Anda di halaman 1dari 12

SEMESTER 5 SESI 2013/2014

KRM 3073

PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH


TUGASAN 1

KUMPULAN
UPSI 06

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA
NORAHIMI BIN ABDUL WAHAB
TARIKH SERAH

NO. ID
D20111049912

NO. TEL
0194606414

: 9 NOVEMBER 2013

UNTUK PERHATIAN : PROFESOR MADYA DR. NOR SHAH BIN SAAD

PENGENALAN
Pelajaran Matematik secara amnya merupakan satu bidang ilmu pengetahuan
yang memerlukan individu itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam melahirkan atau
membentuk sesuatu pendapat atau jawapan. Objektif Falsafah Pendidikan Negara
adalah untuk melahirkan insan yang berkebolehan dalam segala bidang dan
berketerampilan serta mengamalkan budaya Matematik dalam kehidupan mereka.

Budaya matematik dapat mempamerkan ciri-ciri individu yang bersemangat tinggi, ingin
tahu, ingin cuba membuat keputusan berdasarkan strategi dan fakta konkrit. Pendidikan
Matematik memberi peluang kepada pelajar untuk belajar melalui pengalaman sedia
ada yang diperolehi dalam masyarakat dan dipraktikkan di sekolah dengan bantuan dan
bimbingan daripada guru dan rakan. Proses ini dapat menanam minat dan bakat muridmurid dapat dicungkil dalam mengembangkan pengetahuan berkaitan dengan pelajaran
Matematik.

Kemahiran

yang

dipupuk

dapat

membantu

murid

menyelesaikan

permasalahan dalam perkara berhubung Matematik dengan mudah dan sistematik.

Konstruktivisme adalah satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang


menarik minat murid, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Selain
itu konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif
berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Saunders (1992) juga menjelaskan
bahawa konsruktivisme ialah suatu proses di mana seseorang membina kefahamannya
sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan
menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang adaptasikan olehnya. Dalam
pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak
menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Pendekatan
konstruktivisme dalam matematik biasanyamurid akan diajar dengan menggunakan
benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunapakai
untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang akan dipelajari pada masa akan
datang.

Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme

ini,

dapat

dinyatakan bahawa

pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid dan guru berperanan sebagai
fasilitator bagi membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
Guru juga berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan
peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Sebelum pengajaran
dimulakan, guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid bagi merancang
kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Secara tidak
langsung, pengetahuan yang ada pada murid merupakan hasil daripada aktiviti yang
dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif

Kesimpulannya pendekatan konstruktivisme adalah seperti yang dinyatakan oleh Nik


Aziz Nik Pa dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), konstruktivisme adalah
tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina
pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa setiap pengetahuan yang ada pada
seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh indidvidu tersebut,
dan bukan maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar.
Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada
pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan perlu membentuk pengetahuan
sendiri

dengan

bersandarkan

kepada

suatu

pengalaman

yang

lepas.

RANCANGAN PENGAJARAN KAEDAH KONSTRUKTIVISME


Mata pelajaran

Matematik

Kelas

Tahun 2

Tarikh

18 September 2013

Masa

7.45 pagi 8.15 pagi (30 minit)

Bilangan murid

28 orang

Bidang pelajaran

Pecahan

Objektif pembelajaran

Menamakan pecahan wajar yang penyebutnya


hingga 10

Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat ;


1. Menguasai isi kandungan
Menamakan dan menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10

2. Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir


Menterjemah dan mengaplikasikan pecahan wajar yang penyebutnya hingga
10 dari gambar rajah diberi

3. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni


Yakin diri dan patuh arahan guru dalam menjalankan aktiviti

Konsep/prinsip/hukum/teori:
Pecahan wajar penyebutnya kurang daripada 10

Bahan, peralatan dan bahan sumber:


buah (setiap murid)

- 1 biji

Pisau potong kek atau pisau mainan - 1 bilah untuk setiap kumpulan
Kek setiap kumpulan
Kit Pecahan
Lembaran kerja

Langkah berjaga-jaga:
Berhati-hati semasa menggunakan pisau semasa memotong buah.

Pengetahuan sedia ada:


Murid pernah melihat bentuk-bentuk pecahan di persekitaran mereka seperti potongan
pizza, potongan buah dan sebagainya.

Fasa
Permulaan
/

Isi
Kandungan
Menama
pecahan
wajar

Mencungki
l idea
(5 min)

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Peranan Guru
Peranan Murid
Menguji pengetahuan sedia ada murid Murid memberi
dengan menunjukkan buah yang
perhatian. Murid
dipotong.
menyatakan bilangan
buah setelah dipotong.
Berbincang dengan murid tentang
pembahagian buah tersebut kepada
bilangan orang yang hendak diberi.

Nota
BBM: computer
dengan
melayari
youtube
Strategi/
Teknik:
Simulasi dan
tunjuk cara.

Menunjukkan buah yang belum di


potong dan memotong buah di
hadapan murid.
Mengutarakan satu persoalan utama:
1)Berapakah pecahan buah yang
telah dipotong?
2) Berapa pecahan buah yang telah
guru ambil dan diletakkan dalam
piring?
3) Menyoal soalan yang berkaitan
yang lain

Menstrukt
ur/
Menstrukt
ur semula

Menama dan
menulis
pecahan
wajar yang
penyebutnya
hingga 10

AKTIVITI INDIVIDU
Guru meminta murid meletakkan
bahan yang mereka bawa. Antaranya
ialah buah-buahan, pisau plastik, kek,

Murid memberi respon

KBKK:Menterje
mah dan
mengaplikasi

idea

dan pinggan.

Strategi/Teknik:

(10 min)

Guru meminta murid membuat


potongan , dan sebagainya
pada buah mereka. Guru menilai
setiap kumpulan dan memberi
bimbingan.

Konstruktivisme
dan Penyoalan
Murid melakukannya
dengan bimbingan guru.
Sikap saintifik
dan nilai murni:

Setelah itu, murid di kehendaki


menghias kek mereka dengan buahbuahan yang telah mereka potong

Yakin diri dan


patuh arahan

Guru menunjukkan helaian kertas


kepada murid. Menunjukkan nilai
pecahan melalui kertas dan
melorekkannya.
Taksir kefahaman secara lisan
Murid yang telah menguasai maju ke
fasa aplikasi, manakala murid yang
tidak, diberi penerangan kumpulan
kecil
Aplikasi
Idea
(aktivit
berkumpul
an)
(10 min)

Menama dan
menulis
pecahan
wajar yang
penyebutnya
hingga 10
secara
bertulis

AKTIVITI BERKUMPULAN
1)Membahagikan murid kepada 5
kumpulan
2)Memberikan setiap kumpulan kit
pecahan dan lembaran soalan.

Aktviti pemulihan:
Mendengar penerangan
guru dalam kumpulan
kecil

Murid membina konsep


dengan membuat nilai
pecahan yang di berikan.

Strategi:
Perbincangan
kumpulan

menyelesaikan masalah
dan menjawab soalan
dalam kumpulan
Teknik :

3) Guru memberi soalan dan murid


menyelesaikan menggunakan kit
tersebut dan melorek atau mewarna
lembaran .
Membuat kesimpulan diatas aktiviti
yang telah berjalan. Guru
menunjukkan hasil murid yang
menarik.
Memberi peneguhan positif dengan
memberikan bintang penghargaan

Menyelesaikan masalah
dengan melorek
pecahan.

Kemahiran
Konstruktivisme
ABM : Kit
Pecahan dan
Lembaran
soalan

kepada kumpulan murid yang berjaya.

Refleksi/
Penutup
(5 min)

Menama dan
menyatakan
pecahan
wajar yang
penyebutnya
hingga 10
secara lisan

Guru membuat kesimpulan tentang


pembelajaran yang berlangsung pada
hari ini.
Guru menunjukkan semula kek yang
telah di hias di bahagikan kepada
beberapa bahagian.

Pelajar dan guru


membuat kesimpulan
terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang
berlangsung.

Penyoalan
keseluruhan
kelas
Strategi:
refleksi
pengajaran

Soalan:
1. Apa yang kita belajar hari ini
murid-murid?
2. Bolehkah kek ini dibahagi
dengan 2?

Strategi:

Murid memberi respon


kepada soalan guru.

Bertanya soalan-soalan yang


berkaitan dengan pengajaran
lepas.
-Guru memeberikan kerja rumah
kepada murid.

Nilai dan Sikap


Semasa aktiviti dijalankan, guru perlu memupukkan nila-nilai murni terutamanya sikap
tolong-menolong dan bekerjasama dalam tugasan berkumpulan.
Penilaian
Guru menilai kebolehan dan kemahiran murid semasa aktiviti di jalankan. Aktiviti
berkumpulan yang dijalankan dapat menarik minat murid dalam melakukan aktiviti dan
bekerjasama di dalam satu kumpulan bagi menyelesaikan tugasan tersebut. Murid di

beri penilaian semasa aktivit kerja di dalam kumpulan. Guru menilai sikap dan kreativiti
murid semasa tugas di beri.
Refleksi
Jangkaan Kesukaran : Kesukaran yang di jangkakan adalah ketika berubah dari satu
aktiviti ke aktiviti yang lain. Kawalan kelas mengganggu dan murid sukar menerima
arahan di sebabkan kelas yang padat.
Kaedah mengatasinya: Bagi mengelak kejadian ini, guru perlu bertindak pantas dengan
memberikan arahan yang jelas dan aktiviti perlu diiringi penilaian yang baik. Dimana
guru menetapkan kumpulan yang bagus akan di berikan bintang dan mereka akan
mengumpul bintang tersebut sehingga akhir pembelajaran. Kemudian guru akan
memberikan ganjaran yang lain seperti satu set warna untuk kegunaan

kumpulan

yang banyak mengumpul bintang. Dengan ini, tahap kebisingan dapat di kawal tanpa
menjejaskan mana-mana aktiviti yang di rancangkan.

Bahan Bantu Mengajar:

Bintang : Set

Buah-buahan:

Pisau mainan

Kit Pecahan

HASIL KERJA MURID

LEMBARAN KERJA (AKTIVITI KUMPULAN)

LEMBARAN KERJA (INDIVIDU-KERJA RUMAH)

BIBLIOGRAFI
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011), Sukatan dan Geometri, Modul Pegajaran
danPembelajaran Matematik Tahun 2, Kuala Lumpur,

Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pelajaran Malaysia, (2010), Modul Pegajaran


dan Pembelajaran Matematik Tahun 2 , Kuala Lumpur, Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Matematik KSSR tahun 2, diperoleh pada 16 September 2013, pada jam 3 petang, daripada
Laman webhttp://www.docstoc.com/docs/56726518/Lesson-Plan

Matematik KSSR tahun2, diperoleh ada 16 September 2013 jam 3.40 petang daripada
Lamanhttp://cikgu-fieza.blogspot.com/2011/11/lembaran-kerja.html

Pecahan Tak Wajar, diperoleh ada 16 September 2013 jam 3.40 dari
http://celikmate.blogspot.com/2011/12/pecahan-tidak-wajar.html

Anda mungkin juga menyukai