minum sepanjang bengkel berlangsung, buku rujukan dan alat tulis. Bayaran bagi seorang peserta adalah seperti berikut: A) Single: RM1,900.00 (seorang) B) Twin sharing: RM1,600.00 (seorang) Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk cek atau bank draf atas nama BENDAHARI, UKM dan hantarkan bayaran beserta borang penyertaan sebelum 30 Ogos 2004 kepada: Ketua Pusat Penerbitan dan Percetakan Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi, Selangor D. E. Tel: 03-8921-5840/3989 Faks: 03-8925-4575 e-mel: penerbit@pkrisc.cc.ukm.my Peserta dinasihatkan mendaftar awal, sehari sebelum sesi 1 bermula. - 5 September 2004 (Ahad) di Residence Hotel, UNITEN Kajang, Selangor. - 1.30-6.00 ptg.

Syarat-syarat Penyertaan
Terbuka kepada institusi awam dan badan berkanun yang terlibat dalam bidang penerbitan dan percetakan, khususnya pembantu penerbitan, pembaca pruf, pereka, editor, pegawai penerbitan, pegawai percetakan serta Ketua Jabatan dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang penerbitan dan percetakan. Peserta hendaklah mempunyai disiplin yang tinggi untuk bekerja dalam sebuah kumpulan ketika menyiapkan tugasan yang akan ditetapkan. Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan yang lengkap beserta gambar berukuran pasport dan biodata ringkas seperti mana yang dilampirkan. Peserta perlu membawa contoh terbitan jabatan atau institusi untuk diserahkan kepada Urus Setia semasa pendaftaran dan tidak akan dikembalikan, berserta bahan awalan berupa rencana, ilustrasi, foto / slaid untuk digunakan ketika sesuatu latihan amali projek penerbitan. Bagi kemudahan peserta, mereka digalakkan membawa komputer bimbit.

Pelaksanaan Bengkel
Ia menggabungkan semua tenaga / staf penerbitan dan percetakan untuk bekerja dalam satu kumpulan sebagai satu unit penerbitan atau percetakan. Bengkel ini akan memperkenalkan teori, amali dan pengalaman dalam bentuk ceramah oleh pakar dan pengamal dalam dunia penerbitan. Lawatan sambil kerja di syarikat percetakan, selain berbengkel dan menggunakan kemudahan penerbitan dan percetakan Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM. Setiap peserta akan diberikan satu peranan jawatan / tugas dalam menghasilkan terbitan yang akan dicetak dan diterbitkan oleh kumpulan itu. Bengkel selama enam hari ini akan dibahagi sebagai berikut: dua hari pertama ceramah dan lawatan diadakan di Pusat Penerbitan dan Percetakan dan pejabat Penerbit UKM, di Kampus UKM, Bangi. Mulai hari ketiga hingga ke akhir, bengkel akan diselenggarakan di sebuah di hotel.

Jawatankuasa Penyelenggara
Hasrom Haron Pengarah Bengkel dan Fasilitator, merangkap Pengerusi Faizah Ahmad Timbalan Pengarah Roosfa Hashim Ketua Pembimbing dan Fasilitator Khalid Hashim Pengurus Latihan dan Fasilitator A. Jalil Ali Fasilitator Jemputan Salleh Hamzah Fasilitator Utama Roslan Jelani Fasilitator Zulkifli Ibrahim Fasilitator Rosly Miskam Fasilitator Hazrul Abdul Halim Fasilitator Wana Helena Maria Wan Abdullah Fasilitator Normala Ahmad Pembantu Pendaftaran

Penceramah & Pembimbing


Hasrom Haron
Ketua di Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM. Seorang penerbit dan editor yang berpengalaman luas dalam penerbitan buku umum khususnya penerbitan ilmiah. Beliau bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti dunia penerbitan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini meliputi editor, seminar dan bengkel. Beliau juga aktif sebagai penyelenggara bengkel latihan dan tenaga pembimbing. Di antara penglibatan penting ialah siri seminar penerbitan ilmiah International Association of Scholarly Publishing di Singapura (1985), New Delhi (1986, 1992), Helsinki (1988); International Publishers Association Congress ke-23 di London, 1988, ke24 di New Delhi, 1992 dan Academic and Profesional Bookselling, New Technology, New Opportunities di London,1993. Sepanjang lebih 25 tahun beliau telah menyertai, menyelenggara dan menjadi pembimbing lebih daripada 60 bengkel dan seminar penerbitan di dalam program IDRC-PEPET / MAPIM. Selain daripada penulis, editor dan penterjemah beliau merupakan bekas Pengerusi Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Pengerusi Majlis Industri Buku Malaysia (MBIC) dan President Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Ketua Pusat Penerbitan dan Percetakan 43600 UKM, Bangi, Selangor D. E. Tel: 03 8921 5840 Faks: 03 8925 4575 e-mel: hasrom@pkrisc.cc.ukm.my

Roosfa Hashim
Pensyarah di Pusat Pengajian Umum dan Editor di Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM. Sebelum terlibat dengan penerbitan ilmiah beliau bertugas di beberapa buah penerbitan swasta dan mengendalikan penerbitan majalah, buku sekolah dan buku umum. Beliau menerima anugerah Editor Terbaik (1992) Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Beliau aktif dalam penyelenggara dan penceramah bengkel serta seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau pernah mengikuti kursus diperingkat antarabangsa antaranya, Short Course in Sales Promotion and Distribution di Institute of Book Publishing, New Delhi, India, 1992 dan Stanford Professional Publishing Course, Stanford, California, 1994. Pensyarah / Editor Pusat Penerbitan dan Percetakan 43600 UKM, Bangi, Selangor D. E. Tel: 03 8921 5939 Faks: 03 8925 4575 e-mel: roosfa@pkrisc.cc.ukm.my

Abdul Manaf Saad


Beliau merupakan bekas pensyarah dan penyelaras Program Pengajian Penerbitan di Jabatan penulisan, Universiti Malaya. Beliau juga adalah bekas Ketua Jabatan Penerbitan Universiti Malaya. Sebelum itu, beliau berkhidmat di Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan. Semasa menerajui Penerbit Universiti Malaya, beliau pernah menjalani program sabatikal di University of Toronto Press, Kanada. Kerjaya beliau dalam dunia penerbitan ialah sebagai Pengurus Penerbitan di Berita Publishing Sdn. Bhd. Yayasan Penataran Ilmu, Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), PEPET dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Beliau telah banyak membentangkan kertas kerja antaranya Fifty Rugged Years of Malaysian Scholarly Presses dibentangkan di 16 th International Association Historian of Asia Conference, 2000. Pada 1992 beliau membentangkan Malaysian Scholarly Publishing Revisited di Universiti Chulalongkorn, Bangkok. Antara 1987-90, beliau menjalankan penyelidikan mengenai pembaca dan kepengarangan dalam MAPIM selain beberapa penyelidikan beliau tentang analisis kandungan akhbar sesuai dengan bidang kepakaran beliau dalam bidang kewartawanan (1987-90).

Salleh Hamzah
Beliau merupakan Pengarah Urusan di Pustaka Wira, bekas wartawan dan penulis di Utusan Melayu dan Berita Harian. Ketika bertugas di bidang kewartawanan, beliau telah menghasilkan novel kanak-kanak, skrip drama radio dan TV di samping menulis buku-buku bacaan sekolah khususnya di bidang sejarah. Beliau telah dianugerahkan Wartawan Terbaik Malaysia, 1980. Salleh Hamzah adalah seorang kartunis dan menghasilkan kartun bersiri di Berita Harian selama enam tahun. Beliau juga mahir dalam bidang reka bentuk dan reka letak surat khabar dan majalah. Minatnya yang mendalam terhadap penerbitan telah mendorong beliau membuka syarikat penerbitannya sendiri iaitu Pustaka Wira Sdn. Bhd., dengan menerbitkan majalah Ibu dan Cahaya Mataku, antara penerbitan yang diuruskan oleh Salleh Hamzah melalui Pustaka Wira ialah Sari Buku (Dewan Bahasa dan Pustaka), Berita BaitulMal, We Care (Baitulmal Wilayah Persekutuan), Usahawan Malaysia (Institut Usahawan Bumiputera), Berita Darulaman (Kerajaan Kedah) dan Penyelidikan UKM (Biro Rundingan dan Kembangan, UKM).

Khalid Hashim
Pereka/Ketua Bahagian Pembangunan dan Latihan, Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM. Sebelum bertugas di UKM, beliau bertugas di beberapa syarikat percetakan digital dan pengiklanan swasta sebagai Pereka dan Ketua Pereka. Semasa berkhidmat di UKM beliau turut aktif menyelenggaradan membimbing pelbagai bengkel yang berkiatan dengan perkhidmatan di Pusat Penerbitan dan Percetakan amnya. Pusat Penerbitan dan Percetakan 43600 UKM, Bangi. Selangor D. E. Tel: 03 8921 3989 Faks: 03 8925 4575 e-mel: alid@pkrisc.cc.ukm.my

Abas Hassan Jurugambar Berkhidmat sebagai jurugambar profesional dalam dan luar negara. Berasal dari Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Bermula sebagai wakil jualan di syarikat Fotokem pada tahun 1995. Kerjaya cemerlang ialah anugerah khas top salesman Fotokem seluruh Malaysia dan menimba banyak pengetahuan dari segi teknikal, konvensional dan digital. Pernah ditugaskan oleh sebuah syarikat dari Sweden, University of Southern California dan gambar kereta Mitsubishi Evolution 3 yang dipandu pelakon terkenal Jacky Chan dalam filem Police Story. Beliau adalah jurugambar rasmi Art Case gallery, Kuala Lumpur. Kursus profesional yang pernah ikutinya ialah anjuran Seoul Advance Professional Photographer Academy (SAPPA), kursus peralatan profesional Leica. Menjadi pemeriksa kursus Fotografi Digital di Universiti Malaya, fasilatator fotografi digital untuk Angkatan Seni Foto Negeri Selangor. ASFONS, jabatan-jabatan kerajaan, IPTA , IPTS dan juga individu yang ingin mendalami fotografi.

Zulkifli Ibrahim
Pegawai Penerbitan / Ketua Unit Prapenerbitan di Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM. Berkhidmat di UKM selama 20 tahun. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam reka bentuk grafik. Hasil karya beliau telah banyak digunakan oleh di peringkat kebangsaan, antaranya Reka Bentuk Logo 3rd. ASEAN Varsity Games Malaysia, Logo Sambutan 25 Tahun UKM, Logo dan Maskot Tahun Melawat Negeri Sembilan 1999, Arca/Tugu Keris dan Logo Sambutan 30 Tahun UKM dan banyak lagi. Selain daripada itu, beliau turut aktif menyertai pelbagai pameran di peringkat kebangsaan yang mempamerkan ilustrasi, lukisan dan kartun. Pusat Penerbitan dan Percetakan 43600 UKM, Bangi. Selangor D. E. Tel: 03 8921 5308 Faks:03 8925 4575 e-mel: zulhiba@pkrisc.cc.ukm.my

Hari Pertama Isnin 6 September 2004


4.15-4.30 ptg. : Minum Petang 7.00-8.30 pg. : Sarapan Pagi SESI 1: 8.30-9.30 pg. Acara Pembukaan & Pengenalan peserta SESI 2: 9.30-10.30 pg. Teori dan Amalan Penerbitan: Teori tentang penerbitan, jenis penerbitan, struktur organisasi dasar penerbitan, dasar penerbitan editorial, jawatankuasa penerbitan, prosedur kerja, kakitangan, modal, penulis, latihan kakitangan penerbitan. Hasrom Haron, Ketua, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM 10.30-10.45 pg. : Minum Pagi SESI 3: 10.45-11.45 pg. Undang-undang dan Akta dalam Penerbitan dan Percetakan: Hak cipta, etika dan ganjaran royalti; konsep hak cipta, konsep harta intelektual, ganjaran, Prof. Madya Dr. Hamidin, Pensyarah, UiTM SESI 4: 11.45-12.45 tgh. Mengenali Kategori Terbitan: Buku, terbitan berkala, majalah, buletin, jurnal, video; terbitan ilmiah, terbitan umum, terbitan korporat, terbitan agama, terbitan persatuan, poster, buku cenderamata, kad jemputan, dll. Roosfa Hashim, Pensyarah/Editor, UKM 12.45-2.00 tgh. : Makan Tengahari SESI 5: 2.15-3.15 ptg. Mengenali Buku Laporan Tahunan: Penerbitan buku laporan tahunan institusi dari pelbagai aspek: piawai kandungan, reka bentuk, reka letak, gaya, imej korporat, pengurusan, editorial, jadual penerbitan, konsep khas dan lain-lain yang berkaitan. Siti Petimah Hj. Hassan, MARDI SESI 6: 3.15-4.15 ptg. Pengenalan Penerbitan Buletin dan Majalah: Mengenai terbitan berkala; buletin, majalah. Roosfa Hashim, Pensyarah/Editor, UKM SESI 7: 4.30-5.30 ptg. Projek Kumpulan Tahap 1 Membentuk kumpulan dan melantik ketua, membuat pembahagian tugas kumpulan, merangka projek terbitan yang dipilih: meliputi tujuan terbitan, judul terbitan, kos penerbitan, proses penerbitan dan perkara-perkara yang berkaitan. Menyediakan bahan dan pembahagian tugasan bagi sesi 28. Roosfa Hashim, Pensyarah/Editor, UKM 7.30-8.30 mlm. : Makan Malam SESI 8: 8.30-10.00 mlm. Menghambakan Diri kepada Penulisan dan Ilmu Pengetahuan Berkongsi pengalaman dalam pengurusan penerbitan majalah. Pengalamannya di sektor swasta amat berguna dimanfaat oleh petugas penerbitan baik dalam dunia swasta ataupun sektor awam. Muhamad Mahmud, Ketua Editor, majalah Pengasuh 10.00-10.30 mlm. : Minum Malam

Hari Kedua Selasa 7 September 2004

7.00-8.30 pg. : Sarapan Pagi Sesi 9: 8.30-10.00 pg. Mengenali Teknologi Percetakan, Ofset, POD, dan Digital: Proses percetakan, bahan pakai habis penerbitan dan percetakan. Jenis, saiz dan contoh kertas. Prof. Madya Dr. Hamidin, UITM 10.30-10.45 pg. : Minum Pagi Sesi 10: 10.15-11.30 pg. Teori dan Amali Reka Bentuk: Asas teori dan amali reka bentuk; kulit buku, majalah, poster, terbitan rasmi dan korporat. Khalid Hashim, Pereka, UKM Sesi 11: 11.30-12.45 pg. Reka Bentuk dan Reka Letak: Proses prapenerbitan, konsep, ilustrasi dan warna. Peranan pereka dalam penyediaan pruf. Zulkifli Ibrahim, Pegawai Penerbitan, UKM 12.45-2.00 ptg. : Makan Tengahari Sesi 12: 2.15-3.15 ptg. Tipografi: Jenis fon dan penggunaan sela dalam reka bentuk dan reka letak. Khalid Hashim, Pereka, UKM Sesi 13: 3.15-5.15 ptg. Rakaman dan Liputan Fotografi; Jenis fotografi, subjek, komposisi, pencahayaan dan penyuntingan dalam penerbitan. Abbas Hassan, Jurugambar 5.15-5.30 ptg. : Minum Petang

Sesi 14: 5.30 - 6.30 ptg. Projek Kumpulan Tahap 2 Kumpulan akan merujuk kepada fasilitator dalam menyiapkan projek terbitan. Roosfa Hashim, Pensyarah/Editor , UKM 7.30-8.30 mlm. : Makan Malam Sesi 15: 8.30-10.00 mlm. Dari Tabloid ke Majalah Wanita: Pengurusan penerbitan majlah; pengalaman menerbitkan akhbar tabloid dan majalah. A. Jalil Ali, Ketua Editor, Kumpulan Karangkraf 10.00-10.30 mlm. : Minum Malam

Hari Ketiga Rabu 8 September 2004

7.00-8.30 pg. : Sarapan Pagi Sesi 16: 8.30-9.30 pg. Penerbitan Jurnal Ilmiah: Mengenali jurnal ilmiah, struktur jurnal, sifat jurnal, beza jurnal ilmiah dengan majalah popular, peranan penerbitan jurnal. Hasrom Haron, Ketua, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM Sesi 17: 9.30-10.30 pg. Pengurusan Editorial: Kategori editor, fungsi editor dan jenis penyuntingan. Abdul Manaf Saad, Pensyarah dan Penerbit 10.30-10.45 pg. : Minum Pagi Sesi 18: 10.45-11.45 pg. Pengurusan Prapenerbitan: Penggunaan teknologi dalam prapenerbitan; perisian dan perkakasan dalam reka bentuk dan reka letak. Ramlan Saad, Pereka, Universiti Multimedia Sesi 19: 11.45-12.45 pg. Pengurusan Percetakan: Proses dan kos percetakan. Rosly Miskam, Pembantu Pegawai Penerbitan , UKM 12.45-2.00 tgh. : Makan Tengahari Sesi 20: 2.30-3.30 ptg. Penulisan: Jenis penulisan, gaya penulisan, bentuk penulisan, laras penulisan Roosfa Hashim, Pensyarah/Editor , UKM Sesi 21: 3.30-5.30 ptg. Dunia Penerbitan Majalah dan Buletin: Konsep dan kategori penerbitan majalah serta buletin Salleh Hamzah, Pengarah Urusan, Pustaka Wira 5.30-5.45 ptg. : Minum Petang

7.30-8.30 mlm. : Makan Malam Sesi 22: 8.30-10.30 mlm. Isu Bahasa: Tatabahasa, Bahasa Melayu, kesalahan umum bahasa Melayu; penggunaan bahasa Inggeris dan teks dwi-bahasa. Ismail Salleh, Pensyarah, UKM 10.30-10.45 mlm. : Minum Malam Sesi 23: 10.45-11.30 ptg. Projek kumpulan Tahap 3 Menyediakan reka bentuk dan reka letak, menyunting teks dan penyemakan pruf. Roosfa Hashim, Pensyarah/Editor, UKM

Hari Keempat Khamis 9 September 2004


7.00-8.30 pg. : Sarapan Pagi Sesi 24: 8.30-10.30 pg. Semakan: Sebelum cetak dan terbit; semakan akhir dan check list serta bina gaya, tatacara dan senarai semakan bagi memastikan terbitan dapat dikeluarkan dengan bermutu. Hasrom Haron, Ketua, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM 10.30-10.45 pg. : Minum Pagi Sesi 25: 10.45-12.45 tgh. Pengurusan Promosi dan Pemasaran: Strategi pemasaran terbitan dan promosi; pelancaran buku, edaran poster, katalog, laman web serta media berkaitan. Syed Rashid, Pengurus Pemasaran, Koperasi UM 12.45-2.00 tgh. : Makan Tengahari Sesi 26: 2.00-5.30 tgh. Projek Kumpulan Tahap 4 Tahap akhir prapenerbitan; menyediakan bahan akhir dan sesi lawatan ke syarikat percetakan 1 Menyerahkan bahan sedia cetak (CRC) serta fail digital bagi proses pengeluaran terbitan masingmasing. 2. Semakan akhir dan pruf. 2. Proses penyediaan filem, plate dan kertas. Khalid Hashim, Pereka, UKM

5.30-5.45 ptg. : Minum Petang Sambungan Sesi 26: 5.45-6.30 ptg. 7.30-8.30 mlm. : Makan Malam Sambungan Sesi 26: 8.30-10.00 mlm. 10.00-10.30 mlm. : Minum Malam Sambungan Sesi 26: 10.30-12.00 mlm.

* Sesi 26 ini akan diselenggarakan oleh fasilitator dari 2.30 ptg. - 12.00 mlm.

Hari Kelima Jumaat 10 September 2004

7.00-8.30 pg. : Sarapan Pagi Sesi 27: Projek Kumpulan tahap 5 Projek Amali: Mencetak bahan tugasan. 1. Sehari berada di syarikat percetakan dan memastikan terbitan kumpulan diproses dan dicetak. 2. Penyediaan bagi sesi pembentangan pada hari keenam. Rosly Miskam, Pembantu Pegawai Penerbitan , UKM 12.00-1.00 tgh. : Makan Tengahari / Solat Jumaat Sambungan Sesi 28: 3.00-6.30 ptg.

7.30 - 8.30 mlm. : Makan Malam Sambungan Sesi 28: 8.30 10.00 mlm. 10.00 - 10.30 mlm. : Minum Malam Sambungan Sesi 28: 10.30 12.00 mlm.

* Sesi 27 ini akan diselenggarakan oleh fasilitator dari 8.30 pg - 12.00 mlm.
n pe

an bit er

editorial per

t ak ce

pr a

pe

n e r b it a n

buletin majalah buku jurnal buku laporan brosur poster surat cenderamat kad buku kad buletin berita logo kulit majalah borang jurnal buku jemputan kalender banner brosur laporan buku risalah logo penanda kad poster cenderamat kad kulit buku katalog sijil prosiding buletin surat berita logo nama kepala surat brosur borang kad jemputan kalender majalah buku jurnal at penanda banner logo risalah laporan buku cenderam kad nama kepala berita kad poster surat katalog sijil prosiding buku jurnal brosur kulit buku logo surat buletin majalah kad poster surat berita buku jurnal buku cenderamat kalender borang risalah laporan sijil kepala kad jemputan kad logo kulit buku katalog sijil prosiding kad nama at kad sijil banner laporan buku cenderam risalah logo penanda borang buku jurnal brosur kad jemputan kalender surat buletin majalah surat buletin logo kulit buku kad nama kepala poster surat poster surat berita at kad katalog sijil prosiding at logo penanda banner brosur laporan buku cenderam laporan buku cenderam majalah buku jurnal buku jurnal brosur kad jemputan kalender kad berita buletin majalah berita logo kulit buku surat katalog sijil prosiding kad poster brosur laporan logo penanda banner borang risalah surat buletin majalah buku jurnal kulit buku kad berita logo nama kepala kad poster surat logo penanda banner buku cenderamat buletin borang risalah nama kepala surat jemputan kalender kad at katalog sijil prosiding brosur laporan buku cenderam kad majalah buku jurnal berita logo kulit buku logo kad poster surat borang risalah kad jemputan kalender katalog sijil prosiding penanda banner surat buletin majalah nama kepala brosur laporan buku buku jurnal poster cenderamat kad berita surat

Hari Keenam Sabtu 1 September 2004 1

7.00-8.30 pg. : Sarapan Pagi Sesi 28: 8.30-10.30 pg. Projek Kumpulan Tahap 6: Pembentangan dan penilaian 1. Setiap kumpulan bersedia dengan terbitan yang siap dicetak; cetak 200 naskhah; 5 naskhah untuk panel penilai. 2. Pembentangan boleh dibuat dengan kaedah mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. 3. Setiap kumpulan diberikan masa tidak lebih 15 minit membentangkan projek penerbitannya. 10.30-10.45 pg. : Minum Pagi Sambungan Sesi 29: 10.45 -11.30 pg. Sesi 29: 11.30 - 12.00 tgh. Bedah Terbitan: Komen dan pandangan oleh para penilai. Pengerusi: Hasrom Haron, Ketua, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM 12.00-12.45 tgh. Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil 12.45 - 1.30 tgh. : Makan Tengahari 2.00 ptg. : Check out

Hadiah Selepas pembentangan panel penilai akan menetapkan penerima hadiah terbaik dan penghargaan. Kumpulan terbaik apabila anggota kumpulan mencapai; 1. Satu hadiah peserta terbaik: dari pelbagai aspek dalam bidang penerbitan 2. Satu hadiah pereka terbaik: untuk rekabentuk, bahan cetakan 3. Satu hadiah editor terbaik: untuk kandungan, bahasa 4. Satu hadiah kumpulan terbaik: dari pelbagai aspek iaitu kerjasama dan komitmen peserta kepada kumpulan melalui daya kreativiti, pengurusan serta displin 5. Semua penerima hadiah terbaik akan menerima sijil dan buku.

Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM


Pengenalan
Pusat Penerbitan dan Percetakan adalah gabungan daripada Pusat Teknologi Pendidikan (PTP) dan Pejabat Penerbit pada tahun 1998. Pada awalnya pusat ini dinamakan Pusat Penerbitan dan Teknologi Pendidikan, dan ditukar nama Pusat Penerbitan dan Percetakan pada tahun 2003. Pusat ini terdiri daripada lima bahagian iaitu Bahagian Editorial (Penerbit UKM), Bahagian Percetakan, Bahagian Multimedia, Bahagian Korporat dan Pemasaran, dan Bahagian Pembangunan dan Latihan. 6. Memberi perkhidmatan peralatan teknologi pendidikan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan urusan UKM lainnya. Misalnya: a. Persidangan video b. Bahan kuliah dalam laman web c. Penggunaan teknologi digital dalam penyampaian kuliah Tugas dan fungsi Penerbit UKM sebagai penerbit buku, monograf dan jurnal ilmiah universiti akan dikekalkan seperti dalam peraturan yang sedia ada. Menjalankan fungsi urus setia untuk tiga jawatankuasa seperti di bawah: a. Sidang Pengarang Universiti yang khas menimbangkan dasar penerbitan ilmiah universiti dan menimbangkan penerbitan karya ilmiah melalui Penerbit UKM akan terus berjalan dengan peraturan yang ada; b. Jawatankuasa Penerbitan dan Percetakan yang akan menjadi badan penyelaras penerbitan dan pengeluaran produk terbitan lain. (Peraturan baru mengenai Jawatankuasa Penerbitan akan dikeluarkan) Mengadakan latihan untuk kakitangan akademik dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran termasuk latihan dalam bidang penulisan dan penerbitan khususnya untuk penerbitan multimedia.

7.

Objektif
1
Menerangkan dasar dan garis panduan dan piawaian baru dalam perkhidmatan Pusat Penerbitan dan Percetakan. Memudahkan proses perkhidmatan di antara pelanggan dengan Pusat Penerbitan dan Percetakan yang agak kurang kemas selama ini. Menerangkan masalah-masalah yang timbul akibat kekurangan pengetahuan tentang tata cara, dasar dan proses perkhidmatan yang diminta.

8.

Peranan Pusat
1. Berfungsi sebagai jabatan penerbitan yang menerbitkan dan mencetak bahan terbitan untuk keperluan penerbitan ilmiah dan penerbitan universiti lain. Merancang dan menetapkan dasar penerbitan dan percetakan universiti. Berfungsi sebagai pusat kemudahan penerbitan elektronik / multimedia. Mengembangkan konsep penerbitan dan pengeluaran selain daripada bentuk konvensional yang wujud sekarang dengan menggunakan teknologi maklumat dengan lebih bersungguhsungguh. Menghasilkan terbitan ilmiah dan terbitan universiti yang lain dalam bentuk konvensional dan digital seperti berikut: a. Buku, monograf, jurnal bercetak ofset b. Buku, monograf, jurnal bercetak secara online teknologi digital c. Terbitan jurnal online elektronik / dalam laman web d. Dokumentasi digital koleksi bahan saintifik Malaysiana e. Dokumentasi digital laporan penyelidikan Universiti f. Mempelopori pembinaan koleksi korpus Melayu digital g. Menerbitkan tesis dalam bentuk digital Menghasilkan produk baru meliputi bahan pengajaran dan pembelajaran, dan penerbitan bahan kuliah dalam laman web. 9.

2.

3.

Misi
1. Membentuk satu organisasi yang menjadi penyalur dan penyebar korpus ilmu peribumi dan pemikiran Bangi yang mantap dan berkesan sesuai dengan cabaran globalisasi semasa. 2. Mewujudkan pusat penerbitan dan pengeluaran elektronik dan multimedia yang berupaya merubah bahan terbitan konvensional kepada bahan terbitan digital. 3. Membangunkan bahan pendidikan baru dengan menggunakan korpus ilmu UKM yang sedia ada agar dapat meningkatkan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran UKM. 4. Menyedia dan membangunkan kemudahan teknologi maklumat untuk kemajuan dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan latihan kepada pengguna dalam dan luar UKM. 5. Meluaskan konsep penerbitan dan penerbit universiti dengan skop baru yang menjangkau penerbitan konvensional, penerbitan elektronik, dan perpustakaan digital.

4.

5.

Pencapaian Penerbit UKM/Pusat Penerbitan dan Percetakan


Sehinggan kini, Penerbit UKM telah menerbitkan lebih daripada 650 judul buku dan monograf serta 11 buah jurnal (melebihi 320 keluaran). Sejak tahun 1992, Penerbit UKM telah memenagi beberapa anugerah buku terbaik, di antaranya buku Memoir Arena Wati: Enda Gulingku mendapat Hadiah Buku Kebangsaan, sementara itu Roosfa Hashim di anugerahkan sebagai Editor Terbaik. Antara judul yang telah memenangi Hadiah Bahasa ialah Virologi Manusia (1993) dan Impak Pembangunan terhadap Alam Sekitar (1996). Buku Raja Aisyah Sulaiman: Pengarang Ulung Wanita Melayu memenangi Anugerah Sastera Perdana 1998/99 Kategori Buku Kajian Sastera. Buku Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 (1999) karya Nik Anuar Nik Mahmud pula memenangi Anugerah MAPIM-Fuji Xerox. Pusat Penerbitan dan Percetakan juga aktif menyelanggarakan bengkel dan seminar bagi memantapkan kualiti penerbitan buku khususya. Antara seminar dan bengkel kebangsaan yang telah dijalankan adalah ASEAN Scholarly Publishing Conference 27-29 Ogos 1990, Kuala Lumpur Bengkel Mutu Reka Bentuk dan Pengeluaran Buku dan Jurnal, 23-24 Januari 1992, Subang Jaya Seminar Industri Perbukuan Negara-Menuju Wawasan 2020, 19-20 Ogos 1992, Kuala Lumpur Bengkel Kebangsaan Pertama: Pengurusan Penerbitan Jabatan Kerajaan dengan kerjasama INTAN, 6-11 September 1993, INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur Bengkel Kebangsaan Ke-2: Pengurusan Penerbitan Jabatan Kerajaan, 4-9 Julai 1994, INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur Bengkel Penulisan Sains dan Teknologi, 18-19 Mac 1997, UKM Bengkel Penerbit UKM: Strategi Baru dan Pemantapan Mutu Terbitan Ilmiah, 24-25 Oktober 1997, UKM Sanggar Kerja Mutu Buku dan Jurnal Penerbit UKM Ke-5: Penilaian dan Pewasitan Terbitan Ilmiah, 14-16 Mei 1999, AFamosa Resort, Melaka Konvensyen Industri Perbukuan Negara, 8-9 November 2000, Equatorial Hotel, Bangi Sanggar Kerja Penerbit UKM Ke-6, 17-19 November 2000, Casuarina Beach Resort, Pulau Pinang Bengkel Penerbitan, Percetakan dan Multimedia, 8-10 Februari 2001, Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang Sanggar Kerja Ketua Bahagian, 4-6 Mei 2001, Century Mahkota, Melaka

Bengkel Pengendalian Adobe PageMaker, 13-14 Ogos 2001, UKM Bengkel Fotografi, 8 Februari 2002, UKM Bengkel Pengendalian Adobe PageMaker (Pertengahan), 20 Februari 2002, UKM Sanggar Kerja Mutu Perkhidmatan Multimedia, 2325 Ogos 2002, Orient Star, Lumut, Perak Bengkel Reka Bentuk Buletin, 24-26 Oktober 2002, Hotel Regency, Port Dickson Program Latihan Industri, 17-22 Februari 2003, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM Bengkel Penerbitan Buku Panduan Fakulti Sesi 2003/04, 18-19 Februari 2003, UKM Bengkel Perkhidmatan Pusat Penerbitan dan Percetakan, 18-20 April 2003, De Palma Inn, Kuala Selangor Bengkel Pengendalian Multiple-Camera Production, 20-23 Ogos 2003, UKM Sanggar Kerja Penerbit UKM Ke-9, 8-10 Ogos 2003, Century Mahkota Hotel, Melaka Bengkel Fotografi Ke-2, 28 September - 1 Oktober 2003, Summerset Kuala Rompin Bengkel ICT Pusat Penerbitan dan Percetakan, 10 Februari 2004, UKM Bengkel Penerbitan Buku Panduan Fakulti Sesi 2004/05, 19 Februari 2004, UKM Bengkel Fotografi (Pertengahan), 25 Februari 2004, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM Bengkel Penerbitan Skrip Video, 2-4 April 2004, Riviera Bay Resort, Melaka Bengkel Penyediaan Indeks, 26 Mac 2004, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM

Terbitan Terbaru Penerbit UKM


Memoir Ahmad Boestamam. Merdeka dengan Darah dalam Api 2004. Ahmad Boestamam ISBN 967-942-612-6 (pbc) ISBN 967-942-620-3 (hc) 384 pp RM55.00 / RM75.00
Boestamam tersohor sebagai seorang tokoh nasionalis dan penulis yang disegani, tajam dan peka dengan setiap isu di sekelilingnya. Pembongkaran sejarah tanah air, keterlibatannya dalam politik dan perjuangan Boestamam menentang penjajah sewaktu memperjuangkan Kemerdekaan dapat dilihat menerusi memoir ini. Karya beliau lebih tertumpu kepada pergolakan politik tanah air dalam suatu kehidupan yang sarat dengan perjuangan, pengorbanan dan penderitaan yang pernah ditanggungnya. Rentetan kehidupan beliau yang begitu tragis dilambong dek pergolakan dan cabaran dapat terkesan menerusi penulisannya yang mengalir di pelbagai wadah. Kekentalan semangat yang ditiup oleh Subhas Chandra Boes terus mengalir dalam jiwa Ruhi Hayat sehingga beliau sanggup mengabadikan nama popularnya sebagai Boestamam. Rata-rata kejayaan hebatnya terkesan setelah berjaya membongkar bahan-bahan sejarah tanah air dalam bentuk perjuangan dan diterapkan menerusi tulisan-tulisannya yang masih boleh dirujuk sehingga kini. Bahan ini sesuai untuk bacaan masyarakat umum dan rujukan pelajar sains politik.

Mosque Architecture in the Malay World 2004. Abdul Halim Nasir ISBN 967-942-625-4 (hc). 188 pp RM120.00
The mark of the existence of Islam in the Malay Archipelago is the mosque. The shape of earlier mosques constructed after the spread of Islam in this region is not clearly known. Only after the 15th century were the architectural trends and influences clearly defined and it distinctly shows the influence of architectural elements present before the arrival of Islam in the region. These may be attributed to either the Hindu architecture of established local architecture. It is now clear that the architecture of the earliest mosques in the Malay archipelago featured elements such as the Mew roof, or layered roof and this style is known as the Nusantara Malay design. In the course of this study, it became apparent that

the Demak mosques in Java is the earliest mosque to be built in the Malay Archipelago, that is in the late 15th century. Such mosque design spread throughout the Malay World especially in the area occupied by Muslims. The expansion of Islam throughout the archipelago in the 15th and 16th centuries was accompanied by the building of mosques. During that period, there already existed Islamic administrative centres in the region such as the Islamic governments of Java, Brunei, the Philippines, Pattani, Sumatera and Melaka. The establishment of these governments made it possible for the most highly skilled craftsmen to display their creativity. They build mosques in a fashion suitable with the climate and local surroundings, especially the hot climate and the rain that fell throughout the year. Furthermore, the ease and accessibility of timber as a building material did not detract the function of the mosque itself. Architecture knows no boundaries or limitations to hinder its progress. The same can be said of the mosque, the symbol of Islam which encourages Muslims in the region to think and aspire so that mosque architecture does not remain static.

Politik dan Agama di Sabah. 2004. ISBN 967-942-381-6. Cetakan ke-2. Ismail Yusoff 164 pp. RM20.00.
Dalam kebanyakan analisis tentang konflik politik yang dilakukan di Malaysia pengkaji cenderung menggunakan model konflik etnik atau hubungan ras sebagai suatu pendekatan yang dianggap sesuai dan paling tepat. Perpecahan etnik atau perkauman selalu dikaitkan dengan proses politik dan perbezaan budaya dalam sesebuah negara baru yang mengamalkan sistem demokrasi ala Westminster. Kebanyakan kajian yang lalu mengenai Sabah dan Sarawak juga menekankan kepada faktor etnisiti dalam menjelaskan politik di kedua-dua negeri ini. Namun penulis buku ini menolak perspektif

konvensional ini dan memperkenalkan pendekatan baru untuk memperlihatkan dimensi politik di Sabah yang berasaskan kepada agama. Menurut penulis, punca sebenar konflik ini ialah akibat cita-cita atau pakatan Kristian antarabangsa untuk menjadikan Sabah bersamasama Filipina sebagai sebuah wilayah yang didominasi oleh agama Kristian. Dalam masa yang sama Islam cuba mempertahankan dominasinya. Tegasnya konflik ini berlaku akibat pertembungan dua peradaban besar dunia iaitu antara Islam dan Kristian atau apa yang diistilahkan oleh P. Hutington sebagai the clash of civilization. ISMAIL YUSOFF asalnya seorang pustakawan, kini menjadi pensyarah di Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. Beliau kini sedang menyiapkan disertasi peringkat kedoktoran di Universiti Malaya. Kajiannya ini memberi tumpuan kepada konflik agama dan politik. Buku Politik dan Agama di Sabah ini telah meraih Anugerah Buku Akademik, UUM 1997.

Biografi Dato Onn: Hidup Melayu. 2004. Anwar Abdullah. ISBN 967-942645-9. 280 pp. RM30.00.
Dato Onn diingati kerana budinya yang besar kepada orang Melayu dan peribadi luhurnya yang berasal daripada keturunan keluarga menteri di Johor. Sebagai seorang naionalis, dengan wataknya yang tenang tetapi tegas Onn Jaafar telah membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. Banyak babak menarik dalam sejarah hidupnya. Salah satu yang penting ialah apabila beliau berselisih faham dengan istana. Insiden ini jelas memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi yang sentiasa mementingkan Sultan. Dato Onn berkhidmat dengan Kerajaan Johor antara 1911-49, bermula sebagai seorang kerani dan menamatkan perkhidmatannya sebagai Menteri Besar Johor. Beliau pernah dua kali dibuang kerja. Kali pertama pada 1920 dan sekali lagi pada 1926. Bahkan beliau pernah dibuang negeri oleh Sultan

Ibrahim. Kesukaran hidup yang dialaminya bersama rakyat jelata lebih ketara apabila pada suatu ketika semasa pemerintahan Jepun, beliau bersembunyi di hutan Kempas dan menjalani hidup yang sukar. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung ini telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dilanda peperangan. Beliau sepatutnya berada dengan selesa bersama Sultan Johor diiringi tentera Jepun menyelamatkan diri ke Batu Pahat. Apabila perang tamat beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat menubuhkan Malayan Union. Dato Onn dikenali juga kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik. Namun demikian, sikapnya yang anti perkauman itu kemudiannya telah meminggirkan beliau daripada pentas politik negara ini. Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan semangat kemerdekaan dengan mengangkat senjata.

Bahasa Korea. 2004. Rou Seng Yoan & Kim Keum Hyun. ISBN 967-942-655-6 . 253 pp. RM25.00
Pada abad ke-15, Maharaja Sejong daripada Dinasti Lee telah mencipta satu sistem penulisan bersimbol khusus untuk bahasa Korea, iaitu Hangul. Pada mulanya Hangul hanya mempunyai 24 huruf, iaitu 14 konsonan dan 10 vokal, tapi kini Hangul telah berkembang menjadi 40 huruf dengan 19 konsonan dan 21 vokal. Walau bagaimanapun 24 adalah huruf asas, manakala yang selebihnya adalah gabungan huruf asas. Konsonan Hangul

meniru bentuk organ bersuara seperti bibir, lidah atau kerongkong, manakala bentuk vokal pula mempunyai falsafah tentang syurga, tanah dan rakyat. Buku ini dibahagikan kepada 25 unit dengan setiap unit mengandungi bahagian perbualan, perbendaharaan kata, keterangan tatabahasa dan latihan. Untuk memudahkan pelajar menguasai bahasa Korea, bahagian perbualan dimuatkan dengan contoh perbualan harian supaya pelajar boleh menggunakannya dalam berkomunikasi. Bahagian perbendaharan kata dan keterangan tatabahasa akan menjelaskan makna dan cara penggunaan secara terperinci. Contoh yang digunakan di sini juga adalah daripada perbualan harian. Selepas setiap lima unit akan diberikan ulangkaji untuk membolehkan pelajar mengaplikasi pelajaran yang telah dipelajari.

Umno dalam Politik dan Perniagaan Melayu. 2004. Jamaie Hj Hamil. ISBN 967-942-643-2. RM 35.00.
Perniagaan adalah suatu bidang yang jarang diceburi oleh orang Melayu kerana dasar diskriminasi kolonial serta sistem ekonomi dualisme yang dibawa oleh penjajah untuk terus meminggirkan orang Melayu dari menguasai bidang ekonomi. Menyedari akan kemunduran kedudukan sosioekonomi berkenaan, UMNO sebagai teras pemerintah yang berkuasa telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya. Melalui kepimpinan UMNO bermula era Tun Razak beberapa langkah telah diperkenalkan untuk mengatasi kemunduran berkenaan. Kongres Ekonomi Bumiputera I dan II, DEB, MARA, PERNAS dan UDA dilancarkan untuk membantu orang Melayu supaya terlibat dalam sektor perekonomian khusnya bidang perniagaan. Institusi-institusi amanah ini dibentuk untuk memastikan kepentingan bumiputera dipelihara dengan menyediakan pelbagai kemudahan, insentif dan bantuan yang diperlukan.

Dalam masa yang sama UMNO turut bertindak sebagai mangkin dalam mempercepat penglibatan organisasi orang Melayu dalam perniagaan. UMNO telah membentuk syarikatsyarikat korporatnya. Di era Dr. Mahathir, orientasi perekonomian telah bertukar kepada meletakkan asas berkenaan sejak DEB dilancarkan. Akan tetapi apabila pemegang amanah korporat (nominees & proxy) UMNO ini turut terlibat dalam perniagaan, situasi telah bertukar kerana kepentingan politik serta kepentingan ekonomi dimanipulasi. Situasi ini semakin sukar dipisahkan apabila orang Melayu yang dibantu oleh UMNO dahulunya telah menjadi jutawan atau ahli korporat yang berjaya. Mereka terus bergantung pada elit politik untuk memastikan survival perniagaan mereka terjamin. Sementara itu elit politik pula bergantung pada elit ekonomi berkenaan untuk terus mengukuhkan kekuasaan. Bagi orang Melayu untuk mengumpul kekayaan, jalan pintas adalah dengan sukarela, tetapi menjadi rebutan di semua peringkat. Amalan kronisme dan nepotisme dibenarkan, politik wang berlanjutan, krisis kepimpinan bertukarganti dan perpecahan perpaduan Melayu adalah berpunca dari gejalagejala tindakan aktor dalam kepimpinan UMNO.

Obor Penerbitan Ilmiah Karya Ilmiah


Alam Sekitar Antropologi & Sosiologi Bahasa Melayu & Bahasa Asing Biologi Ekonomi Etnografi Geologi Kejuruteraan Matematik Memoir & Biografi Pendidikan Perubatan Pengajian Islam Pengurusan & Perniagaan Sains Komputer Sastera Melayu & Inggeris Sejarah Sains Gunaan Sains Politik Teknologi

Siri Terbitan
Alam dan Tamadun Melayu Buku Teks Disertasi / Tesis Isu Ekonomi Semasa Jurnal Kajian Dialek Melayu Kajian Malaysia dan Antarabangsa Konflik Antarabangsa Kumpulan Kertas Kerja Memoir & Biografi Monograf Patani Selindung Bayu Pemikiran Bangi Pengajian Islam Pustaka Ilmu Rujukan Sains dan Teknologi Syarahan Perdana Profesor

PUSAT PENERBITAN DAN PERCETAKAN


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Tel: 03-8921 5840 Faks: 03-8925 4575 E-mel: penerbit@pkrisc.cc.ukm.my Laman Web: http://www.penerbit.ukm.my

Anda mungkin juga menyukai