Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA KURSUS PENGURUSAN

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) DI SEKOLAH

DAERAH BATU PAHAT 2015

1.0 Tajuk
Kursus Pengurusan Kadet Remaja Sekolah Daerah Batu Pahat Tahun 2015

2.0 Rasional
Untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan amalan guru-guru sekolah menengah dalam
mengurus pasukan Kadet Remaja Sekolah untuk memboleh mereka ditauliahkan kepada
pangkat yang sewajarnya hingga ke peringkat kebangsaan.

3.0 Matlamat
Melahirkan guru-guru penasihat Kadet Remaja Sekolah yang teruji berkualiti,
berketrampilan dan berwibawa dalam usaha merealisasikan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan yang bakal menjana modal insan cemerlang untuk menggalas tanggungjawab
memimpin negara maju berpaksikan falsafah KRS dan TKRS iaitu BERILMU,
BERIMAN dan BERAMAL.

4.0 Objektif
4.1 Membangunkan modal insan dengan memberi fokus kepada memupuk guru agar
memiliki kemahiran, berketerampilan, dan memantapkan kokurikulum.
4.2 Melahirkan guru KRS Daerah Batu Pahat yang berkaliber dan mahir dalam aktiviti
mengikut kurikulum latihan KRS.
4.3 Membina penampilan diri yang positif dan memberi penekanan aspek nilai-nilai
murni dengan menanamkan semangat persahabatan, berbudi bahasa, dan
persefahaman antara guru KRS bersama anggota dan barisan kepimpinan KRS Daerah
Batu Pahat.
4.4 Melengkapkan diri guru KRS dengan pelbagai jenis kemahiran asas KRS sebagai
pemangkin wawasan negara pada masa depan.

5.0 Latarbelakang
Telah lebih 10 tahun KRS ditubuhkan dan berkembang maju serta mengalami pelbagai
perubahan yang menjurus untuk memperkasakan KRS sebagai pasukan beruniform
institusi pendidikan di negara ini yang digeruni dan menjadi kebanggaan Kementerian
Pendidikan Malaysia yang menjadi penaungnya. Justeru, perkembangan semasa global
memperlihatkan imej KRS semakin tercabar dan memerlukan tindakan pantas untuk
memastikan KRS sentiasa di hadapan. Kursus Pengurusan ini adalah wadah bagi
meneruskan kegemilangan KRS yang melahirkan anak-anak watan kelas pertama bagi
mengangkat martabat negara di persada ledakan kemajuan dunia tanpa sempadan ini
lantas memacu peranan sebagai idola dunia.

6.0 Rasional
6.1 Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan sebagai guru penasihat KRS .
6.2 Peserta dapat berperanan sebagai penasihat platun di sekolah masing masing yang
teruji kebolehan dan kewibawaannya.
6.3 Menyeimbangkan keperluan fizikal dan mental bagi merintis sahsiah yang baik
kepada semua guru penasihat KRS.
7.0 Pelaksanaan
7.1 Tarikh 26 27 September 2011
7.2 Tempat SK Dusun Nanding
7.3 Sumbangan Pelajar Setiap peserta dikenakan sumbangan sebanyak RM 40.00
7.4 Kumpulan Sasar
1. Anggota TKRS yang telah menjadi ahli TKRS sekurang-kurangnya 6 bulan.
2. Pelajar Tahun 5 sahaja
3. 2 orang kadet lelaki atau 2 orang kadet perempuan atau 1 orang kadet lelaki dan 1
orang kadet perempuan setiap sekolah.
7.5 Jawatankuasa
7.5.1 Jawatankuasa Induk Penasihat :
Pengarah Pelajaran Selangor Pengerusi : Tn Mohd Mahmudi B Bakri
Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat Timbalan Pengerusi 1: En Mohd Radzi B
Abdullah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Lngat Timbalan Pengerusi 2: En
Sharuddin Bin Yusof Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan Naib Pengerusi : Pn. Sadiah Bt. Ahmad Guru Besar SK Dusun
Nanding Setiausaha : Pn Marina Bt Masban Penyelia Kanan Kokurikulum PPD Hulu langat
Pen. Setiausaha 1 : En Razak B. Said Penyelia Kokurikulum PPD Pen. Setiausaha 2 : Pn
Suriana Bt Saari SK Dusun Nanding Bendahari : Pn Mazraidah Bt Hashim SK Dusun
Nanding Penyelaras : En Muhd Hazizan B. Mat Lazim Pegawai Teknik TKRS Daerah Hulu
Langat (SK Dusun Nanding, Hulu Langat )
7.5.2 Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi : Pn. Sadiah Bt. Ahmad Guru Besar SK Dusun
Nanding Timbalan Pengerusi : Pn Hjh. Fatimah Bt. Sohot Penolong Kanan Kurikulum SK
Dusun Nanding Naib Pengerusi 1 : Pn. Zaharah Bt Salleh PK Kokurikulum SK Dusun
Nanding Naib Pengerusi 2 : Pn. Hjh. Ropitah Bt. Ismail PK HEM SK Dusun Nandiing
Setiausaha : Pn.Suriana Bt Saari SK Dusun Nanding Bendahari : Pn. Mazraidah Bt Hashim
SK Dusun Nanding Penyelaras : En.Muhd Hazizan B Mat Lazim Pegawai Teknik TKRS Hulu
Langat (SK Dusun Nanding ) Ahli Jawatankuasa 1. Urus setia : Sekretariat KRS Daerah Hulu
Langat 2. Kejurulatihan/Pengujian : Guru Besar Dan Peralatan SK Dusun Tua 3. Makan /
Minum : Guru Besar SK Dusun Nanding 4. Pendafataran/Penginapan : Guru Besar Dan
Persiapan Tempat SK Dusun Nanding 5. Keselamatan/Kecemasan : Guru Besar SK Dusun
Nanding 6. Sijil/Hadiah/Cendramata : Guru Besar SK Dusun Nanding 7. Siaraya/Publisiti :
Guru Besar SK Dusun Nanding 8. Kebersihan : Guru Besar SK Dusun Nanding 9. Majlis
Penutupan/ : Guru Besar Pentauliahan SK Dusun Nanding 10. Buku Atur cara/ : Guru Besar
Dokumentasi/Fotografi SK Dusun Nanding
7.6 Keperluan Jurulatih (dilantik dikalangan guru KRS dan TKRS Daerah Hulu Langat)
Penyelaras Kem : Lef. KRS Muhd Hazizan Mat Lazim Kem Komandan : Lef. Muda KRS
Faizal Baharuddin Timbalan Kem Kom : Lef. Muda KRS Hidayah Hasan DO 1 : Pegawai
Kadet KRS Zulfadli Mohd Aini DO 2 : Pegawai Kadet KRS M. Iswan Masrizal Ismail Ketua
Jurulatih : Kapten KRS Ismadi Damsuki Ketua Aktiviti : Leftenan Muda KRS Rozaimie
Razak 1. Jurulatih Kawad : Leftenan Muda KRS Bustaman Hasan Leftenan Muda KRS Abd
Rahman Jamil Leftenan Muda KRS Sufian Hadi Che Man Leftenan Muda KRS Mohd
Mauidi Mohd Yaziz 2. Jurulatih Ikhtiar Hidup : Kapten KRS Mohd Zailani Ridzwan Pegawai
Kadet KRS Mohd Nazri Mohd Noor Leftenan KRS Julie Amy Shariff Pegawai Kadet KRS
Suraini Ibrahim 3. Jurulatih Kerohanian : Lef. Muda KRS Mohd Marzuki Mat Jusoh Lef.
Muda KRS Mohd Hakam Mohammad Pegawai Kadet KRS Mohd Nasrol Soludi 4. Jurulatih
Ujian Kecergasan: Kapten KRS Fauziah Bt.Hashim Pegawai Kadet KRS Nor Hisham Mamat
5. Jurulatih Ujian Bertulis : Leftenan KRS Nazri Saad Leftenan Muda KRS Noor Azmi
Mohamed
7.7 Kandungan Aktiviti dan pengujian
7.7.1 PT pagi dan Kecergasan
7.7.2 Kawad Kaki
7.7.3 Kerohanian/Moral
7.7.4 Ikhtiar Hidup
7.7.5 Ujian Bertulis
7.7.6 KHIDMAS
7.8 Agihan Peserta Semua sekolah rendah ( SR ) dalam Daerah Hulu Langat DIWAJIBKAN
termasuk SJKC, SJKT menghantar 2 orang kadet TKRS dari Tahun 5.Iaitu 86 buah sekolah
dalam PPD Hulu Langat.Jumlah anggaran adalah seramai 172 peserta TKRS. Nota : Peserta
akan dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi lebih kurang 27
29 orang peserta.
7.9 Jadual Tentatif Tarikh 0800-1000 1030 -1230 1400 - 1600 1630 - 1830 2130 2300 26/9
Pendaftaran Taklimat Dirikan khemah Ujian Berpengkalan Ujian Berpengkalan Ujian Bertulis
27/9 Ujian Kecergasan Ujian Berpengkalan Khidmas & Raptai Majlis Penutupan &
Pentauliahan
7.10 Jadual Pergerakan Mengikut Kumpulan Masa Tarikh 26/9 2.00 pm 26/9 4.00 pm 27/9
8.00 am 27/9 10.30 am Kawad kaki K1&K2 K3&K4 Ujian K5&K6 Kerohanian & Moral
K3&K4 K5&K6 Ujian K1&K2 Ikhtiar Hidup K5&K6 KI&K2 Ujian K3&K4 Ujian
Kecerdasan dijalankan pada pukul 7.30 pagi pada mana-mana tarikh.
7.11 Atur cara Majlis Penutupan 2.00 pm - Peserta Mengambil Tempat - Ketibaan Tetamu -
Ketibaan Tetamu Kehormat - Menerima Tabik Hormat - Lagu KRS - Melapor & Pemeriksaan
Barisan - Bacaan Doa - Ikrar Rukunegara - Ucapan Pengerusi Majlis - Ucapan Pengerusi
Pelaksana - Ucapan Penutupan(Pegawai KRS Daerah) - Penyampaian Sijil/Tauliah -
Penyampaian Cenderamata - Lagu Negaraku - Lapor Bersurai - Jamuan Ringan. 4.30 pm -
Bersurai
8.0 Anggaran Perbelanjaan Pendapatan 172 pelajar x RM 40 = RM 6,880.00 Perkara Butiran
Jumlah [RM] Makan T/h & Malam Sarapan pagi Minum Petang Minum Malam Jamuan 220
orang x RM 25 5500.00 Perubatan / kecemasan /keselamatan 170.00 Banner/Publisiti 100.00
Cendramata 50.00 Dokumentasi 100.00 Kertas A4 2 x RM 10 20.00 Dakwat Printer pixma
2500 2 x RM 80 160.00 Sijil 100.00 Bahan Aktiviti / Runcit 580.00 JUMLAH RM 6880.00
9.0 Harapan
Semoga Kursus Kenaikan Pangkat Lans Koperal dan Koperal TKRS berjaya dilaksanakan
dan mencapai objektif yang digariskan
10.0 Penutup
Kursus ini merupakan satu aktiviti yang mesti digerakkan untuk mengiktiraf sumbangan
kemahiran dan peningkatan pengetahuan kurikulum latihan TKRS di kalangan ahli TKRS
khususnya kerana konsep pemakaian pangkat dalam TKRS berlainan dengan pasukan pakaian
seragam yang lain. Ia berkembang maju selaras dengan objektif Kementerian Pelajaran
Malaysia yang hendak memperkasakan KRS dan TKRS sebagai satu wadah pemangkin untuk
generasi pelajar di masa depan.
*************************************************** Disediakan Oleh, (Lef.KRS
Muhd Hazizan Mat Lazim) Pegawai Teknik TKRS Daerah Hulu Langat Disemak
Oleh ..................................................... Disahkan oleh ............................................

Anda mungkin juga menyukai