Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ, KETIOR

33000 KUALA KANGSAR, PERAK.


KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BADAN PENGAWAS DAN DISIPLIN
SK SULTAN ABDUL AZIZ

TARIKH :
16 APRIL 2016

TEMPAT :
MAKMAL KOMPUTER SK SULTAN ABDUL AZIZ, KETIOR,
33000 KUALA KANGSAR, PERAK.

1.0

BUTIRAN AM

Tajuk

: Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas


PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas SK Sultan Abdul
Aziz.
Anjuran
: Unit Badan Disiplin dan Pengawas dan Unit Bimbingan
dan Kaunseling
Penasihat
: Tn Hj Mohd Azhanim bin Mohd Yusoff (Guru Besar)
Pengerusi
: Pn Noorzirah binti Pandak (PK Hal Ehwal Murid)
Timbalan Pengerusi 1 : En Jamil bin Ibrahim (PK Pentadbiran)
Timbalan Pengerusi 2 : Pn Rothiah binti Abdul Rahim (PK Kokurikulum)
Setiausaha
: En Norahimi bin Abdul Wahab
Bendahari
: Pn Wahida binti Ibrahim
Tempat
: Makmal Komputer SKSAAK
Tarikh
: 16 Julai 2016 (Sabtu)
Jumlah Peserta
: 42 Orang
2.0

PENGENALAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Badan Disiplin dan
Pengawas SK Sultan Abdul Aziz, Ketior. Program ini melibatkan semua
pengawas sekolah, ketua darjah dan penolong ketua kelas. Tujuan utama
penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu
pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan
untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang
pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk
meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah
pengalaman serta memantapkan pelajar. Program ini juga dirancang untuk
memberi ruang dan peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman
sesama jurulatih dan pihak-pihak luar dalam memantapkan lagi profesionalisme
mereka. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang
cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi
mengharumkan nama sekolah.
3.0

TUJUAN

Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman, serta kelulusan daripada pihak
pentadbiran sekolah mengenai penganjuran Kursus Kepimpinan Peringkat
Sekolah.
4.0

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Program Ini adalah untuk :


4.1

Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan


modul program jati diri.

4.2

Memupuk

nilai-nilai

kreatif

dan

semangat

dalam

proses

melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.


4.3

Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan


persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat
membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.

4.4

Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini , dengan harapan


akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap
para pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan .

5.0

MASA, TARIKH & TEMPAT


Tarikh : 16 April 2016 (Sabtu)
Masa

: 8.00 pagi 12.00 petang

Tempat

: Makmal Komputer SK Sultan Abdul Aziz

Penceramah : En Roslan bin Ahmad Fuad


PK Kokurikulum SK Sungai Siput
(Mantan Kaunselor SK Sultan Idris II)
6.0

SASARAN

42 orang murid termasuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua


Darjah dan Penolong Ketua Darjah Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz,
Ketior..

7.0

KANDUNGAN PROGRAM

Ceramah Kepimpinan
Menerangkan

erti

sebenar

kepimpinan

dan

menjadikan

murid

tahu

tanggungjawab mereka di sekolah sebagai seorang pemimpin.


Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Menggalakkan murid tampil ke hadapan dan meningkatkan keyakinan diri murid
dengan menceritakan idea mereka dan berkongsi dengan rakan-rakan. LDK juga
membantu murid untuk menerapkan kerjasama antara satu sama lain dan
perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Muhasabah Diri
Membantu murid merenung kembali kelebihan dan kelemahan diri mereka.
kelebihan yang ada dalam diri akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk terus
berjaya dan yakin dengan kebolehan diri. Kelemahan yang ada dalam diri perlu
diatasi dengan cara yang positif dan bukan hanya mengalah begitu sahaja.
8.0

ANGGARAN KEWANGAN
Sumber
Sumbangan

Jumlah(RM)
RM210.00

PIBG
JUMLAH

RM210.00

Sumber
Bimbingan dan

Jumlah(RM)
RM250.00

Kaunseling
JUMLAH

RM250.00

Perbelanjaan
Persegaran

Jumlah(RM)
RM150.00

Sijil Penyertaan

RM 60.00
RM210.00

Perbelanjaan
Penceramah

Jumlah(RM)
RM120.00

Fail / Lampiran

RM 84.00

Sijil Penyertaan

RM 46.00
RM250.00

9.0

ATURCARA PROGRAM

10.0

MASA
7.40 pagi - 8.00 pagi
8.00 pagi 8.30 pagi

AKTIVITI
Pendaftaran
Ucapan dan perasmian oleh Tuan Guru

8.30 pagi - 9.30 pagi


9.30 pagi - 10.30 pagi
10.30 pagi 11.00 pagi
11.00 pagi - 12.00 tengahari
12.00 tengahari

Besar, Tn Hj Azhanim b Hj Mohd Yusof


Ceramah Kepimpinanan 1
LDK 1
REHAT
Ceramah Kepimpinan 2
Bersurai

JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat
Pengerusi
Timbalan Pengerusi 1
Timbalan Pengerusi 2
Setiausaha
Bendahari

TN HJ MOHD AZHANIM BIN MOHD YUSOF


PN NOORZIRAH BINTI PANDAK
EN JAMIL BIN IBRAHIM
PN ROTHIAH BT ABDUL RAHIM
EN NORAHIMI BIN ABDUL WAHAB
PN WAHIDA BT IBRAHIM

AHLI JAWATANKUASA
PERSIAPAN TEMPAT
1. Pn Jalineh bt Saidi
2. Pn Mas Ayu binti Mohamad
SIARAYA
1. En Muhairi bin Othman
SIJIL / CENDERAMATA

PENGACARA MAJLIS
1. En Mohd Helmi Affindi bin Ali
JAMUAN
1. Pn Samilah binti Mat Nah
2. Pn Murni binti Mat Arip
FASILITATOR

1. Pn Nora binti Abdul Rahim

1. En Mohd Azani bin Amdan

2. Pn Balqis binti Yahaya

2. En Abdul Syukor bin Othman

KAWALAN MURID
1. En Zaini bin Mohd Noordin

3. Cik Noor Amirah binti Meor


Jamaluddin

JURUGAMBAR
1. Pn Wahida binti Ibrahim

4. Cik Nur Jannah binti Azizi


BACAAN DOA

PUBLISITI

1. En Mohamad Solih Puat bin

1. En Muhairi bin Othman

Kasim
BUKU PROGRAM
1. En Abdul Syukor bin Othman

12.0

PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan


semangat baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pemimpin di
SK Sultan Abdul Aziz, Ketior. Menyedari pentingnya keterampilan dan
keunggulan pemimpin umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap
dalam kalangan pelajar SK Sultan Abdul Aziz, Ketior. Diharapkan kem ini akan
memudahkan dan boleh membantu para peserta dalam menjalankan tugasnya
dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai
objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada semua peserta
sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan
pelajar di sekolah yang semakin mencabar.
Sekian.
Disediakan oleh:

.................
(NORAHIMI BIN ABDUL WAHAB)
Setiausaha,
Kursus Kepimpinan
Unit Badan Pengawas dan Disiplin
SK Sultan Abdul Aziz, Ketior.
Disemak oleh:

........................................................................
(PN NOORZIRAH BINTI PANDAK)
Pengerusi,
Kursus Kepimpinan
Unit Badan Pengawas dan Disiplin
SK Sultan Abdul Aziz, Ketior.

Disahkan oleh:

..........................................................................
(TN HJ MOHD AZHANIM BIN MOHD YUSOFF)
Penasihat
Kursus Kepimpinan
Unit Badan Pengawas dan Disiplin
SK Sultan Abdul Aziz, Ketior.

Anda mungkin juga menyukai