Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

MEMBUDAYAKAN
KAJIAN TINDAKAN DALAM
MENINGKATKAN
IMPAK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

SMK MIHARJA 2023

TARIKH:
22 OKTOBER 2023

MASA:
8.00 PAGI – 2.00 PETANG

TEMPAT:
HOTEL

1
1.0 PENDAHULUAN
Fokus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 adalah
peningkatan taraf sistem pendidikan sekolah agar selaras dengan sistem pendidikan terbaik
di negara maju. Faktor guru merupakan salah satu penentu kualiti sistem pendidikan. Usaha
yang boleh diambil oleh guru untuk memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran
mereka dengan menjalankan kajian tindakan. Kementerian telah menetapkan setiap jabatan
menjalankan kajian tindakan namun terdapat cabaran untuk guru –guru menjalankan kajian
tindakan secara efektif. PIPP 2006 - 2010 pula telah menekankan mengenai latihan
perguruan yang menekankan mengenai penyelidikan dan pembangunan agar menjadikan
budaya penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru. Dalam PIPP menekankan setiap
guru perlu berinovatif dalam memperbaiki kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran
masing-masing. Oleh itu kaedah yang diwajibkan adalah keperluan kajian tindakan
dijalankan.

Namun demikian, di peringkat sekolah kajian tindakan yang sepatutnya dijalankan dalam
keadaan sukerela mendapat sambutan dalam anggaran 10% guru sahaja dalam setahun.
Manakala projek inovasi hanya melibatkan penyertaan guru antara 1% sahaja dalam
setahun. Ini adalah satu budaya yang kurang menggalakkan penghasilan penyelidikan dan
inovasi dalam kalangan murid.

Pada alaf ini, pengajaran dan pembelajaran Abad Ke 21 menerapkan kemahiran


oleh guru dalam 6C. 6C merupakan aspek pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kolaborasi,
komunikasi, pembentukan watak dan kenegaraan. Apsek pemikiran kreatif menggunakan
kecekapan minda menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai. Guru
dapat menggarap elemen KBAT dan PAK21 yang berfokus kepada amalan berimpak tinggi
untuk pengetahuan murid mengenai aktiviti semasa sekolah, menyediakan aktiviti secara
komprehensif dan fleksibel mengikut kesesuaian murid dan lokasi dan murid sendiri boleh
mengorganisasikan pengajaran dan pembelajaran (perancangan bahan, aktiviti
mengendalikan pembelajaran selaku fasilitator).

Oleh itu, bengkel kajian tindakan dan inovasi dijalankan untuk membimbing guru-
guru dalam kajian tindakan dan inovasi bagi peningkatan profesionalisme guru itu sendiri

2.0 MATLAMAT
Mewujudkan budaya penyelidikan melalui kajian tindakan dan meningkatkan
penghasilan penulisan kajian tindakan oleh warga pendidik di sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memupuk sikap menjalankan penyelidikan kajian tindakan dalam aktiviti


pengajaran dan pembelajaran untuk menilai impak keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
3.2 Menilai amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran guru yang berinovasi untuk
dijadikan amalan guru –guru yang lain sebagai contoh terbaik

4.0 PERLAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 22 Oktober 2023 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
2
Tempat : Espira Kinrara, Kuala Lumpur
5.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga sekolah

6.0 KPI

Penyelidikan kajian tindakan yang dihasilkan setiap tahun


membantu peningkatan kemenjadian murid dan peningkatan
OUTPUT profesionalisme guru-guru yang menghasilkan penyelidikan
sebagai amalan terbaik setiap tahun.

Guru lebih yakin untuk membentangkan penyelidikan di


peringkat sekolah, daerah, negeri , kebangsaan atau
antarabangsa hasil kajian tindakan yang dijalankan dan
OUTCOME
seterusnya membudayakan penyelidikan kajian tindakan dan
inovasi setiap tahun.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

PERKARA SUMBER KUANTITI JUMLAH


Fasilitator 1 x RM 400.00 RM 400.00
Makanan 44 x RM 8.00 RM 352.00
Sewa dewan 44 x RM 2.00 RM 88.00
Jumlah RM 840.00

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Dr Shamsudin bin Mohamad


(Pengetua SMK Miharja)

Naib Pengerusi 1 : Puan Hajah Hanim binti Kamari


(Pen. Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Encik Halim bin Ismail
(Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 3 : Cik Kamala a/p Subramaniam
(Pen. Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Puan Siti Rohani binti Mohd Kadri
Bendahari : Cik Nurul Husna binti ….
AJK Pengangkutan : Puan Siti Rohani binti Mohd Kadri
AJK Dokumentari/Dokumentasi : Cik Nurul Husna binti ….
AJK Makanan dan Minuman : Puan Nor Hidayah binti Daud
AJK Disiplin : Encik …..
AJK Keselamatan/kebersihan : Encik …..
Fasilitator : D

3
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

9.1 URUSETIA
 Task Force Kajian Tindakan
 AJK Kelab Guru dan Kakitangan
 Unit LDP

9.2 JADUAL PELAKSANAAN

MASA

10.2 PENGURUSAN RISIKO

Risiko Penyelesaian Tanggungjawab


Pertukaran blok
Tiada elektirk sewaktu bengkel Setiausaha LDP

11.0 KAEDAH PEMANTAUAN

PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM


 Borang Pemantauan Program

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME


 Borang Penilaian Program

12.0 PENUTUP
Semoga bengkel kajian tindakan ini dapat membantu lebih ramai guru untuk
menghasilkan penyelidikan sehingga menjadi budaya kerja untuk peningkatan
profesionalisme guru.

Disediakan oleh :

……………………………………..
(SITI ROHANI BINTI MOHD KADRI)
Setiausaha Program Lawatan

Disemak oleh :

…………………………

4
(PUAN HANIM BINTI KAMARI)
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Miharja

Disahkan oleh :

……………………………
(PUAN .....)
Pengetua
SMK Miharja

Anda mungkin juga menyukai