Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

TEMPAT:
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU (PPAT)
20300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

TARIKH:
25 FEBRUARI 2020

ANJURAN:
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DENGAN KERJASAMA:
PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan pihak pentadbiran sekolah
bagi menjayakan program lawatan sambil belajar ke Pesta Buku di PPAT 2020.

2.0 PENGENALAN
Kecemerlangan akademik, keperibadian terpuji dan akhlak seimbang telah sinonim dengan
matlamat, visi dan misi mutu pendidikan di Malaysia. Malah impian untuk merealisasikan produk pelajar
yang berdaya maju serta matang, merupakan objektif yang sering diimpikan oleh kerajaan Malaysia.
Berpandukan hasrat untuk menjana pelajar dengan minda kelas pertama, kami (Unit
Bimbingan dan Kunseling) telah merancang untuk mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke sebuah
pesta buku di Perbadanan Perpustakaan Terengganu 2020 bagi membuka minda anak-anak SK
Gondang khasnya, meneroka ilmu dan memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan.
Oleh sebab kanak-kanak hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk
memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar perlu dilakukan. Erasmus Mundus, seorang tokoh
akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’ Di sini
dapat kita simpulkan bahawa Erasmus lebih mengutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan
datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain,
membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, bertepatan dengan lawatan yang akan
diadakan ini, kami ingin menggalakkan pelajar-pelajar memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli
bahan bacaan di sana. Daripada wang yang ada dihabiskan untuk membeli-belah di pusat membeli-
belah, lebih baik wang itu digunakan untuk membeli buku yang bermanfaat.
Melalui program lawatan seperti ini, para pelajar akan didedahkan tentang kepentingan ilmu
dan disemai semangat cintakan kejayaan dunia dan akhirat. Iltizam kami adalah berusaha menyalurkan
sepenuh komitmen dalam mengubah perspektif pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan
sahsiah melalui usaha membawa mereka ke sebuah pesta buku secara besar-besaran yang dipenuhi
dengan buku dari tingkat bawah hingga ke tingkat atas. Kita ingin menghapuskan tanggapan pelajar
yang menganggap bahawa tempat yang dipenuhi dengan atau lebih mudah dikatakan perpustakaan
adalah tempat yang membosankan.
Semoga usaha murni ini mendapat sokongan padu dari semua pihak. Kami juga
mengharapkan keberkatan dari Illahi dan berbekalkan semangat perjuangan harmoni, Insya-Allah
kejayaan dan impian dapat dinikmati bersama.

3.0 OBJEKTIF
o Memupuk rasa cinta akan ilmu pengetahuan.
o Menggalakkan pelajar memperuntukkan wang untuk membeli buku-buku yang bermanfaat melebihi
barang-barang sampingan yang lain.
o Mendorong pelajar membaca buku.
o Memperoleh peluang untuk membeli buku-buku dengan potongan harga yang lebih murah.
o Memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai penerbitan buku.
o Memberi kemudahan kepada pelajar untuk mencari buku-buku yang sukar didapati di kedai-kedai buku
seperti bahan bacaan Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain termasuk bahasa Jepun, German dan
sebagaimananya.
o Memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk bertemu dengan penulis-penulis novel dan buku secara
‘live’.
o Memberi pendedahan tentang cara berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
o Sebagai salah satu wadah pendorong ke arah kejayaan dalam pelajaran.

4.0 JUSTIFIKASI
Program ini berbentuk lawatan akademik yang telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Program ini akan membawa peserta-peserta melawat Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
yang terletak di Kuala Terengganu untuk memberi pelbagai kemudahan kepada pelajar melihat dan
membeli buku-buku yang bermanfaat dengan mudah dan murah sekali gus dapat membina keyakinan
pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan jurujual buku-buku tersebut.

5.0 TARIKH, MASA & TEMPAT PROGRAM


Tarikh : 25 Februari 2020
Tempat Program : PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU (PPAT)
20300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.
6.0 GURU PENGIRING
1. En. Ahmad Mustakin Bin Bakar (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
2. Pn. Noriza bt Abu Bakar (Guru Disiplin)
3. Pn. Wan Noor Azyan bt Wan Endok (Guru GPM)
4. En. Muhammad Rahifi Bin Sidek (Guru Media)

7.0 PESERTA
41 orang murid SK Gondang
8.0 JAWATANKUASA LAWATAN

JAWATANKUASA PROGRAM LAWATAN AKADEMIK

Penaung
Pn. Khalijah Bt. Omar
Guru Besar

Penasihat
Pn. Baki Setia Bt. Mamat
GPK HEM

Pegawai Pengiring : 1. En. Ahmad Mustakin Bin Bakar (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
2. En. Muhammad Rahifi Bin Sidek (Guru Media)
3. Pn. Noriza bt Abu Bakar (Guru PSS)
4. Pn.Wan Noor Azyan bt Wan Endok (GPM)

Pengarah Program : En. Ahmad Mustakin Bin Bakar


Tim. Pengarah Program : Pn. Wan Noor Azyan bt Wan Endok
Setiausaha : Pn.Noriza bt Abu Bakar
Bendahari : En. Muhammad Rahifi Bin Sidek
AJK Promosi & Publisiti : Pn.Wan Noor Azyan bt Wan Endok
AJK Pengangkutan : Pn. Mazaitun Bt. Omar
AJK Jurukamera/Media : En. Muhammad Rahifi Bin Sidek

9.0 TENTATIF PROGRAM

25/2/2020 (SELASA)

MASA AKTIVITI
8:30 am Bertolak dari SK Gondang
9:00 am Tiba di PPAT
9:15 am Melawat dan membeli ke seluruh kawasan ’booth’.
10:00 am Pertandingan ‘Bercerita Kisah Rakyat’ Pelajar Pendidikan Khas
Pertandingan Teka Muka Surat Buku, Teka Jumlah Kad Ilmu
Kuiz Spontan, Gali Kata dan English is Fun (Spell It Right, Tongue Twist, Say It Right
11.00 am Maskot/Badut
12:30 pm Bertolak pulang ke SK Gondang
1:15 pm Tiba Sk Gondang
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

PENGANGKUTAN 1 BAS X 1 RM 250.00 RM 250.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 250.00

11.0 PUNCA KEWANGAN


Peruntukan Bimbingan Dan Kaunseling

12.0 SENARAI NAMA PESERTA


Lampiran

13.0 PENUTUP
Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai. Segala
kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.

Disediakan Permohonan
oleh : …………………………………………….. diluluskan oleh : …………………………………..
(PN.WAN NOOR AZYAN BT WAN ENDOK) (PN. KHALIJAH BINTI OMAR)
Guru Perpustakaan dan Media Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Gondang

Anda mungkin juga menyukai