Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL,

21200 KUALA NERUS

TERENGGANU

KERTAS CADANGAN:

PROGRAM Galakan Membaca 1 Murid 1 Buku

TEMPAT:

DEWAN IBNU KHALDUN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL

TARIKH:

19 JULAI 2016
1.0 PENGENALAN

Program Galakan Membaca 1 Murid 1 Buku merupakan salah satu akiviti program
yang dianjurkan di bawah Pusat Sumber Sekolah. Program ini merupakan sebuah
program yang diadakan untuk memberi kesedaran dan juga pendedahan kepada murid
tahap satu yang terdiri daripada murid tahun 2 umumnya berkenaan dengan
kepentingan tabiat membaca. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan minat
serta membina tabiat membaca di kalangan murid tahap 1 SK Bukit Tunggal. Program
ini juga diadakan bagi mencungkil bakat terpendam murid-murid dan mengukuhkan
pemahaman mereka berkenaan dengan sumber bacaan yang telah mereka pilih.

2.0 RASIONAL

Projek ini dilaksanakan sebagai satu langkah untuk menggalakkan murid sekolah SK
Bukit Tunggal terutamanya di tahap 2 untuk lebih bersemangat dan sentiasa mempunyai
keinginan yang tinggi untuk membaca dan mencari maklumat di dalam buku di samping
murid dapat menceritakan maklumat yang diperoleh kepada rakan-rakan mereka.

3.0 TUJUAN

Tujuan kertas cadangan ini dikemukakan adalah untuk mengutarakan cadangan dan
persetujuan berkaitan perlaksanaan Program Galakan Membaca 1 Murid 1 Buku
dalam kalangan murid- murid SK Bukit Tunggal.

4.0 OBJEKTIF

Objektif Pelaksanaan Program Galakan Membaca 1 Murid 1 Buku ini adalah:

4.1 Memberi galakan kepada murid membaca sekurang-kurangnya satu uku sehari.
4.2 Untuk melatih murid memilih buku dengan baik untuk bacaan yang berinformasi
4.3 Melatih murid memilih dan mencari buku pada rak dan label yang betul di pusat
sumber.

3
4.4 Memberi peluang kepada murid untuk lebih berkeyakinan berdiri di hadapan
umum untuk berkongsi hasil bacaan masing-masing.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM

5.1 NAMA PROGRAM


Program Galakan Membaca 1 Murid 1

5.2 TEMPOH PROGRAM


19 Julai 2016

5.3 TEMPAT
Pusat Sumber Sekolah

5.4 SASARAN
Kumpulan sasaran bagi pelaksanaan program ini adalah murid tahap 2 SK Bukit
Tunggal.

6.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Penasihat
En. Joni Bin Mohamad
Guru Besar.

Pengerusi
Pn.Wan Nooriah Binti Wan Ismail
Guru Perpustakaan/Media

Penyelaras
Pn. Nazlihah Binti Nawi
Guru Perpustakaan

Setiausaha
Cik Shawati Binti Salim

4
Guru Praktikum

Bendahari
Puan Nasihah Binti Mohd Noor
Guru Praktikum

AJK Dokumentasi
Cik NorHazwani Binti Anuar

AJK Aktiviti
Cik Nur Fatihah Binti Mohamad Nor

AJK Hadiah
Cik Nurul Jannah Binti Mohd Musa

5
7.0 PELAN PELAKSANAAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA 1 MURID 1 BUKU

TARIKH / HARI TEMPAT AKTIVITI

11 Julai 2016 (Isnin) Perpustakaan SK Bukit Perbincangan mengenai


Tunggal. akiviti yang bakal dijalankan
bersama guru pembimbing.

AJK terlibat :

Pn. Wan Nooriah Binti Wan

Ismail

Guru Praktikum

18 Julai 2016 (Isnin) Penyediaan kertas kerja.

Guru Bertugas:

Guru Praktikum

19 Julai 2016 (Rabu) Menjalankan Program


Galakan Membaca 1 Murid 1
Guru Bertugas :
Penyampaian hadiah kepada
Pn.Wan Nooriah Binti Wan
para pemenang.
Ismail

Pn. Nazlihah Binti Nawi

Guru Praktikum

6
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7
9.0
BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH
SEUNIT (RM) (RM)

1. Hadiah
10 RM2.00 RM20.00

JUMLAH RM 20.00
KESELURUHAN

PENUTUP

Program Galakan Membaca 1 Murid 1 ini diharapkan dapat dijalankan dengan lancar supaya
objektif yang dirancang berjaya dicapai. Semoga dengan kerjasama yang diberikan daripada
pihak Guru Besar memudahkan lagi pelaksanaan aktiviti yang dirancang supaya murid- murid
Tahap 2 dapat diberi pendedahan dan galakan dalam membaca.

Sehubungan dengan itu, sokongan penuh daripada pihak Tuan Guru Besar dan semua warga
sekolah SK Bukit Tunggal adalah amat diharapkan dalam menjalankan program ini agar segala
perancangan aktiviti dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai objektif
utama program ini. Semoga usaha murni ini dapat member manfaat kepada semua pihak.

Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH,

8
.

(SHAWATI BINTI SALIM)

Setiausaha,

Program Galakan Membaca,

Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal

Kuala Nerus, Terengganu.

Disemak oleh,

(PUAN WAN NOORIAH BINTI WAN ISMAIL)

Pengerusi,

Program Galakan Membaca,

Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal

Kuala Nerus,Terengganu.

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

..

(ENCIK JONI BIN MOHAMAD)

Guru Besar,

9
Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal .

Kuala Nerus,Terengganu.

ULASAN:

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

10

Anda mungkin juga menyukai