Anda di halaman 1dari 5

PUSAT SUMBER IBNU RUSYD

SK SUNGAI ULAR,
26080 KUANTAN,
PAHANG.

KERTAS KERJA

PROGRAM MEMBACA 10 MINIT


2021
1. PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan pusat yang menempatkan berbagai-bagai jenis sumber
maklumat terutamanya buku-buku. Sumber-sumber maklumat yang ada di dalamnya tidak akan
diketahui jika tidak dibaca. Memandangkan kepada kepentingan inilah maka Program Membaca
10 Minit ini diadakan bertujuan untuk menarik perhatian murid-murid untuk membaca buku-buku
tersebut. Tidak ada ertinya jika longgokan koleksi buku yang ada di Pusat Sumber Sekolah tidak
dibaca oleh seluruh warga sekolah.

2. MATLAMAT

Program Membaca 10 Minit ini adalah merupakan satu program yang diadakan bagi
meningkatkan minat membaca di kalangan murid-murid. Antara matlamat yang ingin dicapai
sepanjang program ini ialah;
2.1 Mewujudkan budaya mementingkan ilmu.
2.2 Mewujudkan budaya membaca supaya terbina tabiat membaca dalam diri pelajar

3. OBJEKTIF
Antara objektif Program Membaca 10 Minit ini adalah :
3.1 Menarik minat pelajar untuk membaca.
3.2 Meningkatkan mutu penguasaan Bahasa.

4. SASARAN
Semua Pelajar

5. TARIKH
22 April 2021 (Khamis)
11.05-11.30 (a.m)

6. TEMPAT
Dewan Ilmu / Kelas masing-masing
7. PELAKSANAAN PROGRAM

7.1 Perbincangan dengan pentadbir.


7.2 Membuat kertas cadangan
7.3 Murid membuat bacaan di kelas masing-masing. Bahan untuk bacaan dan aktiviti
akan dibekalkan oleh pihak Pusat Sumber Ibnu Rusyd.
7.4 Murid Tahun 5 akan berada di dewan untuk Program Membaca 10 Minit tersebut.
7.6 3 pemenang dari setiap kelas akan diberikan hadiah.
7.7 Hadiah akan disampaikan di kelas masing-masing.

8. KEWANGAN
PENDAPATAN PERBELANJAAN RM
HADIAH MURID (ALATULIS)
Yuran Khas Murid
(YKS) 3 murid x RM5 (alatulis) x 18 kelas RM270.00

JUMLAH RM270.00

9. JAWATANKUASA PELAKSANA
Ahli Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Encik Mazlan bin Mohamad
Guru Besar

Naib Pengerusi I : Pn Maziah binti Mohamed


PK Pentadbiran

Naib Pengerusi II : Pn Tuan Kamariah binti Tuan Sarif


PK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi III : En. Mohamad Harris Bin Muda


PK Kokurikulum

Setiuasaha : Pn. Norsazlizawati Binti Md Ali


Guru Penyelaras Media

Pen. Setiausaha : Pn Salwani Binti Jaafar


Guru NILAM
Ahli Jawatankuasa Kerja

Persiapan Tempat : Pn Siti Ayu Bistari Binti Ismail

Jurugambar : En Wan Mohd Asyraf bin Wan Azmi

Hadiah : Puan Syamirah dan Puan Noor Idayu

Brosur : Pn Salwani dan Pn Hjh Zarina

Siaraya : En Mohd Shukri bin Abdul Rahman

11. PENUTUP
Semoga dengan adanya program Membaca 10 Minit ini akan dapat meningkatkan minat
murid untuk membaca walau di mana mereka berada.

Disediakan oleh,

...........................................................
(PN NORSAZLIZAWATI BINTI MD ALI)
Guru Penyelaras Media,
SK Sungai Ular.

Disemak oleh,

............................................................
(PN MAZIAH BINTI MOHAMED)
PK Pentadbiran,
SK Sungai Ular.

Disahkan oleh,

....................................................................
(EN. MAZLAN BIN MOHAMAD)
Guru Besar,
SK Sungai Ular

Anda mungkin juga menyukai