Anda di halaman 1dari 4

BORANG PERMOHONAN BAGI

GERAN PERPADUAN “KITA SELANGOR”


1. Nama Organisasi: Akedemi Kepimpinan Wanita Selangor

2. Nama Program: Pertandingan Penulisan Kreatif Naskah “Kita”

3. Latar Belakang:

Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk nilai perpaduan melalui naskah


manuskrip dan karya asli dari anak-anak Selangor. Keistimewaan program ini ialah
setiap penyertaan haruslah secara berkumpulan sekurang-kurangnya 2 orang dari 2
etnik dan budaya yang berbeza. Mereka akan berkerjasama mencipta, menulis,
menghasilkan karya kreatif mahupun penulisan sama ada karya penulisan puisi,
penulisan cerpen, novel, gambar menarik, karya asli sendiri bertemakan
PERPADUAN. Projek ini unik dan lain dari konsep kebiasaan yang sering dilakukan
tentang program bertemakan perpaduan. Projek ini memilih konsep penyatuan
perpaduan melalui buku atau naskah penulisan sebagai indikator utama
menyampaikan mesej perpaduan kaum.

Projek ini juga boleh berkolaberasi bersama Perbadanan Perpustakaan Awam


Selangor atau Dewan Bahasa dan Pustaka selaku penerbit jika hasil karya peserta
memenuhi kriteria dan berpotensi untuk diterbitkan dan barangkali boleh diedarkan
diseluruh perpustakaan negara mahupun sekolah-sekolah di Malaysia. Maka secara
tidak langsung, karya tersebut dapat memberikan royalti kepada penulis karya dan
sumber ekonomi kepada negara. Selain itu, kita juga akan memberikan Bengkel
Asas Penulisan secara PERCUMA kepada peserta pertandingan yang baharu
berjinak-jinak dalam bidang penulisan serta agihan kumpulan akan diberikan semasa
bengkel tersebut untuk mereka bertukar-tukar idea dan membentuk asimilasi budaya
sesama mereka.

4. Objektif & Impak Program:


Objektif Program

 Membentuk sahsiah murni melalui penulisan buku


 Menggalakkan perpaduan dalam bentuk yang berbeza iaitu penulisan kreatif
dalam menghasilkan karya yang mencerminkan perpaduan kaum
 Menerbitkan manuskrip bertemakan perpaduan kaum

Impak Program

Sesuatu bangsa itu berjaya kerana ketinggian ilmunya. Ilmu haruslah dicari,
diterokai dan dipelajari untuk mencapai kemajuan yang diingini. Program perpaduan
melalui naskah manuskrip ini merupakan satu kaedah yang paling mudah sekali
untuk menyebarkan mesej perpaduan kepada masyarakat disamping mendidik
masyarakat untuk rajin membaca dan mengekspresi kefahaman perpaduan melalui
penulisan dan idea kreatif. Oleh itu perpaduan kaum melalui naskah ini haruslah
dijadikan amalan dan diterapkan ke dalam jiwa masyarakat Malaysia. Jika dahulu,
penulisan digunakan sebagai bentuk sindiran, nasihat, ilmu tidak formal mahupun
formal kepada isu sosial, agama, semaangat patriotisme sebagai medium
penyampaian dan mesej kepada masyarakat. Melalui pertandingan ini juga, kita
memperkasakan amalan perpaduan melalui buku ini sebagai gaya hidup masyarakat
pada masa kini dan akan datang.

Selain itu, melalui pertandingan ini kita juga dapat menemui naskah penerbitan yang
berkualiti dari para perserta. Dan karya ini juga boleh dibawa kepada penerbit seperti
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor atau Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
diterbitkan, malah jika manuskrip itu benar-benar menepati kriteria penerbit,
kebarangkalian naskah tersebut akan diedarkan diseluruh sekolah dan perpustakaan
di seluruh negara. Secara tidak langsung, pemenang boleh mendapat hasil royalti
dari karya mereka. Tidak keterlaluan jika program ini boleh mendapat perhatian
masyarakat dunia, kerana program ini julung-julung kali diadakan dan segala
promosi akan dijalan secara maya.

5. Kumpulan Sasar:
 Pelajar sekolah di sekitar Selangor atau seluruh Malaysia
 Masyarakat Malaysia
 Penulis serta artis kreatif yang professional

6. Kaedah Pelaksanaan:
 Mod bersemuka, lokasi dicadangkan di Hotel Mardiyah, Shah Alam
 Mod Online di adakan melalui pautan Zoom dan Live Facebook

7. Belanjawan Program:
Sila nyatakan jumlah kasar bagi membiayai program ini mengikut butiran berikut:

No. Perkara Jumlah (RM)

1 Sewaan tempat 3,500.00

2 Makan dan minum (Sasaran 100 peserta) 8,500.00

3 Hadiah Pemenang Pertandingan 4,500.00

4 Bayaran Jurulatih 1,000.00

5 Cetakan 1,500.00

6 Kos Marketing Ads 1,000.00

Jumlah Keseluruhan (RM) 20,000.00

8. Tempoh Pelaksanaan: 1 bulan kempen dan penyertaan peserta


9. Garis Masa Pelaksanaan Program:

10 -20 Januari
 Persiapan kertas kerja oleh ahli kumpulan
 Penyerahan kertas kerja kepada Majlis Perpaduan dan Intergrasi Selangor
 Perbentangan projek dan slide untuk dinilai oleh pihak Majlis Perpaduan dan
Intergrasi Selangor
 Persediaan kempen pertandingan dan bengkel

20 Januari – 18 Februari
 Perlaksanaan kempen/poster/FB Page, Tiktok dan Media Massa
 Kolaberasi bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor untuk menyokong
kempen ini
 Menerima penyertaan dari peserta

20 Februari
 Bengkel Asas Penulisan Kreatif bersama panel selama satu hari
 Pembahagian kumpulan
 Penghasilan draft penulisan
 Penyampaian Sijil Penyertaan dan Perasmian oleh Exco Pembangunan Wanita
Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud

25 Februari
 Penyerahan naskah secara bercetak kepada urusetia program
 Semakan penyertaan supaya memenuhi kriteria asas pertandingan
 Serahan naskah bercetak kepada juri dari PPAS untuk dinilai

30 Februari
 Jangkaan pengumuman pemenang
 Penyerahan hadiah kepada pemenang

10. Pelan Promosi: Promosi akan dijalankan melalui


Facebook, Tiktok, Media Massa (RTM, Selamat Pagi Malaysia, Sinar Harian,
Selangorkini dll)

11. Bagaimanakah organisasi anda akan menekankan bahawa program yang bakal
dilaksanakan merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor?

Kita akan memberikan coverage istimewa sepanjang promosi bahawa ini merupakan
inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dan kami juga berkolaberasi bersama agensi-
agensi Negeri Selangor, khususnya Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Ini
jelas menonjolkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor menyahut seruan konsep
Kerajaan Perpaduan dengan menganjurkan program seperti ini, malahan dengan
penglibatan kempen penyertaan di media arus perdana maka projek ini akan
mendapat penyertaan meluas dan Kerajaan Negeri Selangor mendapat impak yang
besar selaku anjuran bersama organisasi kami dalam menghasilkan projek berimpak
tinggi seperti ini. Program ini bukan sahaja merangkumi kempen advokasi malahan
juga terdapat bengkel di dalam satu program.

12. Maklumat Pegawai untuk dihubungi:


Nama Pegawai Bertanggungjawab: Nur Atika Anisa Binti Mohammad Ali
No. Telefon Bimbit: 011-65279669
E-mel: atikaanisa89@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai