Anda di halaman 1dari 7

PUSAT SUMBER

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MANDOL,


16200 TUMPAT,
KELANTAN.

KERTAS KERJA

PROGRAM GALAKAN MEMBACA


DAN
PENGIKTIRAFAN NILAM

2022

KERTAS CADANGAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA & PENGIKTIRAFAN NILAM


PUSAT SUMBER SEKOLAH,
SK PADANG MANDOL,
16200 TUMPAT,
KELANTAN
1. PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan pusat yang menempatkan berbagai-bagai jenis sumber
maklumat terutamanya buku-buku. Sumber-sumber maklumat yang ada di dalamnya tidak akan
diketahui jika tidak dibaca. Memandangkan kepada kepentingan inilah maka Program Galakan
Membaca dan Pengiktirafan Nilam diadakan bertujuan untuk menarik perhatian murid-murid
untuk mendapatkan dan membaca buku-buku tersebut. Berikutan dengan pandemik Covid 19 yang
telah berakhir, sesi pembelajaran bersemuka kini membuka peluang untuk murid-murid lebih aktif
meminjam dan membaca buku-buku di Pusat Sumber Sekolah.. Inisiatif ini diambil oleh pihak
Pusat Sumber Sekolah bagi menggalakkan murid lebih mendekati Pusat Sumber sebagai gedung
ilmu yang terbesar di sekolah.

2. MATLAMAT

Program Galakan Membaca adalah merupakan satu program perkongsian oleh murid-
murid tentang buku yang telah dibaca. Diharapkan dengan perkongsian ini,dapat menarik minat
murid-murid untuk membaca walau dimana jua mereka berada Manakala Pengiktirafan Nilam pula
diadakan untuk memilih murid yang menunjukkan usaha yang tinggi dalam pengisian data Nilam
secara maya. Antara matlamat yang ingin dicapai sepanjang program ini ialah;

2.1 Mewujudkan budaya mementingkan ilmu.


2.2 Mewujudkan budaya membaca supaya terbina tabiat membaca dalam diri pelajar
2.3 Mengiktiraf kesungguhan murid membaca dan merekod bahan bacaan mereka.

3. OBJEKTIF
Antara objektif Program Rakan Pembaca dan Pengiktirafan Nilam ini adalah ;

3.1 Menarik minat pelajar membaca buku dan mengunjungi PSS


3.2 Meningkatkan mutu penguasaan Bahasa.
3.3 Meningkatkan kemahiran mencari bahan bacaan secara maya dan maujud.
3.4 Mengiktiraf murid yang telah berjaya merekod banyak bahan bacaan.
4. SASARAN
Semua Pelajar

5. TARIKH
Sepanjang Tahun.

6. TEMPAT
Kelas masing-masing

7. PELAKSANAAN PROGRAM
7.1 Perbincangan dengan pentadbir.
7.2 Membuat kertas cadangan
7.3 Berbincang dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
7.4 Ketua Panitia akan menetapkan guru yang terlibat.
7.5 Setelah murid membuat perkongsian tersebut, mereka perlu merekod bahan yang
dibaca di dalam borang Book Review yang akan diberi kepada mereka.
7.6 Murid yang terbanyak membuat perkongsian akan menerima sijil dan hadiah pada
setiap bulan dan direkodkan didalam pencapaian Nilam mereka.

8. KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN
Wang Kerajaan RM 650.00
PERBELANJAAN
Sijil RM 50.00
Hadiah Rakan Pembaca
 Set alat tulis Tahap 1 RM10 x 20 = RM200.00
 Ser alat tulis Tahap 2 RM10 x 20 = RM200.00
Hadiah Pengiktirafan Nilam
Buku Cerita dan Cenderahati RM20 x 10 = RM200
JUMLAH RM 650.00
9. JAWATANKUASA PELAKSANA

Ahli Jawatankuasa Induk


Penasihat : En. Md Zaid bin Darsin
Guru Besar

Pengerusi : En Shamsuddin bin Mohammed


PK Pentadbiran

Naib Pengerusi I : Encik Husni bin Hassan


PK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi II : Tn Hj Abdul Patar bin Hj Mat Said


PK Kokurikulum

Setiuasaha : Pn. Siti Norbani binti Ibrahim


Guru Penyelaras Media

Naib Setiausaha : Pn. Asnah Binti Mohamad


Guru Perpustakaan

Bendahari : En Shaari bin Berahim


Guru NILAM

Ahli Jawatankuasa Kerja

Hadiah dan Sijil : Pn Rohani Binti Muhammad


Pn Zainab binti Yusoff
Pn Murni Binti Zakaria
Pn Rahimah Binti Kassim

Penilai Buku Nilam : Pn Siti Norbani Binti Ibrahim

Penilai Kad Rekod Nilam : Pn Asnah Binti Mohamad

Pemudah cara aktiviti NILAM:


: Semua guru Bahasa Melayu dan semua guru Bahasa Inggeris
11. PENUTUP
Semoga dengan adanya program Galakan Membaca dan Pengiktirafan NILAM ini akan
dapat menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah, seterusnya dapat
menyemai budaya minat membaca di kalangan seluruh warga SK Padang Mandol.

Disediakan oleh,

...........................................................
( PN SITI NORBANI BINTI IBRAHIM )
Guru Perpustakaan dan Media,
SK Padang Mandol.

Disahkan oleh,

....................................................................
(EN. MD ZAID BIN DARSIN)
Guru Besar,
SK Padang Mandol
BORANG BOOK REVIEW

PUSAT SUMBER
SK PADANG MANDOL

PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2021

Tarikh : __________________________
Judul Buku : __________________________
Pengarang : __________________________
Penerbit : __________________________
Muka surat : __________________________
Rakan Pembaca:___________________________
Kelas :___________________________
Sinopsis :

___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai