Anda di halaman 1dari 4

1.

Nama Program

Kursus Kepimpinan 2023

2. Pendahuluan

Merupakan program rutin yang memberi pendedahan kepada para pemimpin


pelajar dengan maklumat yang berkaitan kepimpinan dan ciri-ciri pemimpin
yang boleh diteladani. Ia juga bertujuan memberikan pendedahan terhadap
kepentingan sifat kepimpinan dan membuang sikap sambil lewa pemimpin
pelajar disamping menanamkan perasaan sentiasa bersedia untuk memimpin.
Maklumat berkaitan kemahiran komunikasi juga perlu disampaikan supaya
mereka boleh menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan lebih
berkesan lagi.

3. Tujuan Program

3.1 Menyediakan pelajar agar dapat bersedia dengan jawatan yang disandang.
3.2 Menyampaikan maklumat dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan
berkesan kepada pemimpin pelajar sekolah tahun 2022.
3.3 Memberi panduan dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan berkesan
kepada kumpulan yang dipimpin.
3.4 Menanamkan nilai tanggungjawab.
3.5 Membentuk budaya kerja berpasukan dan bertanggungjawab di kalangan
peserta serta mempunyai nilai hormat menghormati yang tinggi sesama insan.

4. Objektif

4.1 Memperkukuhkan kesediaan pemimpin pelajar untuk memimpin.


4.2 Pemimpin pelajar tahu dan sedar cara gaya kepimpinan yang baik dan sesuai
untuk digunakan sebagai pemimpin.
4.3 Sebagai pemimpin mereka perlu sedar ciri-ciri pemimpin yang perlu ada pada
diri agar mereka boleh dihormati dan diteladani.
4.4 Pelajar dapat memimpin dengan penuh keyakinan.

5. Matlamat

Melahirkan golongan pemimpin pelajar yang bermatlamat, bermotivasi tinggi,


rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam pelbagai
tugas kepimpinan.

6. Sasaran

30 orang pengawas sekolah, 26 orang pengawas pusat sumber, 18 orang


pembimbing rakan sebaya, 9 orang kelab pencegahan jenayah dan 13 orang
ketua dan 13 orang pembantu ketua kelas

1
7. Jangkamasa

1 hari

8. Tarikh

15 MEI 2023 (ISNIN)

9. Tempat

Sekolah Kebangsaan Kg Luak

10. Tentatif Program

Sila rujuk Lampiran 1

11. Jawatankuasa Pengelola Dan Pelaksana Program

Sila rujuk Lampiran 2

12. Senarai Nama Pengawas Sekolah 2023

Sila rujuk Lampiran 3

13. Penutup

Diharap Kursus Kepimpinan Pengawas 2023 ini dapat dimenfaatkan


sepenuhnya oleh semua pemimpin pelajar untuk dijadikan panduan semasa
bertugas di sekolah seterusnya dapat menjadikan SK KG. Luak cemerlang
daripada segi disiplin

Disediakan oleh:

………………………………….
(ZUL-FAHMI HAKIM BIN MOHD ZUBIR)
GURU DISIPLIN
SEKOLAH KEBANGSAAN KG LUAK

Disahkan oleh:

………………………………….
(MIRISIA BINTI NAWI)
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN KG LUAK

2
Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
DI SK KG LUAK
TAHUN 2023

HARI ISNIN - (15 MEI 2023)

MASA AKTIVITI
7.00 - 7.30 Pelajar Berkumpul di
Sekolah (Pendaftaran)
7.30 - 7.40 Taklimat ringkas Penyelaras
Kursus
Bacaan Doa
EN. LUQMAN AL HAKIM BIN
ISMAIL
7.40 - 8.00 Ucapan Pk Hem SK Kg
Luak
PUAN NONG ANAK NYADAN
8.00 - 9.00 Ceramah (aktiviti 1)
CIK SORAYANI BINTI RAMLI
9.00 - 9.30 REHAT
9.30 - 10.30 Ceramah (aktiviti 2)
EN. LUQMAN AL HAKIM BIN
ISMAIL
10.30 - 10.40 Ucapan Guru Besar SK kg
Luak
PUAN MIRISIA BINTI NAWI
10.40 - 11.00 Penyerahan Sijil Watikah
Perlantikan Pengawas
Sekolah
11.00 Murid Bersurai

3
Lampiran 2

JAWATANKUASA PENGELOLA DAN PELAKSANA


KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR 2011

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi
Pn. Mirisia binti Nawi
Guru Besar

Timbalan Pengerusi
Pn. Nong anak Nyadan
PK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi
Pn Kalsom binti Kadir
PK Pentadbiran Dan Akademik

En. Ali bin Juli


PK Kokurikulum

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras
En. Zul-Fahmi Hakim Bin Mohd Zubir

Urusetia dan Pendaftaran


En. Zul-Fahmi Hakim Bin Mohd Zubir

Penceramah 1
Cik Sorayani binti Ramli

Penceramah 2
En Luqman Al Hakim Bin Ismail

AJK peralatan
En. Zul-Fahmi Hakim Bin Mohd Zubir

Pengacara Majlis
En. Zul-Fahmi Hakim Bin Mohd Zubir

Anda mungkin juga menyukai