Anda di halaman 1dari 4

SJKT SUNGAI SALAK

71010 LUKUT, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
BENGKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN
KE ARAH MEMPERKASAKAN
PROFESIONALISME KEGURUAN

ANJURAN :

1.0 PENDAHULUAN

1
Fokus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 adalah peningkatan taraf
sistem pendidikan sekolah agar selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju. Faktor guru
merupakan salah satu penentu kualiti sistem pendidikan. Usaha yang boleh diambil oleh guru untuk
memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran mereka dengan menjalankan kajian tindakan.
Kementerian telah menetapkan setiap jabatan menjalankan kajian tindakan namun terdapat cabaran
untuk guru – guru menjalankan kajian tindakan secara efektif.
Sehubungan dengan itu, sempena hari guru tahun 2021 pihak sekolah ingin menjalankan
bengkel kajian tindakan bagi guru-guru SJKT Sungai Salak. Bengkel ini sebagai batu loncatan untuk
memberi peluang kepada guru-guru SJKT Sungai Salak untuk berkolaboratif dan berkongsi idea
terutama dalam melaksanakan kajian tindakan. Hal ini demikian kerana perkongsian dan kerjasama
erat seperti ini wajar digiatkan agar guru-guru mendapat idea dan peluang untuk memahirkan diri
dengan pengajaran dalam bilik darjah yang lebih kreatif dan berinovasi demi memenuhi kehendak
negara pada masa kini melalui pendidikan.

2.0 LOKASI

Dewan SJKT Sungai Salak

3.0 TARIKH

24 April 2021 (Sabtu)

4.0 RASIONAL

Penyelidikan kajian tindakan yang dihasilkan setiap tahun membantu peningkatan kemenjadian murid
dan peningkatan profesionalisme guru-guru yang menghasilkan penyelidikan sebagai amalan terbaik
setiap tahun. Guru lebih yakin untuk membentangkan penyelidikan di peringkat sekolah, daerah,
negeri , kebangsaan atau antarabangsa hasil kajian tindakan yang dijalankan dan seterusnya
membudayakan penyelidikan kajian tindakan dan inovasi setiap tahun.

5.0 MATLAMAT

Bengkel ini didakan untuk memastikan budaya penyelidikan dapat dipupuk dalam kalangan guru-
guru. Kajian Tindakan juga didapati membantu guru-guru untuk membuat penambahbaikan secara
profesional dalam pengajaran dan pembelajaran.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan guru-guru di sekolah.

6.2 Membina sikap menjalankan penyelidikan kajian tindakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk menilai impak keberkesanan  pengajaran dan pembelajaran.

6.3 Memperkembangkan profesionalisme guru dengan membentuk guru yang berfikiran kritis dan
kreatif dalam menyelasaikan sesuatu masalah.

7.0 SASARAN
7.1 Semua guru SJKT Sungai Salak

8.0 TENTATIF BENGKEL

7.30 - 8.00 pagi Pendaftaran perserta

8.00 – 10.00 pagi Taklimat Kajian Tindakan


2
10.30 – 10.30 pagi Rehat

10.30 -12.30 pagi Bengkel (Aktiviti kumpulan)

9.0 PENCERAMAH

EN. Sethupathy - bekas pensyarah Bahasa Tamil daripada Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggung Ibrahim.

10.0 ANGGARAN KOS

10.1 ANGGARAN PERBELANJAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

Bil Perkara Harga (RM) Jumlah (RM)


1 Bahan edaran 100
2 Sumbangan penceramah 400
3 Cenderahati 80
4 Sijil 20
5 Makanan 120
6 Alat tulis 50
JUMLAH KESELURUHAN RM 770

11.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn.S.Jayathi

Timbalan pengerusi : Pn.Nagammah

Penyelaras Program : Pn. Vikneswari

Setiausaha : Puan Shalini

Bendahari : Pn.C.Mogona

12.0 AJK PELAKSANA

Pengerusi : Pn.S.Jayathi (Guru Besar)

Setiausaha : Pn.Vikneswari

Bendahari : Pn.Mogona

Pendaftaran : Pn.Shalini

Persiapan Tempat : Pn.Pavithra


Pn.Sabrina
Pn.Mariayee

3
En.Krishna Kumar

Foto dan dokumentasi : Pn.Anuratha

Sijil : Pn.Vikneswari

Makanan : Pn.L.Kala Devi


Pn. Parimala
Pn.Mogona
Pn.Vijaya Letchumy
Buku Program : Pn.Vikneswari
Pengacara Majlis : Pn. Sharon & Pn.Shalini
Cenderahati : Pn.Rajeswari & Pn.Kasturi

13.0 PENUTUP

Semoga bengkel kajian tindakan  ini dapat membantu lebih ramai guru untuk menghasilkan
penyelidikan sehingga menjadi budaya kerja untuk peningkatan profesionalisme guru.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_____________________

(VIKNESWARI A/P PERUMAL)

PENYELARAS PROGRAM

Anda mungkin juga menyukai