Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SERDANG

43300 SERI KEMBANGAN SELANGOR

KERTAS KERJA

KEM KEPEMIMPINAN PENGAWAS


2018
KERTAS KERJA
KEM KEPEMIMPINAN PENGAWAS 2018
SEK MEN KEB SERI SERDANG
43300 SERI KEMBANGAN SELANGOR

1. TAJUK

Kertas Kerja Kem Kepemimpinan Pengawas 2018, Peringkat Sekolah, Sekolah


Menengah Kebangsaan Seri Serdang, Taman Sri Serdang, Seri Kembangan,
Selangor.

2. DIKEMUKAKAN OLEH

Unit HEM (Badan Disiplin dan Lembaga Pengawas Sekolah) dengan kerjasama Unit
Ko-Kurikulum.

2. PENGENALAN

Sifat kepemimpinan pengawas sekolah perlu dipupuk dan dibimbing bagi melahirkan
generasi yang berketrampilan. Pengawas yang telah dilantik seharusnya memiliki
karakter yang boleh dicontohi oleh pelajar lain selain daripada berjaya dalam bidang
akademik dan sahsiah kepemimpinan.

Pengawas sekolah perlu mampu memimpin dan mengawal tingkah laku pelajar lain.
Oleh kerana peranan pengawas sekolah sangat penting dan seterusnya boleh
membantu pihak sekolah memantau disiplin pelajar, sepatutnya mereka diberi
pendedahan awal tentang ujian ketahanan, fizikal, mental dan emosi. Hasil
daripadanya diharap dapat melahirkan pengawas yang sentiasa bersedia bertugas
dalam apa jua keadaan.

2|Kem Kepemimpinan Pengawas 2018


3. TUJUAN DAN OBJEKTIF

3.1 Tujuan

Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Pengetua untuk mendapat


kelulusan melaksanakan aktiviti Kem Kepemimpinan Pengawas 2018 dan
memohon peruntukan kewangan daripada pihak sekolah.

3.2 Objektif Umum

i. Menanam sikap toleransi, kerjasama dan bermuafakat dalam segala


perkara serta membantu pengawas mengenal pasti cara
berkomunikasi yang berkesan semasa menjalankan tugas.
ii. Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang, dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para
pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .
iii. Memantapkan nilai dan jati diri peserta serta memupuk nilai-nilai
kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri menjadi
pengawas yang berkualiti.

3|Kem Kepemimpinan Pengawas 2018


3.3 Objektif Khusus

Diharapkan selepas menjalani Kem Kepemimpinan ini, pengawas akan dapat:

i. melaksanakan tugas dengan penuh keyakinan


ii. menegur pelajar
iii. mengawal pelajar semasa perhimpunan bagi mengurangkan
kebisingan
iv. kaedah membuat spot check selepas perhimpunan sekolah
v. mengawal pintu pagar untuk pelajar lewat
vi. mengisi borang pelajar lewat
vii. merapatkan hubungan antara pengawas
viii. membentuk hubungan kerjasama antara pegawas
ix. mengamalkan ketrampilan diri pengawas

4|Kem Kepemimpinan Pengawas 2018


4. BUTIRAN KEM

4.1 Tarikh
26 – 28 Januari 2018

4.2 Hari
Jumaat, Sabtu dan Ahad

4.3 Sasaran Peserta


100 orang pengawas yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga 5.

4.4 Tempat Kem


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang

4.5 Konsultan
Pusat Bimbingan Wirajaya (Rujuk Lampiran)

5|Kem Kepemimpinan Pengawas 2018


5 JAWATANKUASA

5.1 Jawatankuasa Induk:


Penasihat Datin Sri Kamariah binti Mohamad
Pengerusi i. Datin Norhayaty binti Asin (PK HEM)
ii. En. Ahmad Shukri bin Ismail
iii. Pn Rose Aliza binti Sutrisno (PK Kokurikulum)
iv. Pn. Faridah binti Musa (PK Petang)
Penyelaras Pn. Zuriah binti Baba
Setiausaha Pn. Rumaizah binti Muhamad
Bendahari Pn. Akma Laily binti Abd Rahman
Pn. Normariani binti Ab Majid

5.2 Ahli Jawatankuasa Pengelola:

Pendaftaran Pn. Rozila binti Mobin


Pn. Chuan May Yoong
Disiplin Pn. Winny binti Abdul
Pn. Santhi a/p Nagappan
Dokumentasi Pn. Siti Nurfadzlin binti Muhammad Yunus
Keselamatan En. Ahmad Zaki bin Abd Aziz
En. Muskam bin Yusoff
En. Muhammad Khairul Izzat bin Sukri
En. Muhammad Shauqee bin Shukor
Makanan/ Pn. Saharizah binti Mohamad Salleh
Minuman Pn. Bamah a/p Subramaniam
Pelajar Pn. Wong Su Hua
Pn. Amutha a/p Santha Goundar
Pn. Nazlah binti Sara’ah
Persediaan Tempat (Sebelum) En. Mohd Rithauddin bin Darail
Persediaan Tempat (Selepas) En. Fayusaidil bin Yusoff
Siaraya En. Muhammat Zubir bin Abdul Halim

6|Kem Kepemimpinan Pengawas 2018


6. ANGGARAN BELANJAWAN

6.1 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH (RM)


1. Konsultasi (3 hari 2 malam) RM 35.00 X 100 3500.00
2. Makanan pelajar RM 30.00 X 100 3000.00
(2 X makan pagi, 1 X makan
tengah hari, 2 X makan
malam)
3. Aktiviti/ Peralatan RM 250.00 250.00
4. Hadiah RM 250.00 250.00
JUMLAH 7000.00

6.2 Sumber Kewangan

BIL PERKARA/ SUMBER BUTIRAN JUMLAH (RM)


1. Yuran pelajar RM 40.00 X 100 pel. 4000.00
2. BKK (Kepemimpinan) RM 1000.00 1000.00
3. Sumbangan PIBG RM 1000.00 1000.00
4. Wang SUWA RM 1000.00 1000.00
JUMLAH 7000.00

7|Kem Kepemimpinan Pengawas 2018


7. TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama: 26 Januari 2018 (Jumaat)

03.30 petang Taklimat program


Tatacara kursus
Pecahan kumpulan
Pelantikan Ketua Kumpulan, Penghulu dan Penghuluwati
04.40 petang Asas kawad kaki
04.30 petang Minum petang
Solat asar
05.00 petang LDK 1
‘Ice Breaking’

MODUL 1
‘Kenapa anda layak menjadi pengawas sekolah?’
07.00 malam Persiapan diri
Makan malam
Solat maghrib
08.00 malam MODUL 2
‘Ketrampilan seorang pengawas’

MODUL 3
‘Kesalahan pemakaian pelajar mengikut buku peraturan
sekolah’.

MODUL 4
‘Buku pengawas’.
11.00 malam Minum malam
Solat Isyak
11.30 malam Ketahanan mental
12.30 pagi Tidur

8|Kem Kepemimpinan Pengawas 2018


Hari Kedua: 27 Januari 2018 (Sabtu)

06.30 pagi Solat Subuh


Tazkirah
Persiapan diri
07.00 pagi Senaman pagi
08.00 pagi Sarapan pagi
09.00 pagi Taklimat ‘Survival’
12.30 tengah hari Makan tengah hari
Solat Zohor
02.00 petang MODUL 5
‘Perhimpunan’

MODUL 6
‘Cara tegur pelajar’
04.30 petang Minum petang
Solat asar
05.30 petang MODUL 7
‘Komunikasi’
07.00 malam Makan malam
Solat Maghrib
08.30 malam LDK 3
‘ZWING’
11.00 malam Minum malam
Solat Isyak
12.00 malam Tidur

9|Kem Kepemimpinan Pengawas 2018


Hari Kedua: 28 Januari 2018 (Ahad)

06.30 pagi Solat Subuh


Tazkirah
Persiapan diri
07.00 pagi Senaman pagi
08.00 pagi Sarapan pagi
08.30 pagi MODUL 8
‘Pertolongan cemas & alih ganti’
10.30 pagi Minum pagi
11.00 pagi MODUL 9
‘Pen dalam botol’
11.30 pagi Persiapan diri
Berkemas beg
Membersihkan tempat penginapan
12.30 tengahari Makan tengahari
01.00 petang Majlis penutup
02.00 petang Bersurai

10 | K e m K e p e m i m p i n a n P e n g a w a s 2 0 1 8
Disediakan oleh: Tandatangan

……………………………………
(RUMAIZAH BINTI MUHAMAD)
Penolong Guru Pengawas
Lembaga Pengawas Sekolah
SMK Seri Serdang

Disemak oleh: Tandatangan

…………………………..……………
(DATIN NORHAYATY BINTI ASIN)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Seri Serdang

Diluluskan oleh: Tandatangan

……………………………..……………………..
(DATIN SRI KAMARIAH BINTI MOHAMAD)
Pengetua
SMK Seri Serdang

11 | K e m K e p e m i m p i n a n P e n g a w a s 2 0 1 8

Anda mungkin juga menyukai