Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RENGIT

81620 PENGERANG JOHOR

KERTAS KERJA
PROGRAM PELANCARAN NILAM
DAN
BULAN GALAKAN MEMBACA
2023/2024

ANJURAN OLEH:
JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
SK SUNGAI RENGIT
1.0 PENDAHULUAN
Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikkan oleh sesebuah masyarakat untuk menjadi
masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan
diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat
dibina jika mengamalkan budaya ilmu.Salah satu asas penting dalam budaya ilmu ialah amalan
membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat
berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi dan teknologi. Kecemerlangan
bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai
rutin harian sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan
modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.

Program NILAM diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM
adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu, di samping
menjadikan membaca sebagai satu budaya yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia.
NILAM ialah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan penggabungan
atau adunan semula semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara.
Program NILAM merupakan penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan .
Program ini menjadi salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat
membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya. Justeru, bagi memastikan
program ini berterusan, Jawatankuasa Pusat Sumber SK Sungai Rengit mengambil inisiatif mengadakan
Pelancaran Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca bagi sesi persekolahan 2023/2024.

2.0 MATLAMAT
Ke arah mewujudkan generasi SK Sungai Rengit yang berpengetahuan dan berdaya saing.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menarik minat membaca dalam kalangan murid-murid.

3.2 Memupuk dan menanam budaya membaca dalam kalangan warga sekolah.

3.3 Meningkatkan rekod bacaan murid.

3.4 Menambah ilmu dan pengetahuan murid.

4.0 TARIKH/MASA
1. Program Bulan Galakan Membaca
Tarikh: 11 April 2023 ( Selasa )
Masa : 07:30-08:30 pagi
Tempat : Pentas Ilmu dan Budaya Adam Rafik

2. Program Pelancaran Nilam


Tarikh: 16 April 2023 ( Ahad )
Masa : 07:30-08:30 pagi
Tempat : Pentas Ilmu dan Budaya Adam Rafik

5.0 SASARAN
Semua murid ( Pra Sekolah, Pendidikan Khas, Aliran Perdana ) dan warga SK Sungai Rengit.

6.0 SUMBER KEWANGAN


6.1 YKS-Pusat Sumber

6.2 Sumbangan
7.0 PERBELANJAAN

BIL ITEM KOS SEUNIT KUANTITI JUMLAH HARGA

1. Hadiah pembaca terbanyak: Tempat pertama: RM6.00 X 8 X 3 RM144.00


= RM6.00
i. Mei-Julai Tempat kedua: RM4.00 X 8 X 3 RM 96.00
ii Ogos-November =RM4.00
iii Disember-Februari RM3.00 X 8 X 3 RM 72.00
Tempat ketiga:
=RM3.00

2. Hadiah Program Bulan


Galakan Membaca RM2.40 RM2.40 X 5 RM12.00
( April 2023)
5 orang
JUMLAH RM324.00
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Pn. Hjh. Sharifah Mastura binti Syed Idris ( Guru Besar )
Timbalan Pengerusi : En. Selamat bin Mohd Rahim ( GPK Tadbir dan Kurikulum )
Naib Pengerusi 1 : En. Abd Hamid bin Ishak ( GPK Hal Ehwal Murid )
Naib Pengerusi 2 : En. Rostam bin Aziz ( GPK Ko-Kurikulum )
Penyelaras : Pn. Zarina binti Mansor
Setiausaha : Pn. Mastura binti Hasan
Bendahari : Pn. Massuliza binti Sulaiman

Ahli Jawatankuasa:

Pengacara Majlis: Buku Program


Pn. Nor Azora binti Abas (Program Galakan Membaca) Pn. Wan Syazwani binti Wan Md Sukri
Pn. Wan Mahroni binti Wan Abd latiff ( Pelancaran Nilam)

Siaraya dan PA Sistem Fotografi


En. Muhamad Ashraf bin Mustapha Pn. Kishanthini A/P Ramanathan
En. Norul Izzat bin Nasir Cik Ranmeet Kaur Sidhu A/P Paritam Singh

Gimik Pelancaran Kawalan Murid


Pn. Zarina binti Mansor Pn. Rafidah binti Abd Rahman
Cik Noor Farhana binti Kamaruddin Pn. Norzailan binti Mokhtar
Pn. Umai Sarah binti Abdul Shukor
Backdrop/Banner Cik Naqibah binti Haron
Pn. Nurulhida binti Kamaruddin Pn. Rogayah binti Ismail
Pn. Nurfatihah binti Mohamad Fisal Cik Rogayah binti Abd Rahman
Pn. Nordiana binti Nordin
Persembahan Murid/Multimedia
Pn. Mastura binti Hasan
Pn. Juliana binti Alias

9.0 TENTATIF PROGRAM


PROGRAM GALAKAN MEMBACA (SELASA, 11 APRIL 2023)
07:20 pagi Murid dan guru berhimpun di kantin
07:30- 08:30 pagi -Ucapan pengerusi majlis
-Bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Ashraf bin Mustapha
-Ucapan Perasmian Tuan Guru Besar
Pn. Hjh Sharifah Mastura binti Syed Idris
-Pemberian bakul buku bagi setiap kelas
-Nyanyian Lagu Budaya Membaca
-Program Galakan Membaca 10 minit
-Tayangan Video Bicara Buku
-Resensi Buku Guru dan Murid
Bahasa Melayu – Pn. Hjh Sharifah Mastura binti Syed Idris ( Guru )
Muhammad Nur Hafiz bin Abdullah ( Murid)
Bahasa Inggeris - Cik Ranmeet Kaur Sidhu A/P Paritam Singh (Guru)
Muhammad Rafiuddin bin Mohd Ridzuan ( Murid)
Bahasa Arab - Cik Naqibah binti Haron ( Guru)
- Bersurai / PdPC bermula

PROGRAM PELANCARAN NILAM ( AHAD, 16 APRIL 2023 )


07:20 pagi Murid dan guru berhimpun di kantin
07:30 pagi Perhimpunan rasmi mingguan
-Bacaan doa
-Bacaan ikrar
-Nyanyian Lagu:
Bangsa Johor
Negaraku
Sekolah
-Ucapan guru bertugas minggu lepas
-Ucapan alu-aluan guru bertugas
-Ucapan Perasmian Tuan Guru Besar
Pn. Hjh Sharifah Mastura binti Syed Idris
-Gimik perasmian (Lagu Nilam)
-Tayangan video ( Apa itu Nilam?)
-Kuiz Nilam
08:30 pagi -Persembahan murid
Bersurai / PdPC bermula

9.0 PENUTUP
Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya untuk menanam minat
membaca dalam kalangan murid-murid dan warga sekolah. Diharapkan matlamat program untuk
melestarikan budaya pembacaan berkualiti di samping dapat menggalakkan pelibatan masyarakat dan
komuniti dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum dapat dilaksanakan
dengan kerjasama daripada semua pihak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………… …………………………………………………
(ZARINA BINTI MANSOR) (SELAMAT BIN MOHD RAHIM)
Guru Perpustakaan dan Media GPK Tadbir dan Kurikulum
SK Sungai Rengit SK Sungai Rengit

Disahkan oleh:

…………………………………………………………………………..
(HJH SHARIFAH MASTURA BINTI SYED IDRIS)
Guru Besar
SK Sungai Rengit

Anda mungkin juga menyukai