Anda di halaman 1dari 7

BICARAWARA BUKU: MEMUPUK BAKAT DAN MINAT SEBAGAI PENULIS

TARIKH: 24 SEPTEMBER 2021


MASA: 3.00 PETANG
PLATFORM: GOOGLE MEET, YOUTUBE & FACEBOOK
SKRIP MODERATOR & PANEL (1 JAM 30 MINIT)

TINDAKAN SKRIP CATATAN


Pengacara Assalamualaikum, salam sejahtera, salam Bicarawara
Buku untuk semua,

Yang Berbahagia, Dr Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor


Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Timbalan Rektor Kanan, Timbalan-timbalan
Rektor, pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan
Malaysia, pegawai-pegawai IPGM, pegawai-pegawai
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah,
para pensyarah IPG Kampus, guru-guru, tuan-tuan dan
puan-puan yang dihormati sekalian.

Selamat datang diucapkan kepada seluruh warga maya


ke program Bicarawara Buku anjuran bersama
Perpustakaan Dato’ Lukman Musa dan Penerbit IPG
Kampus Bahasa Melayu.

 "Buku merupakan jendela dunia"


Saya pasti kita semua biasa mendengar kalimat itu.
Dengan membaca, kualiti hidup manusia dapat
ditingkatkan. Kita tidak perlu menyelam ke dasar lautan
untuk mengetahui isi perutnya, tetapi, dengan membaca
kita bagaikan telah menyelam ke dasar lautan dan
mengetahui segala kandungan di dalamnya. Kita tidak
perlu merisikokan diri untuk mendapatkan informasi yang
kita hajati. Dengan meneroka dunia menerusi
pembacaan buku, kita mampu memperoleh banyak
maklumat yang kita ingini.

Tuan puan yang dirahmati,

Montaj (??
minit) MONTAJ

Dr Nirwana Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera diucapkan


kepada semua penonton di google meet dan warga maya
sekalian.
BICARAWARA BUKU: MEMUPUK BAKAT DAN MINAT SEBAGAI PENULIS

TINDAKAN SKRIP CATATAN


Selamat datang ke program Bicarawara Buku anjuran
bersama Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu dan
Perpustakaan Dato’ Lukman Musa.

Fokus bicara pada kali ini berkisar tentang bagaimana


kampus ini membangunkan penerbitannya sendiri dan
kini terdapat lebih 25 buah buku telah diterbitkan
menerusi kerjasama pintar antara panel penilai
manuskrip dan editor bahasa yang terdiri daripada tenaga
pensyarah di kampus ini dengan syarikat penerbitan luar
yang ada di negara kita ini.

Hari ini kita bertuah kerana berpeluang mengenali lebih


dekat lagi usaha menyemarakkan penerbitan buku-buku
ilmiah dan karya sastera dengan mengetengahkan tiga
orang panel yang pada pendapat saya mempunyai
peranan masing-masing dalam usaha melahirkan lebih
ramai penulis di tanah air kita ini.

Baiklah, izinkan saya memperkenalkan panel yang


pertama, iaitu Yang Berbahagia, Puan Nor Asilah binti
Osman, Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu.
Sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah di sini,
beliau merupakan Timbalan Pengarah di IPG Kampus
Sultan Abdul Halim, Sg Petani, Kedah.

Seterusnya, panel kedua, Dr Mahdi bin Shuid, Ketua


Jabatan di Jabatan Sains Kemanusiaan, merangkap
Pengurus Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu, yang
juga merupakan seorang penulis yang prolifik khasnya
dalam bidang sejarah.

Dan dipersilakan panel yang ketiga, Puan Yasmin binti


Yusoff, seorang Pengurus Projek Penerbitan di Global
Mediastreet Sdn Bhd atau Nusamas. Beliau
berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia penerbitan
tanah air. Beliau juga merupakan lulusan dalam bidang
perundangan ITM Shah Alam.

Selamat datang diucapkan kepada ketiga-tiga panel ke


pentas Bicarawara Buku pada kali ini. Terima kasih
diucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk
bersama-sama kami mengupas dan membincangkan
usaha menerbitkan buku-buku yang berkualiti khasnya
BICARAWARA BUKU: MEMUPUK BAKAT DAN MINAT SEBAGAI PENULIS

TINDAKAN SKRIP CATATAN


dalam kalangan para pensyarah di kampus ini.

PUSINGAN 1
Dr Nirwana
Untuk pusingan pertama ini, saya ingin mengajukan
soalan kepada Puan Hajah Nor Asilah. Boleh Puan
Hajah terangkan sedikit berkaitan latar belakang
penerbitan buku di kampus ini dan impaknya kepada
tenaga pakar yang ada di sini?
Puan Hajah
Nor Asilah Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu mula beroperasi
pada pertengahan tahun 2017. Pada tahun pertama
penubuhan, kampus ini berjaya menerbitkan sebanyak 3
buah buku melalui pembiayaan oleh koperasi kampus.
Pada tahun-tahun berikutnya, jumlah buku yang
diterbitkan meningkat sedikit demi sedikit. Kami mula
meneroka potensi kerjasama dengan syarikat penerbitan
luar bagi mengatasi kekangan modal untuk menerbitkan
sesebuah buku kerana penulis yang terlibat bukan sahaja
dalam kalangan tenaga pengajar di kampus ini, malah
terdiri daripada para penulis dari universiti lain serta
orang awam. Sehingga kini, kami telah menerbitkan 25
judul buku. Jelas di situ bahawa, usaha ini memberikan
impak yang besar kepada para pensyarah dan penulis
lain yang berminat untuk menerbitkan buku mereka
dengan kami.
Dr Nirwana
Terima kasih Puan Hajah atas penjelasan tentang usaha
menerbitkan sendiri buku di kampus ini. Semoga usaha
ini mampu melahirkan ramai penulis buku ilmiah yang
berwibawa. Soalan seterusnya saya tujukan kepada Dr
Mahdi. Boleh Dr jelaskan tentang penglibatan Dr dalam
dunia penulisan buku.
Dr Mahdi
Dr Nirwana
Nampaknya pemilihan Dr sebagai Pengurus Penerbit IPG
KBM bagaikan menyarung cincin ke jari manis. Tepat dan
kena pada orangnya. Seterusnya, saya beralih kepada
panel ketiga hari ini, Puan Yasmin Yusoff, iaitu individu
yang terlibat secara langsung dalam dunia penerbitan
buku. Boleh puan kongsikan sedikit latar belakang
penglibatan puan dalam bidang penerbitan?
BICARAWARA BUKU: MEMUPUK BAKAT DAN MINAT SEBAGAI PENULIS

TINDAKAN SKRIP CATATAN


Pn Yasmin
PUSINGAN 2
Dr Nirwana
Apakah perancangan yang telah dan akan dibuat oleh
kampus ini bagi merancakkan lagi penerbitan buku?
Puan Hajah Kami amat mengalu-alukan para penulis untuk
Nor Asilah menghantar manuskrip mereka untuk dinilai, disunting
dan seterusnya diterbitkan.

Kami menyediakan tiga jenis pekhidmatan, iaitu:


1. Kos penerbitan ditanggung 100% oleh pihak
kami. Para pensyarah digalakkan menulis buku-
buku yang berkaitan dengan silibus program yang
ditawarkan di kampus seluruh negara. Royalti
yang diterima bergantung pada jumlah jualan buku
buku dalam tempoh setahun.

2. Kos percetakan ditanggung oleh penulis itu


sendiri. Semua urusan penerbitan, bermula dari
penilaian oleh pakar bidang, kerja suntingan, reka
letak dan ilustrasi kulit buku, dilaksanakan oleh
pihak kami.

3. Khidmat penilaian manuskrip oleh pakar


bidang berkaitan kandungan manuskrip dan
proses suntingan manuskrip. Proses kerja
penerbitan di kampus ini menjadi lebih pantas
dengan adanya penilai pakar dan penyunting
dalaman yang memang ada wibawa dalam bidang
berkenaan dan mahir dari aspek kebahasaan.

Perancangan Masa Depan


1. Kami berhasrat untuk mendigitalkan kesemua
buku terbitan kami agar dapat diakses dengan
lebih mudah dan lebih luas. Kos untuk mengakses
buku-buku terbitan kami akan menjadi lebih murah
untuk warga kampus.

2. Kami juga merancang untuk menjalin kerjasama


pintar dengan institusi luar yang berkaitan dengan
bahasa, budaya, sastera dan sejarah untuk
menyelenggara, mengkaji dan menerbit naskhah
Melayu lama semula yang belum pernah dikaji
sebelum ini.
BICARAWARA BUKU: MEMUPUK BAKAT DAN MINAT SEBAGAI PENULIS

TINDAKAN SKRIP CATATAN


Dr Nirwana
Sebagai penulis yang berpengalaman, boleh Dr Mahdi
kongsikan jenis buku yang pernah Dr tulis dan telah
diterbitkan?
Dr Mahdi
Dr Nirwana
Buku dalam bidang apa yang sering menjadi tumpuan
para pencinta buku khasnya di Malaysia?
Pn Yasmin
PUSINGAN 3
Dr Nirwana
Bagaimanakah Puan Hajah menggalakkan para
pensyarah agar melibatkan diri sebagai penulis buku di
kampus ini?
Puan Hajah IPGM telah menetapkan KPI agar setiap IPG Kampus
Nor Asilah menerbitkan minimum 10 buah bahan penerbitan selain
daripada bahan dalam penyelidikan dan inovasi. Oleh
itu, saya amat menggalakkan setiap pensyarah untuk
menulis buku dalam bidang kepakaran masing-masing.
Dengan penghasilan buku itu, mereka bukan sahaja
dapat menambah jumlah buku dalam bidang berkenaan
tetapi pada masa yang sama, ilmu dan kepakaran yang
ada pada setiap pensyarah dapat dizahirkan dalam
bentuk buku fizikal yang dapat diakses untuk tempoh
yang lama oleh para peminat buku bidang-bidang
berkenaan.

Sehubungan itu, saya amat menggalakkan para


pensyarah mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang
dianjurkan dari semasa ke semasa sama ada pada
peringkat kampus mahu pun dengan penganjur luar. Hal
ini penting agar mereka sentiasa terbimbing dan dapat
menyelesaikan manuskrip dalam tempoh yang lebih
pendek.

Pihak kampus juga memberikan pengiktirafan kepada


para penulis dalam kalangan pensyarah pada setiap
tahun semasa majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
dalam kategori Penerbitan.
BICARAWARA BUKU: MEMUPUK BAKAT DAN MINAT SEBAGAI PENULIS

TINDAKAN SKRIP CATATAN


Dr Nirwana
Sebagai penulis, apakah bentuk persediaan yang
biasanya Dr Mahdi lakukan sebelum memulakan sesuatu
projek penulisan buku?
Dr Mahdi
Dr Nirwana
Boleh Puan Yasmin jelaskan tentang kriteria penulis yang
berwibawa?

Pn Yasmin
PUSINGAN 4
Dr Nirwana Apakah harapan Puan Hajah terhadap masa depan
Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu ini?
Puan Hajah
Nor Asilah Saya berharap agar usaha penerbitan ini diteruskan dari
semasa ke semasa seiring dengan perkembangan
teknologi masa kini seperti mendigitalkan buku-buku
sedia ada agar dapat diakses dengan lebih luas lagi.
Jumlah pensyarah yang terlibat dengan penerbitan juga
diharapkan semakin bertambah pada setiap tahun. Pada
tahun 2017, hanya tiga orang pensyarah yang
menerbitkan buku dengan pihak kami. Kini, jumlah yang
terlibat mencecah angka 38 orang kesemuanya.

Saya yakin, jumlah ini akan bertambah dari setahun ke


setahun memandangkan lebih ramai mula bergerak ke
arah usaha untuk menulis buku dalam bidang atau
mengikut minat masing-masing. Jadi, perkembangan
positif ini pastinya akan melahirkan lebih ramai penulis
dalam kalangan pensyarah di kampus ini. Untuk
pengetahuan semua, ramai juga pensyarah kita yang
menerbitkan buku dengan pihak luar seperti Dewan
Bahasa dan Pustaka, Insitut Terjemahan Buku Negara,
Sasbadi, dan lain-lain lagi. Kejayaan mereka ini sudah
tentulah amat membanggakan kami semua.
Dr Nirwana
Apakah bentuk cabaran yang sering di hadapi poleh
penulis bagi memastikan hasil tulisan sentiasa mendapat
tempat di hati para peminat buku?
Dr Mahdi
Dr Nirwana Bagaimanakah masa depan industri buku fizikal di negara
kita?
BICARAWARA BUKU: MEMUPUK BAKAT DAN MINAT SEBAGAI PENULIS

TINDAKAN SKRIP CATATAN


Pn Yasmin
SESI SOAL JAWAB
Dr Nirwana Tuan-tuan dan puan-puan, warga maya sekalian,

Silakan tulis soalan di ruangan sembang sekiranya ada


yang ingin ditanyakan kepada barisan panel.

PENUTUP
Dr Nirwana Nampaknya program Bicarawara Buku kali ini telah
sampai ke penghujungnya. Terima kasih diucapkan
kepada Yang Berbahagia, Puan Nor Asilah binti Osman,
Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu, Dr Mahdi bin
Shuid, Pengurus Penerbit IPG Kampus Bahasa Melayu
dan Puan Yasmin binti Yusoff, Pengurus Projek
Penerbitan di Global Mediastreet Sdn Bhd atau Nusamas
kerana sudi hadir untuk berkongsi pengalaman dengan
kita semua di sini.

Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Yang


Berbahagia, Dr Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Timbalan Rektor Kanan, Timbalan-timbalan Rektor,
pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia,
pegawai-pegawai IPGM, pegawai-pegawai Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, para
pensyarah IPG Kampus, guru-guru, tuan-tuan dan puan-
puan yang dihormati sekalian atas kesudian memberikan
sokongan kepada usaha program ini.

Tirai Bicarawara Buku menutup tirai perkongsian pada


hari ini dengan serangkap pantun.

Indah berkaca Tasik Kesumba,


Cantik amat tidak terperi;
Buku dibaca ilmu ditimba,
Itulah sifat insan bestari.

Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh dan jumpa lagi.

LAGU MEMBACA (HAFITS KHAMIS)

Anda mungkin juga menyukai